Anda di halaman 1dari 20

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS (BTPSE)

MEI 2021

HBEF1403
SENI DALAM PENDIDIKAN
SEPTEMBER 2021

NAMA : TEOH SIN BEE


NO. MATRIKULASI : 850127025602002
NO. KAD PENGNEALAN : 850127-02-5602
NO. TELEFON : 012-5280033
E-MEL : teohsinbee850127@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : Kedah Learning Centre (Alor Setar)
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1.0 Pengenalan 1
2.0 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 2
2.1 Empat Elemen Teori Howard Gardner 4
2.1.1 Kecerdasan Bahasa 5
2.1.2 Kecerdasan Logik Matematik 5
2.1.3 Kecerdasan Ruang 5
2.1.4 Kecerdasan Muzik 6
3.0 Penerapan Nilai Tambah dalam Disiplin Mata Pelajaran 6
4.0 Analisis Karya Pelukis Tempatan 9
4.1 Karya “Membeli Belah” daripada Mohd Sallehuddin 9
4.2 Karya “Serkap Ikan” daripada Shafie Hassan 10
4.3 Karya “Kelambu” daripada Dzulkifli Buyong 11
5.0 Analisis Karya Seni Pelukis Barat 12
5.1 Karya “Mother and Children Reading” daripada Arthur Boyd Houghton 12
5.2 Karya “Young Girl Reading” daripada Camille Corot 13
5.3 Karya “Child with Toys” daripada Auguste Renoir 14
6.0 Blog Analisis Karya Seni 15
7.0 Kesimpulan 15
8.0 Rujukan 16
1.0 Pengenalan

Pengalaman boleh didefinisikan sebagai hasil pendedahan atau persentuhan kepada sesuatu
peristiwa atau benda dalam alam sekitar dengan pancaindera hidupan yang membolehkan
seseorang mengetahui, memahiri atau memerhati sebagai tindak balas kepada benda yang
dihadap. Pengalaman merupada sesuatu hal yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan
harian manusia. Pengalaman juga adalah sangat berharga bagi setiap manusia. Pengalaman
dapat diberikan kepada sesiapa sahaja untuk dirujuk dan menjadi pedoman serta
pembelajaran manusia.

Pengalaman ditakrifkan sebagai sesuatu yang pernah dialami, dijalani mahupun


dirasakan, baik sudah lama mahupun yang baru saja terjadi (Saparwati, 2012). Kotler (2005)
berpendapat bahawa pengalaman merupakan pembelajaran yang mempengaruhi perubahan
tingkah laku seseorang. Mengikut Saparwati (2012) pula, pengalaman adalah memori
episodik, iaitu pengingatan yang menerima dan menyimpan peristiwa yang terjadi atau
dialami individu pada waktu dan tempat tertentu yang berfungsi sebagai rujukan autobiografi.

Dalam bidang seni, kefahaman tentang pengalaman langsung yang sebagai


penyumbang kepada pengalaman estetik dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam
diri individu, masyarakat dan juga persekitaran. Pengalaman langsung adalah diperolehi
melalui pembelajaran, apresiasi dan aktiviti penghasilan produk seni yang melibatkan deria.
Menerusi pengalaman, individu lebih peka terhadap persekitaran, misalnya masyarakat,
budaya dan alam sekitar. Individu yang memperoleh pengalaman semasa menghasilkan
sesuatu karya pada masa dahulu akan menjadikannya lebih cermat ketika berkarya bagi
mengelakkan mengulangi kesalahan dahulu. Ini adalah disebabkan seseorang individu akan
cuba memperkukuhkan kemahiran, idea dan memilih gaya yang terbaik dan sesuai ketika
menghasilkan karya yang baharu.

Pengalaman menghasilkan karya menjadikan seseorang individu lebih mahir dan


cekap kerana individu itu akan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajarinya ketika
berkarya. Pengalaman yang dihimpun akan memberikan keberkesanannya terhadap sesuatu
hasil kerja. Oleh itu, karya yang dihasilkan itu sudah pasti akan semakin bertambah
kualitinya.

