Anda di halaman 1dari 9

WEDNESDAY, 21 AUGUST 2013

Jelaskan sumbangan Dato’ Onn Jaafar dalam Proses kemerdekaan negara


kita.
Dari dahulu lagi, Dato’ Onn jaafar hanya diiktiraf sebagai tokoh yang berjasa kepada negara
kerana mengasaskan penubuhan UMNO dan menjadi Yang Dipertua Pertama dari 1946 –
1951. Beliau berjasa menentang dan membubarkan Malayan Union (MU). Sumbangan Dato’
Onn Jaafar dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara pada hakikatnya tidak boleh
dinafikan. Kemerdekaan hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap
sebagai buah tangan Dato’ Onn Jaafar, tetapi sebenarnya ia adalah merupakan hasil asas yang
dibinanya.

Catatan sejarah adalah sumber yang tidak bias kepada mana-mana pihak. Persepsi dan
pandangan adalah mengikut tahap pemikiran dan keadaan semasa. Sehubungan itu, adalah
baik sekali saya memperkenalkan Dato’ Onn Jaafar mengikut biografi ringkas beliau, supaya
kami semua mendapat input dan menilai sendiri ketokohan Dato’ Onn Jaafar dan
sumbangannya dalam proses kemerdekaan negara kami.

Dato’ Onn dilahirkan di rumah bapanya yang terdapat di Bukit Gambir, Johor Bahru
pada tahun 1895. Bapanya, Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad ialah Menteri Besar Johor yang
pertama pada ketika itu. Ibunya, Cik Rugayah Hanim adalah dari keturunan bangsawan Turki
yang terpelihara di Istana Harem. Ibunya adalah keluarga bangsawan Turki yang dinikahkan
atas perkenan dan restu Sultan Turki sebagai tanda persaudaraan dengan Maharaja Abu Bakar
ketika baginda melawat Turki pada tahun 1887.

Sejak kecil Dato’ Onn bebas di istana, malah rumahnya sendiri di Bukit Gambir
seperti rumah ke-2. Ini adalah kerana beliau menjadi anak angkat oleh Sultan
Ibrahim pada tahun 1901. Dato’ Onn sangat rapat dengan Tengku Mahkota Johor, Tengku
Ismail yang sebaya dengan beliau. Dato’ Onn bebas melakukan aktiviti sendiri atau bersama-
sama putera-putera Sulatan di kebun istana. Sejaka kecil. Ketokohan beliau telah terserlah, ini
dapat dilihat dari beliau menjadi ketua di kalangan sebaya meskipun mereka ialah putera-
putera raja.

Dato’ Jaafar sendiri mengajar Dato’ Onn akhlak dan agama serta adab budaya
Melayu, tetapi pelajaran formalnya (semenjak berusia 4 tahun) adalah mempelajari Bahasa
Inggeris bersama-sama dengan putera-putera Sultan yang lain. Terdapat 2 orang guru
perempuan berbangsa Inggeris yang didatang khas untuuk tujuan mengajar mereka Bahasa
Inggeris. Guru berbangsa Inggeris juga bertindak sebagai pengasuh kepada putera-putera raja
mengenai adab dan budaya Inggeris. Ibunya, Cik Rugayah Hanim meninggal dunia pada
tahun 1902.

Pada tahun 1903, Dato’ Onn belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England
bersama-sama dengan putera-putera raja. Beliau amat rapat dengan Tengku Mahkota dan
dianggap guardian atau pasangan dan teman penjaga kepada baginda. Di England, mereka
bersekolah di sekolah khas untuk anak bangsawan Inggeris. Semua pembiayaan persekolah
ditanggung oleh Sultan Johor.

Dato’ Onn adalah seorang yang aktif disamping bertindak seolah-olah orang yang
bertanggungjawab terhadap Tengku Mahkota. Ini adalah berikutan dari nasihat dan pesanan
bapa dan juga pembesar Johor. Mereka jarang berpisah, di mana Tengku Mahkota berada, di
situlah Dato’ Onn. Keadaan ini amat tidak disenangi oleh pihak Inggeris, kerana mereka
mempunyai agenda memberi keistimewaan kepada Tengku Mahkota, tetapi tidak kepada
Dato’ Onn.

Daripada pemerhatian pihak Inggeris, Dato’ Onn adalah kanak-kanak pintar yang
perlu dipisahkan daripada Tengku Mahkota, kerana Dato’ Onn berupaya mempengaruhi
Tengku Mahkota alam segala bidang. Sehubungan itu, Dato’ Onn dilaporkan tidak layak
diberi kemudahan pelajaran dan tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran yang dikhususkan
kepada anak-anak bangsawan.

