Anda di halaman 1dari 15

Fakto-faktor

penentangan rakyat
tempatan
Faktor mendorong masyarakat Melayu
Perak menentang sistem residen
Kelemahan syarat-syarat Perjanjian Pangkor 1874.

Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 telah


menetapkan bahawa seorang residen akan ditempatkan di Perak
untuk menasihati sultan dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali
yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Perjanjian Pangkor gagal menamatkan perebutan takhta antara Raja


Ismail dan Raja Yusuf.

Raja Ismail enggan menyerahkan alat-alat kebesaran diraja semasa


pertabalan sultan Abdullah.
KELEMAHAN PERJANJIAN
PANGKOR
Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20
Januari 1874
Telah menetapkan bahawa seorang residen akan
ditempatkan di Perak untuk menasihati sultan dalam
semua hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan
dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Dalam Perjanjian Pangkor, tidak dinyatakan panduan
dan peraturan untuk dijadikan pegangan oleh
residen dalam melaksanakan tugasnya.
Hal ini menyebabkan residen memerintah mengikut
budi bicaranya sendiri.
KELEMAHAN BIRCH
J.W.W. Birch yang dihantar ke Perak sebagai residen
British tidak mempunyai pengalaman dan
pengetahuan yang luas tentang adat resam dan adat
istiadat orang Melayu.
Beliau pernah berkhidmat di Sri Lanka tetapi
pengalaman itu tidak boleh tidak boleh digunakan di
Tanah Melayu kerana masyarakat jauh berbeza.
Birch tidak fasih berbahasa Melayu dan ini
menyukarkan beliau berkomunikasidengan
masyarakat tempatan.
Akibatnya, semua tindak tanduknya
didapatimenghina adat dan tradisi orang Melayu.
Perjanjian Pangkor gagal menamatkan
perebutan takhta antara Raja Ismail dan Raja
Yusuf. Raja Ismail enggan menyerahkan alat-
alat kebesaran diraja semasa pertabalan
sultan Abdullah.
Baginda terpaksa mengeluarkan banyak
wang, masa, dan tenaga untuk mengekalkan
kedudukannya sebagai sultan Perak.
Sultan Abdullah yang dilantik oleh kerajaan
British melalui Perjanjian Pangkor tidak
mentadbirnegeri Perak dengan baik.
PEMBAHARUAN-PEMBAHARUAN
BIRCH POLITIK, EKONOMI, SOSIAL
J.W.W. Birch telah mengadakan pembaharuan secara
mendadak dan terburu-buru di Perak tanpa berunding
dengan sultan Abdullah dan pembesar-pembesar Melayu
terlebih dahulu.
Birch tidak menyedari pembaharuan-pembaharuan yang
dilakukan menyetuh adat istiadat orang Melayu.
Dalam sistem pungutan cukai Birch mahu semua cukai
yang ada diubah dan diletakkan di bawah kawalannya.
Seorang pegawai British akan dilantik untuk memungut
cukai.
Namun, tujuan utama Britich adalah untuk mengambil alih
hak memungut cukai daripada sultan dan pembesar-
pembesar Melayu.
J.W.W. Birch mahu menghapuskan amalan
perhambaan dalam masyarakat Melayu.
Beliau telah memberi perlindungan kepada
hamba-hamba terutamanya hamba-hamba
perempuan.
Percubaan Birch untuk menghapuskan sistem
perhambaan dianggap cuba menghapuskan
adat istiadat orang Melayu.
Oleh itu, pembaharuan yang dilakukan telah
menimbulkan penentangan daripada
masyarakat Perak.
Jawatan-jawatan yang pernah
disandang oleh Birch
Disember 1846 Pesuruhjaya Jabatan Jalanraya, Ceylon (sekarang Sri Lanka)
November 1852 Penulis di Jabatan Perkhidmatan Awam, ditempatkan di
Pejabat Wakil Kerajaan, Jaffna

April 1853 Majistret Polis di Jaffna

Oktober 1853 - Galle.

Januari 1854 - Mallakam.

Januari 1854 - Chavakachcheri (memangku).

Ogos 1854 - Pemangku Penolong Wakil Kerajaan in Trincomalee - Perlantikan


disahkan dalam bulan Disember 1854.
Mac 1856 Hakim Daerah Batticaloa.

Januari 1859 to Mei 1862 - Pemangku Penolong Wakil Kerajaan,


Batticaloa

September 1864 - Pemangku Penolong Wakil Kerajaan, Ratnapura.

Ogos 1865 Kurunegala

Julai 1866 Pemangku Penolong Wakil Kerajaan, Hambantota.

Oktober 1867 Pemangku Wakil Kerajaan dan Pemungut Cukai,


Wilayah timur. Perlantikan disahkan dalam bulan Jun 1868.
Mei 1870 to 1874 Setiausaha Kolonial,
Negeri-Negeri Selat.

November 1874 to 1875 Residen British


Pertama di Perak, dibunuh oleh orang-orang
Melayu yang menentang penjajahan British.
PEMBUNUHAN J.W.W. BIRCH
Pembunuhan J.W.W Birch adalah berpunca
daripada rasa tidak puas hati Sultan Abdullah
Muhammad Shah II dan pembesar negeri
terhadap tindak-tanduk Birch.
Birch telah menggunakan kedudukannya
sebagai Residen Inggerisdi Perak dengan
meminta Sultan Abdullah menandatangani
pengisytiharan untuk membolehkannya
mengambil alih kuasa kerja-kerja mengutip
cukai daripada pembesar-pembesar Perak tetapi
telah ditolak oleh Sultan Abdullah.
Pada 20hb Julai 1875, J.W.W Birch sekali lagi mendesak
Sultan Abdullah menurunkan tandatangannya dan
mengugut Sultan akan diturunkan daripada takhta
seandainya baginda enggan menandatangani surat
penyerahan kuasa tersebut.
Akibatnya Sultan Abdullah terpaksa akur dengan ugutan
Birch dan menandatangani surat perjanjian tersebut.
Rentetan daripada peristiwa itu, sebanyak 7 kali
mesyuarat sulit telah diadakan oleh Sultan Abdullah
Muhammad Shah dengan orang-orang besarnya bagi
membincangkan perihal pembunuhan J.W.W Birch yang
diadakan dari bulan Mac hingga September 1875.
Dalam mesyuarat sulit tersebut, sebanyak 5
cara telah dicadangkan.
Laksamana Mohamad Amin telah
mencadangkan Birch diracun, Dato Maharaja
Lela pula mencadangkan Birch ditikam, Dato
Sagor pula mencadangkan menyerang Bandar
Baru dan membunuh Birch, dan Sultan
Abdullah sendiri mencadangkan agar Birch
disihir.
Saat J.W.W Birch dibunuh
di Pasir Salak
Pandak Indut telah diarahkan oleh Dato
Maharaja Lela merejam lembing ke arah
tempat Birch mandi.
Rejaman tersebut menyebabkan Birch jatuh
ke dalam sungai.
Birch yang masih bernyawa berenang ke
darat meminta pertolongan dan pada ketika
itulah Si Puntum menerpa dan menetak
kepala Birch dengan parang panjangnya.
Mayat Birch ditemui pada petang keesokkan
harinya, sejauh 182.9 meter dari tempat
Kesimpulan
Dasar British dilaksanakan dalam negeri Perak
telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan rakyat daerah masing-masing
Malahan, peperangan turut berlaku antara
pihak British dengan masyarakat tempatan
untuk menolak sistem residen yang akan
mengancam kedudukan dan kepentingan
orang Melayu

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai