Anda di halaman 1dari 13

PEMARKAHAN

TUGASAN 1

TUGASAN 2

E FORUM
Jumlah

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS

AMM3023
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MUZIK
TAJUK TUGASAN

KUMPULAN
_________
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON
(Wajib dinyatakan)

NAMA PENSYARAH E-LEARNING:____________________________________


TARIKH SERAH: ________________

ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan................................................................................................................................2
2.0 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Muzik..............................4
3.0 Kesan Pendekatan PdP Terhadap Perkembangan Ilmu dan Kemahiran Pengajaran
Seorang Guru Dalam Pengajaran Mereka di Sekolah...............................................................6
3.1 Kemahiran Pembelajaran Berpusatkan Guru dan Pembelajaran Berpusatkan Murid...........6
3.2 Kemahiran Mengajar Alat Muzik (Rekorder)........................................................................7
3.3 Kemahiran Memupuk Minat Pembelajaran Murid................................................................8
3.4 Kemahiran Dalam Pengurusan Masa Secara Sistematik.......................................................8
3.5 Kemahiran Dalam Pengunaan Alat Bantu Mengajar Dengan Efektif....................................9
3.6 Kemahiran Menggabungjalin Muzik dengan Mata Pelajaran Lain.......................................9
4.0 Rumusan.................................................................................................................................11
5.0 Bibliografi...............................................................................................................................12

1.0 Pengenalan
Pengajaran dan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai PdP ditakrifkan sebagai suatu proses
yang tersusun dan disokong yang diambil oleh seseorang individu untuk merenung prestasi
pembelajaran mereka sendiri, pencapaian dan merancang untuk pembangunan peribadi,
pendidikan dan kerjaya mereka. Sebagai seorang guru, memahami pendekatan PdP yang
disediakan untuk mata pelajaran mereka adalah penting agar teori dan kemahiran yang ada dalam
mata pelajaran tersebut dapat disampaikan kepada murid secara efektif dan berkesan. Untuk
memahami apa yang dimaksudkan dengan Pengajaran dan Pembelajaran dengan lebih terperinci,
kita perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengajaran dan apa pula yang dimaksudkan
dengan pembelajaran melalui konteks mereka yang tersendiri.
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.
Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya
dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan
murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran yang diperlukan.
Ciri-ciri pengajaran selalunya melibatkan guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar
dan melibatkan intruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi, pelaziman, proses pemikiran,
pengunaan bahasa dan simbol. Pengajaran boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru,
berpusatkan murid, gabungan guru dengan murid ataupun secara berpusatkan sumber atau bahan.
Pengajaran juga diselitkan dengan latihan atau tugasan yang membolehkan guru untuk menilai
pencapaian murid tersebut.
Apa pula yang dimaksudkan dengan pembelajaran? Umumnya, pembelajaran boleh ditakrifkan
sebagai suatu proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M.
Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan
tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang
disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Anita Woolfolk (1980) pula dalam bukunya
Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang
berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang
sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
2

Pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan dan tidak berhenti begitu sahaja sesudah
seseorang individu tersebut menamatkan sesi pengajian mereka. Pembelajaran boleh berlaku
secara formal melalui sekolah atau institusi-institusi yang tertentu ataupun secara tidak formal
melalui persekitaran, rakan sebaya, media massa dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, kita boleh merumuskan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sebagai
suatu proses dua hala yang melibatkan pengajar (guru, persekitaran, bahan atau sebagainya) dan
suatu proses penyerapan atau pembelajaran yang dialami oleh seseorang individu atau secara
berkelompok.

2.0 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Muzik.


Pendekatan PdP yang disediakan untuk mata pelajaran Pendidikan Muzik merupakan suatu
panduan yang telah digubal berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan
matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu
serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia
Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam panduan ini hanyalah merupakan
cadangan. Guru adalah digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka tersendiri untuk
mengubah suai aktiviti tersebut supaya bersesuaian dengan kesediaan dan kebolehan murid
dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Peruntukan waktu Pendidikan Muzik ialah 30 minit
seminggu. Bagaimanapun setiap unit pengajaran yang ada dalam panduan tersebut direka bentuk
mengikut peruntukan masa yang sesuai. Ini bermakna, guru mempunyai waktu fleksibel yang
selesa untuk mencapai standard pembelajaran dalam waktu yang diperuntukan untuk setiap unit
pengajaran.
Terdapat berberapa aktiviti yang dicadangkan didalam pendekatan PdP yang telah disediakan.
Antara aktiviti yang dicadangkan adalah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Nyanyian
Perkusi
Muzik dan Gerakam
Rekorder
Penghasilan Muzik
Apresiasi Muzik
Membaca dan Menulis Notasi Muzik

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Muzik memerlukan guru menggunakan
pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat
serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru
harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat memastkan murid terlibat aktif, juga
membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan
menggembirakan. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan

dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama, sama ada
dilaksanakan secara kumpulan mahupun secara individu.

3.0 Kesan Pendekatan PdP Terhadap Perkembangan Ilmu dan Kemahiran Pengajaran
Seorang Guru Dalam Pengajaran Mereka di Sekolah.
5

Seorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi pengajaran semasa melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Profesionalisme seseorang guru boleh diukur
daripada kemahiran beliau menggunakan pelbagai strategi pengajaran semasa melakukan
pengajaran dan ini dapat dilatih dengan menguasai pendekatan PdP yang telah disediakan.
Kepelbagaian strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang disediakan untuk Pendidikan
Muzik telah membantu diri saya sebagai seorang guru muzik dengan menjadikan proses
pengajaran pembelajaran menarik dan efektif.
3.1 Kemahiran Pembelajaran Berpusatkan Guru dan Pembelajaran Berpusatkan Murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan berpusatkan murid merupakan antara pendekatan asas yang
telah didedahkan kepada semua guru dari awal sesi perkhidmatan mereka bermula. Namun
begitu, cara untuk mengaplikasi pendekatan ini dalam sesi pengajaran mata pelajaran Pendidikan
Muzik adalah sedikit berbeza dan agak mencabar. Kemahiran dalam mengendalikan sesi
pengajaran melalui pendekatan tersebuti hanya boleh diasah dengan mendalami panduan PdP
yang tersedia.
Dalam pendidikan Muzik, guru haruslah tahu bagaimana mengendalikan sesi pembelajaran
berpusatkan guru dengan efektif. Guru harus tahu cara untuk menyampaikan teori muzikal
kepada murid dengan komprehensif dan perlu memastikan sesi penyampaian tersebut berlaku
secara dua hala. Kebanyakan kemahiran dan teori yang disampaikan kepada murid sekolah
rendah adalah sangat baru bagi mereka, murid akan hilang tumpuan dengan cepat dan menjadi
pasif kerana mereka tidak dapat menghubung kaitkan teori yang disampaikan dengan
pengetahuan sedia ada mereka, oleh itu kegagalan untuk memastikan sesi soal jawab yang aktif
akan mengakibatkan proses pembelajaran tersebut itu gagal. Kaedah yang betul dan teknik yang
efektif hanya dapat seseorang guru itu perolehi dengan mendalami pendekatan PdP yang tersedia
dan melalui latihan dan pengalaman.
Selain daripada pembelajaran berpusatkan guru, panduan PdP yang disediakan turut
mengalakkan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid. Pendekatan ini dapat memberi
peluang kepada murid untuk berkembang pada kebebasan mereka sendiri tanpa meletakkan
bebanan yang berat kepada mereka. Namun begitu, tidak semua guru dapat menjalankan sesi
pembelajaran mengunakan pendekatan ini tanpa terlebih dahulu mendalami panduan PdP yang
6

telah tersedia. Pendekatan ini memerlu kemahiran untuk dikendalikan dan kegagalan dalam
mengendalikan sesi tersebut dengan baik akan mengakibatkan murid lebih cenderung untuk
bermain-main daripada belajar.
3.2 Kemahiran Mengajar Alat Muzik (Rekorder)
Seperti yang kita tahu, rekorder merupakan satu instrument lazim yang perlu diajar dalam mata
pelajaran Pendidikan Muzik untuk sekolah rendah. Sebagai seorang guru Pendidikan Muzik,
adalah penting untuk tahu cara mengunakan rekorder agar sesi pengajaran dapat dilakukan
dengan efektif. Namun begitu, setakat mengetahui cara mengunakan alat muzik tersebut tidak
cukup, seseorang guru haruslah menguasai kemahiran dalam menyampaikan sesi pengajaran
tersebut secara efektif dan selaras dengan panduan PdP yang tersedia.
Mengikut pengalaman saya sebagai guru Pendidikan Muzik, Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran bermain rekoder di kelas melalui pemerhatian, saya telah mendapati kebanyakkan
murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca nama kedudukan not-not pada melodi skor
lagu dengan betul dan baik. Saya juga mendapati mereka gagal membuat penjarian rekoder dan
menghasilkan tiupan pic yang tepat kerana murid tidak mengenal nama-nama kedudukan not
semasa membaca melodi skor yang hendak dimainkan oleh mereka. Hal ini berlaku kerana murid
murid ini langsung tidak berpengalaman dalam bidang muzik. Melalui pendalaman saya
terhadap panduan PdP yang disediakan, saya mampu untuk memantapkan lagi kemahiran
pengajaran saya justeru mampu untuk menyampaikan silibus pengajaran saya dengan lebih
komprehensif. Ternyata, setelah menjalan sesi pembelajaran berdasarkan PdP yang tersedia,
murid murid yang diajar oleh saya kini dapat memainkan rekorder dengan pic yang tepat
mengikut kriteria yang diperlukan. Penghasilan peniupan kualiti ton mereka juga menjadi lebih
baik setelah mereka diajar lima cara seperti yang termaktub dalam panduan PdP yang disediakan
iaitu teknik postur, embouchure, penglidahan, pernafasan dan penjarian yang betul.
Ini merupakan suatu bukti bagaimana penghayatan dan pendalaman kita sebagai guru terhadap
pendekatan