Pada 25 Mac 1910, Dato’ Onn dihantar pulang dengan perawakan Barat. Beliau telah
dimarahi oleh bapanya, Dato’ Jaafar kerana dianggap sebagai remaja nakal yang tidak
menghormati guru Inggerisnya dan kebudayaan di sana. Kemudian, Dato’ Onn dihantar oleh
bapanya melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) agar
“diMelayukan”. Beliau telah diletakkan di bawah pengawasan seorang guru khas mengjar
Jawi dan adat kebudayaan Melayu. Dato’ Onn sangat disenangi ramai, malah beliau sendiri
telah mengajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak bangsawan Melayu dan kepada guru Jawi
beliau.

Dengan ketiadaan Dato’ Onn, Tengku Mahkota Johor pun enggan meneruskan
pelajarannya di England. Baginda pulang ke Tanah Melayu dan meneruskan pelajarannya di
MCKK juga. Bginda sangat kasih kepada Dato’ Onn lebh dari seorang teman atau kawan. Di
MCKK, Dato’ Onn dianggap seorang remaja Melayu yang kurang beretika kebangsawanan
oleh teman-teman yang berdarah raja, kerana beliau berani bercampurgaul dengan anak-anak
pembesar dari kelas bawahan. Hal ini tidak disenangi oleh Inggeris, mereka telah melaporkan
kepada kerajaan negeri Johor, bahawa Dato’ Onn telah bersedia berkhidmat, supaya Dato’
Onn tidak lama di MCKK.

Pada tahun 1912, Dato’ Onn telah pulang ke Johor. Sebaik saja sampai, beliau telah
dilantik menjadi kerani rendah sementara di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor. Beberapa
bulan kemudian, beliau telah berkahwin kali pertama dengan Cik Rafaeh bt Abdullah (gadis
Cina, anak angkat bapanya). Mereka mendapat 4 orang anak, dan kemudiaan isterinya
meninggal dunia. Ketika berusia 18 tahun, beliau diwajibkan menyertai Askar Timbalan
Setia. Jiwanya terasa tertekan kerana terasa dikongkong oleh peraturan dan disiplin tentera.
Pada tahun 1915, Dato’ Onn berkahwin kali ke-2 dengan Cik Che Jamilah dan
mendapat anak yang bernama Ismail bin Onn. Setelah isteri ke-2 meninggal dunia, Dato’ Onn
berkahwin kali ke-3 dengan Cik Che Kah. Cik Che Kah adalah seorang pelakon bangsawan.
Pada tahun 1917, Dato’ Onn menyertai Pasukan Tentera Johor (JMF) dan ditempatkan di
Pulau Belakang Mati, Singapura. Di markas JMF, beliau memegang pangkat sebagai
Leftenan.

Pada tahun 1919, Dato’ Onn berkahwin kali ke-4 dengan Cik Halimah Hussein, janda
adiknya. Mereka mendapat 3 orang anak termasuk Tun Hussein Onn. Pada tahun yang sama,
ayahanda beliau, Dato’ Jaafar meninggal dunia. Ini memberi kesan psikologi yang amat
dalam kepada Dato’ Onn. Beliau sangat sedar bahawa bapanya ialah seorang bangsawan
Melayu yang berjiwa sangat mengambil berat tentang rakyat. Bapanya sangat
menitikberatkan kebajikan orang Melayu.

Pada 31 Jun 1920, Dato’ Onn telah mengkritik terang-terangan bapa angkat beliau
iaitu Sultan Johor, kerana merampas kediaman bapanya dan keluarganya diarah pindah
kerana Sultan memiliki negarakan semua harta Dato’ Jaafar. Akibatnya, beliau dipecat dari
pangkatnya dan diberhentikan dari menjadi Askar Timbalan Setia. Dengan adanya rekomen
Tengku Mahkota Johor iaitu Tengku Ismail, pada tahun 1922, Dato’ Onn diterima bekerja di
Pejabat Tanah Muar sebagai Penolong Pegawai Rendah Pemungut Hasil. Pada tahun 1923,
beliau telah naik pangkat sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar ddengan gaji RM
1440.00 setahun.

