Anda di halaman 1dari 7

Suhaidi Razi After Guernica Media campuran 212 x 367 cm BSVN 2013

Pertamanya, saya memilih karya After Guernica ini kerana saya melihat dari aspek hal benda yang ada pada karya ini yang menampilkan imej yang begitu menarik bagi saya. Walaupun hakikatnya karya ini telah dihasilkan oleh seorang pelukis tersohor iaitu Pablo Picasso dan dihasilkan kembali oleh Suhaidi Razi yang meletakkan ia kembali di dalam kontek semasa dan merakam kembali dengan sentuhan bahan dan teknik yang berbeza. Saya membuat andaian bahawa karya ini dihasilkan kembali oleh pengkarya kerana beliau ingin menyampaikan satu mesej dan makna yang besar bahawa pada pertengahan abad ke 19 berlakunya sejarah titik hitam dimana tragedi peperangan dan penderitaan yang dikenakan ke atas individu, terutamanya orang awam yang tidak berdosa khususnya kepada penduduk Guernica iaitu sebuah kampung Negara Basque di utara Sepanyol. Pengeboman yang dasyhat juga telah berlaku terhadap kampung ini yang dilakukan oleh pesawat perang Jerman dan Itali di perintah angkatan Kebangsaan Sepanyol , pada 26 April 1937, semasa perang saudara sepanyol. Oleh itu, Kerajaan Republikan Bahasa Sepanyol Picasso telah ditugaskan untuk membuat mural besar untuk paparan Sepanyol di Antarabangsa Ekspo Paris pada Pameran Dunia 1937 di Paris. Hal ini dapat saya simpulkan bahawa Suhaidi Razi melalui karyanya ingin mengupas isu-isu baru pada masa kini yang signifikan dengan sejarah yang berlaku disebalik karya ini. Selain itu, pengkarya juga ingin mengungkit kembali sejarah ini melalui karyanya yang sememangnya karya ini penuh dengan mesej untuk disebarkan tetapi menggunakan stail yang berbeza. Saya juga kagum dengan beliau kerana mampu meniru seolah-olah sama dengan karya yang asal. Apa yang saya dapat lihat hal benda pada karya After Guernica ini ialah mempunyai ruang nyata dan ruang ilusi dimana ruang nyata itu ialah kepala kuda , lembu yang ditikam, wajah manusia yang diperbuat daripada besi keluli seolah-olah kelihatan seperti arca. Manakala ruang ilusi terdapat imej-imej manusia yang mempunyai peibagai bentuk khususnya berbentuk kiubisme dimana kita dapat melihat figura ini telah merakamkan kesengsaraan

akibat perang di Guernica. Disamping itu, dalam karya ini kepala kuda yang berada di tengahtengah karya ini telah menjadi satu fokus kepada para pengunjung apabila melihat karya ini. Hal ini kerana kepala kuda yang telah dihasilkan secara bentuk tiga dimensi ini begitu menarik untuk dilihat. Dengan menggunakan besi keluli untuk dihasilkan dan seolah -olah kelihatan ketakutan pada imej kuda tersebut. Karya ini juga dapat saya tafsirkan bahawa karya ini menjurus ke arah aliran semi abstrak. Karya ini juga dihasilkan dengan menggunakan teknik media campuran dalam penghasilan karyanya. Secara khususnya, beliau telah menggunakan teknik cetakan, tampalan, cat, arca dan sebagainya. Unsur-unsur seni yang di tonjolkan dalam karya adalah garisan, rupa, jalinan,bentuk,ruang dan warna manakala prinsip rekaan yang diaplikasikan memaparkan harmoni, kesatuan, kepelbagaian, imbangan, dan penegasan. Apa yang menarik perhatian saya tentang karya ini ialah pengkarya berjaya mentranformasikan karya ini kepada yang lebih ekspresif. Hal ini kerana wujudnya penegasan atau fokus yang sangat menarik iaitu kepala kuda yang terdapat dalam karya dijadikan arca timbulan. Kelihatan kuda ini memberi impak yang mendalam kerana teknik pembuatannya yang menggunakan besi dan saya tertarik pada bulu rambut pada kuda ini menonjolkan kekuatan garisan. Arca kepala kuda ini seperti yang tertera pada karya yang memperlihatkan wajah kuda seolah-olah ketakutan , meraung dan menjerit akibat daripada peperangan. Bukan itu sahaja, namun terdapat juga imej-imej seperti wajah yang telah mati akibat daripada pegeboman pada karya juga ditransformasikan menjadi arca. Selain itu, saya juga melihat pada imej-imej yang lain seperti yang tertera pada karya. Contohnya, imej-imej wajah pada karya ini juga ditimbulkan seakan-akan menjadi arca timbulan dimana Suhaidi Razi menggunakan papan untuk menimbulkannya. Hal ini dapat kita lihat bahawa terdapat bayang-bayang yang ada di sebalik sesetengah imej pada karya ini. Saya sangat tertarik dengan karya ini walaupun karya ini asalnya daripada pelukis tersohor Pablo

