Anda di halaman 1dari 5

a) Mengambil Hak Mengutip Cukai

Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang
membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan
takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar
Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.

b) Mencabar Ketuanan Melayu

Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak
menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah
kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.

c) Memperkenalkan Cukai Baru

Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu
atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar
sebagai cukai kelamin.

d) Mencabuli Adat Resam

Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan
perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila
menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.
SEJ T 6 Penentangan di Perak
Penentangan di Perak

Pengenalan

Kekacauan yang berlaku di Perak membimbangkan British terhadap campur tangan asing. Akibatnya,
Gabenor Negeri-negeri Selat, Andrew Clarke telah mengambil langkah campur tangan di Perak. Hasil
usaha beliau, satu rundingan telah diadakan sejak 17 Januari 1874 dan hasil rundingan tersebut,
Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874. Mengikut Perjanjian Pangkor, Sultan
Abdullah diiktiraf sebagai Sultan. Baginda bersetuju menerima seorang Residen sebagai penasihat
dalam semua hal pentadbiran kecuali adat resam orang Melayu dan hal ehwal agama Islam. Lebih
kurang 10 bulan kemudian, J.W.W. Birch telah dihantar sebagai Residen yang pertama pada 1
November 1874. Kehadiran Birch telah menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan
pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Akibatnya, Birch telah dibunuh di Pasir Salak pada 2
November 1875 selepas berada di Perak hanya selama 12 bulan.

Sebab-sebab berlaku Penentangan di Perak

1. Kelemahan Perjanjian Pangkor

Ahli-ahli Sejarah seperti Kennedy, Tregonning dan C.D. Cowan menganggap kelemahan Perjanjian
Pangkor adalah sebab utama membawa kepada pembunuhan Birch pada tahun 1875. Perjanjian
Pangkor tidak menyelesaikan masalah tentang perebutan takhta Perak antara Raja Abdullah, Raja
Ismail dan Raj Yusof. Pembesar Perak dan ramai rakyat Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah
sebagai Sultan kerana baginda tidak dilantik mengikut adat resam. Di samping itu, Raja Abdullah
tidak mempunyai alat-alat kebesaran yang diperlukan dalam perlantikan Sultan. Ramai pembesar dan
rakyat Perak masih menganggap Raja Ismail sebagai Sultan kerana baginda dilantik sebagai Sultan
Perak pada tahun 1871 selepas kemangkatan Sultan Ali. Selain itu, Raja Ismail masih lagi
menyimpan alat-alat kebesaran diraja yang diterima semasa perlantikannya pada tahun 1871.

Walaupun Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, tetapi Birch dilantik sebagai
Residen yang pertama pada 1 November 1874, iaitu 10 bulan kemudian. Dalam tempoh tersebut,
Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran Perak.
Kehadiran Birch dirasai oleh Sultan dan pembesar-pembesar yang British cuba mengambil alih
semua kuasa pentadbiran Perak. Perlaksanaan sistem Residen juga mendapat tentangan dari
Menteri Larut (Ngah Ibrahim). Beliau tidak lagi bebas mentadbir Larut seperti sebelumnya. Semua
urusan pentadbiran terpaksa merujuk kepada Kapten Speedy yang dilantik sebagai Penolong
Residen.

Bagi British, perlantikan Raja Abdullah sebagai Sultan dianggap sebagai satu kesilapan kerana Raja
Abdullah dikatakan tidak mengetahui hal pentadbiran moden. Raja Abdullah dianggap tidak
menerima pembaharuan yang cuba dilaksanakan di Perak. Kelemahan Perjanjian Pangkor juga
terbukti kerana perjanjian ini tidak mengiktiraf Sultan Ismail kerana beliau amat berpengaruh ketika
itu.
2. Kelemahan Birch

Kelemahan Birch juga merupakan faktor yang penting yang membawa kepada berlakunya Perang
Perak pada 1874-1875. British menganggap perlantikan Birch sebagai Residen lebih-lebih lagi
sebagai Residen Pertama sebagai satu kesilapan. Birch tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu
serta tidak memahami dan menghormati adat resam orang Melayu. Birch merupakan seorang yang
degil dan tidak berganjak dari kemahuannya. Beliau tidak berdiplomasi dan tidak bertolak-ansur.
Birch mahu melaksanakan pembaharuan secara tergesa-gesa tanpa memikirkan kepentingan Sultan
dan pembesar. Kelemahan peribadi Birch ternyata dari peristiwa Ogos 1875 bila Sultan Abdullah
serta pembesar-pembesar mengunjungi tempat kediaman dengan tujuan untuk mendapat ganti rugi
akibat penghapusan beberapa keistimewaan. Birch dengan biadap menegaskan ganti rugi akan
dibayar sekiranya Sultan dan pembesar berhenti memungut cukai di kawasan masing-masing.
Kelemahan peribadi Birch lebih ternyata pada Disember 1874 bila beliau membakar rumah Raja
Ngah dan Tengku Panglima Besar kerana mereka terus memungut cukai walaupun ditegah oleh
Birch. Kennedy dalam bukunya: History of Malaya menganggap Birch sebagai “an idealist in a hurry”
kerana mahu melaksanakan pembaharuan secara terburu-buru tanpa memikirkan itu dianggap
radikal oleh Sultan dan para pembesar.

3. Pembaharuan-pembaharuan Birch

Pembaharuan-pembaharuan yang cuba dilaksanakan oleh Birch telah menjejaskan kepentingan


Sultan dan pembesar sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.

a. Politik

Dari segi politik, Sultan dan pembesar kehilangan kuasa kerana semua urusan pentadbiran
dijalankan atas arahan Birch. Keadaan ini menunjukkan Residen lebih berkuasa dari Sultan. Sultan
Abdullah yang menganggap kehadiran Birch sebagai Penasihat mendapati Birch bukan
menasihatinya tetapi mengeluarkan arahan-arahan yang perlu dipatuhi oleh Sultan dan pembesar-
pembesar. Sultan Abdullah yang tidak berpuas hati dengan tindakan Birch telah menulis surat kepada
Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir Andrew Clarke meminta kuasa Residen dihadkan ataupun
ditukar. Jawapan yang diterima amat mengecewakan Sultan Abdullah kerana bukan sahaja suratnya
tidak mendapat layanan, malah Andrew Clarke telah arahkan bahawa hubungan antara Sultan dan
pembesar dengan Gabenor mesti dibuat melalui Residen. Keadaan ini menunjukkan bahawa Residen
lebih berkuasa dari Sultan. Kehadiran Birch menjejaskan kuasa-kuasa pembesar daerah kerana Birch
telah melantik pegawai-pegawai British untuk menjalankan pentadbiran daerah. Selain itu, Sultan dan
pembesar dilarang menjatuhkan hukuman, lebih-lebih lagi hukuman mati, lebih-lebih lagi kepada
orang-orang Melayu. Arahan ini mendapat bantahan Sultan dan pembesar-pembesar kerana ini
menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan mereka serta kuasa tradisional. Kerajaan British telah
mengarahkan bahawa hukuman hanya boleh dijatuhkan oleh hakim-hakim yang dilantik oleh British.

b. Ekonomi

Dari segi ekonomi, pembaharuan British juga telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar.
Sultan dan pembesar dilarang memungut cukai seperti sebelumnya. Arahan ini menjejaskan
pendapatan Sultan dan pembesar kerana Birch tidak membayar ganti rugi akibat penghapusan
keistimewaan tersebut. Dalam masyarakat tradisional Melayu, cukai adalah penting bagi Sultan dan
pembesar-pembesar. Birch telah mengarahkan bahawa kutipan cukai hanya boleh dijalankan oleh
pegawai-pegawai yang dilantik oleh Residen. Kemarahan Sultan Abdullah bertambah apabila Birch
membatalkan pajakan memungut cukai kastam bernilai $26 ribu setahun yang diberikan oleh Sultan
Abdullah kepada seorang saudagar Cina dari Singapura iaitu Lee Cheng Tee. Sebaliknya, Birch telah
memberikan pajakan baru ke atas minuman keras dan candu bernilai $6 ribu sebulan kepada Lee
Cheng Tee dan rakan-rakannya kerana salah seorang rakannya telah memberi hutang dengan
jumlah yang besar kepada Birch. Tindakan Birch bukan sahaja mendapat tentangan Sultan dan
pembesar, tetapi juga gabenor dan pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat kerana ia bertentangan
dengan arahan.
c. Sosial

Dari segi sosial, Birch telah campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Apabila beliau cuba
menghapuskan perhambaan yang merupakan adat tradisional orang Melayu. Dalam masyarakat
Melayu tradisional, perhambaan merupakan lambing status yang menentukan kekuasaan dn
kewibawaan Sultan dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Birch hanya membebaskan
hamba-hamba perempuan sahaja. Tindakan beliau melindungi hamba-hambaperempuan di
kemudiannya yang terdapat ramai tentera telah mencurigakan Sultan dan para pembesar. Perasaan
curiga mereka bertambah apabila Birch menyeludup 2 orang hamba perempuan berketurunan
Melayu, berpakaian Cina ke Pulau Pangkor. Hubungan Sultan Abdullah dan Birch bertambah runcing
apabila Birch enggan memulangkan 2 orang hamba perempuan Sultan Abdullah yang malarikan diri
ke kediaman Birch pada Oktober 1875. Kemarahan Sultan terhadap tindakan Birch bukan sahaja
kerana mereka menjadi tuan kepada hamba tetapi kerana tindakan Birch bertentangan dengan syarat
Perjanjian Pangkor yang berkaiatan dengan adat resam orang Melayu.