Sekitar tahun 1926, Dato’ Onn dipindahkan ke Pejabat Pemungut Hasil di Batu Pahat
dengan jawatan dan tugas yang sama. Ketika di situ, sekali lagi beliau memberi kritikan
terbuka ayahanda angkatnya iaitu Sultan Johor. Ia ada kaitan dengan tuntutan elaun sara
hidup beliau yang tidak dilayan oleh Sultan berbanding sara hidup pegawai Inggeris yang
cepat dinaikkan. Tambahan lagi Pegawai British telah menahan elaun RM 200.00 setahun,
tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan untuknya, sedangkan
pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.

Akibat dari itu, Dato’ Onn telah dipecat pada tahun 1928 dan dibuang negeri ke
Singapura. Pada waktu yang sama, abangnya Dato Abdullah Jaafar yang sedang menjadi
Menteri Besar Johor juga diberhentikan daripada jawatannya. Mereka telah tinggal bersama-
sama di Singapura. Untuk menyara hidup, Dato’ Onn telah menyewa sebuah rumah setinggan
dan bekerja sebagai nelayan. Jika tidak ke laut, beliau akan menghabiskan waktu denga
menonton wayang Cina, opera bangsawan Melayu ataupun menumpang baca berita-berita
yang dijual dan dicetak oleh syarikat cetak milik saudagar Arab.
Kerana minat dan kebolehan beliau, Dato’ Onn diberi kepercayaan menyumbangkan
rencana dan akhirnya diterima menjadi penulis di Syarikat Percetakan Akhbar Singapura.
Beliau menggunakan kesempatan ini sepenuhnya untuk mencurahkan isi hati dan
ketidakpuasan dirinya terhadap Sultan Johor. Beliau menganggap Sultan Johor iaitu Sultan
Ibrahim suka membazir dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata. Sultan Johor
memperalatkan JMF sebagai buruh paksa, seperti membina padang lumba kuda dan
membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan juga Pasir Pelangi.

Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas dari akhbar-akhbar lain.
Dato’ Onn mula dikenali dan popular dengan cepat. Penulisan Dato’ Onn sering berkisar
dalam istana Sultan Johor. Kepincangan gaya hidup dan keborosan putera-putera Sultan
menjadi isu besar, manakala pada waktu yang sama kesedaran terhadap keadilan dalam
layanan terhadap pegawai Inggeris dan kakitangan awan yang tidak selaras dan adil, apabila
berbanding dengan pegawai Inggeris dan bangsa asing. Hakikat ini amat tidak disenangi oleh
orang-orang Melayu.

Pada awal tahun1930-an, kesedaran kepada pelajaran dan minat pembacaan mula
berkembang subur. Berita-berita dunia mulai masuk dengan mudah dan berita sensasi
peperangan di Eropah mula mendapat perhatian. Angkatan Muda menggunakan flatfom
akhbar dan berita untuk mempengaruhi masyarakat Melayu. Fahaman Angkatan Muda telah
menguar-uarkan perjuangan kebebasan mentadbir dan memerintah sendiri. Ini dilakukan
kerana terhasil daripada kesedaran dari keadaan Negara Turki yang telah dikongkong oleh
kuasa barat apabila Empayar Othmaniah ditamatkan di awal 1920-an.

Pengaruh dan dasar baru kerajaan Turki yang memperkenalkan sistem skular dan
moden telah mematikan kebudayaan Islam. Dengan perjuangan dan mesej yang dibawa oleh
mereka ke sebelah Timur, mereka telah menguar-uarkan semangat perjuangan dan
kemerdekaan melalui pendidikan moden. Dato’ Onn berasa dirinya bertanggungjawab untuk
berbuat sesuatu. Beliau telah mengambil peluang ini dengan sepenuh tenaga dan menulis di
dada akhbar. Isu-isu yang ditulisnya sangat relevan, dan usaha beliau telah menjadikan
akhbar yang dipertanggungjawabkan kepadanya, iaitu Akhbar Warta dan Warta Negara
begitu laris dan terkenal.