1
2.0 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Untuk memastikan keberkesanan sesuatu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pelbagai


usaha perlu dilakukan. Untuk melaksanakan suatu pengajaran dan pembelajaran dengan
berjaya, guru haruslah menyediakan satu perancangan yang rapi bagi tujuan memastikan
pelajar berpeluang menjalankan kehidupan pada masa depan dan mampu membawa
perubahan pada seseorang pelajar. Antara perubahan yang melibatkan faktor ke arah yang
lebih positif ialah daya kognitif, tingkah laku, afektif dan psikomotor.

Berikut adalah contoh pembelajaran Pendidikan Seni Visual melalui pelbagai subjek.

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual


Tema Persekitaraan : Buatan manusia (Rumah Model Tradisional)
Teknik : Membentuk dan membuat binaan
Objektif Pengajaran : Pelajar akan diajar untuk
menghasilkan reka bentuk produk bertema mengikut lakaran
yang dibuat dan membuat persembahan secara kreatif.
Penilaian
Muzik  Menyanyikan lagu “Rumah Saya” dengan iringan muzik.
Pergerakan  Membuat gerakan yang sesuai sambil bernyanyi.
Pendidikan Seni Visual  Menghasilkan reka bentuk produk bertema mengikut lakaran
yang dibuat dan membuat persembahan secara kreatif.
Matematik  Menghasilkan lakaran pelan rumah yang melibatkan perimeter

dan luas secara kreatif dan inovatif.


Sains
 Mereka cipta objek dengan mengaplikasikan pengetahuan
tentang sifat bahan dan mempersembahkan secara kreatif dan
inovatif.

Lazimnya, pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggabungjalinan yang


membawa maksud proses mengintegrasikan pelbagai kemahiran bagi menghasilkan satu
pelajaran yang menyeluruh dan bersepadu. Dengan ini, berbagai-bagai kemahiran dalam satu
pelajaran dapat disampaikan secara bersepadu dan harmoni. Melalui penggabungjalinan,

2
murid tidak akan berasa bosan terhadap sesuatu pelajaran kerana bukan hanya satu kemahiran
sahaja yang diajarkan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set induksi iaitu murid
dibimbing untuk menyayikan lagu “Rumah Saya” dengan iringan muzik. Murid juga
dibimbing untuk membuat gerakan badan yang sesuai sambil menyanyikan lagu tersebut.
Dalam aktiviti ini, penggabungjalinan kemahiran telah terjadi. Dari segi teknologi, guru
menggunakan smartboard untuk menayangkan video lagu. Ngui Kuan Sang (1989)
berpendapat bahawa media adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan
dan pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman,
persediaan dan perasaan. Hal ini bermakna lagu “Rumah Saya” yang dinyanyikan adalah satu
media pengajaran yang dapat merangsang fikiran, perasaan dan minat pelajar.

Seterusnya, murid dipertonton klip video tentang rumah tradisional Melayu serta
diperkenalkan dengan sejarah-sejarahnya. Langkah ini telah menghubungkaitkan elemen
Sejarah dalam PdP seni visual. Dari segi teknologi, guru juga menggunakan kemudahan
smartboard bagi mempermudahkan proses pengajaran. Kemudian, murid akan dibahagikan
kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membuat lakaran rumah
tradisional sebelum membina rumah model. Murid dapat melakar dan mewarna lukisan
dengan bimbingan guru serta menghasilkan lukisan mengikut kreativiti.

