Anda di halaman 1dari 5

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

PEMARKAHAN RAKAMAN 1 REFLEKSI 1 RAKAMAN 2 REFLEKSI 2 RPH LAPORAN KT FORUM JUMLAH

EDU 3026 :PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK TUGASAN 1 PENILAIAN RAKAMAN VIDEO MIKROPENGAJARAN KUMPULAN PERLIS01 ( A112PJJ )

DISEDIAKAN OLEH NAMA ZARINA BT. ABDUL RAHMAN NO. ID D20111049449 NO. TELEFON 0134636848

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM TARIKH HANTAR : 30/03/2012

MIKROPENGAJARAN 1.0 Pengenalan Mikropengajaran ialah satu latihan keguruan yang menitikberatkan pengalaman dan kemahiran yang hampir-hampir sama dengan yang diperlukan dalam situasi sebenar bilik darjah. Ia juga merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar. Guru pelatih atau guru yang berhasrat meningkatkan kemahiran mengajar lebih mudah dibantu oleh kemahiran mikropengajaran. Masa yang diperuntukkan untuk mikropengajaran adalah antara 5 hingga 10 minit dan murid yang diajar adalah di kalangan rakan-rakan sendiri. Dalam masa yang singkat ini, guru pelatih biasanya hanya perlu menonjolkan kemahiran asas tertentu seperti menyoal, menerang, memulakan pengajaran dan sebagainya. Biasanya rakaman video dibuat untuk tujuan perbincangan dan membuat analisis atau penilaian terhadap sesi pengajaran mikro yang dilaksanakan. Penguasaan setiap satu kemahiran mikropengajaran berupaya menghasilkan satu pengalaman pembelajaran yang berkesan.

2.0 Jenis-jenis Kemahiran Mikropengajaran

Terdapat beberapa jenis kemahiran mikropengajan iaitu kemahiran memulakan pengajaran, mencungkil idea, menyoal, penerangan, memperkukuh, mengilutrasi dengan contoh, membuat demontrasi, menutup pengajaran, dan membuat refleksi. Semasa proses pengajaran , kemahiran-kemahiran ini diaplikasi secara serentak, misalnya, pada fasa permulaan pengajaran guru bolehlah menyoal dan mencungkil idea murid.

2.1

Kemahiran Memulakan Pengajaran ( Set Induksi ) Kemahiran yang akan saya fokuskan untuk penilaian rakaman video mikropengajaran ialah kemahiran set induksi. Set induksi adalah sebagai satu langkah untuk memulakan sesi

pembelajaran yang akan

memberi imput menarik tentang apa yang diajar. Set induksi ini meliputi proses mensrtukturkan isi pembelajaran , menarik perhatian, mengadakan hubung kait terhadap pembelajaran dan seterusnya memotivasikan pelajar. Dalam erti kata lain set induksi ini adalah faktor pendorong murid untuk terus menumpukan perhatian kepada isi

pelajaran yang akan disampaikan oleh guru. Set induksi yang mengambil masa lebih kurang 5 minit ini sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru. Hal ini akan dapat mengawal disiplin dan memastikan murid bersedia untuk pelajaran hari ini. Sekiranya set induksi tidak digunakan dalam pengajaran, sudah pasti pelajar akan berasa bosan dan kurang memberi perhatian terhadap pengajaran guru. Oleh itu, guru-guru haruslah menggunakan set induksi yang mudah tetapi menarik perhatian pelajar di dalam kelas. Antara set induksi yang boleh digunakan adalah seperti gambar, surat khabar, majalah, benda-benda maujud seperti tanah, daun, kopiah, komputer riba, telefon bimbit, radio dan sebagainya. Sebagai contohnya, jika guru-guru hendak membincangkan sajak Tukang Gunting, guru-guru bolehlah menggunakan gunting sebagai set induksinya. Bagi pengajaran sajak anak laut, guru boleh menggunakan gambar nelayan atau perahu sebagai set induksinya.

2.1PENILAIAN VIDEO Cara Guru Mengendalikan Kemahiran Setelah melihat rakaman mikropengajaran ustazah Nurkhamidah Bt. Sulam, saya telah membuat keputusan untuk memilih kemahiran memulakan pengajaran iaitu set induksi sebagai komen dan penilaian mikropengajaran. Ustazah Nurkhamidah mengajar matapelajaran

Pendidikan Islam iaitu bahagian Ulum Syariah bertajuk BERISTINJAK. Dalam kemahiran set induksi ini, guru telah menunjukkan gambar, kemudian guru menyoal murid berdasarkan

gambar yang dipamerkan iaitu gambar air laut, gambar air embun, gambar air sungai, gambar air hujan, dan gambar air salji. Guru menyoal murid, adakah murid pernah melihat air-air tersebut, dan dimana murid biasa melihat air ini. Murid-murid memberi respon setiap soalan yang diajukan oleh guru.

Kemudian guru menyoal apakah kegunaan air, murid menjawab kegunaan air adalah

untuk membersih pakaian, badan dan sebagainya. Guru memberi penerangan berkaitan dengan kepentingan menjaga kebersihan. Guru menyoal murid lagi, apa kah akan terjadi kalau tidak ada air. Guru membantu murid untuk menjawab soalan yang diajukan. Seterusnya guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran yang akan diajar iaitu Alat-alat Yang Digunakan Untuk Bersuci. 3.0Kebaikan Dan Kelemahan Guru Secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik perhatian murid dan dapat membantu murid bersedia dari sudut kognitif dan afektif. Persoalan-persoalan yang diajukan oleh guru dapat mencungkil pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi murid. Pengajaran guru telah dapat menarik minat dan perhatian murid-murid kerana suara guru yang jelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru bergerak mendekati murid, menggunakan isyarat badan dan eye contact. Bahan bantuan mengajar bersesuaian dengan tajuk dan berwarna-warni.. Sikap dan perwatakan guru yang baik, dengan penuh keghairahan mengajar telah merangsang sifat ingin tahu murid dan seterusnya dapat menimbulkan motivasi murid. Percakapan guru yang terputus-putus, telah mengelirukan murid untuk menyambung dan kurang sesuai. Sebagai contoh, guru menyebut kebersi ..murid menyambung han. Kalau boleh percakapan guru biarlah lengkap apabila menyebut sesuatu perkataan..Alat bantuan mengajar yang dipegang oleh guru sebaik-baiknya ditampal pada whiteboard supaya mudah untuk murid melihatnya. Penggunaan whiteboard sepatutnya di garis dua bahagian supaya memberi kemudahan kepada murid untuk menampal ABM dan nampak lebih teratur dan kemas. Kemudian guru sepatutnya menulis hari,matapelajaran dan tarikh sebaris di bahagian atas whiteboard sebagai peringatan kepada murid. 4.0Penambahbaikan Adalah lebih baik jika guru menggunakan benda maujud sebagai ABM dalam kemahiran set induksi ini contohnya batu, daun kering dan sebagainya. Guru lebih mudah mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran yang diajar. ABM guru sepatutnya lebih besar sedikit

supaya semua murid dapat melihat dengan jelas. Adalah lebih baik guru menayangkan gambar menggunakan slaid LCD supaya semua murid dapat melihat dengan jelas. 5.0Penutup Sesungguhnya permulaan pengajaran ataupun set induksi sangat penting dan bermakna dan menarik minat para pelajar. Set induksi ini dapat dikaitkan dengan isi kandungan yang selari dengan objektif pengajaran. Pastinya set induksi yang menarik dapat memberi tumpuan dan fokus terhadap pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai