Anda di halaman 1dari 45

Journal of Quality Measurement and Analysis JQMA 1(1) 2005, 1-45

Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis

SAINS MATEMATIK DAN PENGURUSAN

SHAHARIR MOHAMAD ZAIN

ABSTRAK
Perhubungan tabii, sejarah dan perkembangan kedua-dua bidang ilmu yang biasanya
dipisahkan, iaitu matematik dan pengurusan dibicarakan. Saratnya nilai ilmu dalam
matematik dan juga dalam sains pengurusan atau matematik pengurusan dibicarakan dengan
penilaian kritis terhadap pengoptimuman, matematik kewangan dan pemodelan matematik
dalam penilaian prestasi dan pengurusan universiti. Oleh itu perlunya sistem nilai sendiri
terlakur dengan tersuratnya dalam matematik dan pengurusan baru ditonjolkan bagi
menggantikan nilai-nilai asing dalam prinsip matematik dan pengurusan sekarang, dan oleh itu
dalam teorem, teori dan al-Khuwarizmi yang sedia ada. Kewujudan matematik dan
pengurusan dalam Tamadun Melayu (Purba atau sebelum Penjajah) mendahului tamadun-
tamadun sezamannya yang lain, khususnya Eropah, dipaparkan dengan bukti-bukti karya
bidang ini di prasasti-prasasti yg menjangkau ke abad sebelum 700M dan manuskrip-
manuskrip Melayu Islam abad ke-17M. Perbincangan ini mengubah tanggapan terhadap
status sains dalam tamadun Melayu. Mandala pengurusan kualitatif yang lebih jelas
pergantungannya pada sistem nilai juga dibicarakan. Oleh itu disyorkan supaya pendekatan
pengajaran pengurusan dan penggalian prinsip pengurusan yang biasanya berpusatkan Eropah
itu dipindahkan supaya berpusatkan Melayu Islam sahaja, manakala tamadun Eropah dan lain
itu menjadi unsur perbandingan kita. Ini mengubah paradigma pendidikan dan penyelidikan
bidang ini dan serentak dengan itu juga, jika paradigma baru ini dilaksanakan, maka
ditunjukkan kegiatan penyelidikan di dalam bidang ini menjanjikan satu program perolehan
ilmu matematik dan pengurusan dalam acuan kita sendiri yang mampu menyaingi ilmu-ilmu
ini sekarang yang terlampau berpusatkan kepada Eropah itu.
Kata kunci: Matematik pengurusan, pengurusan bermatematik, matematik niaga,
pengoptimuman, sejarah matematik, Etnomatematik Melayu

ABSTRACT
The natural, historical and developmental relationship of mathematics and management, the
two fields of knowledge which are normally assumed to exist separately, are discussed. It is
shown that mathematics and management science or management mathematics are value
laden. This is done by a critical evaluation of the fields of optimization, mathematics of
finance, and mathematical modelling in performance evaluation and university management.
Therefore the need for our own values to be implicitly infused in a new mathematics and
management for replacing the alien values in the present mathematical and management
principles and hence in the present theorems, theories and algorithms is highlighted. The
existence of mathematics and management in the (Ancient or Pre-colonial) Malay Civilization
that precedes other civilizations in the same period of time, particularly the European
Civilization, is illustrated by providing proofs of writings on inscriptions dated before 700
AD, and in the Islamic Malay manuscripts of the 17th century. This in turn changes our
perception on the status of science in the Malay Civilization. The value dependence in the
domain of qualitative management , which is more obvious than in the quantitative
management, is also discussed. It is therefore suggested that the teaching of the subject and
the search for principles of management which had hitherto been Eurocentric should shift
towards being Malay-Islamocentric, whilst taking the European and other civilizations as
elements of comparison. This shift in our educational and research paradigms promises not
Sains Matematik dan Pengurusan

only the development of mathematics and management in our own mould but that which are at
par with the present knowledge which is too Eurocentric.
Keywords: management mathematics; mathematical management; business mathematics;
optimisation; history of mathematics; Malay ethnomathematics

1. Prabicara
Matematik (atau matematika di Indonesia) terkenal dalam kamus-kamus biasa bahasa Melayu
(Malaysia/Indonesia) sebagai ilmu berkenaan dengan angka/bilangan/nom(b)or dan
manipulasinya sahaja (Kamus Dewan 1989, Kamus Besar Bahasa Indonesia 1995, Kamus
Pelajar 1995). Tidak hairanlah jika sebahagian besar ahli masyarakat kita sukar melihat
adanya hubungan atau peranan sains matematik dalam pengurusan selain daripada untuk
rekod jual-beli, perakaunan dan sebagainya. Takrif-takrif matematik yang lain yang agak
berlainan dengan takrif di atas yang dikumpulkan di dalam Kamus Matematik (1990) juga
tidak menampakkan adanya hubungan matematik dengan pengurusan, kecuali mungkin yang
menyatakan matematik itu dalam sebutan pemodelan.
Istilah sains matematik pula walaupun sudah dipakai oleh USM sejak universiti itu
ditubuhkan pada 1970-an dahulu tetapi sehingga tahun 1990-an pun penulis mendapati guru-
guru sekolah sekalipun masih tidak memahami maksudnya, besar kemungkinannya kerana di
sekolah sains dan matematik sentiasa terpisah entitinya, sehingga ada yang beranggapan
sains matematik itu hanyalah ringkasan kepada sains dan matematik sahaja seperti
perkataan ibu bapa. Di kalangan ahli matematik pun ramai yang menganggap matematik
itu bukannya sains, walaupun dalam pengelasan matematik oleh American Mathematical
Society (AMS) sejak awal kurun ke-20 lagi begitu banyak judul dalam fizik dan ekonomi
disenaraikan sebagai sub-bidang matematik! Ini menjadikan citra dan anggapan dunia
terhadap matematik itu hanyalah matematik tulen sahaja dan matematik gunaan, statistik,
sains komputer, dan sebagainya itu terabai dalam AMS dan penubuhan persatuan matematik
gunaan seperti SIAM dan persatuan statistik dan sebagainya adalah kejadian yang tabii sahaja,
walaupun semuanya dikelaskan kemudiannya (dan disahkan oleh pembuat dasar dan penyedia
wang penyelidikan sains negara Amerika Syarikat) sebagai sains matematik. Inilah juga
sebabnya Persatuan Matematik Malaysia diubah namanya kepada Persatuan Sains
Matematik Malaysia sejak 1995 dan pengelasan sains matematik oleh persatuan ini yang
dipaparkan dalam setiap isu Warkah Berita PERSAMA sejak 2000 dan pengelasan ilmu ini
oleh MASTIC yang dipaparkan dalam Warkah Berita PERSAMA sejak 2003 itu dengan
lebih jelasnya lagi menunjukkan hasrat penghayatan baru ilmu matematik di Malaysia.
Jika dilihat takrif pengurusan (atau manajemen di Indonesia, walaupun dalam Kamus
Besarnya ada menyenaraikan pengurusan sebagai istilah sinonimnya yang menunjukkan
dahulunya, mungkin sekali sebelum 1970-an, Indonesia juga memakai istilah yang sama
dengan Malaysia: urus, mengurus, pengurus, pengurusan sebagainya itu) itu sebagai usaha
atau akal yang bersabit dengan hubungan kemanusiaan bagi menyiapkan sesuatu kerja atau
mencapai sesuatu matalamat (ejaan Kamus Dewan: matlamat) yang berhubung dengan nilai,
adab dan hal-hal kualitatif sahaja, maka takrif matematik dalam sumber-sumber yang tersebut
di atas itu lagi jelas tiadanya hubungan pengurusan dengan matematik kerana dalam takrif-
takrif itu, sesuai dengan tanggapan umum pula, matematik dianggap tiada hubungan dengan
nilai dan sebagainya itu. Hanya takrif pengurusan yang dipengaruhi oleh aspek bukan
kualitatif dalam pengurusan, atau takrif matematik yang lebih baru yang mengambil kira
kesedaran baru terhadap tabii matematik selama ini yang menampakkan hubungan antara dua
bidang ilmu ini. Aspek bukan kualitatif dalam pengurusan sudah begitu melebar sehingga

2
Shaharir Mohamad Zain

wujud bidang kaedah kuantitatif (dalam) pengurusan atau lebih berprestij lagi sains
pengurusan, dan matematik pengurusan atau sains keputusan dan banyak nama lain lagi itu.
Cakupan bidang ini tidaklah menarik lagi dibicarakan di sini kerana hampir setiap universiti
di Malaysia kini sudah pun menawar program, jabatan atau sekurang-kurangnya mata kuliah
bidang ini di peringkat prasiswazah atau siswazah, selain daripada menyatakan yang penulis
ini pernah membicarakan perkara ini dengan panjang-lebarnya dalam Warkah Berita
PERSAMA 1999 (Shaharir 1999a). Yang ingin diperkatakan di sini ialah bagaimanakah
takrif baru matematik dan pengurusan (lebih am daripada sains pengurusan)
sebenarnya saling melengkapi dan bagaimanakah sumber ilmu matematik dan
pengurusan perlu dipelbagaikan dengan sumber sendiri yang tidak kurang menjanjikan
hasilnya dan sekaligus mampu mewujudkan bentuk matematik dan pengurusan yang
tersendiri pula bagi menandingi bentuk yang sedia ada atau mengatasinya. Makalah ini juga
bertujuan meneguhkan lagi tesis penulis selama ini (selewat-lewatnya sejak penglibatan
aktifnya dalam ASASI dalam 1980-an) tentang simbiosis dan sinergi antara matematik
dengan sistem nilai sepanjang zaman (Shaharir 1990), khususnya di sini dengan nilai-nilai
dalam pengurusan, dengan contoh-contoh matematik yang diterokai oleh penulis dan
pelajarnya sejak lebih sedasawarsa ini. Akhirnya dibahaskan dua citra biasa matematik,
iaitu matematik sebagai permaisuri/ratu sains dan seni dan indahnya matematik ,
serta perbincangan tentang keperluan anjakan paradigma sikap dan penglibatan ahli
dan lulusan sains matematik.