Selepas itu, murid-murid diberikan penerangan tentang objek 2D dan 3D yang


melibatkan perimeter luas dan isipadu. Kemahiran belajar yang diberi penekanan dan
disepadukan dalam proses PdP berlaku apabila murid-murid memilih maklumat, merujuk,
membuat nota, menulis ringkasan dan berkomunikasi dalam kumpulan. Murid-murid
berkolaborasi dan berkoperatif untuk mereka bentuk rumah model yang akan dibina dengan
melukiskan pelannya. Ketika melukis pelan rumah, pelajaran seni ini telah mengintegrasikan
kemahiran Matematik iaitu kemahiran mengukur di mana murid-murid perlu menghasilkan
lakaran pelan rumah yang melibatkan perimeter dan luas. Guru pula boleh menggunakan
teknologi pengajaran iaitu aplikasi geogebra dalam smartboard untuk mempamerkan 3D
grafik kepada murid-murid bagi membantu pemahaman tentang pelukisan pelan dengan
ukuran.

3
Selepas proses melukis pelan, murid-murid perlu mengenal pasti dan memilih bahan
yang sesuai untuk membina rumah model tersebut. Murid-murid boleh memilih sama ada
ingin menggunakan kadbod kotak, kadbod keras, kadbod plastik ataupun batang aiskrim
untuk membina rumah model. Murid-murid dikehendaki menjelaskan kelebihan dan
kekurangan sifat bahan tersebut. Pada masa ini, murid akan mempertimbangkan aplikasi sifat
bahan yang lebih sesuai dalam mereka cipta rumah model. Proses ini telah melibatkan
pengintegrasian mata pelajaran Sains.

Akhir sekali, murid-murid dikehendaki membina rumah model secara berkumpulan.


Aktiviti membina model merupakan aktiviti dalam bidang kegiatan membentuk dan membuat
binaan tiga dimensi. Ia menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari
segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dann kestabilan. Bidang tersebut juga telah
mendedahkan murid dengan penggunaan bahan, alat dan teknik penghasilan. Dalam langkah
ini, murid-murid ditayangkan dengan video pengajaran tentang langkah-langkah mereka cipta
dan menghasilkan rumah model. Guru menggunakan media dan teknologi ICT bagi
membantu dan mempermudahkan penjelasan langkah-langkah penghasilan rumah model.
Dengan cara ini murid-murid akan lebih jelas dan faham tentang apa yang perlu dilakukan.
Dalam proses penghasilan rumah model, murid-murid akan berfikiran kreatif dan berupaya
untuk menjana atau pemikiran baharu, memberikan cadangan, membina jalan penyelesaian
untuk membina rumah model.

2.1 Empat Elemen Teori Howard Gardner

Gardner (1983) memberi pandangan bahawa pendekatan berintegrasi perlulah digunakan


dalam pengajaran bagi tujuan memudahkan penerimaan pemikiran pelajar kepada yang lebih
kreatif. Menurut beliau, jika hanya satu pendekatan sahaja yang digunakan, pelajar yang
tertentu sahaja yang boleh menerima apa yang telah disampaikan. Hal ini demikian kerana
pelajar mempunyai keupayaan menaakul dan menganggap dalam keadaan yang berbeza.

Gardner telah mengenal pasti lapan kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian
masalah. Antara kecerdasan yang dikenal pasti ialah kecerdasan bahasa, kecerdasan logik
matematik, kecerdasan muzik, kecerdasan ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan
interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalistik. Gardner menjelaskan
bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung.

4
2.1.1 Kecerdasan Bahasa

Kecerdasan bahasa merupakan kemampuan untuk menggunakan kata-kata secara efektif, baik
secara lisan mahupun tulisan. Individu yang mempunyai kecerdasan bahasa yang tinggi
memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Murid ini lazimnya yang baik dalam
kemahiran membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata dan juga tarikh. Kecerdasan
jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai maklumat yang bermakna dan
berkaitan dengan pemikirannya.

Percambahan kecerdasan bahasa para murid berlaku apabila para murid berkolaborasi
dalam kumpulan. Semasa perbincangan dalam kumpulan, para murid juga membaca dan
mendengar arahan, mencatat nota serta berbincang dan berdebat mengenai apa yang
dipelajari.

