Anda di halaman 1dari 10

Berbudi bahasa Definisi berbudi bahasa Budi merujuk kepada sifat berilmu, bijaksana, pandai, mengetahui, mengerti,

berpengalaman dan berakal yang dimiliki oleh seseorang. Bahasa merupakan satu sistem bunyi yang terdiri daripada gaya atau cara pertuturan yang disuarakan oleh manusia secara mudah untuk berkomunikasi menggunakan medium artikulasi yang dimiliki oleh manusia. Definisi berbudi bahasa : ia merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia. Dalam erti kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam pada tahun 2002 muka surat 180, budi didefinisakan sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan yang baik atau kebajikan. Bagi masyrakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan oleh seseorang individu. Kebiasaannya orang yang menabur budi atau memberi jasa tidak mengharapkan balasan mahupun pemberian balik. Budi atau sumbangan yang baik dari segi tenaga atau material mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati oleh Allah swt. Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.

Ciri-ciri orang berbudi bahasa 1 Bertimbang rasa

-perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum -bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain -memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain. -memikirkan perasaan orang lain sebelum melakukan sesuatu perkara

Bertoleransi

-bersikap sabar -sikap dapat menerima atau menghormati pendapat, buah fikiran mahupun kepercayaan orang lain. -bertolak ansur dalam semua perkara, mengambil semua pandangan orang lain dan membuat perbincangan sebelum membuat keputusan 3 Bertolak ansur

-tidak hanya mementingkan atau mneguntungkan sebelah pihak semata-mata. -tidak terlalu mengira apabila berbuat baik dengan orang lain -mudah memaafkan kesalahan orang lain 4 Bersopan santun

-lemah lembut apabila bertutur -tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong dalam pergaulan sesame manusia -perilaku yang sopan 5 Ramah mesra

-mudah di ajak berunding -mesra dan mudah memberi senyuman -penyabar dan tidak emosional 6 Tidak mementingkan diri sendiri

-tidak hanya memerhatikan kepentingan untuk diri sendiri malah kepentingan orang lain juga -selalu mengutamakan orang lain -tolong-menolong antara satu sama lain -memberi bantuan kepada yang memerlukan bantuan

Langkah-langkah menerapkan amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni Amalan dan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni sama ada dalam komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam : Institusi kekeluargaan Institusi kemasyarakatan Institusi pembelajaran

1. Institusi kekeluargaan

Antara ibu bapa anak-anak-ibu bapa

Ibu bapa wajib mendidik, membimbing dan mengatur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul serta mempunyai kelakuan terpuji antaranya : Patuh, taat, hormat dan saling menyayangi antara satu sama lain Menghormati orang lain, menghargai alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan Beradap sopan, tingkah laku baik dan tertib dalam semua keadaan Menjaga kebersihan diri, pakaian dan persekitaran

Antara adik beradik

Hubungan anatara adik beradik disusun oleh aturan kelahiran dari sulung kepada tangah dan seterusnya bongsu. Kebiasaanya yang muda mesti menghormati yang tua melalui panggilan secara baik iaitu gelaran atau pangkat yang lazim dalam masyarakat. Antaranya ialah ; Gelaran abang long, abang ngah, kak cik dan sebagainya Pergaulan dan kelakuan antara adik beradik perlulah bersopan santun Saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan setiakawan serta saling bantu-membantu antara adik beradik

Antara saudara mara

Hubungan pertalian darah dan perkahwinan dengan saudara-mara sebelah ibu dan bapa, ipar dan mertua serta sebagainya hendaklah berasaskan hormat, sopan dan santun melalui teguran dan panggilan yang diberikan kepada mereka. Komunikasi dan pergaulan saudara mara haruslah berpandukan rasa hormat , sopan santu dan tutur kata yang enak didengar. Kunjung-mengunjungi antara saudara-mara sangat digalakkan dan amat dan merupakan salah perkara yang dapa mengeratkan hubungan silaturrahim