Pengajaran

dan

Pembelajaran

Pendidikan

Muzik

dapat

membantu

memperkembangkan lagi kemahiran pengajaran kita.


3.3 Kemahiran Memupuk Minat Pembelajaran Murid

Sebenarnya, kebanyakkan murid sememangnya menunjukkan minat yang mendalam dalam mata
pelajaran Muzik terutama sekali dalam bidang permainan rekoder ini. Murid berasa amat
seronok dan gembira apabila, mereka berjaya mengalunkan melodi lagu yang pernah dimainkan
di dalam kelas. Tetapi, semasa mereka memainkan lagu melodi baru, masalah yang timbul ialah
kesukaran membaca kedudukan not dan membaca not melodi adalah lambat. Hal ini justeru
membuatkan mereka semakin hilang tumpuan dan hilang minat kerana sering gagal dalam
mencapai objektif pembelajaran.
Namun begitu, melalui penghayatan dan pendalaman terhadap panduan PdP yang tersedia,
seorang guru dapat mengunakan pendekatan-pendekatan yang sesuai bagi memastikan murid
tersebut dapat mencapai objektif pembelajaran mereka justeru secara tidak lansung memupuk
dan mengekalkan tumpuan dan minat mereka terhadap pelajaran mereka.
3.4 Kemahiran Dalam Pengurusan Masa Secara Sistematik
Tempoh masa yang singkat dalam sesi pengajaran merupakan suatu kekangan bagi segelintir
guru dalam memastikan objektif pembelajaran mereka tercapai. Tempoh masa yang singkat yang
diperuntukan di dalam seminggu sahaja untuk pengajaran Pendidikan Muzik sekolah rendah
pada masa kini sedikit sebanyak mempengaruhi permasalahan dalam sesi pengajaran guru.
Namun begitu, kemahiran pengurusan masa dapat diperkembangkan dengan mendalami
pendekatan pendekatan yang ada dalam PdP yang tersedia.
Melaui penghayatan terhadap pendekatan PdP ini, guru dapat mengurus masa mereka dengan
lebih baik melalui penyampaian yang komprehensif dan efektif. Guru juga dapat menyingkat sesi
pengajaran mereka dengan menumpukan topik-topik yang penting berdasarkan panduan yang
tersedia. Struktur pengajaran juga menjadi lebih sistematik dan ini akan memudahkan murid
untuk menyerap apa yang diajar oleh guru dengan lebih mudah.

3.5 Kemahiran Dalam Pengunaan Alat Bantu Mengajar Dengan Efektif


Dalam sesi pembelajaran Pendidikan Muzik, alat bantu mengajar sangatlah penting. Alat bantu
mengajar seperti pemain CD, instrument muzik, slaid, gambar dan teknologi maklumat dapat
memudahkan lagi murid dalam sesi pembelajaran mereka. Mengajar merupakan tugas seseorang
8