Jualan akhbarnya mendapat sambutan sehingga beliau mampu mengurus dan


menerbit akhbarnya sendiri. Beliau telah menulis banyak kepincangan dan kelemahan orang
Melayu disertai dengan cara-cara mengatasinya. Beliau juga mendedahkan intitusi raja dan
cendikiawan Melayu yang berpendidikan Inggeris. Mereka telah lupa kepada tanggungjawab
untuk menjaga maruah diri dan maruah bangsa. Dato’ Onn sering mengritik sikap pegawai-
pegawai Melayu yang telah “dibrain wash” oleh Inggeris hingga kadang-kadang menjadi
lebih Inggeris daripada orang Inggeris sendiri.
Dato’ Onn telah berjaya memberi kesedaran kepada mereka, kerana Dato’ Onn sendiri
adalah daripada kalangan bangsawan di istana. Beliau gigih memperjuangkan hak bangsa
Melayu yang dianggap sebagai perjuangan sejagat. Dato’ Onn berjaya meluahkan
perasaannya selari dengan kenyataan keadaan sosial ketika itu. Beliau juga berjaya mencuit
hati para pembaca kerana beliau menilik diri beliau sendiri dengan semangat Melayu yang
tulin.

Pengalaman ketika berkhidmat sebagai pegawai awam negeri Johor, ketika menjadi
Askar Timbalan Setia dan ketika beliau menghadapi kesukaran hidup menjadi golongan
marhein sebagai nelayan dan menyewa di rumah setinggan di Singapura telah menjadi modal
tidak dinilai dalam penulisannya. Beliau sungguh sensitif dengan kedaifan bangsa beliau.
Bangsa Melayu, di Tanah Melayu yang dianggap sebagai negara milik dan warisan datu
nenek moyang. Di satu pihal lain, beliau melihat golongan bangsawan dan pembesar negeri
terus leka dibuai oleh pengaruh kecerdikan Inggeris. Sehingga Inggeris terus mengaut hasil
yang tidak terhitung banyaknya dari bumi Melayu.

Pada tahun 1935, Dato’ Onn telah menerbitkan Selamat Johor sempana Hari
Kemahkotaan Sultan Johor ke-40. Beliau telah memuatkan berita-berita istana yang positif.
Beliau berharap kematangan Sultan Johor memerintah ke arah pembaikan. Terbitan Selamat
Johor yang diterbitkan oleh beliau sangat popular dan mendapat pesanan di luar jangkaan.
Beliau menjadi bertambah popular. Tengku Mahkota Ismailm mengambil kesempatan ini
menyarankan ayahanda baginda memberi pengampunan kepada Dato’ Onn, keran jasanya
mengangkat kebajikan yang dilakukan oleh Sultan Ibrahim.

Sultan Johor berasa sukacita dan menganggap Dato’ Onn telah berjasa kepada
baginda dan negeri Johor. Sehubungan itu, Baginda Sultan Johor berkenan memberi
keampunan kepada Dato’ Onn. Baginda telah mengundang beliau dan keluarga balik dan
berkhidmat di Johor. Dato’ Onn pernah menyandang banyak jawatan dan antaranya, beliau
pernah menjadi editor Warta Ahad. Jawatan ini telah menyebabkan beliau mula berjinak-
jinak dengan politik dan secara tidak langsung terlibat dalam perjuangan hak bangsa Melayu.

Pada tahun 1938, Dato’ Onn telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.
Persetujuan beliau untuk berkhidmat dengan Sultan Johor dengan bersyarat supaya
pandangan beliau tidak disekat, kecuali pandangan yang merugikan rakyat. Justeru, beliau
telah diberi jaminan. Sultan dinasihati supaya menganugerahkan jawatan yang penting dan
tinggi kepada Dato’ Onn, sebelum beliau dilamar oleh Singapura, negeri-negeri Melayu atau
Inggeris. Sultan Johor memperkenan lebih-lebih lagi Tengku Mahkota yang sering
memangku Sultan juga berkeras menginginkan reman setiia dan karibnya berkhidmat di
Johor.
Ketika Dato’ Onn menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, cadangan beliau telah
diterima. Cadangan pertama “Sultan Ibrahim Scholarship”, iaitu mewujudkan biasiswa
pelajaran kepada pelajar-pelajar Melayu yang berkelayakan. Biasiswa tersebut merupakan
biasiswa yang pertama diwujudkan di negeri Johor dan Semenanjung Tanah Melayu.
Cadangan ke-2, pemberian tambang penerbangan percuma untuk menunaikan Haji bagi
kakitangan beragama Islam yang berkhidmat untuk Kerajaan Negeri Johor. Dato’ Onn juga
menggesa agar pendidikan kepada kaum wanita juga ditingkatkan. Disamping itu, pelajaran
agama juga tiidak diabaikannya.