2. Matematik dan Pengurusan Mengikut Etimologi


Persepsi masyarakat umum terhadap matematik seperti yang digambarkan di atas agak jauh
bezanya dengan makna sebenar matematik segi bukan sahaja fungsinya tetapi segi
etimologinya. Yang ingin diperkatakan di sini ialah segi yang kedua itu dan selepas itu
ditumpukan kepada segi fungsinya dalam pengurusan. Isu etimologi matematik memang telah
menjadi sandaran kepada agenda penulis selama ini dalam pengembangan matematik dan
pengurusan atas nama pemeribumian ilmu, dan pengIslaman ilmu itu (Shaharir 2003a)
dan oleh itu sudah banyak kali diperkatakan tetapi dengan penambahan fakta dan
pengolahannya. Perbincangan kali ini pun rasanya bukanlah suatu ulangan sahaja. Matematik
berasal daripada perkataan Inggeris, mathematics; manakala matematika di Indonesia berasal
daripada bahasa suku bangsa bukan Inggeris di Eropah termasuk Belanda, mathematica, yang
lebih awal daripada Inggeris itu. Kedua-dua perkataan Melayu ini (Melayu Malaysia dan
Melayu Indonesia) amat baru, iaitu muncul hanya tahun 1970-an sahaja terutamanya selepas
kerjasama kebahasaan antara Malaysia dengan Indonesia mulai 1972 dengan penubuhan
Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) untuk kerja-kerja penyelarasan bahasa serumpun
ini. Sebelum tahun 1970-an itu, terutamanya di Malaysia, istilah hisab atau ilmu hisab
(ilmuhisab), yang berasal daripada bahasa Arab, dipakai dengan meluasnya; manakala ilmu
pasti dipakai di Indonesia mungkin sekali selepas terbitnya negara Indonesia 1948, kerana
sekurang-kurangnya dalam abad ke-19 istilah ilmu hitung (di samping ilmu hisab)
digunakan di seluruh Alam Melayu ini sebagaimana yang terbukti pada manuskrip Melayu
yang tertua (setakat ini) dalam bidang ini dengan judul Ilmu Hitung bertarikh 1826 (yang
pertama kali disedarkan kewujudannya oleh Dr. Mat Rofa dalam tahun 1990-an, dan
manuskripnya ada di Perpustakaan Negara Malaysia) yang tiada pula catatan nama
pengarangnya. Manuskrip astronomi/falak (sebahagian daripada bidang matematik mengikut
pengelasan matematik Amerika Syarikat dan Malaysia) yang tertua bertarikh 1761 hasil karya
Ibn Syaddad al-Himyari (yang kewujudannya pertama kali dimaklumkan oleh Dr.
Mohammad Alinor termasuklah adanya manuskrip itu di Bodlein Library, England dan juga

3
Sains Matematik dan Pengurusan

salinannya pada beliau), tidak terdapat istilah hitung, tetapi buku tertua dalam bidang ini,
Siraj al-Zhalam fi Marifat al-Sadi wa al-Nahasi fi al-Syuhuri wa al-Aiyam (ringkasnya Siraj
al-Zhalam) bertarikh 1266H/1849M oleh Syeikh Abbas Kutakarang menggunakan istilah
hisab dengan ungkapan hisab falak seperti yang dilaporkan oleh Wan Mohd Shaghir
(2000).
Pada tahun 1970-an itu, ahli matematik Malaysia dan matematikawan Indonesia mengakui
tidak tepatnya istilah ilmu hisab, ilmu hitung dan ilmu pasti untuk menyatakan ilmu yang
terangkum dalam mathematics (Inggeris) atau mathematica (Belanda) itu. Umpamanya, hisab
bermakna hitung (calculate atau reckoning dalam bahasa Inggeris) dan perkataan al-
hisab dalam bahasa Arab yang asal itu pun, sejak daripada awal-awal Tamadun Islam dahulu
lagi hinggalah sekarang, memang tidak mampu memikul maksud ilmu yang dalam bahasa-
bahasa ilmu dewasa itu: bahasa Yunani, mathematikos, atau bahasa Latin, mathematica.
Tidak hairanlah, ilmu ini (mengikut Mat Rofa 1995 umpamanya) dalam Tamadun Islam
(hingga kini) terkenal sebagai al-Ulum al-Riadhiyat (yang bermakna ilmu untuk
bersenam/beriadah otak) dan al-hisab itu hanya satu kaedah, atau suatu cabang dalam ilmu ini
sahaja, selain daripada kaedah penilaian Al-Lah kepada setiap manusia di Akhirat kelak
seperti yang banyak kali disebut di dalam al-Qur-aan itu. Malah satu daripada nama Al-Lah
(al-asma al-husna) ialah al-Hasib (yang selalu diterjemah sebagai mahapenghitung, walaupun
Abdul Latif 1997 menterjemahnya sebagai Ahli Matematik Agung). Pada zaman awal
Tamadun Islam dahulu ada juga golongan yang menamai ilmu matematik sebagai al-Ulum
al-Taalim (yang bermaksud ilmu pengajaran) ciptaan al-Farabi (mengikut Mat Rofa 1995
umpamanya), tetapi ternyata istilah ini tidak popular. Tegasnya mathematics (bahasa Inggeris)
atau mathematica (Latin dan Belanda) bukan sahaja ilmu menghitung terutamanya di
peringkat yang tinggi; manakala ilmu pasti pula berupa salah faham Indonesia tentang tabii
mathematica yang mereka kenali dari Belanda itu yang sebenarnya bukanlah seperti yang
disangkakan itu. Sebahagian besar mathematica di peringkat tinggi membicarakan ilmu
ketidakpastian (iaitu kebarangkalian atau probabilitas di Indonesia, dan statistik atau statistika
di Indonesia), malah sejak 1960-an menjangkau kepada benda-benda kabur yang melahirkan
sub-bidang matematik yang besar, iaitu matematik kabur, yang antara lainnya melahirkan
teori kemungkinan yang dianggap lebih berkenyataan (tepat) daripada teori
kebarangkalian itu. Kesilapan ini juga mungkin ada hubungan dengan terjemahan harafiah
perkataan asal mathematica Belanda (daripada Latin dan Yunani) yang dibicarakan nanti.
Asal-usul perkataan matematik dan mathematics segi etimologinya dibicarakan beberapa
kali oleh penulis ini seperti dalam Shaharir (1999b), tetapi diulangi lagi di sini dengan
penyesuaian terhadap makalah ini dan tambahan maklumat baru lagi. Perkataan Inggeris,
mathematics (dengan kata sifatnya mathematical) itu muncul hanya dalam kurun ke-17 sahaja
dan berasal daripada bahasa Perancis, mathematiques (kata sifatnya, mathematique) yang
berasal daripada Latin, mathematica (dengan kata sifatnya mathematicus), di-Jerman-kan
kepada mathematik, dan di-Belanda-kan sebagai mathematica (dengan kata sifatnya bagi
kedua-dua bahasa ini ialah mathematisch) sekadar menyebut beberapa bahasa ilmu kini di
Eropah, selain daripada Inggeris itu. Hampir semua kamus etimologi bahasa Inggeris ada
menyatakan bahawa perkataan Latin, mathematica (yang menjadi perantaraan semua bahasa
di Eropah) itu berasal daripada mathematikos, perkataan Yunani, walaupun mengikut Kirkeby
(2000: 169) perkataan itu berasal daripada Yunani versi lain lagi, mathesis (kata kerjanya
manthanein), yang bermakna pembelajaran. (Dalam konteks inilah terbitnya perkataan
Inggeris, polymath, daripada perkataan Yunani, polumathes, yang bermaksud secara
harafiahnya, banyak belajar, (tetapi makna fungsiannya banyak bidang kepakaran); dan
tidak syak lagi, konteks inilah yang mendorong al-Farabi, seorang daripada sarjana agung

4
Shaharir Mohamad Zain

pada Zaman Tamadun Islam dahulu, menamakan ilmu ini sebagai al-Taalim itu). Etimologi
perkataan mathematikos yang lebih terkenal itu ialah yang terbentuk daripada dua perkataan
Yunani yang lebih asas lagi: mathema dan techne. Mathema itu bermakna memahami,
menerangkan/menjelaskan, mentelaah, mengkaji, mempelajari, menangani, dan
mengurus persekitaran tabii, sosial dan politik; manakala manthanein bermakna
ketepatan, kejituan dan sebagainya di samping belajar. Perkataan mathematikos yang
dianggap oleh sesetengah pihak berasal daripada manthanein inilah dipercayai menjadi
landasan kepada istilah ilmu pasti di Indonesia itu, selain daripada persepsi mereka kepada
kelumrahan pemaparan mathematica dalam buku-buku Belanda di Indonesia. Sebenarnya,
etimologi matematik ini ada dalam kamus-kamus besar bahasa Inggeris seperti Websters dan
Oxford Dictionaries tetapi nampaknya ditonjolkan dengan jayanya kira-kira baru sedasawarsa
ini sahaja oleh DAmbrosio (1989) menerusi projek penyelidikan pendidikan matematiknya di
bawah tajaan IMU atas nama ciptaannya, etnomatematik, walaupun sebelum itu, seabad
dahulu, Hursell (1900/1970) telah pun menggunakan makna matematik segi etimologi ini bagi
membina falsafah matematiknya yang terkenal dengan nama falsafah fenomenologi itu.
Cukup menarik juga dicatatkan di sini bahawa Turing menamakan masalah kebolehkiraan
yang diselesaikannya pada 1937 menerusi sebuah teoremnya yang begitu terkenal di kalangan
pelajar mantik, falsafah dan sains komputer dengan nama mesin Turing itu sebagai
Entscheidungsproblem (bahasa Jerman yang bermaksud Masalah Keputusan) yang
menunjukkan masalah tersebut, padanya, ialah suatu masalah pengurusan!
Techne pula menerbitkan perkataan Inggeris, technique (yang diMelayukan kepada
teknik yang juga diterima di Indonesia walaupun suatu masa dahulu ejaannya sebagai
tehnik, daripada Belanda, techniek), yang bermakna semacam ilmu juga, walaupun tarafnya
agak lebih rendah (biasanya dianggap tiada unsur teori). Jika di dalam tradisi Islam, ilm
dibezakan dengan ma`rifaht (lihat umpamanya perbincangan panjang lebarnya dalam
Rosenthal 1970/1992 dan al-Attas 1989/1995), maka dalam tradisi Barat warisan Yunani,
techne dibezakan dengan episteme dan logos. Kirkeby (2000: 106, 129) umpamanya
menghuraikan istilah-istilah ini untuk tujuan perbincangan falsafah pengurusannya yang
cukup menarik. Mengikutnya, techne memiliki logos yang berbeza daripada episteme.
Perkataan logos ini diInggeriskan kepada logo, -logy, logic atau konteks lain lagi, ratio
(Latin), pemikiran dan penalaran/pentaakulan. Kerby menyatakan, Techne merujuk kepada
kebolehan mengamal sesuatu pada suatu takatnya kerana tabiinya yang mengimbau kita
memperoleh pengalaman perkara berkenaan dari dalamnya (isinya atau rohnya) atau
menikmati harmoni bentuknya. Oleh yang demikian, katanya lagi, techne itu
mendemonstrasikan keimanenan daripada ketransidenan (iaitu menunjuk-jelaskan
kehadiran hakikat secara semestanya daripada keadaan yang melampaui duniawi atau
terlampau abstrak, tetapi tidak pula memaksa kita menghadapi keimanenan ini dengan
persoalan mantik fungsinya dan bentuknya, tidak seperti episteme itu.). Yang menarik lagi
Kirkeby (2000:35 dan selanjutnya) membicarakan adanya hubungan antara techne dengan
falsafah pengurusan yang baru, yang dibinanya sendiri bagi mengganti falsafah-falsafah
sebelumnya yang memang terkenal banyak kelemahan itu (Shaharir 2003b). Tegasnya, karya
Kirkeby itu semakin mengakrabkan lagi matematik dengan pengurusan yang sebahagiannya
dibicarakan lagi selepas ini dalam makalah ini.
Jelaslah segi etimologinya, matematik(a) bererti teknik atau sejenis ilmu/logi atau
rasio/aqal bagi memahami, menerang/ menjelaskan, mentelaah, mengkaji, mempelajari,
menangani, dan mengurus persekitaran tabii, sosial dan politik menerusi proses-proses
yang khusus (menjuzuki kaedah matematik itu) seperti pembilangan, penyukatan,
pengisihan, penertiban, penstrukturan, penganalisisan, penggeometrian, pensintesisan,