2.1.2 Kecerdasan Logik Matematik

Kecerdasan logik matematik merupakan keupayaan seseorang dalam memecahkan masalah.


Seseorang itu berupaya memikirkan dan menyusun penyelesaian dengan urutan yang logik
dan rasional. Lazimnya, individu ini mempunyai kebolehan untuk menaakul secara deduktif
dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Seseorang individu yang cenderung
dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah-masalah kompleks yang berkaitan
dengan matematik dengan mudah.

Aktiviti melukis pelan yang melibatkan pengukuran 2D dan 3D dapat


mengembangkan kecerdasan logik matematik. Ini disebabkan murid-murid perlu memerah
otak ketika membuat pengiraan ukuran panjang pada pelan. Apabila para murid membuat
binaan rumah model, mereka juga perlu merancang saiz rumah model yang melibatkan
ukuran panjang. Proses ini dapat mencetus kecerdasan logik matematik para murid.

2.1.3 Kecerdasan Ruang

5
Selain itu, kecerdasan ruang merupakan kebolehan seorang individu dalam membuat
persepsi tentang alam sekitar dengan tepat. Mereka dapat mengenali objek, bentuk, warna
dan corak yang terdapat dalam persekitaran. Mereka juga bijak menghubungkaitkan antara
objek dalam ruang. Kecerdasan ruang ini juga membolehkan seseorang individu
mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

Kecerdasan ruang para murid dapat diperkembangkan apabila mereka dikehendaki


melukis lakaran rumah model. Seseorang murid itu akan berfikir dan berimaginasi dalam
bentuk gambaran dan bayangan secara tiga dimensi tentang rumah model yang hendak
dilukisnya.

2.1.4 Kecerdasan Muzik

Kecerdasan muzik adalah keupayaan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan


perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi
atau kelangsingan suatu hasil muzik. Antara contoh aktiviti ialah persembahan muzik,
menggubah lagu, mencipta lirik, peka terhadap bunyi vokal, bunyi instrumen, nyanyian
dan sebagainya.

Melalui langkah set induksi, kecerdasan muzik murid-murid akan dicungkilkan


apabila mereka menyanyikan lagu “Rumah Saya”. Mereka perlu mengingati irama muzik dan
lirik lagu dalam masa yang singkat kemudian mempersembahkannya sambil membuat
gerakan.

3.0 Penerapan Nilai Tambah dalam Disiplin Mata Pelajaran

Penerapan nilai tambah elemen sains dan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah sangat penting. Tujuan penerapan nilai tambah ini adalah untuk
menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dan meningkatkan literasi sains serta
teknologi dalam kalangan murid. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan
kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat mengatasi cabaran
semasa dan masa depan.

6
Elemen-elemen nilai tambah perlulah difokuskan kepada mata pelajaran yang diajar
dan diterapkan bersesuaian dengan tajuk mata pelajaran yang diajar. Penggunaan teknologi
dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap
dan berkesan. Pengintegrasian sains dan teknologi dalam PdPc mengandungi empat perkara
iaitu pengetahuan sains dan teknologi seperti fakta, prinsip, konsep yang berkaitan dengan
sains dan teknologi. Murid juga dapat mempelajari kemahiran saintifik yang meliputi proses
pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu.

Teknologi akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Misalnya, menggunakan alat seperti flash, powerpoint, video, visual. Guru hanya
perlu mengaplikasikan alatan tersebut agar proses PdP dijalankan dengan lebih mudah,
ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan
menarik serta mudah untuk difahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa bosan dan
jemu kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Sebagai
contoh, guru menayangkan klip video tentang langkah-langkah membina rumah model
dengan menggunakan smartboard. Penggunaan teknologi dalam PdP ini telah membantu dan
mempermudahkan pemahaman murid tentang cara menghasilkan rumah model kerana murid-
murid diberi gambaran yang lebih jelas dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami
berbanding dengan proses PdP yang berbentuk pengkuliahan.