Ketika zaman penjajahan Jepun (1942-1945), Dato’ Onn telah diberi kepercayaan
oleh Pentadbiran Tentera Jepun, iaitu menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri
Johor. Beliau telah mengagihkan beras mengikut arahan dan kuasa yang telah diberikan.
Tetapi di dalam senyap dan rahsia, beliau juga membantu memberi bekalan makanan kepada
pergerakan kiri yang anti Jepun. Beliau mempunyai hubungan baik dengan Ibrahim Yakob,
Ahmad Boestaman dan juga MPAJA[1].

Kepimpinan Dato’ Onn terserlah apabila dilantik khas menjadi Pegawai Daerah Batu
Pahat (1945-1946). Tugas utama beliau ialah menghentikan persengketaan kuam antara orang
Melayu dengan orang Cina. Ketika zaman Penjajahan Jepun, majoriti orang Cina Batu Pahat
telah menyertai MPAJA kerana penindasan tentera Jepun terhadap orang Cina. Tetapi setelah
tentera Jepun menyerah, mereka menjadi komunis dan zalim serta menganiaya orang Melayu.
Maka orang Melayu pun bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah untuk membalas
serangan-serangan orang Cina.

Dalam masa yang singkat, beribu orang Cina terbunuh, saudagar Cina dari Batu Pahat
pun melaporkan hal ini kepada Sultan Johor dan meminta bantuan daripada baginda. Dato’
Onn dititah menyelesaikan persengkatan ini. Kumpulan Selimpang Merah yang diketuai oleh
Kiai Salleh berjaya dipujuk oleh Dato’ Onn agar menghentikan serangan dan berdamai.

Sejak dari kecil, Dato’ Onn terasa beliau dihalang untuk mendamping dengan putera-
putera Sultan oleh pegawai Inggeris. Semasa melanjutkan pelajaran di England juga begitu,
beliau tidak dibenarkan meneruskan pelajaran bukan disebabkan lemah, tetapi dikuatiri beliau
akan mempengaruhi anak-anak raja dan juga orang Melayu. Apa yang tersirat ketika itu, kini
menjadi nyata di depan mata dan fikiran beliau. Memang benar, jika Dato’ Onn diberi
pendidikan tinggi dan pengetahuan, tentunya membahayakan Inggeris, kerana Dato’ Onn
berpotensi menjadi pemimpin Melayu Moden.

Ramalan Inggeris kini menjadi kenyataan apabila Dato’ Onn mengetuai orang-orang
Melayu menentang MU. Alam kewartawan banyak mengajar dan memberi input kepada
beliau. Tambahan pula beliau sendiri mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Ini
memberi keyakinan diri yang tinggi kepada jiwa dan semangat beliau. Beliau dapat
menhayati dan menganalisis keadaan semasa dan agenda Inggeris daripada pengalamannya.
Beliau berjaya membaca strategi Inggeris yang bersifat penjajah.

Ketika Inggeris kembali ke Tanah Melayu setelah Jepun menyerah, MU telah


ditubuhkan pada tahun 1946. Penubuhan MU telah membangkit kemarahan orang Melayu.
Ini adalah kerana MU adalah salah satu cara yang digunu oleh British untuk mengambil alih
kuasa Sultan dan melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu (kertas putih 6274
yang diluluskan oleh House of Lords dan disiarkan Utusan Melayu, 24 Januari 1946).

Dato’ Onn segera menubuhkan Kongres Malayu Se Malaya untuk menyatukan orang
Melayu bagi menentang MU dan menghalang pencabulan Inggeris. Beliau juga berjaya
memujuk raja-raja Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent. Pada 1 Mac
hingga 3 Mac 1946, Kongres ini telah diadakan dan dicapai dalam Kongres tersebut ialah
memulaukan MU dan berkabung selam 7 hari dengan mamaki songkok yang berjalur putih.

Disebabkan Dato’ Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu,


Kongres ini telah melantik beliau sebagai Presiden Pertama. Langkah pertama yang Dato’
Onn mulakan untuk menyatupadukan orang Melayu adalah menubuhkan UMNO[2]. Pada 11
Mei 1946, dengan rasminya UMNO ditubuhkan di Istana Besar, Johor Bahru. Dato’ Onn
telah dilantik menjadi Yang Dipertua iaitu Presiden UMNO. Beliau juga dilantik sebagai
Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946.

Melalui UMNO, di bawah kepimpinan Dato’ Onn, beliau telah menyusun strategi dan
aktiviti menentang MU sehingga Inggeris terpaksa membubarkannya pada 1 Februari 1948
dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutun Tanah Melayu mengekalkan
kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi
hak istimewa orang Melayu. Kemudiannya, beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar
Johor supaya dapat menumpukan kepada UMNO.

