Anda di halaman 1dari 10

PERTOLONGAN CEMAS

Pengertian Pertolongan Cemas

Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat
rawatan perubatan yang sempurna.

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas

a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.


b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik

a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes


kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau
sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan
rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si
mangsa.

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas

a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa


terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan
kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh
supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

Kain Anduh

Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
a) Anduh besar (large arm sling)
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b) Anduh tiga segi/Anduh St. Johns (triangular sling)
- menahan pendarahan anggota atas.
- Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
c) Anduh kecil (small arm sling)
- mengampu kecederaan di bahagian bahu.
- Mengampu tulang klavikal yang cedera.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
- mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

PATAH
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya
retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.

Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung :
a) Secara Langsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan
atau kemalangan.
b) Secara Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan
otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.
Jenis-jenis patah
a) Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.

b) Patah riok (Compound fracture)


Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian
luar kulit.

c) Patah melarat (Complicated fracture)


Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.

d) Patah Remok (Comminuted fracture)


Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.

e) Patah Terenyok (Impacted fracture)


Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang
patah itu.

f) Patah Rebung (Green Stick fracture)


Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-
kanak dan bayi.

g) Pecah Remok (Depressed fracture)


Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak
kepala yang terbenam menghimpit otak.

Tanda-tanda dan gejala patah

a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.


b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.
c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.
d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih
pendek.
e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.
f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.
Rawatan Am Patah
a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat
kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya
nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah
dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut
kesesuaian.
e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan
dan tempat yang patah.
g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Patah Tulang Selangka (Klavikal)

Tanda-tanda dan gejala.


a) Sakit pada bahagian bahu.
b) Hilang upaya mengangkat atau mengerakkan anggota atas.
c) Bengkak, lebam dan terdapat kecacatan di bahagian bahu.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota atasa yang terlibat dengan menggunakan anduh.

Patah Anggota Atas


Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota atas supaya tidak banyak bergerak dengan menggunakan anduh.
c) Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk mengampu bahagian yang
tercedera.
d) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
e) Dapatkan rawatan perubatan.
LUKA DAN PENDARAHAN
Luka:
Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau tidak
yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.

Pendarahan:
Kecederaan yang berlaku kepada saluran-saluran darah arteri,vena atau kapilari yang
menyebabkan keluarnya darah.

Jenis-jenis luka.

a) Luka terhiris (incised wound)


-luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya
adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau,
pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.

b) Luka terkoyak (lacerated wound)


luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat
yang tidak tajam.Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau
sebagainya.

c) Luka lebam (contusion)


luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam
tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam.
Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang
berat.

d) Luka tembus (punctured wound)


luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam.
Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah
yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.
JENIS-JENIS PENDARAHAN
a) Pendarahan dari saluran arteri
- Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan
jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya
mengandungi oksigen yang tinggi.
b) Pendarahan dari saluran vena
- Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula
berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida
yang tinggi.
c) Pendarahan dari salur kapilari- darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti.
Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen.

TANDA DAN GEJALA LUKA DAN PENDARAHAN


Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera.
Pucat.
Pening kepala.
Meloya dan kemungkinan muntah.
Gelisah dan berpeluh dengan banyak.
Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya.
Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek.
Kulit badan berpeluh dan sejuk.
Hilang kekuatan atau keupayaan.
Berlaku renjatan dan pengsan.

RAWATAN AM LUKA DAN PENDARAHAN


Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna.
Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran
pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan.
Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang.
Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak.
Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
a) Hentikan pendarahan secara langsung
mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.
b) Secara tidak langsung
-menekan urat-urat darah
TERBAKAR DAN MELECUR

Terbakar
Kecederaan yang berpunca dari bahan-bahan panas kering. Contohnya api, kilat, besi
panas, cahaya matahari, asid , alkali dan sebagainya.

Melecur
Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah.
Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.