2. Institusi kemasyarakatan dan masyarakat umum

Antara generasi

Hubungan antara tua dan muda perlu sentiasa dalam keadaan atau suasana hormat menghormati, sayang-menyayangi dan bertatasusila. Antaranya : Mendahulukan yang tua Bertegur sapa dengan panggilan pakcik atau makcik atau kakak atau adik jika lebih muda Bertutur, bercakap atau berbual dengan nada suara yang lembut penuh hemah dan dengan rasa rendah diri Tidak berjenaka sesuka hati, memrli atau memandang rendah,

membantah dan bermegah-megah Yang muda diberi peluang untuk memberi pendapat atau pandangan

Antara pemimpin dan masyarakat

Hidup bermasyarakat memerlukan tutur kata yang sopan, perangai yang halus dan bepekerti yang mulia antaranya : Menghormati seseorang yang telah dipilih untuk menjadi pemimpin Bekerjasama, dan bermuafakat dalam segala urusan serta selalu mengadakan rundingan sebelum melakukan keputusan Semangat bergotong-royong yang tinggi dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan

Antara masyarakat umum, dan setempat

Anggota masyarakat yang berbudi adalah mereka yang sentiasa menunjukkan kelakua serta peribadi yang baik dan sentiasa menjaga diti masing-maisng daripada segala macam perlakuan yang buruk yang dipandang serong oleh masyarakat serta memalukan masyarakat setempat antaranya : Memberi bantuan terutama kepada warga tua , warga istimewa, wanita dan kanak-kanak Bertimbang rasa, sabar dan baik hati Mengelak daripada membuat kekotoran mahupun melakukan perkara yang kotor

3. Institusi pembelajaran

Antara guru-pelajar-guru

Guru mendidik murid-murid termasuklah berbudi bahasa dan berakhlak mulia dalam melam setiap perlakuan mahupun tutur kata. Antaranya : Berdisiplin Bertegur sapa dengan penuh rasa hormat dan bersopan santun Menggunakan bahasa yang sopan dan beradab Berani mengaku kesalahan

Antara murid dan rakan sebaya

Saling hormat menghormati sesame rakan. Antaranya ; Membiasakan diri dengan mengucaokan salam atau ucap selamat Menghargai perbezaan beragama, latar belakang rakan-rakan dan budaya masing-masing Menghargai idea, buah fikira dan pendapat serta hak milik rakan sebaya

Langkah-langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan muridmurid sekolah Peranan guru sebagai role model dalam menyemai amalan berbudi bahasa dalam kalangan murid mahupun untuk masyarakat. Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Profesion perguruan adalah profesion yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Masyrakat terutama dari golongan ibu bapa meletakkan haraoan yang tinggi kepada para guru dalam mendidik anak mereka untuk menjadi invidu yang berguna dan berfungsi dengan baik apabila mereka dewasa kelak. Bagi mereka guru mengajar segala aspek dalam kehidupan dan guru mampu membentuk anak mereka. Sehinggakan pada saat ini, ibu bapa meanggap segala ilmu yang perlu di kuasai atau di ajar kepada anak-anak mereka perlu di ajar oleh guru seperti mengajar anak mereka untuk menjadi orang yang berbudi bahasa. Dewasa ini, kebanyakan jenayah atau kes tatatertib yang berlaku di sekolah adalah berpunca daripada disiplin pelajar yang teruk. Kebanyakan kes berpunca daripada kurangnya sikap berbudi bahasa antara satu sama lain dan kurang sikap hormat menghormati. Ibu bapa cenderung untuk menunding jari kepada guru kerana kebanyakan kes berlaku di sekolah dan mereka bependapat perkara ini harus ditangani oleh guru itu sendiri walhal perkara ini berlaku berpunca daripada kurang keprihatinan yang diberikan oleh ibu bapa di rumah. Justeru perkara ini bukan dibendung oleh hanya sebelah pihak malah memerlukan tindakan daripada pelbagai pihak.