Dato’ Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai
dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian UMNO dibuka kepada
semua bangsa bagi mengatasi masalah perkauman dalam politik, dan nama UMNO ditukar
menjadi “Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Mealayu Bersatu”. Tetapi cadangan ini
telah dibantah oleh ahli UMNO. Maka, Dato’ Onn dengan secara sukarela meletakkan
jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung ke-6 pada 25
dan 26 Ogos 1951.

Pada 16 September 1951 menubuhkan Independent Malayan Party (IMP), pejuangan


politik tanpa kaum dan keturunan. Malangnya, IMP menempa kegagalan dalam Pilihanraya
Bandaran Kuala Lumpur 1952, keran tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu.
Kemudian Dato’ Onn menubuhkan Parti Negara (PN) pada Februari 1954 untuk mengganti
IMP. Tujuan penubuhan PN adalah untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum yang
pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.

PN gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihanraya Umum pertama 1955.


Namun begitu, Dato’ Onn masih berusaha untuk mendapat tempat dalam politik. Akhirnya,
pada Pilihanraya Umum 1959, PN berjaya meraih satu kerusi di Kawasan Parlimen Kuala
Terengganu dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri dengan bantuan Parti PAS[3]. Dato’
Onn menjadi “Ketua Pembangkang” dalam Dewan Rakyat dengan kemenangan ulung PN.

Dato’ Onn membawa konsep “bekerja sama” dalam perjuangan politik dengan bukan
Melayu seawal 1951, walaupun tidak diterima oleh ahli-ahli UMNO pada masa itu. Tetapi
idea “bekerja sama” yang dipelupuri beliau ini akhirnya dilaksanakan oleh pengganti beliau
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra. Apabila UMNO berkerjasama dan kemudian
“berkongsi kuasa” ini dengan MCA[4] dan MCI[5] di bawah panji Parti Perikatan. Kejayaan
“berkongsi kuasa” ini menhasilkan mandat besar bagi Parti Perikatan pada Pilihanraya
Umum 1955, dan Tunku Abdul Rahman menggunakan ini sebagai “senjata utama” dalam
rundingan kemerdekaan dan ianya menunjikkan hasil pada 31 Ogos 1957.

Dato’ Onn meninggal dunia pada 19 Januari 1962, dan kebumikan di Makam
Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak Melayu Johor dari keturunan
bangsawan. Keluarga beliau merupakan antara keluarga paling berpengaruh di Johor.
Semenjak lewat abad ke-19 dan sehingga ke hari ini. Ayahanda beliau, Dato’Jaafar (1838-
1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran kerajaan
Johor, seperti mana yang wujud sehingga hari ini. Anakanda beliau, Tun Hussein Onn (1922-
1990) mengikut jejak langkahnya untuk aktif dalam politik, dan akhirnya menjadi Presiden
UMNO ke-4 dan Perdana Menteri Malaysia ke-3 (Januari 1976-Julai 1981).

Laungan perjuangan HIDUP MELAYU yang dicetuskan oleh Dato’ Onn tidak
sekadar slogan tetapi terhimpin dengan perjuangan bangsa Melayu, membela kedudukan
Raja-raja Melayu, agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan hak-hak istomewa
orang Melayu. Warisan perjuangannya menjadi teras sebagai paksi yang menentukan arah
serta hala tuju perjuangan bangsa Melayu.

Bibliografi

Mohamad Idris Saleh (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur:
Utusan Publicaton Distribution Sdn. Bhd..
Nazaruddin Mohd. Jadi (1992). Kenegaraan Malaysia: Sejarah Awal, Kemerdekaan dan
Pembentukan Malaysia. Subang : Kumpulan Buduman Sdn. Bhd..

Ramlah Adam (1993). Dato’ Onn Jaafar – Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

R. S. Milne (1992. Sejarah Politik dan Kerajaan Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

www.jasa.gov.my

www.johordt.gov.my

www.malaysiamerdeka.gov.my

[1] MPAJA : Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (Malayan People’ Anti-Japanese Army)
[2] UMNO : Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malay National Organisation)
[3] PAS : Parti Islam Se-Malaysia (Pan-Malaysian Islamic Party)
[4] MCA : Persatuan Cina Malaysia (Malaysian Chinese Associotion)
[5] MIC : Kongres India Malaysia (Malaysian Indian Congress

Anda mungkin juga menyukai