Selain itu, kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran dapat ditingkatkan dengan
penerapan nilai tambah sains dan teknologi. Guru boleh melayari Internet untuk mencari
maklumat-maklumat berkenaan pengajaran seterusnya menyampaikan kepada pelajar secara
berkesan. Contohnya, murid diminta menghasilkan rumah model tradisional. Guru boleh
memaparkan gambar-gambar rumah model tradisional menggunakan alat visual agar murid
mendapat gambaran dan cepat memahami apa yang guru terangkan sambil melihat bahan
visual tersebut.

Di samping itu, guru dapat mempelbagaikan proses PdP dan bukan hanya tertumpu
kepada teknik penyampaian sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran
dengan menggunakan pelbagai kemudahan ICT. Kemahiran menggunakan internet
membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan
lebih cepat serta efisen. Contohnya, murid-murid ingin mendapatkan lebih banyak maklumat
tentang material atau bahan untuk membina rumah model. Mereka hanya memerlukan masa

7
yang singkat untuk mendapatkan informasi tentang sifat-sifat bahan binaan tersebut. Melalui
cara ini kualiti PdP akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus diakses ke
dalam sistem.

Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru
agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah
untuk difahami. Di samping itu, guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem
ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini
kerana semasa proses PdP guru dan pelajar akan saling berinteraksi serta bertukar pendapat
mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT.

Selain penerapan sains dan teknologi, elemen lain yang boleh diterapkan dalam PdP
ialah elemen kreativiti dan inovasi. Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi
untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli
melalui ilham atau gabungan idea yang ada. Inovasi pula merupakan pengaplikasian kreativiti
melalui pengubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea. Contohnya aktiviti membuat
rumah model. Aktiviti ini bergantung kepada kreativiti mereka cipta murid dan keupayaan
untuk berinovasi ketika membuat pengubah suaian dan penambah baikan terhadap rumah
model yang dibina.

Seterusnya ialah penerapan nilai tambah nilai murni. Nilai murni diberi penekanan
dalam semua mata pelajaran agar semua murid sedar akan kepentingan dan
mengamalkannya. Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan yang akan menjadi amalan dalam kehidupan harian. Sebagai contoh, dalam
aktiviti PdP membina rumah model tradisional, para murid diterapkan nilai murni
menghargai warisan. Murid-murid difahamkan maksud menghargai warisan iaitu dengan
mengapresiasikan sikap dan perasaan sayang akan pembinaan rumah model tradisional.

8
4.0 Analisis Karya Seni Pelukis Tempatan

4.1 Karya “Membeli Belah” daripada Mohd Sallehuddin

Membeli Belah (1958)

Karya seni yang bertajuk “Membeli Belah” ini dihasilkan oleh seorang pelukis tempatan yang
yang bernama Mohd Sallehuddin. Lukisan tersebut dihasilkan dengan menggunakan cat
minyak atas kanvas pada tahun 1959. Penggunaan aspek ruang dalam karya ini jelas
menunjukkan pembahagian perspektif hadapan, tengah dan belakang serta penggunaan warna
panas di hadapan dan warna sejuk di belakang untuk mencipta kedalaman karya. Aliran yang
digunakan ialah realisme. Hasil karya ini bertemakan masyarakat yang digambarkan dalam

9
kelas sosio-ekonomi pada masa itu. Watak-watak yang terdapat dalam lukisan telah
menunjukkan kepelbagaian kaum di Malaysia. Di samping itu, karya ini juga
menggambarkan suasana kampung yang sedang melalui proses modenisasi secara terperinci.

Dalam gambar tersebut, seorang peniaga Cina sedang menimbang berat beras dengan
menggunakan alat timbang dan sukat tradisional. Situasi itu telah menunjukkan pengetahuan
dan kemahiran peniaga tersebut dalam bidang matematik. Senario ini telah memaparkan
kepentingan menerima pendidikan untuk menjalani kehidupan seharian. Ia adalah seiring
dengan matlamat keempat dalam Pendidikan Berkualiti, di mana setiap insan akan diberi hak
untuk mendapatkan pendidikan tidak kira dalam apa juga situasi.

4.2 Karya “Serkap Ikan” daripada Shafie Hassan

Serkap Ikan (1987)

Lukisan di atas merupakan karya seorang pelukis cat tempatan, iaitu Shafie Hassan.
Karyanya yang bertajuk “Serkap Ikan” ini telah menggunakan konsep realisme yang begitu
dekat dengan dirinya daripada konteks sosiobudaya. “Serkap Ikan” ini menunjukkan dua
orang kanak-kanak sedang menyaksikan bapa mereka yang sedang membuat serkap ikan.

Dalam lukisan tersebut, kita jelas melihat bahawa pembelajaran yang tidak formal
telah berlaku. Budak-budak itu berpeluang belajar cara-cara membuat serkap ikan daripada

10
bapa mereka. Tatkala bapa mereka sedang membuat serkap ikan, mereka dapat
menambahkan ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran tersebut. Ini merupakan satu
teknik atau kemahiran membentuk dan membuat binaan dalam bidang pendidikan seni visual
yang mungkin tidak dapat dipelajari di sekolah.

4.3 Karya “Kelambu” daripada Dzulkifli Buyong

Kelambu (1964)

Karya ini hasil daripada Dzulkifli Buyong pada tahun 1964 yang menampilkan gaya
realisme. Terdapat unsur harmoni iaitu menggunakan beberapa jenis garisan dalam karya ini
iaitu garisan lurus pada kain pelekat dan garisan yang bersifat lembut dan licin ada pada
kelambu. Di samping itu, terdapat juga corak yang berulang pada kain batik. Karya ini juga
menonjolkan kelambu dengan keadaan yang agak kontra di sudut tengah dalam karya
tersebut.

Pelukis telah memasukan beberapa figura perempuan ketika hendak tidur pada waktu
malam di kampung. Seorang sedang memasang kelambu, seorang di atas kelambu yang
menunjukan ekpresi keterujaan apabila kelambu dipasang, seorang di bawah kelambu
memegang buku dalam keadaan meniarap, seorang sedang mengadap luar untuk menutup
tingkap dan seorang lagi sedang meniup ubat nyamuk yang telah dipasangnya. Kita dapat
mengetahui bahawa budak-budak dalam lukisan tersebut berpendidikan menerusi gambaran

11
seorang budak perempuan yang meniarap untuk membaca buku sebelum tidur. Ini telah
membuktikan budak-budak pada zaman dahulu berpeluang menerima pendidikan sejajar
dengan matlamat keempat Pendidikan Berkualiti. Di samping itu, karya ini juga
menunjukkan masyarakat Melayu mengamalkan nilai murni kerana bekerjasama ketika
hendak tidur pada waktu malam.

5.0 Analisis Karya Seni Pelukis Barat

5.1 Karya “Mother and Children Reading” daripada Arthur Boyd Houghton

Mother and Children Reading (1860)

Karya ini dihasilkan oleh seorang pelukis barat yang bernama Arthur Boyd Houghton.
Lukisan tersebut memperlihatkan seorang ibu yang meriba seorang anak sambil membacakan
sesuatu kepada anak-anaknya. Seorang anak lagi pula mendampingi ibunya yang sedang
membaca itu. Kelihatan sebuah buku yang bergambar terbuka di lantai dengan kuda kayu di

12
sebelahnya. Di belakang mereka duduk seorang lelaki tua yang sedang membaca akhbar.
Berdasarkan gambaran dalam lukisan, keluarga tersebut merupakan sebuah keluarga yang
berilmu pengetahuan dan mementingkan pembelajaran anak-anak di mana sesuai dengan
matlamat keempat Pendidikan Berkualiti. Situasi tersebut membuktikan kesaksamaan dalam
pendidikan kerana wanita dan lelaki dalam gambar adalah celik huruf.