Picaso dimana karya ini banyak menimbulkan persoalan diminda saya ditambah dengan gaya karya yang banyak mewujudkan rupa dan kiubisme. Pada mulanya, semasa melihat karya ini, apa yang membuat saya tertarik ialah saya ingin mengetahui lebih mendalam lagi apa sebenarnya mesej tersurat dan tersirat yang ingin diketengahkan dalam karya ini. Saya melihat pada imej-imej wajah yang tertera dalam karya ini memperlihatkan imej-imej kesengsaraan dan penderitan yang di alami oleh penduduk pada zaman itu. Tetapi imej ini begitu unik bagi saya kerana ia menggunakan unsur rupa. Kita dapat lihat beberapa imej yang sangat memberi kesan kepada masyarakat dil luar sana seperti imej seorang ibu yang mengangkat anaknya sambil meraung mendongak ke atas yang menjadi mangsa korban dalam peperangan, imej yang merangkak kesakitan, imej yang terputus kepalanya dan imej binatang seperti lembu dan kuda yang sedang ketakutan. Imej-imej ini juga kelihatan terbalik seolah-olah karya ini dapat saya tafsirkan ia berkaitan dengan alam bawah sedar dan memberikan banyak makna yang tersembunyi pada karya ini. Dari aspek warna pula, pengkarya menggunakan warna-warna yang gelap dan suram pada latar belakang untuk menjadikan karya ini lebih memberikan kesan dan menepati dengan mesej yang ingin disampaikan. Sebaliknya , warna pada imej imej pula, pengkarya menggunakan cat hitam, putih, dan kelabu untuk menetapkan mood muram sebagai ekspresi kesakitan dan huru-hara. Bentuk dan postur tubuh mengekspresikan protes. Pada pendapat saya, dari segi soal warna tidak akan saya sentuh dengan banyak kerana ia sama dengan yang asal. Apa yang saya dapat lihat kebolehan Suhaidi Razi dalam meniru karya tersohor ini dengan stail yang berbeza. Dari segi palitan berus pula, adakalanya beliau menggunakan palitan secara kasar yang menunjukkan betapa deritanya mereka. Bagi saya, karya yang dirakam kembali oleh Suhaidi Razi ini bukan sekadar mencipta karya seni dan membuat pameran semata-mata, tetapi ia mendokumentasikan apa sebenarnya yang telah berlaku yang melibatkan emosi personal dan obversasi yang berlaku dengan keadaan pada waktu itu, mahupun pada peristiwa

lampau. Bagi saya, ia merespon kepada situasi yang mengambil kira pelbagai aspek dalam masyarakat yang mengambil kira dari aspek politik, ekonomi, budaya dan sosial. Dalam karya ini juga , kepelbagaian teknik telah digunakan bagi mengubah karya ini yang asalnya diperbuat daripada cat oleh Pablo Picasso telah distailasikan menggunakan pelbagai teknik dalam karya ini. Contohnya, karya ini menggunakan pelbagai media campuran untuk mewujudkan satu kombinasi karya yang menarik. Karya ini juga terdapat unsur harmoni dimana terdapatnya unsur pengulangan dari segi warna , jalinan, nilai, yang memberi penyesuaian yang kepada pertentangan yang wujud. Unit visual dari segi warna yang memperlihatkan warna yang digunakan menampakkan kesatuan di dalam karya ini. Kadar banding dalam karya ini juga tidak terlalu timbul kerana karya ini tertumpu kepada stail abstrak yang dibawa oleh pengkarya yang memperlihatkan karya ini tidak terlalu mementingkan aspek kadar banding dalam karya beliau. karya ini begitu menarik kerana mempamerkan kelainan yang menekankan kepada darjah kepentingan bagi berbagai-bagai bahagian. Kelainan ini dihasilkan daripada pertimbangan perantaraan dan kandungan. Pengkarya menggunakan aspek kontra untuk menarik perhatian bagi sesuatu bahagian yang bermakna. Ini membuatkannya dominan. Contohnya kontra objek pada karya tersebut dimana kepala kuda dijadikan arca didalam sesebuah karya yang menggunakan media campuran. Kemungkinan beliau ingin melihat bahawa setiap bahagian mempunyai darjah kepentingan yang diperlukan. Contohnya pengkarya menggabungkan bahagian-bahagian ini dengan darjah kepentingan yang berbagai. Pengkarya menggunakan kaedah yang berbeza untuk memperolehi dominan. Dalam karya ini juga kita dapat lihat dimana elemen dan prinsip rekaan memperlihatkan karya ini sememangnya mempunyai unit elemen keseimbangan. Karya ini yang membuatkan kelihatan seimbang dimana kedudukan kepala kuda ini di kedudukan tengah-tengah. Ini menyebabkan wujudnya factor keseimbangan dalam karya ini. Bukan itu saja, warna juga

memainkan peranannya dalam mewujudkan keseimbangan dalam karya ini. Contohnya, kelihatan pengkarya membuat peletakan warna yang menarik yang mewujudkan keseimbangan dimana peletakan warna tema ada dikeseluruhan tempat. Ini menyebabkan karya ini harmoni dan mempunyai keseimbangan. Apa yang saya dapat lihat pada karya ini, beliau bijak dalam memilih objek yang boleh mewujudkan satu kontra dan penegesan dalam karya beliau. Sebagai contohnya, dominan pada kepala kuda yang dipilih untuk distailasikan kepada bentuk arca. Ini kerana kepala kuda ini boleh menimbulkan impak yang baik dalam karya beliau kerana elemen visual pada kepala kuda ini begitu menarik. Kita dapat lihat kekuatan otot dan helaian-helaian rambut kepala kuda lebih memceri impak kepada pemerhati ataupun audiens yang melihat karya ini. Kepala kuda ini yang telah dibuat daripada besi, diasah dan dicantum dengan menggunakan kepingankepingan besi menjadi satu kepala kuda yang begitu menarik. Geseran pada besi itu menampakkan kilauan besi yang begitu menarik pada bahagian muka kuda tersebut. Beliau juga berjaya membuatkan kuda tersebut kelihatan sengsara dengan kelihtan ekspresi wajah kuda tersebut. Karya ini mempunyai estetikanya tersendiri walaupun karya ini telah dibuat oleh Pablo Picasso dan di stailasikan kepada cara pengkarya tersendiri. Dari segi tafsiran, Guernica berbeza dan bercanggah dengan satu sama lain. Sebagai contoh, untuk dua elemen dominan pada karya ini iaitu lembu dan kuda. Lembu dan kuda merupakan watak-watak penting dalam budaya sepanyol.

Saya merumuskan bahawa karya yang saya telah pilih ini membolehkan saya lebih agresif dan sensitif dengan persekitaran khususnya tentang apa yang telah berlaku dalam kehidupan kita. Adalah penting kita melihat dan mengambil kira keadaan situasi, isu, idea, ideologi dan

sebagainya. Ada suara menyatakan bahawa lukisan asal daripada Pablo Picaso ini menjadi kritikan apabila ada yang berpendapat lukisan ini tiada beza dengan cakaran pensil oleh seorang budak kecil . Tetapi bagi pendapat saya, karya yang dihasilkan oleh Suhaidi Razi melalui stail yang tersendiri ini sangat menarik dan unik kerana ia membawa 1001 makna yang membolehkan masyarakat di luar sana apabila melihatnya akan membuat pegamatan yang lebih mendalam tentang karya ini. Saya juga tidak terlepas dengan Suhaidi Razi kebolehan beliau dalam perkembangan idea dan kreatifnya mengolah bentuk karyanya.

Anda mungkin juga menyukai