5
Sains Matematik dan Pengurusan

pengurusan dan pentadbiran, yang begitu tertonjol kaitannya dengan ilmu pengurusan itu.
Pendeknya, matematik memanglah menjuzuki sebahagian besar ilmu pengurusan
sejak awal perkataan matematik dalam bahasa Yunani itu diwujudkan lagi. Sebahagian besar
matematik kini memang bukan hanya mengkuantitikan atau menghitung sesuatu kuantiti yang
dicipta untuk memahami, menjelas benda yang diminati, tetapi juga mengkualitatifkan benda
menerusi dua bidang matematik yang terkenal, iaitu topologi dan analisis sejagat itu. Malah
hampir semua konsep matematik berasal daripada idea dalam bentuk kualitatif dan satu
daripada tujuan matematik ialah untuk menjelaskan konsep kualitatif itu dalam bentuk
kualitatif yang lebih baik lagi (lihat Shaharir 2002a). Matematik bukan juga sesuatu yang
diperoleh dengan tepatnya sehingga layak diterjemahkan sebagai ilmu pasti itu walaupun
dalam bidang matematik(a) tulen/murninya, kerana tabii bidang topologi dan analisis sejagat
itu bukanlah bidang ilmu yang tepat, apatah lagi bidang matematik ketidakpastian (yang
melahirkan kebarangkalian dan statistik) dan kekaburan (yang melahirkan kemungkinan),
walaupun matematik memanglah lebih tepat daripada ilmu-ilmu lain. Takrif matematik
daripada segi etimologi ini sebenarnya bukan sahaja mendorong Hursell (1900/1970)
memformulasikan falsafah matematik yang terkenal sebagai falsafah fenomenologi itu, dan
DAmbrosio (1989) memperkenalkan falsafah pendidikan matematik barunya dalam bahasa
Portugis yang diInggeriskannya sebagai ethnomathematics, tetapi juga takrif ini jugalah
rasanya yang menginspirasi Livingston (1986) memperkenalkan kaedah dan falsafah
matematik baru yang dinamainya ethnomethodology itu. Kemudian, istilah-istilah ini
diMelayukan oleh penulis ini masing-masingnya sebagai etnotatakaedah dan etnomatematik
dan diperluaskan makna dan skopnya sebagai satu daripada pengisian gagasan pempribumian/
pemeribumian ilmu tajaannya sekurang-kurangnya sejak 1995 (lihat perinciannya dalam
Shaharir 2000/2002, 2003a).
Jika kita mengikut makna matematik daripada perspektif etimologi ini, maka matematik
itu seharusnya/semestinya dan sewajarnyalah bukan sekadar ilmu yang diperoleh dengan
mendekati sesuatu secara mantik/lojik, analisis, rasional atau kuantitatif, tetapi termasuklah
yang kurang disebut (dan kurang ditekankan dalam pengajaran dan pendidikannya) seperti
daya cipta, kritis, kualitatif, sintesis, empirik/empiris, dan lain-lain itu serta nilai sains
matematik yang lebih tidak disedari wujudnya, iaitu nilai daripada ideologi/fahaman/isme,
sistem kepercayaan, dan kemanusiaan amnya, di samping nilai niskala/mujarad/abstrak, itlak,
bersahaja, simpel/ringkas dan sebagainya lagi. Perkara-perkara nilai ini dibicarakan lagi
selepas ini yang cukup banyak persilangannya dengan pengurusan.
Memanglah, persoalan apakah matematik? menjadi masalah falsafah yang masih belum
selesai secara muktamadnya sehingga melahirkan pelbagai mazhab matematik seperti yang
diperkatakan oleh Shaharir (1999b), dan sekaligus menerbitkan takrif matematik yang
pelbagai seperti yang dirakam dalam Kamus Matematik (1990) itu, dan takrif segi etimologi
dengan beberapa falsafah baru yang terbit daripadanya yang disebut di atas itu. Tetapi
persoalan apakah pengurusan? juga belum terjawab dengan muktamadnya seperti yang
ditunjukkan dalam Shaharir (2003b) walaupun diakui umum kini adanya dua aspek
pengurusan: aspek kualitatif (nilai, moral, etika dan adab) yang dianggap aspek klasiknya, dan
aspek kuantitatif atau aspek matematik, seolah-olah matematik itu tiada aspek kualitatifnya.
Sungguhpun kedua-dua aspek ini biasa juga dianggap saling melengkapi tetapi anggapan itu
tidak sampai ke tahap menegaskan adanya simbiosis dan sinergi antara dua aspek itu.
Sebahagian besarnya kerana sikap dan kepercayaan orang (termasuk sebahagian besar
sarjana) terhadap keneutralan matematik yang belum atau tidak mahu sedar dan insaf lagi
kesilapannya itu. Aspek simbiosis dan sinergi antara unsur kualitatif dengan kuantitatif
dalam matematik dan pengurusan inilah yang diperincikan lagi dalam makalah ini

6
Shaharir Mohamad Zain

nanti. Oleh itu takrif-takrif matematik dalam Kamus Matematik (1990) itu pun, yang
memang mengandungi takrif popular matematik yang diperturunkan pada awal makalah ini
sebagai satu daripadanya, tidak sepatutnya menjadi titik-tolak pendekatan seseorang
guru/pengajar/penulis/penyelidik matematik, terutamanya jika citra tidak tepat dan tidak adil
terhadap ilmu ini terpapar megah sehingga peranannya kepada masyarakat (khususnya kepada
pengurusan) selalu terhalang seperti yang dihuraikan lagi di bawah ini.

3. Sains dan Pengurusan


Dalam sejarah perkembangan ilmu pengurusan Barat (dan juga Timur), seperti yang biasa
disebut dalam buku-buku piawai sains pengurusan, terutamanya buku sejarah ilmu tersebut
seperti George (1972), pada mulanya ilmu pengurusan dianggap hanya ilmu kemanusiaan
sahaja, malah pengurusan disekutukan dengan moral dan etika sahaja yang dianggapnya tidak
memenuhi ciri-ciri sains (Barat), iaitu rasionalis, turunis/reduksionis dan kuantitatif. Barat
menganggap Taylor di Amerika Syarikat (A.S) dan Fayol di Perancis sebagai bapa pensains
pengurusan kerana pada 1910 mereka ini gigih mengutarakan persoalan baru dalam
pengurusan seperti Apakah kerja yang baik? Apakah masa piawai bagi menyiapkan
sesuatu kerja? Apakah output piawai, lokasi terbaik bagi loji atau kilang, kecekapan, dan
cara terbaik memilih pekerja untuk sesuatu tugas?, dan Bagaimanakah pekerja diselia?.
Setiap persoalan ini dianalisis dan dikuantitatifkan, iaitu penerapan dua ciri sains Barat itu.
Model (matematik) Taylor dan Fayol tentang persoalan-persoalan ini memang terbukti gagal,
tetapi persoalan-persoalan itu terus dijawab menerusi model-model (matematik) yang lebih
baik sehingga ada yang mendatangkan penambahbaikan kepada amalan pengurusan.
Tetapi pengurusan bersains di dunia Barat blok bukan komunis yang lebih berjaya ialah
setelah matematik pengoptimuman baru muncul di Amerika Syarikat dan di United Kingdom
ketika tentera Bersekutu menghadapi masalah penyediaan makanan seimbang dan
penggunaan kapal terbang penyerang dengan banyaknya secara ekonomi yang menerbitkan
bidang pengurusan bermatematik yang dinamai penyelidikan operasi (terjemahan kepada
operations research atau operational research terutamanya di United Kingdom (U.K)
dan sains pengurusan (terjemahan kepada management science) di A.S. Kejayaan besar
tercapai menerusi penyelesaian masalah ini menerusi matematik pengoptimuman linear yang
dikenali sebagai pengaturcaraan linear itu. Kemudian kaedah pengurusan ini diperluaskan
kepada pelbagai masalah dalam ekonomi, perniagaan, pembuatan dan sebagainya dengan
jayanya. Fakta ini biasanya ada dalam buku-buku penyelidikan operasi piawai.
Perlu ditegaskan, ekonomi sebenarnya banyak membabitkan isu pengurusan kerana satu
daripada takrif ekonomi yang terkenal ialah peruntukan sumber terhad atau barangan yang
langka dengan sebaik-baiknya, malah kini ramailah pihak yang mentakrifkan ekonomi
sebagai selok-belok pengoptimuman sahaja; dan oleh itu tidak hairanlah pada peringkat
awalnya ilmu pengurusan diterokai oleh para ahli ekonomi sahaja, terutamanya sebelum
revolusi industri apabila pengurusan mula diterokai oleh para jurutera, ahli matematik dan
ahli sains amnya. Begitu juga perniagaan memanglah penuh dengan pengurusan kerana takrif
perniagaan sudah semestinya antara lainnya membabitkan persoalan merancang, melaksana,
mengawal dan menilai yang menjadi satu daripada takrif pengurusan yang popular. Tidak
hairanlah ekonomi dan pengurusan dan yang menjadi dua bidang ilmu yang amat sukar
dipisahkan, dan pengurusan perniagaan telah menjadi bidang ilmu yang besar. Kejayaan
pengaturcaraan linear dalam ekonomi dan pengurusan dapat disaksikan dengan kejayaan
beberapa orang sarjana dari A.S (iaitu Samuelson 1970) dan Rusia (iaitu Leontif 1973,
Kantrovich & Koopmans 1975) mendapat Hadiah Nobel Sains Ekonomi pada tahun yang
dinyatakan di sebelah nama masing-masing itu kerana sumbangannya yang besar dalam