5.2 Karya “Young Girl Reading” daripada Camille Corot

Young Girl Reading (1868)

Karya ini bertajuk “Young Girl Reading” yang dihasilkan oleh Camille Corot pada tahun
1868. Hasil karyanya yang beraliran realistik ini dihasilkan dengan menggunakan cat minyak.
Karya ini menunjukkan keasyikan seorang gadis yang sedang membaca buku. Sejak zaman
dahulu, pendidikan telah memain peranan penting kerana pendidikan merupakan petunjuk
terpenting dalam penentuan kualiti hidup manusia tidak mengira umur, jantina dan kelas
masyarakat. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu yang dikenal pasti sebagai
faktor hasil. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan
dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada persekitarannya serta memahami diri

13
sendiri. Oleh yang demikian, pendidikan berkualiti telah menjadi salah satu matlamat yang
penting dalam Matlamat Pembangunan Lestari.

5.3 Karya “Child with Toys” daripada Auguste Renoir

Child with Toys (1896)

Auguste Renoir merupakan seorang pelukis barat yang telah menghasilkan karya yang
bertajuk “Child with Toys”. Karya ini dihasilkan dengan menggunakan cat minyak dan
merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada sekitarnya.
Pengkarya telah menggambarkan zaman kecil anaknya, Jean Renoir dengan pengasuhnya,
Gabrielle Renard yang sedang menikmati hubungan erat. Semasa kecil, Gabrelle sentiasa
mendidik dan membantu Jean membentuk minat sehingga membawanya menjadi pembuat
filem Hollywood yang terkenal. Hal ini telah membuktikan bahawa betapa pentingnya
pengaruh pendidikan sejak kecil.

14
Pendidikan yang berkualiti sejak kecil lagi dapat menjamin kejayaan masa hadapan
seseorang. Mesej yang disampaikan dalam karya ini juga bersesuaian dengan matlamat
keempat Pendidikan Berkualiti yang memberikan penekanan pada peluang pembelajaran
tidak mengira masa dan di mana kita berada. Pendidikan secara tidak formal ini akhirnya juga
dapat mempengaruhi anak pengkarya untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan.

6.0 Blog Analisis Visual


https://teohsinbee850127.blogspot.com/2021/11/analisis-karya-seni-visualpelukis.html

7.0 Kesimpulan

Seni dalam Pendidikan merupakan bidang seni yang merangkumi seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk
menajamkan lagi instuisi, persepsi, konsepsi dan imaginasi. Murid menggunakan pancaindera
mereka untuk meningkatkan kreativiti, daya imaginasi dan sensitiviti dalam pembelajaran
mereka. Di samping itu, Seni dalam Pendidikan juga memainkan peranan dalam
mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti murid sesuai dengan matlamat untuk
melahirkan individu yang kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.

Menurut Howard Gardner, pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis


kecerdasan akan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif. Pengaplikasian
unsur-unsur Seni dalam Pendidikan akan membawa banyak kesan positif iaitu proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok dan menarik. Selain itu, seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan juga membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid-
murid.

Kesimpulannya, keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan boleh diperkasakan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran
secara penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kreatif dan kritis
dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej kendiri
yang utuh. Dengan adanya pengintegrasian Seni dalam Pendidikan, murid akan lebih mudah
untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan perkembangan
diri mereka.

15
3149 patah perkataan

8.0 Rujukan

Gardner, H. (2004). Frames of Mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic
Books.

