Anda di halaman 1dari 6

Pulau Banggi

PULAU BANGGI mungkin masih agak asing bagi penduduk Negeri Sabah dan ada yang mengetahuinya cuma kerana pulau ini terletak di antara Tanah Besar Sabah di bahagian selatan dan Filipina di utara . Tetapi bagi masyarakat Kudat, pulau ini amat terkenal dan memiliki keistimewaan tersendiri. Berbanding Matunggong yang mula dikenali masyarakat umum di mana Gerhana Matahari Penuh dapat dilihat dengan jelas pada tahun 1995, kewujudan Pulau Banggi tidak begitu disedari walaupun kedua-duanya mempunyai taraf yang sama sebagai daerah kecil. Malahan, tidak ramai yang tahu bahawa pulau ini merupakan daerah kepulauan terbesar di Malaysia! Keluasan dan kedudukan Pulau Banggi mempunyai keluasan 270 batu persegi yang terdiri daripada Pulau Banggi, Pulau Balamba ngan, Pulau Manawali serta 50 buah pulau kecil disekitarnya. Pulau ini terpisah dari Tanah Besar Sabah sejauh 26km (11 batu) manakala dari kepulauan Filipina sejauh 53km (23 batu). Kepulauan Banggi dikelilingi oleh laut iaitu Laut China Selatan di bahagian barat, Laut Sulu di bahagian timur dan Selat Balabak di bahagian utara yang memisahkan kepulauan Banggi dengan Filipina.
Daerah Kecil Januari 1975

Kepulauan Banggi telah diwartakan sebagai sebuah daerah kecil pada 1 Januari 1975. Namun begitu, ia masih ag ak ketinggalan dalam kegiatan pembangunan berbanding daerah kecil yang lain di Sabah. Ini adalah kerana kedudukannya yang terpisah dari tanah besar telah menyulitkan sistem perhubungan. Kepulauan Banggi mempunyai alam semulajadi yang masih terpelihara dan berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pertanian, perikanan, perhutanan dan pelancongan. Perhubungan dan pengangkutan Pada masa ini, Pulau Banggi boleh dihubungi melalui jalan laut di mana terdapat sebuah feri penumpang yang berulang alik sekali dalam seh ari di antara Kudat dan Karakit di Banggi. Manakala jabatan dan agensi kerajaan pula, kebanyakannya memiliki bot sendiri bagi membolehkan mereka mengunjungi pulau ini untuk tujuan

lawatan dan tinjauan bagi memastikan masyarakat di pulau tersebut mendapat h ak yang sama dinikmati oleh penduduk di Kudat khususnya.
Penduduk dan petempatan

Kadar pertumbuhan penduduk Kepulauan Banggi agak rendah iaitu lebih kurang 4.4% sahaja. Bancian pada tahun 1996 mendapati penduduk Daerah Kecil Banggi adalah seramai 13,500 orang dengan mengalami pertambahan seramai 5,610 orang dari tahun 1991. Penduduk Daerah Kecil Banggi terdiri daripada bangsa Dusun Banggi, Kagayan, Suluk dan Bajau serta suku kaum Balabak. Kawasan selatan kepulauan Banggi merupakan kawasan yang menjadi kawas an tumpuan penduduk untuk menjalankan kegiatan harian mereka. Ini kerana selatan Pulau Banggi terletak berhampiran dengan Tanah Besar Sabah serta mempunyai kemudahan asas seperti sekolah, bekalan elektrik serta beberapa kemudahan lain. Terdapat sebanyak 56 buah kampung di daerah ini, tetapi hanya sebanyak 26 buah kampung yang mempunyai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK. Kepadatan penduduk di Daerah Kecil Banggi adalah di antara 20 -26 orang sebatu. Kebanyakan penduduk Banggi bekerja sebagai Nelayan (70%) dan petani (25%) manakala selebihnya terlibat dengan perniagaan kecil -kecilan atau bekerja dengan jabatan dan agensi kerajaan. Sebanyak 75% penduduk Banggi beragama Islam, 24% Pagan dan 1% Kristian daripada 13,500 orang penduduk.
Bentuk Muka Bumi, Suhu, Salira n dan Taburan Hujan

Kepulauan Banggi mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit -bukau. Di bahagian tengah pulau terdapat kawasan hutan muda yang dipenuhi oleh semak manakala kawasan yang menghala ke selatan pula merupakan kawasan tanah datar yang menjadi tumpuan penduduknya. Terdapat juga 6 buah sungai di kepulauan Banggi iaitu Sg. Balakait, Sg. Sabur, Sg. Tambiring, Sg. Limbuak, Sg. Kebonggi dan Sg. Bangkinit manakala kadar purata hujan tahunan adalah di antara 60 -80 inci setahun dan suhu di antara 74oF 88oF. Setelah diwartakan sebagai daerah kecil pada 1 Januari 1975, Pulau Banggi telah ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Daerah. Terdapat sebanyak 19 buah jabatan yang telah ditubuhkan di Daerah Kecil Banggi bagi tujuan pelaksanaan

dasar-dasar kerajaan di peringkat daerah antaranya Pejabat Daerah Kecil, Jabatan Haiwan, Jabatan Pendidikan dan Klinik Kesihatan.
Kemudahan dan infrastruktur

Selain daripada itu, kemudahan asas yang penting seperti Jalanraya Karakit - Lok Tuhog, bekalan air, bekalan elektrik, k emudahan telefon, sekolah, klinik turut disediakan bagi kemudahan penduduknya. Kemudahan awam lain yang turut disediakan oleh kerajaan bagi kegunaan masyarakat ialah seperti dewan serbaguna, perpustakaan desa, balai raya, gereja dan jambatan gantung. Kegiatan ekonomi di daerah ini juga turut dimajukan. Sektor perikanan merupakan sektor yang amat penting dalam ekonomi Daerah Kecil Banggi di mana dianggarkan sebanyak 70% penduduk terlibat dalam aktiviti ini. Sementara kebanyakan peniaga pula terlibat dalam aktiviti perniagaan tempatan seperti kedai runcit.
Hutan Simpan Kedua Terbesar di Wilayah Kudat

Daerah Kecil Banggi berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pembalakan kerana terdapat kawasan hutan simpan komersial yang kedua terbesar di Wilayah Kudat selepas Daerah Pitas. Daerah Kecil Banggi akan terlibat dalam kegiatan perindustrian- Kuari Pasir Silika yang dirancang akan beroperasi di Pulau Balambangan.
Masalah-masalah pembangunan

Hasil daripada kaji selidik, kerajaan mendapati bahawa Daerah Kecil Banggi merupakan daerah yang ketinggalan dari segi pentadbiran walaupun telah 2 dekad di wartakan sebagai daerah kecil dan ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Daerah.
Masalah Perhubungan

Daerah ini masih kekurangan jabatan / agensi kerajaan dan kakitangan yang bertugas jika dibandingkan dengan kadar tanggungjawab yang agak besar. Perhubungan yang agak sukar, ancaman laut dan lain -lain lagi merupakan antara kesulitan yang dihadapi dalam proses membangunkan daerah ini. Faktor-faktor kemiskinan seperti corak ekonomi tradisional, taraf hidup penduduk yang masih rendah, sikap orang tengah ditambah dengan masalah kekurangan

bekalan air bersih merupakan penyebab timbulnya masalah pembangunan di daerah ini. Terdapat juga beberapa kesulitan yang timbul dalam membangunkan kemudahan infrastruktur di daerah ini. Kebanyakan jalan -jalan tanah merah tidak boleh digunakan lagi kerana tiada pembaikan selepas hujan. Sementara itu, ancaman tiupan angin dan lanun telah menyukarkan lag i masalah perhubungan. Ketiadaan bangunan menimbulkan masalah membangunkan Daerah Kecil Banggi. Masalah tanah terbiar dan kekurangan bekalan sumber semulajadi merupakan sebahagian lagi daripada masalah pembangunan ekonomi Daerah Kecil Banggi. Manakala, masalah kekurangan bekalan air bersih, sikap penduduk dan kemudahan kesihatan yang tidak mencukupi telah menimbulkan masalah dalam pembangunan kesihatan. Sementara itu, masalah yang dihadapi dalam pembangunan pedidikan pula ialah buta huruf, keciciran, kekurangan sekolah, kekurangan guru, kekurangan

kemudahan pendidikan dan masalah psikolagi.