4. Tindakan Sir William Jervais

Tindakan Sir William Jervais yang menggantikan Andrew Clarke sebagai Gabenor Negeri-negeri
Selat pada Mei 1875 juga membawa kepada berlakunya Perang Perak 1875. Selepas melawat
Perak, William Jervois tidak puas hati terhadap pentadbiran Birch secara tidak langsung di Perak.
Beliau mahukan pentadbiran British dijalankan secara langsung di Perak di mana pentadbiran
dijalankan oleh pegawai-pegawai British. Beliau mahukan Sultan dan pembesar dibayar wang
persaraan supaya menyerahkan kekuasaan kepada British. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah
telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian menyerahkan pentadbiran kepada British. Beliau
telah mengugut sekiranya beliau enggan menandatangani perjanjian tersebut, Sultan Abdullah akan
disingkirkan dan Raja Yusof akan dilantik sebagai Sultan. Akibatnya, Sultan Abdullah terpaksa
menandatangani persetujuan tersebut.

Peristiwa Pembunuhan J.WW. Birch

Kemarahan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar sampai kemuncaknya menjelang akhir tahun
1875 dan keputusan diambil untuk membunuh Birch. Pada 20 Julai 1875, satu perjumpaan telah
diadakan di Durian Sebatang yang dihadiri oleh pembesar-pembesar Perak atau wakilnya kecuali
Raja Yusof. Dalam pertemuan itu, Dato’ Maharaja Lela dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
tugas tersebut. Raja Ismail menyatakan persetujuannya untuk membantu Dato’ Maharaja Lela.
Sebagai persiapan, Raja Abdullah dan Raja Ismail telah menyediakan alat-alat senjata yang dibeli
dari Pulau Pinang.

Selepas beberapa hari dari peristiwa perjumpaan di Durian Sebatang, hubungan Sultan Abdullah
dengan British menjadi genting. Pada 24 Julai 1875, pihak British mengugut Raja Abdullah jika
baginda tidak mengikut arahan mereka. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah dipaksa untuk
menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British. Birch ditugaskan untuk mengumumkan perubahan
sistem pentadbiran tersebut. Beberapa hari selepas persetujuan itu, Sultan Abdullah memerintah
Dato’ Maharaja Lela membunuh Birch.

Sungguhpun telah diketahui adanya komplot membunuh Birch, namun rancangan tetap dilaksanakan.
Swettenham ditugaskan untuk membantu Birch dan beliau bertolak dari Singapura pada 23 Oktober
1875. Swettenham ditugaskan di bahagian Hulu Perak sementara Birch di Hilir Perak. Mereka
bertolak dari Bandar Bahru dan akan bertemu di Pasir Salak pada 30 November 1875.

Pada 27 Oktober 1875, Birch telah menampal pengisytiharaan itu di rumah dan kemudian belayar ke
Pasir Salak. Pada 1 November 1875, Birch bersama keraninya Mat Arshad telah tiba di Pasir Salak.
Ketibaan beliau mendapat tentangan hebat daripada Dato’ Maharaja Lela. Pada 2 November 1875,
Birch ditikam oleh orang suruhan Dato’ Maharaja Lela, iaitu Pandak Induk dan Seputum ketika Birch
mandi di Sungai Pasir Salak.

4 November 1875, Swenttenham di Blanja menerima peristiwa pembunuhan. Dengan pertolongan


beberapa orang Melayu, beliau berjaya menyelamatkan diri.
Perang Perak 1875-1876

Pembunuhan Birch telah mengemparkan pihak British.

15 November 1875, tentera British dari Pulau Pinang menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela
mengundurkan diri ke Blanja. Kemudian, tentera tambahan British dari Hong Kong di bawah perintah
Major Jeneral Calalborne menawan Pasir Salak. Dari India, tentera di bawah Brig. Jeneral J. Rose
menawan Kuala Kangsar.

Sebelum tentera British menawan Blanja, Dato’ Maharaja Lela dan Raja Ismail berundur ke Kinta.
Dari Kinta mereka bergerak menuju Kota Lama. British menawarkan hadiah kepada sesiapa yang
menangkap orang yang dikehendaki iaitu $6 ribu untuk Maharaja Lela dan $3 ribu untuk Dato’ Sagor
dan Pandak Induk.

Pada pertengahan Januari 1876, Raja Ismail meminta bantuan dari Kedah. Pada akhir bulan Mac,
baginda menyerah diri dan dihantar ke Singapura kemudian Johor. Dalam bulan yang sama, Dato’
Sagor ditawan di Bandar Bahru sementara pada Julai 1876, Dato’ Maharaja Lela menyerah diri.
Dengan ini semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch ditangkap.

Dengan itu, suatu perbicaraan diadakan dan keputusannya ialah:

a. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Induk dan Seputum dihukum gantung sampai mati
di Matang pada 20 Januari 1877.

b. Cik Gondoh, Ngah Ahmad Ngah Jabbar, Panjang Nur dan Cik Ali dijatuhkan hukuman penjara
seumur hidup.

c. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato’ Laksamana dan Dato’ Syahbandar dibuang ke Pulau
Seychelles di Lautan Hindi.

d. Raja Ismail dipindah ke Johor.

e. Raja Yusof dilantik sebagai Sultan.

Perang Perak ini akhirnya berkesudahan dengan kemenangan British. Kemenangan ini
membolehkan British meneruskan sistem Residen dan memajukan ekonomi Perak tanpa halangan.

Anda mungkin juga menyukai