Anda di halaman 1dari 4

Set induksi memang penting dalam satu-satu pengajaran yang dijalankan oleh guru di dalam kelas.

Namun demikian, ada guru yang seolah-olahnya sudah melupakan set induksi ini. Pada hal, set induksi ini telah dipelajari dan dipraktiskan semasa menjalani latihan praktikum sebelum menjadi guru dahulu. Kebiasaannya, guru akan terus membincangkan topik yang hendak diajar tanpa menggunakan set induksi yang bersesuaian dengan topik tersebut. Sebenarnya, set induksi ini penting untuk menarik perhatian pelajar agar menumpukan perhatian terhadap topik atau perkara yang hendak dibincangkan oleh guru di dalam kelas. Sekiranya set induksi tidak digunakan dalam pengajaran, sudah pasti pelajar akan berasa bosan dan kurang memberikan perhatian terhadap pengajaran guru. Oleh itu, guru-guru haruslah menggunakan set induksi yang mudah tetapi menarik perhatian pelajar di dalam kelas. Antara set induksi yang boleh digunakan adalah seperti gambar, surat khabar, majalah, benda-benda maujud seperti raket badminton, gunting, topi, kopiah, komputer riba, telefon bimbit, radio dan sebagainya. Sebagai contohnya, jika guru-guru hendak membincangkan sajak Tukang Gunting, guru-guru bolehlah menggunakan gunting sebagai set induksinya. Bagi pengajaran sajak Anak Laut, guru boleh menggunakan gambar nelayan atau perahu sebagai set induksinya. Sekiranya guru-guru hendak membincangkan karangan tentang industri pelancongan, guru-guru boleh menggunakan gambar pantai, atau tempat-tempat percutian di Malaysia, atau lagu 'Cuti-cuti Malaysia'. Selepas bahan rangsangan yang dijadikan set induksi itu dipaparkan atau ditunjukkan, kemukakanlah beberapa soalan yang berkaitan dengan bahan itu untuk merangsang pemikiran pelajar. Di samping itu, dengan menggunakan set induksi, murid-murid juga akan bersedia dari segi mindanya terhadap isi pelajaran yang akan dibincangkan oleh guru selepas itu Selain bahan rangsangan yang dinyatakan tadi, guru-guru juga boleh mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan topik perbincangan untuk merangsang mereka terhadap isi pelajaran keseluruhannya. Guru-guru pula kebiasaannya akan memberikan beberapa alasan tentang sebab mereka tidak menggunakan set induksi semasa pengajaran dijalankan. Antara alasan yang sering diberikan ialah mereka hendak cepat menghabiskan sukatan pelajaran. Jadi, mereka tiada masa untuk menggunakan set induksi, dan menganggap set induksi itu tidak penting dalam pengajaran Bahasa Melayu. Namun demikian, kita perlu menyedari bahawa kegagalan guru untuk menggunakan set induksi ini pastinya akan menyebabkan pelajar kurang tertarik dan tidak berminat terhadap mata pelajaran yang diajarkan oleh guru. Seterusnya, perkara ini mungkin akan membunuh minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Oleh itu, kita harus menerima hakikat bahawa set induksi ini akan membantu guru untuk menyediakan minda pelajar bagi mengikuti pelajaran selanjutnya. Jadi, guru-guru tidak harus memandang set induksi ini sebagai perkara yang tidak penting jika hendak menarik minat pelajar untuk menyukai atau meminati mata pelajaran Bahasa Melayu. Jangan terlalu mementingkan sukatan pelajaran atau isi kandungan pelajaran sahaja sehingga menyebabkan pelajar tidak belajar dalam keadaan yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana, jika pelajar belajar dalam keadaan terpaksa dan tidak menyeronokkan, sudah pastilah kesannya tidak lama. Selanjutnya, pengajaran yang tidak menyeronokkan juga biasanya menyebabkan pengajaran guru menjadi kurang berkesan.