Pelan Pembangunan Menyeluruh dan Bersepadu

Memandangkan masalah yang dihadapi oleh kerajaan untuk membangunkan Daerah Kecil Banggi, maka kerajaan telah menyusun satu stra tegi Pembangunan Daerah. Bagi tujuan mencapai matlamat ini kaedah pembangunan secara lebih bersepadu dan menyeluruh ( intergrated & comprehensive) adalah dicadangkan. Melalui rancangan ini, semua kementerian dan jabatan bertindak sebagai catalist pembangunan. Jesteru itu satu Pelan Pembangunan Daerah yang sistematik adalah diperlukan. Mengikut Pelan Pembangunan Daerah, taraf Daerah Kecil Banggi akan dinaikkan kepada taraf daerah penuh. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan peruntukan tahunan bagi tujua n pembangunan. Mendirikan kilang -kilang perindustrian, kuari pasir silika, batu kapur, mecari pelabur yang berminat dan berpotensi dan menyedia serta mencari pasaran bagi keluaran daerah ini merupakan strategi bagi memajukan sektor industri.
Pembangunan Ekonomi

Langkah menyediakan pasaran untuk hasil -hasil pertanian memberi peluang kepada Felcra untuk memajukan tanah terbiar, menyediakan kilang memproses hasil -hasil laut serta menyediakan pusat latihan dan penyelidikan adalah strategi bagi memajukan sektor pertanian & perikanan. Dalam usaha untuk memperkenalkan Pulau Banggi kepada masyarakat luar, satu sektor yang difikirkan berpotensi dimajukan adalah sektor pelancongan. Sektor ini boleh dimajukan dengan mengenal pasti kawasan yang berpotensi di Daerah Keci l Banggi, mengadakan promosi besar -besaran, membuka peluang sektor swasta untuk bergiat aktif dan menggiatkan aktiviti kraftangan yang berasaskan budaya suku kaum bangsa di Pulau Banggi ini.
Pembanunan Infrastruktur

Melalui penyediaan premis-premis perniagaan moden dan menggazet percukaian daerah , sektor perniagaan perdagangan dapat dimajukan. Infrastruktur yang kurang boleh dipertingkatkan dengan mendirikan dan

menyediakan keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air ke kawasan -kawasan perindustrian.
Jabatan Kerja Raya

Kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa memastikan Pulau Banggi mendapat perhatian yang sewajarnya sebagaimana daerah kecil lain yang terletak di tanah besar. Jabatan Kerja Raya Kudat dalam usahanya untuk meningkatkan taraf infrastruktur terutamanya jalanraya, telah mengambil inisiatif awal dengan menambahkan bilangan kakitangan di Pulau Banggi di bawah seliaan seorang Juruteknik gred J06. Selain daripada itu, lawatan kerja pegawai -pegawai JKR yang lain juga akan ditetapkan sebagai sokongan bagi memantapkan lagi perkhidmatan yang sedia ada. Jabatan ini juga telah mengemukakan cadangan ke Ibu Pejabat JKR untuk menubuhkan stesen P.O.L. di pulau tersebut bagi kegunaan kenderaan -kenderaan kerajaan.
Pembangunan Sosial

Bagi tujuan mencapai matlamat kerajaan, kerajaan perlu mengambil satu langkah yang mustahak sekali iaitu pembangunan sosial. Kerajaan perlu meningkatkan taraf sosial penduduk supaya setiap perancangan dapat bergerak dan dicapai dengan mudah dan berkualiti. Peningkatan taraf sosial masyarakat Pulau Banggi boleh dilakukan dengan menaikkan taraf kesihatan penduduk iaitu menyediakan dan mempertingkatkan kemudahan kesihatan serta melaksanakan projek perumahan kos rendah dan sederhana. Langkah ini dapat menghalang daripada berlakunya migrasi.
Peranan Kerajaan, Swasta dan Badan Berkanun

Sehubungan dengan itu, sektor -sektor swasta dan badan berkanun perlu berganding bahu dengan kerajaan dalam aktiviti pembangunan Pulau Banggi bagi mencapai tahap yang diingini. Dan yang penting sekali men ingkatkan taraf pendidikan masyarakat Pulau Banggi dengan mendidikan bangunan -bangunan sekolah rendah dan menengah, membina asrama desa serta penambahan guru perlu

dipertingkatkan bagi mengelakkan berlakunya kekurangan guru dan masalah keciciran pelajar. Dengan terlaksananya program -program pembangunan sepertimana yang

dirancang dalam Pelan Pembangunan Daerah itu kelak, adalah diharapkan Pulau Banggi akan turut mengecapi pembangunan sepertimana juga daerah -daerah kecil yang lain di Negeri Sabah ini.

Anda mungkin juga menyukai