7
Sains Matematik dan Pengurusan

memahami isu-isu ekonomi dan pengurusan dengan menggunakan kaedah pengaturcaraan


linear ini (lihat Internet1). Pengurusan menerusi penyelidikan operasi dan pengaturcaraan
linear ini tidaklah menjadikan pengurusan itu lebih objektif, seobjektif yang difahami umum
itu, kerana matematik pengurusan itu semuanya berasaskan pertimbangan nilai (unsur
kualitatif) dalam pengurusan itu, dan aspek inilah yang dibicarakan di sini kemudian ini.
Pengurusan bersains yang disetarakan dengan gaya pengurusan berstrategi atau
bermatalamat dan optimum ini berkembang kepada pengurusan bermulti-matalamat dan
optimum yang menerbitkan pelbagai konsep optimum yang semakin sarat nilai
kemanusiaan. Isu inilah dibicarakan dengan lebih mendalam lagi selepas ini. Buat masa ini,
lagi sekali ingin ditegaskan betapa besarnya kejayaan matematik ini dalam pengurusan dapat
dilambangi dengan kejayaan yang dicapai oleh seorang pemenang Hadiah Nobel lagi pada
tahun 1978, iaitu Simon, seorang polimates moden (ahli sains pengurusan, ahli sains
komputer, dan ahli ekonomi). Matematik pengoptimuman dalam pengurusan ini hampir
serentak berkembang kepada matematik pengurusan bermatalamat fungsian yang menjuzuki
bidang matematik pengurusan yang dinamai pengurusan kawalan atau teori kawalan dengan
kemajuan besarnya tercapai di Rusia pada tahun 1960-an oleh kumpulan sarjana yang diketuai
oleh Pontriagin/Pontryagin yang hanya diketahui di Blok Barat Anglo-Saxon dan Sekutunya
hampir 10 tahun kemudiannya.
Sekitar tahun 1960-an itulah juga dunia menyaksikan kehebatan matematik yang canggih-
manggih (analisis dan topologi) menjadi peneroka sains ekonomi (dan pengurusan) sehingga
ramai pula yang dianugerah Hadiah Nobel (lihat internet1) kerana sumbangan masing-masing
seperti Hicks dan Arrow pada 1972 dengan teori keseimbangan ekonominya; Debreu pada
1983 kerana teori keseimbangannya teori utilitinya (yang canggih matematiknya sehingga
kepada analisis atas manifold); Solow pada 1987 dengan teori pertumbuhan ekonomi; dan
Fogel dan North pada 1993 dengan penerapan teori ekonomi dan kaedah kuantitatif dalam
kajian sejarah ekonomi (yang sekaligus mengakrabkan lagi hubungan kualitatif dengan
kuantitatif); dan Nash pada 1994 dengan teori pertarungan (permainan) tanpa kerjasama
yang diciptanya dalam tahun 1957-1960-an yang berkongsi Hadiah tersebut dengan Harsanyi
dan Seltin yang menyumbang lagi kepada teori keseimbangan menerusi matematik Nash itu.
Pengurusan dalam suasana ketidak-pastian pula mula mendapat kejayaan besar menerusi
matematik kuantiti yang jelas takrifnya tetapi tidak pasti sukatannya, iaitu kaedah statistik dan
kalkulus stokastik yang dalam pengurusan Barat Eropah mulai dipakai pada abad ke-20
menerusi sarjana Denmark, Erlang dalam tahun 1917 yang cuba menyelesaikan masalah
dalam syarikat telefon tempat beliau bekerja menerusi teori giliran itu, dan di sekitar tahun
1920-an oleh sekumpulan pekerja di Bell Telephone Laboratories A.S menggunakan kaedah
pentaabiran untuk menyelesaikan masalah kawalan mutu, walaupun Quettellet (Sarjana
Belgium yang mati 1874) berpendirian yang setiap fenomenon sosial (dan ini tentunya
termasuk dalam pengurusan) tertakluk kepada hukum matematik seperti sains jasmani/fizis
juga, suatu pendirian yang diperkukuhkan oleh John Stuart Mill (Sarjana Inggeris yang
sezamannya) dan Karl Pearson (Sarjana agung statistik di Eropah yang meninggal 1936) yang
dianggap sebagai pembela utama kaedah aruhan statistik dalam sains sosial. Tidak hairanlah
kaedah statistik dalam pengurusan mendapat tempat yang hebat selepas Pearson ini. (Fakta-
fakta dalam perenggan ini dipetik daripada George 1972).
Sejak 1960-an juga matematik stokastik mendapat tempat yang unggul dalam bidang sains
pengurusan selepas berjayanya teori kawalan stokastik (teori penurasan) karya Kalman dan
Bucy pada tahun 1960-an dan pada masa yang sama oleh Staranovich dan Kushner
(pengoptimuman fungsian stokastik tertakluk kepada persamaan terbitan stokastik atau
persamaan pembeza stokastik atau persamaan beza stokastik) dan seterusnya kejayaan bidang

8
Shaharir Mohamad Zain

ini dalam pengurusan portfolio pada tahun 1980-an sehingga pada 1997 Merton dan Scholes
merangkul Hadiah Nobel dalam bidang sains ekonomi (kerana tiadanya Hadiah Nobel atas
nama bidang sains matematik, sains pengurusan, pengurusan, pengurusan perniagaan, atau
perniagaan dan sebagainya itu) atas sumbangannya dalam pengurusan Portfolio itu.
Pengiktirafan dunia terhadap bidang sains pengurusan stokastik atau tidak keruan begitu
menonjol sehingga ramai lagi sarjana bidang ini yang mendapat Hadiah Nobel (atas nama
Sains Ekonomi, lihat Internet1) seperti Klein pada 1980 kerana model ekonometri terhadap
ganjatan/fluktuasi ekonomi; Allais pada 1988 kerana teori pasaran dan utilisasi sumber cekap;
Markowitz, Havelmon pada 1989 kerana teori berkebarangkalian dalam landasan
ekonometri; Miller dan Sharpe pada 1990 kerana teori ekonomi kewangan (portfolio, leverej,
dan harga aset modal); Heckman dan McFaddey pada 2000 kerana teori dan kaedah
menganalisis sampel pilihan atau pilihan diskret; Kahneman dan Smith pada 2002 kerana
sumbangannya dalam pembuatan keputusan dalam suasana ketidakpastian, dan Engle dan
Granger pada 2003 kerana kaedah menganalisis siri masa data ekonomi dan pengurusan. Satu
contoh isu pengurusan dalam suasana stokastik ini dibicarakan dengan lebih terperinci nanti.
Pengurusan dalam suasana kabur mula mencapai kejayaan menerusi matematik kuantiti
yang tidak jelas takrifnya dan tidak jelas sukatannya, iaitu kaedah matematik kabur yang
diperkenalkan dalam tahun 1960-an oleh Zadeh (suatu fakta yang hampir pasti dinyatakan
dalam hampir setiap buku matematik kabur), seorang ahli matematik kejuruteraan
berketurunan Iran di A.S yang kini sudah berkembang seluas matematik stokastik itu juga.
Hampir semua isu pengurusan bermatematik stokastik itu dapat diurus semula dengan lebih
berjaya lagi menerusi pemodelan kabur ini. Oleh sebab penulis belum pernah melaksanakan
model kabur dalam masalah pengurusan yang diminatinya, maka dalam makalah ini, tiadalah
isu pengurusan kabur ini dibicarakan lagi selepas ini.
Walau apapun, pada amnya, matematik pengoptimuman memang sarat dengan nilai
termasuklah makna optimum itu sendiri yang dibicarakan dengan terperincinya di bawah ini.
Tempat lainnya, sistem nilai berperanan pada pengecaman masalah (iaitu penentuan perkara
yang menarik perhatian seseorang khususnya pengecaman pemboleh ubah yang relevan,
perkara yang hendak dioptimumkan), penentuan fungsi matalamat/prestasi/pencapaian dan
sebagainya, penentuan kekangan, kaedah penyelesaian (bergantung pada takrif optimum
yang disukai), dan pemilihan penyelesaian (biasanya penyelesaian tidak bitara/unik). Perkara
tabii pemodelan fungsi matalamat pada mula-mula masalah pengoptimuman muncul dalam
sejarah pembangunan bidang ini yang jelas bergantung pada kegiatan ekonomi, dan falsafah
sarjana berkenaan telah dibincangkan oleh penulis ini dahulu (Shaharir 2002b) dan oleh itu
tidak lagi diulangi di sini. Hanya aspek-aspek yang lain itulah yang dibicarakan di sini.