Set induksi memang penting dalam satu-satu pengajaran yang dijalankan oleh guru di dalam kelas. Namun demikian, ada guru yang seolah-olahnya sudah melupakan set induksi ini. Pada hal, set induksi ini telah dipelajari dan dipraktiskan semasa menjalani latihan praktikum sebelum menjadi guru dahulu. Kebiasaannya, guru akan terus membincangkan topik yang hendak diajar tanpa menggunakan set induksi yang bersesuaian dengan topik tersebut. Sebenarnya, set induksi ini penting untuk menarik perhatian pelajar agar menumpukan perhatian terhadap topik atau perkara yang hendak dibincangkan oleh guru di dalam kelas. Sekiranya set induksi tidak digunakan dalam

pengajaran, sudah pasti pelajar akan berasa bosan dan kurang memberikan perhatian terhadap pengajaran guru. Oleh itu, guru-guru haruslah menggunakan set induksi yang mudah tetapi menarik perhatian pelajar di dalam kelas. Antara set induksi yang boleh digunakan adalah seperti gambar, surat khabar, majalah, benda-benda maujud seperti raket badminton, gunting, topi, kopiah, komputer riba, telefon bimbit, radio dan sebagainya. Sebagai contohnya, jika guru-guru hendak membincangkan sajak Tukang Gunting, guruguru bolehlah menggunakan gunting sebagai set induksinya. Bagi pengajaran sajak Anak Laut, guru boleh menggunakan gambar nelayan atau perahu sebagai set induksinya. Sekiranya guru-guru hendak membincangkan karangan tentang industri pelancongan, guru-guru boleh menggunakan gambar pantai, atau tempat-tempat percutian di Malaysia, atau lagu 'Cuti-cuti Malaysia'. Gambar pantai Selain itu, sekiranya guru-guru hendak membincangkan karangan tentang kebaikan dan keburukan kad kredit, guru-guru bolehlah menggunakan kad kredit yang sebenar atau gambar kad kredit.

Gambar kad kredit Selepas bahan rangsangan yang dijadikan set induksi itu dipaparkan atau ditunjukkan, kemukakanlah beberapa soalan yang berkaitan dengan bahan itu untuk merangsang pemikiran pelajar. Di samping itu, dengan menggunakan set induksi, murid-murid juga akan bersedia dari segi mindanya terhadap isi pelajaran yang akan dibincangkan oleh guru selepas itu Selain bahan rangsangan yang dinyatakan tadi, guru-guru juga boleh mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan topik perbincangan untuk merangsang mereka terhadap isi pelajaran keseluruhannya. Guru-guru pula kebiasaannya akan memberikan beberapa alasan tentang sebab mereka tidak menggunakan set induksi semasa pengajaran dijalankan. Antara alasan yang sering diberikan ialah mereka hendak cepat menghabiskan sukatan pelajaran. Jadi, mereka tiada masa untuk menggunakan set induksi, dan menganggap set induksi itu tidak penting dalam pengajaran Bahasa Melayu. Namun demikian, kita perlu menyedari bahawa kegagalan guru untuk menggunakan set induksi ini pastinya akan menyebabkan pelajar kurang tertarik dan tidak berminat terhadap mata pelajaran yang diajarkan oleh guru. Seterusnya, perkara ini mungkin akan membunuh minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Oleh itu, kita harus menerima hakikat bahawa set induksi ini akan membantu guru untuk menyedikan minda pelajar bagi mengikuti pelajaran selanjutnya. Jadi, guru-guru tidak harus memandang set induksi ini sebagai perkara yang tidak penting jika hendak menarik minat pelajar untuk menyukai atau meminati mata pelajaran Bahasa Melayu. Jangan terlalu mementingkan sukatan pelajaran atau isi kandungan pelajaran sahaja sehingga menyebabkan pelajar tidak belajar dalam keadaan yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana, jika pelajar belajar dalam keadaan terpaksa dan tidak menyeronokkan, sudah pastilah kesannya tidak lama. Selanjutnya, pengajaran yang tidak menyeronokkan juga biasanya menyebabkan pengajaran guru menjadi kurang berkesan.

Definisi Set Induksi Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran. Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan. Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka. Prinsip-prinsip Panduan Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut: i) Bermakna Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur. ii) Perkaitan Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran. iii) Perkaitan Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.

Objektif-objektif Set Induksi Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut: i) Mendapatkan perhatian murid. ii) Memotivasikan murid-murid. iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas. iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan. v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid. Komponen-komponen Set Induksi. Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur. i) Menarik Perhatian Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid. ii) Mewujudkan Motivasi Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997). iii) Perkaitan Kognitif

Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu. iv) Menstruktur Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti.

Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran. Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut: i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi. ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep. iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru. iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi. vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pen jm jjnbngajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.

Anda mungkin juga menyukai