Anda di halaman 1dari 7

Kaedah Membuat Ulasan

1.Membaca soalan dan memahami soalan


2.Mengenal pasti kata kunci soalan sama ada:
Nilai,nilai murni,amalan baik,,pengajaran atau faedah.
3.Membaca ayat demi ayat untuk mencari isi yang berkaitan dan Garis Isi Yang ditemui.
4.Tukar idea-idea yang ditemui dengan nilai murni
5.Nyatakan 5 saja idea dan tidak lebih.
6.Mesti menghurai idea berdasarkan idea dalam petikan
7.Nilai nagetif dalam petikan boleh dipositifkan.
Contoh: Amin tidak suka bersukan - Menjaga kesihatan.
8.Contoh pendahuluan:
a.Berdasarkan petikan ialah,pengajaran yang diperolehi ialah....
b.Antara nilai murni yang didapati ialah.....
c.Sebagai seorang murid kita mestilah......
9.Gunakan kata bantu untuk membina ayat
ulasan:mestilah,mesti,harus,haruslah,seharusnya,patut,patutlah,sepatutnya,hendaklah,sewajar
nya dan lain-lain lagi
10.Contoh nilai-nilai murni
Adil
Bantu-membantu
Berdisiplin
Belas kasihan
Mematuhi peraturan
Bermaaf-maafan
Bersabar
Bertindak pantas
Berusaha
Bergotong-royong
Hormati ibu bapa
Kasih-sayang
Bekerjasama
Membri salam
Hargai masa
Mengikut peraturan
Perpaduan
Ramah mesra
Simpati
Semangat kesukanan
.

Amanah
Rajin
Berani
Tabah
Berdikari
Tolong-menolong
Bertanggungjawab
Murah hati
Cekal
Tekun
Hormati guru
Kejujuran
Kesopanan
Menepati masa
Mengenang budi
Menjawab salam
Persaudaraan
Rasional
Sedia memaafkan
patriotik

Baik hati
Sayang
Bertanggungjawab
Semangat kejiranan
Berhati-hati
Toleransi
Berterima kasih
Berhati-hati
Gigih
Jimat
Ikhlas
Kebersihan
Kesyukuran
Kerajinan
Mengakui kesalahan
Merendah diri
Prihatin
Redha
Sopan
Taat ibu bapa

11. Bilangan perkataan antara 50 65 patah perkataan


12. Contoh soalan UPSR 2010
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi darpada petikan di bawah
Sahabatku Fadhil,
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa
menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelaab Bahasa Melayu sekolah saya.
Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang dilalui,kami
manfaatkan dengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri,
dan Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung
Machincang,Kami kagum akan keindahan alam semula jadi.Cuacanya sejuk manakala
udaranya segar dan nyaman.
Semasa di Pantai Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring
melarang kami kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat guru tersebut.Lawatan seterusnya
ke Underwater World,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.Kami berbaris
sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.
Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya membeli
barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu .Saya juga membeli
cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.

13. Menyenaraikan semua idea yang diperolehi.


Nilai dalam teks(tersurat)
Nilai yang ditukar(tersirat)
Menceritakan pengalaman
Berkongsi pengalaman/idea
Setiap detik...kami manfaatkan
Menghargai masa
Mengunjungi.....tempata bersejarah
patriotisme
Kagum akan keindahan alam
Menghargai alam/bersyukur
Meminta kebenaran
Menghormati guru
berbaris
berdisiplin
Membeli....yang perlu sahaja
Bijak berbelanja/berjimat
Dipesan oleh ibu
Patuh/taat
Membeli cenderamata
Mengingati kawan/prihatin
14. Memilih lima idea yang dikehendaki dan membina ayat
menghargai masa
menghormati guru
berdisiplin
berjimat
prihatin

15. Kembangkan idea mengikut petak lajur lima


Objek
Kata bantu
nilai
Kita
patut
Menghargai
masa
Kita
mesti
Menghormati
guru
kita
mestilah
berdisiplin
kita
hendaklah
berjimat
kita

sepatutnya

prihatin

Kata hubung
dengan
dan
dengan
dengan
dengan

huraian
Melawat tempat
bersejaran
Mendengar
nasihat
beratur
Membeli
barang-barang
yang penting
Membeli
cenderamata

16. Membina ayat ulasan


Nilai yang diperoleh ialah kita patut menghargai masa dengan melakukan aktiviti
berfaedah seperti melawat dalam negara.Selain itu, kita mesti menghormati guru dan
mendengar nasihat mereka agar kita sentiasa selamat.Seterusnya kita mestilah berdisiplin
dengan beratur sebelum memasuki sesuatu tempat untuk mengelakkan kemalangan.Di
samping itu kita hendaklah berjimat-cermat dengan hanya membeli barang-barang yang
penting sahaja.Akhirnyai,kita sepatutnya prihatin terhadap kawan-kawan dan keluarga
dengan membeli cenderamata kepada mereka sebagai tanda ingatan.

CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN


Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina
daripada nilai murni tersebut .
1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.
Nilai Murni: mematuhi peraturan.
Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.
2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.
Nilai Murni: bertanggungjawab
Ayat : Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab.
3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.Mengapakah
adik menangis? tanya pengawas itu.
Nilai Murni: perihatin
Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.
4. Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat
lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan, jawab budak itu
sambil menangis.
Nilai Murni: berterus-terang.
Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak
berwajib dapat menghulurkan bantuan.
5. Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut
abang. kata pengawas itu.
Nilai Murni: memberi pertolongan.
Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.
Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.
Contoh 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia
tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke
rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi
bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari
rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi,
mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-

buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan
Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

Pengajaran
1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.
Contoh jawapan
Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah.
Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal
dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran.
Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan
mencemarkan nama baik keluarga.
Contoh 2
Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya
menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adikadiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah,
memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan.
Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya
sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong
meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana
sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan
ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.
JAWAPAN
1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.
2. Rajin membantu dan ringan tulang
3. Pandai menguruskan rumah
4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
5. Budaya mengucapkan terima kasih.
6. Bersyukur.

Contoh 3
Tema : Murid yang bersikap negative
Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan
tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh
guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak
menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh
guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka
hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia
juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Muridmurid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.
JAWAPAN
1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru

Cadangan masa menjawab Bahagian C


20 minit
Membuat Ulasan
Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.
Tidak kurang 50 patah perkataan atau tidak melebihi 50 patah perkataan.
Cara Menjawab Soalan

Baca dan fahami situasi.


Gariskan kata kunci dalam soalan.
Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang
terdapat dalam teks.
Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.
Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan
Contoh:
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur
membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersamasama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya.
Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke
kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya
berada dalam keadaan ceria
Senaraikan nilai murni/pengajaran/amalan baik yang terdapat dalam petikan
Bangun awal pagi disiplin diri
Menolong ibu di dapur
Bersarapan bersama kasih sayang
Bersalam menghormati orang tua
Rajin / tidak suka membuang masa
Suka kepada kebersihan
BAHAGIAN C Cara menulis.
Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan
Ini, kita mestilah(huraian/contoh).
Seterusnya, kita haruslah
.(huraian/contoh)
Di samping itu, kita hendaklah
(huraian/contoh)..
Selain itu, kita mestilah .
..(huraian/contoh).

Akhirnya, kita wajarlah.(huraian/contoh)


..

Anda mungkin juga menyukai