4. Makna Optimum
Optimum ialah perkataan Latin, yang bermakna benda terbaik, dan kata sifatnya optimus,
yang bermakna terbaik yang penuh subjektif itu, diInggeriskan sebagai optimal. Namun,
seperti biasa, istilah optimum dalam matematik dibincangkan dalam buku-buku teks
matematik atau dalam ekonomi dan pengurusan bermatematik hanyalah dalam sebutan
simbol/lambang yang tidak menampakkan hubungannya dengan asal-usulnya, iaitu perkataan
baik atau terbaik yang amat subjektif itu. Umpamanya, di dalam buku-buku matematik
pengurusan pun, optimum ditakrifkan sebagai keadaan nilai fungsi f (biasanya mewakili
prestasi/pencapaian/matalamat/) satu atau beberapa pemboleh ubah keadaan (biasanya
dirujuki alat atau dasar) yang nilainya paling tinggi, dinamai maksimum, atau paling rendah,
dinamai minimum, (biasanya dilupakan keadaan nilai yang tidak tertinggi dan tidak terendah,

9
Sains Matematik dan Pengurusan

tetapi ini bukannya menjadi isu dalam perbincangan ini), tertakluk kepada kekangan K yang
berupa set persamaan atau ketidaksamaan,

K {x : k ( x) b, (b b1 ,..., br ), x 0},

iaitu x* keadaan maksimum jikka f ( x* ) f ( x ) untuk semua x dan x* dalam K mandala f


itu. Tiada apa yang perlu atau boleh diperkatakan lagi. Begitu betul dan begitu objektifnya
takrif ini! Tetapi terbaik itu begitu subjektif. Kenapa tiba-tiba menjadi begitu objektif?
Sebenarnya ramailah yang terlupa yang takrif di atas itu hanya model kepada terbaik itu
sahaja, oleh itu pastinya tidaklah tepat mewakili terbaik itu. Persoalannya, di manakah
tempat yang tidak objektifnya/tepatnya? Pertamanya, yang menjadi masalahnya ialah fungsi
f itu sendiri. Fungsi f itu mungkin tiada tetapi diada-adakan untuk sesuatu masalah yang
diminati itu. Ini masalah falsafah, iaitu Adakah semua perkara dalam pengurusan boleh
dimodelkan/dimatematikkan dengan suatu fungsi? Bagi setengah ahli sains pengurusan (atau
lebih am lagi ahli matematik dan ahli sains amnya) berpendapat semua perkara boleh
dimodelkan/dimatematikkan tetapi ramai juga yang mengatakan tidak demikian walaupun di
kalangan sekularis sekalipun apatah lagi mereka yang beragama (Islam terutamanya).
Golongan yang pertama itulah yang selalu menegaskan bahawa ilmu sains ialah ilmu yang
tertinggi dan tahap kesainsan sesuatu subjek itu ialah tahap banyaknya matematik dalam
subjek tersebut. Ini amat merbahaya kepada masyarakat beragama samawi yang tidak ternoda,
kerana dalam ajaran Islam umpamanya, sehingga kini pun, ilmu wahyulah yang paling tinggi
dan ketinggian ini tidak bergantung pada matematik, walaupun tiadalah salahnya kegiatan
mematematikkan sesuatu konsep atau prinsip yang diwahyukan. Malah itulah satu daripada
kegiatan pengIslaman ilmu yang dimulai sekitar tahun 1980-an dahulu dan masih
berterusan, walaupun beberapa orang ideolognya sudah hilang. Persoalan ini jelas boleh
diselesaikan dengan memasukkan ungkapan jika f wujud dalam takrif itu dengan tidak
melupakan huraian isu yang dibicarakan di atas.
Isu lainnya dalam takrif optimum itu, dan ini lebih menonjol lagi ialah kewujudan f yang
tidak bitara yang memerlukan pilihan pembuat keputusan atau pengamal matematik ini.
Pilihan f ini bergantung pada cita rasa atau pendirian falsafah seseorang. Umpamanya dalam
pengoptimuman pembuatan, sekurang-kurangnya ada beberapa fungsi f yang perlu
ditimbang, iaitu fungsi yang menyukat prestasi keuntungan, kerugian, kos, pengeluaran, dan
peringkat lebih tinggi (tidak sesuai untuk peringkat sekolah) fungsi utiliti. Pemilihan fungsi
pengeluaran umpamanya adalah tindakan seseorang yang dipengaruhi oleh atau sesuai
dengan falsafah yang kurang mementingkan kebendaan (wang-ringgit) sahaja seperti falsafah
yang berasaskan Islam, atau mengikut falsafah vedanta dalam agama Hindu yang
mementingkan kepada daya pengeluaran individu itu. Bagi pengurus yang menghayati
pascamodenisme pula, oleh sebab falsafah ini tidak lagi memberi penekanan kepada
organisasi pengeluaran tetapi kepada pengeluaran organisasi (lihat Cooper dan Burell 1988:
pp106), maka fungsi pengeluaran tidak mungkin menarik perhatiannya dalam usaha
memperbaiki prestasi syarikatnya. Pascamodernisme juga menganggap penilaian terhadap
sesuatu barangan tidak lagi kepada kepuasan diri (yang diwakili oleh fungsi utiliti yang
dibicarakan lagi di bawah itu) tetapi kepada keuntungan daripada penggunaan barangan
tersebut (Internet2). Oleh itu pengoptimuman fungsi utiliti tidak akan diminati oleh seseorang
pengguna pascamodenis.
Yang lebih menarik lagi dibicarakan, ialah fungsi utiliti kerana kewujudan fungsi ini
begitu jelas bergantung pada sistem nilai, kepercayaan, atau kebudayaan kerana fungsi itu

10
Shaharir Mohamad Zain

diketengahkan untuk mewakili cita rasa dan tahap kepuasan seseorang (pengurus, pembuat
keputusan) yang diasaskan juga kepada falsafah utilitisme tajaan Bentham abad ke-17 dan
pengukuhannya oleh Mills abad ke-18. Tetapi seperti biasa, buku-buku teks hanya
menyatakan fungsi utiliti ialah peta f bernilai nyata yang memenuhi beberapa sifat (aksiom)
yang berikut (lihat umpamanya Debreu 1983 dan Rubenstein 2005):

(u1): f ( x ) f ( y ), x LS y, yang LS mewakili lebih disukai/dikenani atau sama


sahaja dan sebagainya dan kesamaan hanya berlaku apabila x LS y , yang
LS sama sahaja; iaitu f peta berekanada atau peta mengawet tertib
(u2): f ( x y ) f ( x ) f ( y ), 1, fungsi cembung atau sebaliknya, cekung;
atau lain-lain lagi.
(u3): f terbezakan dua kali selanjar

Setiap satu sifat ini adalah model sifat manusia (yang semestinya kualitatif) seperti manusia
bertindak rasional dan tidak mengikut keinginan sahaja (untuk u1), ada manusia yang suka
mengambil risiko (utiliti cembung), atau mengelak risiko (utiliti cekung) dan sebagainya;
manakala sifat keterbezaan fungsi utiliti itu ialah andaian sifat kemahuan manusia yang super-
rasional sehingga dapat membezakan kemahuannya terhadap apa juga komoditi yang ada di
hadapannya, walau bagaimana kusut sekalipun perbezaannya sifat-sifat komoditi itu. Tidak
hairanlah perkara yang lebih asasinya ialah mendapatkan sifat-sifat manusia terhadap daya
pemilihan dan pembuatan keputusannya, iaitu menyenaraikan aksiom
keutamaan/keberkenanan manusia yang menjamin sahnya berlaku (u1) hingga u(3) yang
memang subjektif itu. Set aksiom yang terbaik sehingga kini ialah yang diutarakan oleh
Debreu (pemenang Hadiah Nobel itu) dalam tahun 1980-an dahulu, iaitu 5 aksiom: (UD1)
manusia rasional (boleh membuat perbandingan/penertiban setiap pasangan komoditi yang
berhadapannya, dan perbandingan/penertiban itu transitif), (UD2) manusia rakus atau tidak
jemu-jemu (lagi banyak lagi bagus), (UD3) komoditi selanjar (set komoditi boleh diberi
topologinya dalam sebutan jarak J sehingga jika a LS b maka wujud 0 sedemikian rupa
x LS y , J ( x , a ) dan J ( y, b) ; atau mengikut cara lainnya, jika a LS b dan b LS c maka
[ a (1 )c ] LS b, bagi suatu nilai 0 1), (UD4) cembung (jika x LS y maka
[ x (1 ) y ] LS y , atau K x { y : y LS x} cembung ), dan (UD5) terbezakan (terbezakan
pada x jika wujud v ( x ) 0 , yang ditafsirkan sebagai nilai subjektif komoditi, sehingga
a.v ( x ) 0, bagi semua arah a yang menambah-baik kedudukan x , iaitu ( x a ) LS x untuk
suatu 0; atau G {( x , y ) K K : y LS x, K set komoditi } adalah manifold terbezakan
dua kali dalam n n,n ialah n rangkap set nombor nyata).
Kelemahan setiap aksiom di atas itu memang terkenal di kalangan sarjana Barat sekalipun
semata-mata atas pertimbangan kaedah deduksi dan sifat manusia Barat seperti yang
dipaparkan dalam makalah kami itu. Dalam hal ini Debreu (seorang ahli matematik Perancis
yang mengorientasikan dirinya kepada ekonomi, katanya selama 2 tahun sahaja, lalu menjadi
seorang ahli ekonomi matematik terkenal malah menjadi seorang pemenang Hadiah Nobel
bidang tersebut pada 1983) itu membuktikan aksiom tidak jemu-jemu itu cuma syarat cukup
untuk membuktikan keterbezaan fungsi utiliti itu. Sarjana Islam, Kahf (1980/1981, 1992,
1996), Zaman (1991) dan Khan (1984,1992) membicarakan kelemahan teori utiliti Barat
daripada perspektif Islam dan mengesyorkan supaya fungsi utiliti digantikan dengan fungsi
yang berjiwa Islam yang dinamainya falah (oleh Kahf) dan maslahah (oleh Khan) dan

11
Sains Matematik dan Pengurusan

membincangkan secara kualitatifnya implikasinya kepada teori pengguna Islam. Zaman