Guru merupakan idola dimana kebanyakan pelajar menganggap guru mereka sebagai contoh yang patut diteladani. Oleh itu, profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat berat kerana membawa tanggungjawab yang sangat besar. Bukan pandangan pelajar sahaja malah pandangan masyarakat kepada para guru sangat tinggi. Bagi mereka guru perlulah terdiri daripada orang yang mempunyai akhlak yang baik dan tingkah laku yang disenangi serta menjadi contoh kepada individu lain. Guru yang mempunyai sikap yang kurang memuaskan pasti di kecam oleh masyarakat setempat dan menjadi igauan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Amalan berbudi bahasa merupakan satu amalan yang wajar dilaksanakan pada setiap masa. Di sekolah, guru perlu memikirkan beberapa idea mahupun strategi dalam menyemai amalan berbudi bahasa di sekolah mahupun di tempat lain. Guru perlu menunjukkan sikap tersebut ketika berada di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun diruangan lain. Guru perlu sentiasa memaparkan atau menggayakan amalan tersebut dan memberitahu kepada pelajar. Seperti contoh guru mengucapkan terima kasih kepada pelajar yang menolong mengangkat buku, guru perlu menyatakan mengapa kita perlu mengucapkan terima kasih dan kebaikan menolong guru mengangkat buku dan apakah ganjaran melakukan perkara tersebut. Pujian perlu sentiasa diberikan kepada mereka yang mengamalkan amalan berbudi bahasa. Bagi mereka yang kurang mempunyai ciri-ciri berbudi bahasa teguran yang efisien perlu diberikan. Teguran yang berunsurkan budi bahasa mampu memupuk kesedaran dikalangan pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar degil di sekolah. Hal ini kerana bukan kehendak mereka untuk melakukan perkara yang tidak mematuhi amaln berbudi bahasa, mereka tidak diberi pendedahan secara terperinci mengenai amalam berbudi bahasa oleh itu guru perlu sentiasa mengingatkan mereka dan hukuman yang sewajarnya perlu diberikan. Bukan dengan memberi denda yang mampu memberikan ingatan buruk kepada pelajar. Apabila guru memberi hukuman yang berteraskan amalan berbudi bahasa, tidak mustahil pelajar tersebut untuk berubah.

