Anda di halaman 1dari 2

NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI SEORANG NEGARAWAN YANG

UNGGUL

BIODATA

Nabi Muhammad SAW diputerakan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun Gajah.
Baginda diputerakan di kalangan keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy. Baginda dilantik
secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun. Baginda telah menerima wahyu yang pertama
pada 17 Ramadhan bersamaan 16 Ogos 610 Masihi, iaitu melalui surah Al Alaq ayat 1-5. Setelah itu
diikuti pula dengan surah Al Mudatthir ayat 1-7 yang menandakan kerasulan baginda SAW.
Baginda mula menjalankan dakwah secara sulit selama tiga tahun dan kemudian secara terbuka.
Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga pemimpin negara dan masyarakat,
panglima tentera serta perancang ekonomi yang disegani.

BUKTI KEUNGGULAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI NEGARAWAN


YANG UNGGUL

Sebagai Nabi dan Rasul Baginda diakui sebagai nabi dan rasul melalui tiga cara iaitu
menerusi kitab suci al-Quran,Taurat, Injil dan Zabur, kedua melalui sifat-sifat kenabian seperti
menerima wahyu dan memiliki sifat mulia seperti Siddiq, amanah, tabliqh, dan fatanah serta melalui
bukti-bukti sejarah. Selain kitab suci, tanda-tanda kenabian baginda sudah diperlihatkan sewaktu
baginda masih kanak-kanak lagi. Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibrail untuk dibersihkan.
Selama 13 tahun baginda di Mekah, baginda lebih dikenali sebagai seorang nabi dan rasul yang
membawa agama Islam. Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang dakwah baginda.
Semasa menyebarkan agama Islam, nabi telah menunjukkan sifat sabar, lemah lembut, toleransi
tetapi tegas.Teras ajaran adalah berpaksikan aspek aqidah, syariat dan akhlak. Baginda berakhlak
menurut akhlak al-Quran sehingga menjadi insan yang paling sempurna dan menjadi ikutan seluruh
umat manusia. Sebagai pemimpin agama, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi
menjamin kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang tersebut adalah seperti ibadat
(solat,puasa,zakat dan lain-lain),nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan
antarabangsa

Sebagai Pemimpin Masyarakat Dan Negarwan Baginda terkenal sebagai pemimpin


masyarakat dan negarawan. Semasa di Madinah, sifat-sifat kepemimpinan baginda dalam
masyarakat terserlah kembali. Baginda melakukan pelbagai langkah seperti:- Berjaya menyatukan
semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah perpecahan begitu lama.
Mengeratkan lagi hubungan di kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigih
mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Madinah menjadi kuat,aman,stabil dari segi politik
dan ekonomi. Mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah dengan menyeru mereka bekerjasama
dan bantu- membantu mempertahankan Kota Madinah dengan penggubalan Piagam Madinah.
Menegakkan agama Islam dan tidak menafikan agama-agama lain dan adat budaya bukan Islam.
Tidak memaksa menganut ajaran Islam. Ketua-ketua suku diberi peranan mengendalikan urusan
dan masalah anggota suku masing-masing selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Membentuk konsep ummah yang berteraskan kepada kesatuan aqidah dan menolak semangat
assabiyah zaman jahiliyah.

Kepimpinan Politik Kepimpinan politik nabi terserlah sejak baginda di kota Mekah lagi
seperti dalam menyelesaikan masalah meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asal di Kaabah
akibat banjir yang melanda Makkah ketika itu. Dalam perjanjian Aqabah, baginda menunjukkan
kepimpinan politik yang matang sehingga mendapat sokongan yang baik dari orang Aus dan
Khazraj. Sebagai pemimpin politik yang berkaliber, nabi tidak pernah menunjukkan permusuhan
terhadap kaum lain terutamanya Yahudi, malah terus mengadakan perundingandengan mereka.
Berjaya menyatukan puak Aus dan Khazraj menjadi golongan Ansar dan mempersaudarakan
golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah. Membentuk Piagam Madinah sebagai panduan
pentadbiran Madinah yang berteraskan wahyu. Dalam politik di peringkat antarabangsa baginda
dianggap diplomat yang berjaya kerana baginda menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir,
Byzantine, dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam. Tidak sampai setengah abad,semua negara
tersebut tunduk di bawah pemerintahan Islam. Sistem syura diperkenalkan dalam semua bidang
termasuk politik dan ekonomi.

Sebagai Perancangan Ekonomi Nabi sebagai perancang ekonomi, baginda memperkenalkan


dasar ekonomi baru menggantikan dasar ekonomi jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam
bekerja keras, dan aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian. Masyarakat diminta mengelakkan
riba, dan diwajib menunaikan zakat serta jujur dalama urusniaga. Nabi berusaha membangunkan
ekonomi Islam dengan menggalakkan tanah-tanah terbiar diusaha semula, tanah tergadai ditebus
semula dan dikerjakan. Telaga-telaga air milik orang Yahudi yang asalnya milik orang Islam telah
dibeli dan dikuasai semula orang Islam.

Menjadi Pemimpin Tentera Dalam bidang ketenteraan,baginda menjadi pemimpin tentera


bagi setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya. Asas ketenteraan baginda adalah berdasarkan
aqidah, syariah, dan akhlak mulia. Baginda mempunyai keyakinan ketika menghadapi musuh.
Dalam peperangan,baginda bertindak mengikut batas-batas dan etika yang ditetapkan seperti tidak
memerangi golongan lemah,dan golongan tidak bersenjata, serta tidak memusnahkan harta benda
dan tanaman. Baginda menunjukkan akhlak baik dengan perasaan kemanusiaan seperti pernah
memulangkan harta benda musuh yang ditawan (Perang Hunain dan Perang Taif). Kaedah ini
menarik minat musuh untuk memeluk agama Islam. Rasulullah SAW ialah seorang pemimpin
perang yang cekap dan berpengetahuan luas dalam bidang taktik dan strategi perang. Contohnya
dalam perang Badar , baginda menggunakan sistem saf, dalam perang Khandak menggunakan
sistem pertahanan parit, serta teknik mengepung dalam perang Taif.

Anda mungkin juga menyukai