(1987) memaparkan 4 aksiom baru bagi menggantikan set aksiom komoditi Barat itu (tetapi
istilah fungsi utiliti masih dikekalkan, walaupun fungsi utilitinya sudah agak berbeza daripada
fungsi utiliti Barat itu), namun satu daripadanya (yang dinamainya aksiom keekanadaan
lemah) masih menghayati aksiom kerakusan itu di samping tidak cukupnya set aksiomnya itu
untuk menjamin keterbezaan fungsi utilitinya itu untuk menjadi saingan atau alternatif teori
utiliti Barat itu. Oleh itu kami mengesyorkan supaya dibina teori falah ke atas set berkas hasil
darab Cartesan komoditi duniawi dan ukhrawi dengan setiap komponen komoditi ini ada dua
subkomponennya sehingga membentuk 4 komponen komoditi, iaitu komoditi keperluan asasi
dan komoditi mewah bagi komoditi duniawi, serta perkhidmatan wajib dan perkhidmatan
sunat bagi komoditi ukhrawi. Fungsi falah itu dianggap terdiri daripada dua komponen, iaitu
dinamai al-falah primer dan al-falah sekunder, dan memenuhi 3 aksiom bagi menggantikan 3
aksiom pertama daripada set aksiom komoditi Debreu, dan set aksiom komoditi Zaman
(1987) itu, dan yang tidak lagi menghayati aksiom kerakusan itu ke atas komoditi duniawi
tetapi dihayati untuk komoditi ukhrawi. (lihat Shaharir & Rohani 1996). Natijahnya,
banyaklah isu matematik yang perlu diselesaikan berasaskan set aksiom fungsi utiliti yang
baru ini yang selari dengan program Debreu itu, tetapi sehingga kini isu-isu ini masih tinggal
impian sahaja kerana ketiadaan penyelidik yang berminat kepadanya. Layanan sistem nilai
Islam lagi terhadap fungsi al-falah ini ialah perlunya konsep wustdo yang sering diterjemah
sebagai sederhana (mengikut pengertian Melayu Malaysia yang sama dengan sedang),
pertengahan, seimbang dan adil; tetapi tidaklah benar maknanya sama dengan mediocre
Inggeris yang padanan Melayunya ialah, mengikut kamus Winstedt, semejana/semenjana itu,
di kalangan pengguna kerana menegaskan dalam al-Baqarah (2):143 yang bermaksud
Begitulah Kami menjadikan kamu umat wustdo (Wa kadza lika jaalnakum ummatan
washatdan dan hadith Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan sebaik-baik pekerjaan ialah
yang wustdo (khairul umiiru aushootuha). Fungsi utiliti Islam yang mengambil kira konsep
wustdo ini wajar dinamai fungsi utilis sahaja (ringkasan kepada utiliti Islam). Setakat ini,
kami anggap kami telah berjaya memberi satu contoh yang konkrit yang menunjukkan sistem
nilailah yang menentukan set aksiom dan seterusnya berpotensi menjadi agenda besar dan
menjana matematik yang baru.
Isu yang lebih menarik lagi ialah yang berhubung dengan sifat manusia sebenar dalam
keputusan sebagaimana yang dibicarakan oleh Simon pemenang Hadiah Nobel 1978 itu.
Simon berhujah bahawa manusia hanya membuat keputusan terbaik setakat yang
memuaskannya sahaja sehingga beliau memperkenal satu istilah baru dalam bahasa Inggeris
(bahasa perantaraan karyanya) yang terbit daripada gabungan satisfying dengan
optimising lalu diciptanya perkataan satisficing dan diterjemah oleh penulis ini sebagai
mengoptimuaskan (daripada mengoptimumkan dan memuaskan) sejak kursus
perancangan multimatalamat di peringkat Sarjana dikendalikan oleh penulis ini mulai 1980-an
dahulu, dan seterusnya Simon menegaskan yang manusia ini tidak bersifat rasional
sepenuhnya tetapi bersifat rasional terbatas (Simon 1957). Satu kaedah pelaksanaan prinsip
Simon ini ialah menerusi konsep optimum gol (ciptaan Charnes & Cooper 1977), iaitu fungsi
matalamat/prestasi dan sebagainya itu dianggarkan terlebih dahulu pada tahap yang
memuaskan hati seseorang atau kumpulan pembuat keputusan (yang tentunya amat subjektif)
dan seterusnya menganalisis pencapaian batas kepuasan ini tertakluk kepada kekangan mutlak
K itu. Jelas di sini betapa tidak objektifnya konsep dan penyelesaian optimum Simon ini.
Bukan itu sahaja, adakalanya penyelesaian optimum Simon ini berbeza dengan penyelesaian
pengaturcaraan biasa itu (walaupun hakikat ini belum dibuktikan dengan telitinya lagi), dan
seseorang terpaksa membuat keputusan berpihak kepada sesuatu fahaman keoptimuman itu.

12
Shaharir Mohamad Zain

Walau bagaimanapun prinsip optimum Simon itu masih belum memenuhi keperluan sistem
nilai Islam yang mementingkan wustdo itu yang boleh diistilahkan sebagai rasional wustdo,
yang jika dimodelkan konsep Islam ini akan mengubah lagi matematik optimum fungsi
matalamat tunggal itu, yang mungkin juga ada kalanya memberi penyelesaian yang berbeza
lagi daripada optimum Simon menerusi optimum gol yang terkenal itu, yang boleh
diistilahkan sebagai optimum wustdo atau ringkasnya optiwus bagi menggantikan optimuas
itu.
Bagi fungsi matalamat/prestasi f yang pelbagai, iaitu f menjadi fungsi vektor bernilai
vektor, iaitu f ( f1 ,..., f m ), konsep optimum lebih menyerlah lagi kebergantungannya pada
sistem nilai sehingga melahirkan puluhan konsep optimum (lihat Hwang & Masud 1979,
tetapi sama dengan buku-buku yang setaraf dengannya, tiadalah perbincangan hubungan nilai
dengan konsep optimum) termasuklah optimum utiliti itu, iaitu optimum terhadap suatu
fungsi utiliti yang pemboleh ubahnya ialah nilai fungsi matalamat/prestasi itu. Kajian
hubungan yang lengkap antara setiap konsep optimum yang sarat nilai ini masih belum
dilakukan dengan tuntasnya, walaupun perkara yang dipaparkan dalam makalah ini tidaklah
asing bagi pelajar yang mengikuti mata kuliah Sarjana, Perancangan Multimatalamat, di
UKM seperti yang disebut di atas).Yang lainnya, yang terkenalnya, ialah terbaik segi
kompromi (yang jelas subjektif), iaitu berkompromi antara dasar optimum unggul x* bagi
setiap matalamat yang sukatan komprominya [ fi fi ( x* )] p bi sehingga masalah optimum
f itu dianggap setara dengan meminimumkan hasil tambah sukatan kompromi semuanya
tunggal:

mini ( f i ( x) f i ( x* )) p bi ( x ) , x dalam K itu, p nombor genap yang disukai


(subjektif lagi), dan b suatu pemberat kompromi (subjektif lagi).

Biasanya, bi diambil fi* fi ( x(i)* ) (nilai optimum unggul fungsi matalamat fi tersendiri)
yang titik optimumnya x(i)* . Tetapi bi boleh diambil kuantiti lain lagi. Konsep optimum lain
lagi yang banyak dikaji natijahnya ialah optimum gabungan linear semua matlamat/prestasi
yang ada itu:

optim[ a f ( x)], dengan pilihan a sehingga a


i i i
1 yang subjektif

dan memerlukan andaian sah berlakunya keadaan matalamat/prestasi/pencapaian/ yang


terbandingkan sehingga ai itu dapat dianggarkan (subjektif) sebagai nisbah kepentingan antara
setiap matalamat/prestasi/ pencapaian/ itu. Konsep optimum yang lebih terkenal lagi ialah
terbaik segi gol, iaitu optimum terhadap keutamaan matalamat yang dianggarkan golnya
(tajaan Charnes & Cooper 1977), yang berupa pelaksanaan konsep optimum rasional terbatas
tajaan Simon itu yang telah diperihalkan untuk matlamat tunggal di atas. Di sini unsur
subjektifnya bertambah lagi berbanding dengan kasus satu matlamat tunggal dahulu, iaitu
penentuan prioriti di kalangan matalamat itu. Oleh sebab banyaknya konsep optimum untuk
perancangan pelbagai matalamat ini maka pilihan konsep optimum yang lebih sesuai untuk
dilaksanakan juga melibatkan sistem nilai seseorang. Umpamanya Spash dan Hanley (1995)
membuktikan dalam pengurusan ekologi, kaedah gol yang melibatkan penertiban leksikografi
itu lebih sesuai daripada menerusi utiliti terbezakan itu.

13
Sains Matematik dan Pengurusan

Satu lagi konsep optimum Barat yang paling terkenal ialah yang dirujuk dengan pelbagai
nama seperti penyelesaian cekap, penyelesaian tidak terdominasi, penyelesaian tidak
inferior, dan optimum Pareto (sempena penyumbang utamanya, seorang bangsa Italia dan
berkarya dalam bahasa tersebut dan juga bahasa Perancis). Tiga istilah yang terawal itu
menutup kelemahan yang ada dalam konsep optimum ini, akibat keyakinan yang
berlebihannya para sarjana dalam bidang ini. Konsep optimum ini berasaskan pada konsep
agihan terbaik yang diutarakan oleh Pareto (seorang ahli ekonomi matematik dan juga ahli
politik Italia yang meninggal 1923, setahun selepas Mussolini berkuasa di Italia hingga tamat
Perang Dunia II, 1945, yang pernah menyokong beberapa dasar Mussolini sehingga
menimbulkan fitnah yg kononnya beliau juga seorang Fascis). Pareto menegaskan agihan
yang terbaik ialah agihan yang memastikan adanya sekurang-kurangnya seorang ahli
masyarakat itu lebih baik daripada yang dialaminya kini dan tiada seorang pun ahli
masyarakat itu beroleh akibah yang lebih buruk daripada yang dialaminya sekarang. Konsep
ini telah dimodelkan sebagai berikut:

Titik x* ialah dasar optimum (sebenarnya maksimum) Pareto jika tiadanya x lain yang
menyebabkan f ( x ) f ( x* ) dan fi ( x ) fi ( x* ) untuk sekurang-kurangnya satu i .