Di sekolah, banyak perkara atau agenda boleh dilaksanakan dalam menyemai amalan berbudi bahasa. Terdapat beberapa aktivti yang boleh dilakukan di peringkat sekolah dalam melaksanakan amalan berbudi bahasa. Di peringkat guru, guru-guru perlulah mengamalkan terlebih dahulu amalan berbudi bahasa diantara guru. Sama ada di antara pengetua, mahupun staf sokongan ataupun pekerja di kantin. Amalan amalan ini akan di lihat oleh para pelajar secara langsung mahupun tidak langsung. Ia dapat dilihat terutama sewaktu para guru berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Pengucapan yang dikeluarkan oleh para guru adalah perkara yang menjadi ikutan oleh pelajar secara tidak langsung. Oleh itu, tutur kata yang dikeluarkan oleh para guru perlulah berhemah dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi. Interaksi antara guru perlulah dalam suasana yang berbudi bahasa dan berhemah yang mampun mewujudkan suasana atau persekitaran yang mengamalkan budi bahasa. Idea ini kelihatan mudah namun perlaksanaan memerlukan kesabaran yang tinggi diantara guru. Hal ini kerana, pelajar menjadikan guru mereka sebagai contoh walaupun ianya perbualan di antara guru dan guru. Gaya pertuturan juga mampu menjadi ikutan dalam kalangan pelajar. Pihak pentadbir juga boleh mengadakan aktiviti atau program yang bercirikan amalan berbudi bahasa atau menetapkan bagi setiap program yang diadakan amalan berbudi bahasa menjadi keutamaan. Selain menampal perkataan di dinding atau menggantung di ruangan, pihak sekolah boleh mengambil inisiatif lain dengan memaparkan video atau gambar bergerak yang menunjukkan amalan berbudi bahasa. Kerana ia lebih menarik perhatian pelajar dan pelajar gemarkan perkara yang lebih interaktif. Melalui video gambaran dapat dilihat oleh pelajar. Tambahan pula pada era berteknologi tinggi ini, pelajar kurang bersosial bersama masyarakat dan mereka jarang menemui atau melalui perkara perkara yang boleh menyumbangkan sesuatu yang positif mahupun negatif. Melalui paparan video mereka mampu melihat perkara dari aspek positif mahupun negatif dalam keadaan sebenar dan beberapa perkara yang perlu dielak juga mampu diketengahkan dalam video tersebut. Pihak pentadbir sekolah juga perlu peka mengenai perubahan sistem pergaulan pelajar pada zaman sekarang. Banyak perubahan yang berlaku hasil kesan perkembangan teknologi yang terlalu pesat yang mempengaruhi budaya pelajar pada masa kini. Amalan berbudi bahasa dilihat semakin merosot dek kerana penglibatan teknologi dalam hubungan komunikasi di antara satu sama lain.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan beberapa program yang melibatkan usahasama di antara guru dan pelajar. Di mana guru juga perlu mengambil bahagian terutam dalam menerapkan nilai budi bahasa. Pihak sekolah boleh menganjurkan kempen berbudi bahasa dalam kalangan penghuni sekolah. Bukan hanya pelajar yang perlu terlibat malah para guru digalakkan untuk melibatkan diri dalam program tersebut. Kempen budi bahasa merupaka salah satu program yang mampu menerapkan nilai budi bahsa dalam diri pelajar melalui pembelajaran. Pihak sekolah boleh mnegadakan pertandingan yang berkonspekan amalan berbudi bahasa seperti pertandingan pidaton pantun, drama, sketsa, boria, dikir barat, kuiz, nasyid, kembara budi bahasa, melukis, animasi, Anugerah mahupun kem jati diri. Dengan penganjuran program seperti ini kesedaran dapat dipupuk bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah dalam kalangan guru. Amalan budi bahasa tidak semestina di terapkan melalui program yang perlu di adakan oleh pihak sekolah. Melalui sesi pembelajaran dan pengajaran juga ia mampu dilaksanakan. Kerajaan telah pun mewujukan satu subjek yang iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di sekolah. Setiap guru perlu mengambil berat mengenai subjek ini dan topic yang di ajar haruslah di amalkan oleh pelajar dan guru sama ada dalam kelas mahupun diluar kelas. Susun atur kedudukan dalam kelas perlu diubahsuai mengikut Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), supaya tiada ciri-ciri perkauman di lihat semasa di dalam kelas yang boleh mencetus kepada amalan yang kurang baik. Amalan berbudi bahasa bukan hanya amalan yang perlu dipraktikkan antara satu kaum sahaja. Jalinan antara kaum juga perlu di semai dengan amalan budi bahasa untuk mewujudkan suasana yang harmoni. Untuk aktiviti yang melibatkan penglibatan semua pelajar seperti dalam aktiviti kokurikulum pihak sekolah perlu prihatin dalam melaksanakan perkara tersebut agar tiada sebarang perbezaan yang ketara dilihat antara pelajar seperti contoh perkauman. Carta organisasi yang dibangunkan perlu melibatkan pelbagai kaum dan peringkat umur supaya mereka dapat memupuk semangar bekerjasama antara pelbagai peringkat dan jenis manusia dan melatih mereka mengamalkan amalan berbudi bahasa semasa melaksanakan tugasan yang diberikan. Melalui aktiviti seperti ini. Ia mampu pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa.

Anda mungkin juga menyukai