Anda di halaman 1dari 8

Di bawah ini disenaraikan 17 nilai murni.

1. Baik Hati sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas yang
dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain.
2. Berdikari kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain
yang terjelma juga melalui rasa tanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada
diri sendiri.
3. Hemah Tinggi budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta budi bahasa
yang patut diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain;
terjelma melalui kesopanan, mengakui kesalahan diri, dan ramah mesra.
4. Hormat-menghormati menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan
memberikan layanan yang sopan; antara lain terjelma melalui ketaatan terhadap ibu bapa, orang
yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin; dan terjelma juga melalui hormat kepada
raja dan negara, patuh kepada undang-undang dan menghargai maruah diri.
5. Kasih Sayang perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir
daripada hati yang rela terhadap sesuatu; termasuk sayang/cinta akan nyawa, alam sekitar, negara
dan keamanan.
6. Keadilan perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah;
termasuk juga saksama.
7. Kebebasan dapat melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk pada
peraturan dan undang-undang agama, masyarakat dan negara; terjelma melalui kebebasan di sisi
undang-undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.
8. Keberanian kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati;
termasuk berani tanpa membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian, dan
berani bertanggungjawab.
9. Kebersihan Fizikal dan Mental kebersihan diri dan kebersihan persekitaran; terjelma melalui
pertuturan, kelakuan, pemikiran dan amalan kerohanian.
10. Kejujuran sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan; termasuk amanah, bercakap benar, dan ikhlas.
11. Kerajinan usaha secara berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan dan dedikasi
dalam melakukan sesuatu perkara; terjelma melalui kecekalan, daya usaha, dedikasi, gigih dan tekun.
12. Kerjasama usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada
peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat; termasuk
persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong-royong, toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan.
13. Kesederhanaan sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada
dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat;
secara umum sederhana dalam mempertimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
14. Kesyukuran perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan
kesenangan yang diperoleh; termasuk berterima kasih, mengenang budi, dan menghargai
seseorang/sesuatu--fokus utama ialah kesyukuran kepada Tuhan.
15. Patriotisme semangat cinta akan negara, taat setia kepada raja dan sanggup berkorban demi
negara.

16. Rasional dapat berfikir dengan berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat melakukan
tindakan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan; termasuk mampu membuat pertimbangan,
berfikir logik dan bersifat terbuka.
17. Semangat Bermasyarakat kesediaan melakukan sesuatu berdasarkan semangat kekitaan
seperti bermuafakat, kejiranan dan peka tentang isu sosial dan masyarakat.

PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN

CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN


Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada
nilai murni tersebut .
1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.
Nilai Murni: mematuhi peraturan.
Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.
2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.
Nilai Murni: bertanggungjawab
Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab.
3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.Mengapakah
adik menangis? tanya pengawas itu.
Nilai Murni: perihatin
Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.
4. Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan
saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan, jawab budak itu sambil
menangis.
Nilai Murni: berterus-terang.
Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib
dapat menghulurkan bantuan.
5. Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut
abang. kata pengawas itu.
Nilai Murni: memberi pertolongan.
Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.
Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Contoh 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak
sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah
Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di
sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka.
Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa
lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang
berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke
rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

Pengajaran
1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.
Contoh jawapan
Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah.
Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal
dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran.
Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan
mencemarkan nama baik keluarga.
Contoh 2
Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya
menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adikadiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah,
memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah
melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh
kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban
Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan
tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik
dan adik-adik yang ringan tulang.
JAWAPAN
1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.
2. Rajin membantu dan ringan tulang
3. Pandai menguruskan rumah
4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
5. Budaya mengucapkan terima kasih.
6. Bersyukur.
Contoh 3
Tema : Murid yang bersikap negative
Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan
tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh
guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak
menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh

guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka
hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga
berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid
dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.
JAWAPAN
1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru

Cadangan masa menjawab Bahagian C


20 minit
Membuat Ulasan
Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.
Tidak kurang 50 patah perkataan atau tidak melebihi 50 patah perkataan.
Cara Menjawab Soalan
Baca dan fahami situasi.
Gariskan kata kunci dalam soalan.
Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang
terdapat dalam teks.
Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.
Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan
Contoh:
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur
membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama.
Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara
menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan
menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan
ceria
Senaraikan nilai murni/pengajaran/amalan baik yang terdapat dalam petikan
Bangun awal pagi disiplin diri
Menolong ibu di dapur
Bersarapan bersama kasih sayang

Bersalam menghormati orang tua


Rajin / tidak suka membuang masa
Suka kepada kebersihan
BAHAGIAN C Cara menulis.
Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan
Ini, kita mestilah(huraian/contoh).
Seterusnya, kita haruslah
.(huraian/contoh)
Di samping itu, kita hendaklah
(huraian/contoh)..
Selain itu, kita mestilah .
..(huraian/contoh).

Akhirnya, kita wajarlah.(huraian/contoh)


..

Anda mungkin juga menyukai