(n.d.). Retrieved October 22, 2021, from


http://museum.bnm.gov.my/forefathers/catalog/Perikanan.html

Hailmi. (2017, September 15). Apa itu elemen merentas kurikulum? Retrieved October 15,
2021, from https://www.cikguhailmi.com/2017/09/apa-itu-elemen-merentas-kurikulum-
emk.html

Big Thinkers: Howard Gardner on multiple intelligences. (2009, April 02). Retrieved
October 24, 2021, from https://www.edutopia.org/multiple-intelligences-howard-gardner-
video

Corot, J. (n.d.). Young girl reading, 1868-1870, Detalj 1, NG Washington - Jean-Baptiste-


Camille Corot. Retrieved October 22, 2021, from
https://gallerix.org/storeroom/1208659226/N/507601185/

Haifaa. (n.d.). Peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran-


pembelajaran murid aliran perdana dan berkeperluan khas. Retrieved October 19, 2021,
from http://effaedu3053.weebly.com/peranan-dan-kepentingan-teknologi-pendidikan-dalam-
pengajaran-pembelajaran-murid-aliran-perdana-dan-berkeperluan-khas.html

16
Jean-Baptiste-Camille Corot: Young girl reading (ca. 1868). (n.d.). Retrieved from
https://www.artsy.net/artwork/jean-baptiste-camille-corot-young-girl-reading

Mampankini. (2020, December 30). SDG 4 – Pendidikan berkualiti. Retrieved October 24,
2021, from https://mampankini.com/sdg-4-pendidikan-berkualiti/Najri. (n.d.). APRESIASI
KARYA CATAN TEMPATAN DAN BARAT. Retrieved October 19, 2021, from
https://www.academia.edu/28967266/APRESIASI_KARYA_CATAN_TEMPATAN_DAN_
BARAT

Perbezaan anatara Pendidikan dan pengalaman: Bandingkan perbezaan antara istilah


sejenis – pendidikan – 2021. (n.d.). Retrieved October 4, 2021, from
https://ms.strephonsays.com/education-and-vs-experience-12492

Prinsip dan kaedah analisis karya seni. Analisis karya seni (lukisan) Analisis karya lukisan.
(n.d.). Retrieved October 9, 2021, from https://status-lady.ru/ms/principy-i-metody-analiza-
proizvedenii-izobrazitelnogo-iskusstva-analiz.html

Retno, D. (2017, April 12). Kognitif, afektif, dan psikomotorik menurut bloom -
perkembangan dan peranan. Retrieved October 5, 2021, from
https://dosenpsikologi.com/kognitif-afektif-dan-psikomotorik

SDG 4 – Pendidikan berkualiti. (2020, December 30). Retrieved October 24, 2021, from
https://mampankini.com/sdg-4-pendidikan-berkualiti/

Stamberg, S. (2010, February 22). 'Renoir in the 20th century': A Master's Last Works.
Retrieved October 24, 2021, from https://www.npr.org/templates/story/story.php?
storyId=123817616

Strategi pengajaran: Apa itu jenis, jenis dan contoh - Psikologi – 2021. (n.d.). Retrieved
October 24, 2021, from https://ms.youthministryinitiative.org/teaching-strategies-what-they-
are-types-and-examples-303

17
Suhaimin. (2018, January 15). Cikgu teruja dengan 10 elemen merentas kurikulum (EMK)
KSSR yang sangat power! Retrieved October 21, 2021, from
https://www.sistemguruonline.my/2018/01/10-elemen-merentas-kurikulum-emk-kssr-

Tate. (1859, December 31). 'Mother and children reading', Arthur Boyd Houghton, c.1860.
Retrieved October 21, 2021, from https://www.tate.org.uk/art/artworks/houghton-mother-
and-children-reading-n04151

Unknown. (1970, January 01). Dzulkifli Buyong. Retrieved October 17, 2021, from
http://dbuyong.blogspot.com/2016/04/apresiasikarya-kelambu-dzulkifli-buyong.html

18

Anda mungkin juga menyukai