Tanda-tanda dan gejala.


a) Sakit yang kuat.
b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.
c) Terjadi gelembung air pada kulit.
d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh asid atau
alkali.
e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.
f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar luaran dan
terbakar dalaman. Terbakar atau melecur luaran menyebabkan kulit luar yang terlibat.
Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan tisu-tisu dalam. Contohnya
terkena asid dan alkali.
Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya renjatan kepada
mangsa.
Pengiraan PeratusanTerbakar dan Melecur
Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah sembilan (rule of nine).
Pengiraannya adalah seperti berkut:-
a) Bahagian kepala dan leher - 9%
b) Sebelah anggota atas - 9%
c) Bahagian depan badan -18%
d) Bahagian belakang badan -18%
e) Sebelah anggota bawah -18%
f) Bahagian kemaluan - 1%

Rawatan Am Terbakar dan Melecur


a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk
atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin,
subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar
untuk menanggalkan peralatan tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.
f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang
melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.
h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi menggantikan
kehilangan cecair yang hilang.
k) Dapatkan rawatan perubatan segera.

PITAM
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang menyebabkan
terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan
diri buat sementara.

Punca-punca pitam
a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.
b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada kepanasan.
c) Kesakitan kuat akibat kecederaan.
d) Kelaparan atau terlalu dahaga.
e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit

Tanda-tanda dan gejala


a) Mangsa mengadu pening
b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
c) Muka dan tangan jadi pucat
d) Berpeluh dengan banyak
e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
f) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap
g) Hilang kesedaran.
Rawatan am pitam
a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.
b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan kepala
mangsa ke bawah
c) Longgarkan pakaian mangsa.
d) Tenangkan mangsa.
e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan mangsa
telah pengsan.
f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman.
g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.
h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

Keracunan

Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau gas yang bila
mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari sukatan yang
sepatutnya, maka ianya akan menjejaskan kesihatan badan.

Cara- cara racun masuk ke tubuh


a) Sistem pemakanan Secara memakan atau meminum bahan-bahan yang berbentuk
pepejal atau cecair. Contohnya terminum racun, ubat-ubatan, makanan tercemar dan
sebagainya.
b) Sistem pernafasan Melaui sedutan gas atau bahan debu yang terampai di udara.
Contohnya gas karbon dioksida, Karbon monoksida, kotoran, debu-debu racun serangga
dan lain-lain.
c) Melalui suntikan urat darah atau otot Biasanya ia berbentuk cecair. Contohnya
menyuntik ubat melalui otot atau urat darah, menyuntik dadah, sengatan binatang bisa dan
patukan atau gigitan ular berbisa.
d) Serapan kulit Sesetengah bahan cecair seperti racun rumpai atau serangga yang
terkena kulit akan menyerap ke dalam sistem badan. Contohnya racun malation dan
paraquat.

Tanda-tanda dan Gejala


a) Pening kepala dan tidak sedap badan.
b) Loya dan muntah-muntah.
c) Sakit perut sekiranya racun dimakan atau diminum.
d) Mengalami sesak nafas.
e) Mangsa di dalam keadaan gelisah.
f) Muka dan badan menjadi pucat dan sejuk.
g) Nadi berdenyut pantas dan dalam keadaan lemah.
h) Mengalami cirit-birit sekiranya racun masuk melalui saluran pemakanan.
i) Berpeluh dengan banyak.
j) Terdapat kesan terbakar atau melecur di mulut dan bibir sekiranya termakan atau
terminum racun. Mulut mangsa juga berbau bahan beracun yang dimakan.
k) Terdapat tanda suntikan atau bekas gigitan sekiranya bahan yang diambil secara suntikan
atau kerana gigitan.
l) Berlaku renjatan.

Rawatan Am Keracunan
a) Tenangkan mangsa.
b) Longgarkan pakaian mangsa.
c) Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak nadi dan penafasan. Beri
bantuan CPR jika perlu.
d) Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan atau bekas-bekas yang
terdapat di sekeliling mangsa.
e) Letakan mangsa di dalam baringan separuh meniarap sekiranya mangsa dalam keadaan
pengsan.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Anda mungkin juga menyukai