Lagi sekali konsep ini sarat nilai ideologi Barat totok, iaitu dasar/ekonomi/perdagangan
liberal laissez-faire, liberalisme dan elitisme yang sewajarnya tidak semestinya dipersetujui
oleh semua pihak, terutama mereka yang berpegang kepada ideologi lain lagi seperti dasar
ekonomi kebajikan Barat sekalipun (sepatutnya), apatah lagi mereka yang insaf dengan
kebaikan dasar Islam yang memang mementingkan ummah daripada kumpulan, atau suku-
sakat sahaja. Manifestasi daripada serasinya takrif optimum ini dengan elitisme itu ialah
betapa x* yang mengoptimumkan satu daripada komponen fungsi matalamat/prestasi/agihan
itu ialah optimum Pareto. Memang kebanyakan dasar negara yang cuba mengamalkan
demokrasi Barat menjalankan polisi Pareto. Umpamanya, dasar-dasar Mahathir, yang masih
banyak diteruskan sekarang, boleh difahami berasaskan ideologi ini. Beliau umpamanya
mengatakan secara terbuka, yang dia lebih suka menumpukan kepada mewujudkan jutawan
daripada menumpukan kepada rakyat umum; dan dasar terakhir beliau memaksa rakyat
menerima dasar mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris dengan pelbagai
sebab/dalih yang sentiasa berubah, tidak betul dan tidak rasional itu sebenar manifestasi
elitismenya sahaja, iaitu atas kepercayaan (menisbahkan dirinya atau kumpulannya) ada
sekitar 10% rakyat Malaysia (yang memang menghayati bahasa Inggeris dalam
kehidupannya) yang dijangka akan menerima nikmatnya dan mungkin ada jutawan yang
muncul daripada dasar itu dan selebihnya dijangka tidak akan berubah nasibnya lebih buruk
daripada yang dialami selama ini. Jelaslah suatu takrif optimum yang lebih baik daripada
optimum Pareto itu amatlah diperlukan dan pengarah besar ke arah pentakrifan baru ini
tentunya aspek kualitatif konsep terbaik itu khususnya terbaik mengikut perspektif Islam.
Ini satu daripada cabaran sarjana sejagat! Satu pembaikan dasar Pareto ialah dengan
mengambil kira prinsip Islam yang mementingkan ummah bukannya kelompok atau suku-
sakat sahaja. Ini mengubah takrif optimum Pareto itu kepada takrif baru yang berikut:

Titik x* ialah dasar optimum (sebenarnya maksimum, dan layak dinamai optimum
ummah, atau ringkasnya optumah) jika tiadanya x lain yang menyebab-
kan f ( x ) f ( x* ) dan fi ( x ) fi ( x* ) untuk majoriti (sekurang-kurangnya separuh)
daripada bilangan komponen i itu.

14
Shaharir Mohamad Zain

Dengan konsep optimum yang baru ini, optumah, banyaklah teorem dalam optimum Pareto
itu perlu berubah dan diubah, dan sekaligus kaedah pengiraan titik optumah bagi masalah
linear (pengaturcaraan linear multimatalamat) dengan menggunakan kaedah simpleks terbuka
luas untuk diformulasikannya semula.

5. Pengurusan Kualitatif dan Kaedah Aksiom


Sebagaimana yang telah disebut beberapa kali sebelum ini pengurusan kualitatif disetarakan
dengan nilai, moral, adab, dan etika amnya; manakala pengurusan kuantitatif dimaksudkan
sebagai pengurusan menggunakan matematik yang terpisah daripada pengurusan kualitatif itu.
Tetapi ini fahaman biasa tentang pengurusan dan matematik. Bertentangan dengan fahaman
biasa tentang kualitatif lawan kuantitatif, bukan-matematik lawan matematik, sebelum ini
pun sudah dibicarakan bagaimana matematik dalam pengurusan itu datangnya daripada aspek
kualitatif dalam pengurusan itu juga (konsep optimum dan seterusnya matematik lain lagi
yang dibicarakan kemudian). Di sini penulis ingin membentangkan bagaimana kaedah
matematik, yang tidak asing lagi khususnya bagi mereka yang berpegang kepada falsafah
matematik yang terkenal dengan nama formalisme, iaitu kaedah aksiom sudah meresap masuk
dalam kajian pengurusan kualitatif itu. Ini menambahkan lagi sukarnya membezakan aspek
kualitatif dan kuantitatif dalam pengurusan itu, dengan menumpukan bukan sahaja terhadap
kajian pengurusan di dunia Barat tetapi juga di dunia Islam dan di Alam Melayu khususnya.
Oleh sebab kaedah aksiom adalah landasan utama rasionalis dan kaedah ini memang dianggap
satu daripada cara sains dibina atau dibangunkan, maka aspek kualitatif pengurusan boleh
dikatakan sudah menjadi bidang sains juga.
Karya pengurusan kualitatif Barat yang pertama ialah buku karya Machiavelli (seorang
sarjana-pentadbir Italia yang ejaan asalnya Machiavelus) dalam bahasa Italia Il Principe
yang ditulisnya pada tahun 1513 (tetapi terbit 1532, selepas kematiannya) yang diterjemah
kepada Inggeris pada pertengahan abad ke-17 (kebanyakannya mengatakan 1640, mengikut
internet) dan beberapa terjemahan lainnya dalam abad-abad berikutnya dengan judul The
Prince; manakala terjemahan ke dalam bahasa Melayu Indonesia dilakukan pada 1959
dengan judul Kepala Negara terbitan di Djakarta, dan bahasa Melayu Malaysia hanya pada
1989 dengan judul Penguasa: Surat Seorang Negarawan kepada Pemimpin Republik
terbitan DBP, dan beberapa terjemahan kepada bahasa Melayu Indonesia yang lain lagi
dilakukan dalam 1990-an. Gaya penulisannya sama dengan karya-karya sarjana Islam pada
Zaman tamadun Islam seperti al-Mawardi, Kitab Nasihat al-Mulk (1040-an), al-Ghazali,
Nasihat al-Mulk (1080-an), kerana buku-buku itu memang pun diketahui kewujudannya di
Eropah ketika itu, malah diterjemah ke dalam bahasa Latin dan bahasa-bahasa Eropah lain
kemudiannya, termasuklah lama kemudiannya ke bahasa Inggeris (tetapi nampaknya kedua-
dua buku Islam ini belum diterjemah kepada bahasa Melayu Malaysia atau Indonesia),
walaupun isi buku Machiavelli itu amat jauh berbeza kerana Machiavelli berasaskan kepada
nafsu serakah kekuasaan sedangkan sarjana-sarjana Islam itu berasaskan prinsip-prinsip
kepemimpinan dan kekuasaan dalam ajaran Islam. Unsur matematik dalam karya-karya
ini ialah penerapan kaedah aksiom, iaitu mereka ini secara tidak sedarnya menyenaraikan
sifat-sifat pemimpin (oleh itu setengahnya menjadi sifat-sifat pengurus juga) yang unggul
yang dianggapnya lengkap.
Tamadun Hindu mungkin yang tertua menghasilkan karya pengurusan kualitatif. Karya
Hindu dalam pengurusan berjudul Rajasastras, iaitu tentang pengurusan negara nampaknya
diketahui benar oleh sarjana-sarjana Melayu purba sekurang-kurangnya sejak 4M (zaman
kerajaan Funan masih gagah perkasa). Mengikut Maspero (1920/2002), seseorang bakal raja

15
Sains Matematik dan Pengurusan

zaman itu (dapat disetarakan dengan bakal pemimpin sekarang) diajar menguasai
pengetahuan pengurusan daripada 4 buah buku Anviksiki, Dandaniti, Trayi dan Varta. Yang
menariknya juga karya seperti ini di Alam Melayu yang terawal setakat ini ialah karya
sarjana yang tidak diketahui namanya pada Zaman Kerajaan Campa peringkat awalnya (abad
ke-2 hingga ke-8M, Zaman Gelap Eropah) yang dicatatkan pada sebuah prasasti (batu
bersurat dalam bahasa Melayu Purba, Funan-Khmer/Kunlun-Mon) tentang sifat-sifat
pemimpin (raja zaman itu) yang unggul di bawah prinsip yang dinamainya Cakravantin
(Pemimpin Alam; istilah batin dalam tok batin itu daripada vantin Sanskrit, bukannya
daripada batdin Arab itu) yang diperincikan kemudian. Kemudian karya pengurusan
rumpun Melayu kedua yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah karya Prapanca (seorang
sarjana Zaman Kerajaan Majapahit, pada 1365 dalam bahasa Jawa Purba) berjudul,
Nagarakritagama yang antara lainnya menghuraikan tentang 18 sifat pengurus yang unggul
kerana katanya itulah sifat-sifat yang dihayati oleh Patih Gajah Mada (Perdana Menteri
Kerajaan Majapahit termasyhur, yang boleh dipadankan dengan pengurus kini) yang dinamai
Pustaka Asta Dasa Parateming Prabu (daripada Internet3). Pada Zaman Tamadun Melayu-
Islam pula karya pengurusan yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah karya Bukhari al-
Jauhari/al-Johori, Taj al-Salatin (Mahkota Sultan) yang siap ditulisnya pada 1603 (dalam
bahasa Melayu Jawi yang telah diRumikan oleh beberapa orang di Indonesia dan Malaysia
secara berasingannya hanya dalam tahun 1990-an dan khususnya yang diterbitkan oleh DBP
pada 1992 ialah berjudul Taj us-Salatin). Semua ini dibicarakan lagi kemudian dalam
makalah ini. Yang ingin ditegaskan di sini, karya pengurusan dalam bahasa Melayu atau
rumpun Melayu itu (di Alam Melayu) jauh lebih awal daripada buku pengurusan kualitatif
pertama dalam bahasa-bahasa di Eropah, terutamanya bahasa Inggeris (yang cuba menjawab
apakah yang sepatutnya dalam pengurusan, etika dan ketanggung-jawaban sosial), iaitu satu
bab dalam buku ekonomi Adam Smith 1793, An Inquiry into the Nature and Causes of the
Wealth of Nations yang biasa diringkaskan judulnya dengan merujuk ungkapan terakhir
judul asal itu, The Wealth of Nations, manakala penulisan yang berfalsafahnya ialah oleh
Sheldon (di England) yang berjudul The Philosophy of Management pada 1921 (Fakta
daripada George 1972). Yang berbezanya ilmu pengurusan di Barat terus berkembang hingga
kini tetapi statik di dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu itu sejak tamadun-tamadun
itu runtuh masing-masingnya abad ke-14M dan abad ke-19M (termasuklah tamadun Islam
Uthmaniah berpusat di Turki itu). Kandungan ilmu pengurusan dalam Tamadun Islam dan
Tamadun Melayu itu dibicarakan lagi dengan lebih terperincinya kemudian ini.
Ilmu pengurusan Barat yang berfokus kepada nilai, moral dan etika berkembang pesat
mulai abad ke-19 hingga kini dan membawa kepada kajian sifat-sifat manusia mengikut
falsafah-falsafah rekaan mereka seperti Marxisme, Freudisme, wujudisme Sartre,
kelakuanisme Skinner, Darwinisme, Heideggerisme, atau yang lebih am lagi sekularisme,
modenisme, dan pascamodenisme, yang semuanya banyak bertentangan dengan sifat manusia
mengikut ajaran Islam (Islamisme?). Contoh huraian yang agak baik tentang manusia
daripada perspektif isme Barat ini dapat ditelaahi dalam buku Stevenson (1974/1988) dan
satu contoh buku pengurusan kualitatif ini ialah karya Hosmer berdua (2005) yang cukup
laris itu (kini snt ke-5) .
Sejak kebelakangan ini ada aliran pengurusan Barat yang menjurus kepada soal
kerohanian pula sehingga muncul dua istilah sebutan orang ramai, iaitu pengurusan emosi
yang telah pun dimodelkan secara matematik oleh Mayer & Solvey pada tahun 1990-an dan
berjaya dipopularkan oleh Goleman (1998) menerusi buku laris jualannya, dengan sukatan
NE (Nisbah Emosi) atau EQ (Emotional Quotient); dan pengurusan rohani yang telah juga
dimodelkan secara matematik oleh Zohar & Marshal (2001) dengan NR (Nisbah Rohani) atau

