Anda di halaman 1dari 3

FAKULTI PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (MOD CUTI SEKOLAH)


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

GGGE5042
PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

TUGASAN INDIVIDU
REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD FUAD SYUKRI BIN MOHD KHALIL (P129385)

PENSYARAH:
PM DR. NURFARADILLA MOHD NASRI
REFLEKSI
Dalam melaksanakan tugasan kursus Pengajaran Mikro dan Makro ini, semua bakal guru
pelatih ditugaskan untuk melaksanakan simulasi satu pengajaran yang lengkap bermula dengan
set induksi, perkembangan dan penutup. Saya perlu memenuhi dua tugasan kursus ini dengan
menyiapkan simulasi pengajaran mikro dan simulasi pengajaran makro yang disokong oleh
rancangan pengajaran harian yang telah dipelajari bagi memudahkan pelaksanaan pengajaran
makro yang meliputi semua fasa pengajaran lengkap. Simulasi pengajaran makro telah
dijalankan secara berkumpulan yang dinilai oleh pensyarah, dan simulasi pengajaran mikro pula
secara individu yang perlu meminta bantuan daripada guru pelatih lain untuk menilai pengajaran
mikro saya yang telah dijalankan.

Semasa menjalankan simulasi pengajaran mikro dan makro ini, saya telah dapat
mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan teknik dan kaedah pengajaran saya. Antara
kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat
sebelum memulakan pengajaran mikro ini, bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa
sesi pengajaran mikro ini. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya
menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, dan menjalankan segala aktiviti yang
dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat pelajar
dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Saya dapati pelajar lebih tertarik untuk belajar apabila
penggunaan ICT dipraktikkan dalam pengajaran saya. Ia membantu mereka memahami dengan
jelas terhadap isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Kelebihan saya dalam membentuk
ilustrasi akan digunapakai dalam pengajaran seterusnya agar memastikan topik yang
disampaikan dapat difahami oleh pelajar.

Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan simulasi pengajaran mikro ini
ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan dan kelantangan suara guru. Ketepatan masa
penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.
Hasil pemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang
telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak
seiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal

1
lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah
menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil pembelajaran yang dirancang akan turut tergendala.
Jadi, pengagihan masa perlu dioptimalkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan
pengajaran tidak terlalu terjejas. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan
yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan pelajar mendengar dengan
teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang ingin disampai oleh
guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh pelajar dan ini akan memudahkan guru
menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Ketegasan dalam
menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam
memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru.
Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi
pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu.

Berdasarkan pemerhatian sepanjang pembelajaran kursus ini, saya dapat disimpulkan


beberapa kekuatan dan kelemahan saya sebagai guru pelatih yang masih di peringkat awal. Saya
akan melakukan penambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti
pengawalan masa setiap aktiviti pada pelajaran yang akan datang. Saya tidak dapat menepati
masa yang ditetapkan dan yang telah disusun mengikut langkah demi langkah kerana
berkemungkinan disebabkan masa yang terhad ataupun aktiviti yang melibatkan tempoh masa
yang panjang. Ini kerana, kadangkala terdapat masalah dan gangguan berlaku di luar jangkauan
atau luar kawalan kita. Sebagai guru pastinya mempunyai tujuan dan objektif yang hendak
disampaikan, tetapi bukanlah perkara mudah untuk menjadikan para pelajar faham sepenuhnya
apa yang telah dipelajari. Hal ini kerana setiap penerimaan pembelajaran adalah bergantung
tahap kognitif pelajar itu sendiri. Oleh itu, saya hendaklah peka terhadap kekuatan dan
kelemahan yang terdapat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiap kelemahan harus
dibuat penambaikkan dan kekuatan terus jadi amalan agar mampu melahirkan para pelajar yang
bijaksana dalam kurikulum. Akhir sekali, saya juga perlu memperbaiki kelantangan suara saya
ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Apa yang saya dapat simpulkan bahawa jika
seseorang guru memiliki suara yang lantang akan mempengaruhi tindak balas para pelajar dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan para pelajar sentiasa tumpu dalam
pembelajaran, suara seorang guru perlulah jelas dan lantang apabila menyampaikan ilmu.

Anda mungkin juga menyukai