Anda di halaman 1dari 4

a) Sediakan satu model sebagai bahan bantu mengajar yang diubahsuai daripada

sumber yang terdapat di sekeliling anda bagi mengajar tajuk yang telah anda kenal pasti.

b) Sediakan satu laporan bergambar bagaimana anda menjalankan proses


pengubahsuaian berkenaan.

Laporan penyediaan dan pengubahsuaian Model Bot

Penggunaan alat bant u mengajar adalah elemen penting dalam menjadikan


pengajaran dan pembelajaran sains menjadi bermakna. Dalam memilih alat bantu
mengajar (ABM), guru seharusnya berkemahiran dalam menilai dan menimbang akan
keperluan atau sumbangan alat bantu dalam pengaplikasiannya dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pertimbangan seharusnya menekankan semua aspek atau kriteria-
kriteria dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang berkualiti
akan dan diselenggarakan dengan baik akan merangsangkan pelajar untuk berminat
belajar di dalam kelas.

Berdasarkan kandungan topik yang pelbagai dalam buku teks sekolah rendah,
saya telah mengambil keputusan untuk memilih topik Sifat Bahan yang terkandung
dalam buku teks Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 4 untuk menyediakan sebuah model
bot untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Bahan-bahan yang diperlukan termasuklah
dua botol air, dua penyedut minuman, gunting, pita pelekat, gelang getah dan
sebagainya.
Langkah/Gambar Cara menyediakan Model Bot
Langkah 1 Kumpulkan bahan-bahan buangan
atau bahan terpakai seperti dua botol
air, dua penyedut minuman,
belon,gelang getah dan bahan yang
sebagainya untuk dijadikan Model
Bot.

Langkah 2 Mula-mula, lekatkan belon dan


penyedut minuman bersama dengan
menggunakan pita pelekat belon
adalah bercantum dengan penyedut
minuman.

Langkah 3 Kedua, lekatkan penyedut minuman


yang bercantum dengan belon pada
botol.
Langkah 4 Ketiga, lekatkan kedua-dua botol air
yang bercantum dengan penyedut
minuman dengan dengan pita pelekat

Langkah 5 Keempat, lekatkan kedua-dua botol


air dengan gelang getah untuk
menguatkan gabungan.

Langkah 6 Model Bot sudah siap dan boleh


dijadikan bahan bantu mengajar.
Belon boleh ditiupkan dan
menjalankan eksperimen. Belon boleh
digunakan untuk mengerakkan bot.
Penyedut minuman boleh dijadikan
sebagai ekzos dan menolah bot untuk
berjalan di atas air.

Anda mungkin juga menyukai