guru dan penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai sangat penting untuk membantu
pemahaman dan pencapaian pelajar dalam membentuk konsep yang betul dan menerima
pelajaran dengan cepat.
Pendekatan PdP dalam Pendidikan Muzik menitikberatkan penggunaan alat bantu mengajar
untuk membantu pelajar menajamkan deria mereka justeru mebolehkan pencapaian
pembelajaran secara berkesan. Dengan memahami PdP yang disediakan secara mendalam, guru
dapat memastikan dalam setiap pengajaran, kepelbagaian penggunaan alat bantu megajar dapat
mempertingkatkan daya penghayatan dan ingatan secara berkesan. Pelajar juga dapat mendalami
bahan-bahan yang tersurat dan tersirat, dan dapat menanamkan minat pelajar terhadap mata
pelajaran tersebut.
3.6 Kemahiran Menggabungjalin Muzik dengan Mata Pelajaran Lain
Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran Pendidikan Muzik bukanlah suatu konsep yang
baru. Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya
bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik
tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran
saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran
dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Dalam pengajaran Pendidikan Muzik, selain
daripada kemahiran bermain alat muzik, menyanyi, membaca not, apresiasi muzik dan menari,
kemahiran asas seperti membaca, mendengar dan menulis turut digabungkan untuk
memantapkan lagi kemahiran sedia ada murid tersebut.
Pendekatan PdP bagi Pendidikan Muzik turut membantu guru dalam memperkembangkan lagi
kemahiran mereka dalam menggabungjalin kemahiran-kemahiran yang ada pada mata pelajaran
lain dalam sesi pegajaran mereka. Sebagai contoh, guru boleh melakukan penggabungjalinan
bahan dan kemahiran dengan mengajar membaca lirik Bahasa Inggeris, atau lirik yang
melibatkan pengetahuan Sains atau Matematik dalam pengajaran mereka agar murid dapat
mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan pada masa yang sama.

4.0 Rumusan
Pendekatan - pendekatan yang ada dalam panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Muzik sangatlah membantu dalam meningkatkan lagi kemahiran pengajaran seseorang guru
terhadap mata pelajaran ini. Melalui penghayatan PdP yang tersedia ini, guru dapat memahami
topik topik penting yang perlu diajar seperti nyanyian, perkusi, muzik dan gerakan, bermain
10

rekorder, penghasilan muzik, apresiasi muzik dan membaca dan menulis notasi muzik. Dengan
memahami topic topic yang ada, guru dapat menyusun sesi pengajaran mereka dengan lebih
sistematik dan komprehensif, ini bukan sahaja dapat membantu guru dalam menyampaikan sesi
pengajaran dengan lebih mudah tetapi pada masa yang sama ini dapat membantu guru dalam
mengurus masa mereka semasa sesi dijalankan dengan lebih baik. Bukan itu sahaja, dengan
mendalami pendekatan yang ada dalam panduan PdP yang tersedia, guru juga pada masa yang
sama dapat memperkembangkan lagi teknik dan kemahiran pengajaran mereka. Kemahirankemahiran seperti mengajar berpusatkan guru dan berpusatkan murid dapat dilakukan dengan
lebih efektif, kemahiran kemahiran lain seperti kemahiran mengajar mengunakan alat bantu
mengajar, kemahiran memupuk minat murid, kemahiran mengurus masa, kemahiran megajar
intrumen muzik dan kemahiran menggabungjalin bahan juga dapat dipertajamkan justeru
membantu meningkat kualiti pembelajaran murid didalam kelas. Secara kesimpulannya,
pendekatan yang ada dalam PdP Pendidikan Muzik sememangnya dapat membantu
memperkembangkan lagi kemahiran pengajaran guru dan guru adalah digalakkan untuk
mendalami dan memahami pendekatan pendekatan ini untuk kebaikan mereka sendiri.

5.0 Bibliografi
Buku

Zaiton binti Mohamad, Lee Chai Huat & Rosman bin Adam, 2014. KSSR Pendidikan
Muzik Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
11

Robert M. Gagne, 1965. Condition of Learning. Boston: MA: Allyn.


Anita Woolfolk, 1980. Educational Psychology for Teachers. United States: Prentince-

Hall.
McIlrath, D., & Huitt, W., 1995. A discussion of models. Educational Psychology
Interactive. Valdosta, GA: Valdosta State University

Kamus dan Ensiklopedia

Kamus Dewan, 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahan Internet

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012. KSSR Panduan Pengajaran Dunia Muzik Tahun
3. Diakses pada 17 April 2015 daripada

http://www.slideshare.net/awalludinmiskam/panduan-pengajaran-dunia-muzik-tahun-3
Fauzi Ahamad, 2008. Kajian Tindakan Pendidikan Muzik. Diakses pada 19 April 2015

daripada http://www.academia.edu/6899658/Kajian_Tindakan_Fauzi
Afiqah Nooh, 2011. Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik. Diakses pada 5 Julai 2015,
daripada http://www.slideshare.net/loverskaka/strategipendekatan-kaedah-dan-teknik?
related=1

12

Anda mungkin juga menyukai