16
Shaharir Mohamad Zain

SQ (Spiritual Quotient) yang terinspirasi daripada implikasi teori mekanik kuantum (bidang
pengkhususan Zohar awalnya) terhadap sifat manusia. Kedua-dua sukatan, NE dan NR, ini
sudah menenggelami sukatan kepintaran NP (Nisbah Pintar) atau IQ (Intelligence Quotient)
ciptaan awal abad ke-20 Binet & Simon itu. Buku-buku pengurusan Inggeris yang berjudul
dengan awalan Self- (atau Swa- atau Kendiri dalam bahasa Melayu), atau berungkapan
Value Based (Berasaskan Nilai), seperti Self-Management (Swa-pengurusan), Self-
Realisation (Swa-realisasi) memang membicarakan pengurusan mengikut perspektif
kemanusiaan ini.
Memang ada teori pengurusan kualitatif yang dibangunkan berasaskan sifat manusia ajaran
keagamaan, iaitu yang berasaskan ajaran Plato dan ajaran Kristian Barat. Pada masa ini,
Covey (1989/1994) merupakan seorang guru pengurusan Barat yang sentiasa menonjolkan
nilai Kristian dalam teori pengurusannya dan bukunya menjadi buku laris jualan dan
diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu Indonesia 1994 dan bahasa
Melayu Malaysia 1996. Nilai dan etika yang berbeza membawa kepada ilmu pengurusan
yang berbeza. Seringlah berlaku ilmu pengurusan yang terbangun kukuh berasaskan pada
sesuatu sistem nilai dan etika itu akhirnya tidak lagi dikenali adanya nilai dan etika itu,
kecuali ditonjolkan oleh seseorang yang kritis terhadap ilmu itu. Inilah yang menimbulkan
mitos umum bahawa ilmu pengurusan itu bebas nilai, sehingga ramailah yang mengeluarkan
pendapat untuk menegakkan ilmu pengurusan semasa itu yang dianggapnya neutral sahaja;
khusus menyangkal adanya ilmu pengurusan lain daripada ilmu pengurusan Barat itu. Ilmu
pengurusan lain, katanya hanya segi amalan atau praktisnya sahaja! Ilmu pengurusan Islam
umpamanya sama sahaja dengan ilmu pengurusan semasa (Barat). Yang berbezanya ialah
amalannya sahaja, seperti orang Islam tidak mengurus benda-benda yang dilarang oleh Islam.
Ini pandangan yang dangkal tentang ilmu. Selain daripada buku Covey itu, Ilmu pengurusan
Barat yang jelas berasaskan aliran falsafah kemanusiaan Barat memang terkenal wujudnya.
Umpamanya buku Salaman (1981) berasaskan Marxisme, dan Kelly (1998) berasaskan
wujudisme Sartre, manakala pengurusan berasakan aliran-aliran yang lain lagi itu dapat
dilihat dalam Hyles (1986) dan Reed (1989), dan pengurusan berasaskan falsafah mutakhir
dan kontroversi kini, iaitu pascamodenisme dapat dilihat contohnya dalam Boje et al. (1995).
Ilmu pengurusan Barat masih dibangunkan dengan percubaan demi percubaan berasaskan
nilai dan etika yang baru nukilan sarjana-sarjana; dan yang menariknya pembinaannya terus
menerus berasaskan kaedah sains khusus, iaitu kaedah aksiom. Umpamanya, yang agak
barunya, Kirkeby, menerusi karya-karyanya dalam bahasanya sendiri (bahasa Sweden) di
samping dalam bahasa Inggeris telah menghasilkan kumpulan tulisan-tulisannya selama ini
dalam bentuk sebuah buku dalam bahasa Inggeris yang terbit dalam tahun 2000, memaparkan
enam unsur mahmudah atau sila (padanan penulis dengan virtue, yang dibezakannya
dengan nilai atau value) yang patut menjadi asas pengurusan atau pemimpinan. Namun
demikian, walaupun pemimpinan dan pengurusan terkenal dianggap berbeza segi bahasa dan
fungsiannya, beliau tidak pula membezakan mahmudah/sila pengurusan dengan
mahmudah/sila pemimpinan. Antara hujah-hujah perbezaan mahmudah/sila dengan nilai yang
ditegakkan oleh beliau ialah: (1) Mahmudah/Sila itu keadaan minda dan sikap emosi yang
bersifat individu dan hanya sebahagiannya sahaja yang tercapai menerusi bahasa; sedangkan
nilai semestinya dipupuk. (2) Mahmudah/Sila dimiliki secara tabii oleh seseorang, dan tidak
mungkin diperoleh sepenuhnya menerusi kuasa sahaja. (3) Mahmudah/Sila menerbitkan
sesuatu tindakan seseorang yang boleh dilegitimasikan/diabsahkan dengan berasaskan
falsafah. Kirkeby menggali mahmudah/sila pada zaman Yunani (khususnya daripada falsafah
Stoik) dan ajaran Kristian Katholik dalam Trimurti/Trisakti/Triniti sehingga senarai istilah
mahmudahnya/silanya (yang dibezakan dengan nilai) itu hampir semuanya dalam bahasa

17
Sains Matematik dan Pengurusan

Yunani. Enam unsur tersebut ialah (PK1) Euboulia yang bermaksud kebolehan berfikir
dengan totalnya dan memerinci dengan menyeluruhnya; (PK2) Euforia dan keghairahan;
(PK3) Hipomon yang bermaksud kemampuan bersabar; (PK4) Prolepsis yang bermaksud
mengantisipasi, mencermin kemampuan memperkayakan pengetahuan lazim dengan kuasa-
kuasa pengalaman peribadi; (PK5) Epibol yang hampir setara dengan intuisi; (PK6) Maieutik
yang bermaksud seni kebidanan dan kebolehan merangsang orang lain supaya mencari
kebenaran, merasakan keinginan mencari watak adabnya sendiri malah nafs (atau self)
dirinya. Aksiom mahmudah/sila ini rasanya hampir pasti tidak semuanya sesuai dengan
mahmudah/sila dalam pengurusan Islam (yang masih belum diterokai oleh sesiapa lagi)
kerana falsafah Stoik dan Trimurti yang menjadi asas pertimbangan penerbitan aksiom ini
terkenal pertentangannya dengan falsafah Islam.
Sementara itu ada aliran pengurusan Barat yang begitu berfokuskan kepada kemanusiaan
sehingga pengurusan disamakan dengan pemuisian yang pengurusnya diumpamakan
seperti pemuisi yang tugasnya memahami dan mencipta pemikiran atau keputusan dan
sebagainya yang seanalogi dengan pemuisi yang mencipta sajak dan metafora amnya.
Seorang peneroka besar teori pengurusan ini, Lennie (1999), mengejutkan ramai pihak
apabila beliau menyatakan dengan penuh yakinnya bahawa falsafah pengurusan berasaskan
tabii pemuisi inilah yang menjanjikan pengurusan yang dapat mengatasi segala kelemahan
falsafah-falsafah pengurusan yang lain itu. Tetapi pemuisian juga banyak aliran falsafahnya
termasuklah falsafah wujudisme Sartre dan falsafah pascamodenisme itu. Oleh itu sukarlah
diterima pandangan seperti Lennie (1999) itu. Namun mengikut perspektif lainnya pula
penyamaan pengurusan dengan pemuisian itu sama sahaja dengan pandangan Feyerabend
dalam tahun 1970-an bahawasanya sains matematik itu dicipta sepertilah juga dengan
seseorang pemuisi mencipta karyanya, iaitu tiada kaedahnya selain daripada inspirasi dan
cuba-cuba. Oleh itu, secara tidak langsungnya, pandangan tabii pengurusan seperti Lennie itu
meletakkan bidang ilmu lebih mendampingi tabii sains matematik mengikut aliran falsafah
Feyerabend itu. Tetapi isu kefalsafahan kedua-dua bidang ini ditinggalkan dahulu di sini,
untuk kembali kepada isu kaedah perolehan ilmu pengurusan kualitatif di dunia Islam pula.

6. Kaedah Aksiom dalam Pengurusan Kualitatif Islam


Perkembangan ilmu pengurusan Islam agak lambat kerana terhentinya sarjana Muslim seluruh
dunia daripada berkarya menyambung kerja sarjana-sarjana terdahulunya dalam Zaman
Tamadun Islam itu (seperti karya al-Farabi, Ibnu Sina, al-Ghazali, al-Mawardi, dan Ibnu
Khaldun) atau menyambung karya sarjana Islam di Alam Melayu pada abad ke-17M seperti
Bukhari al-Jauhari dan Nuruddin al-Raniri itu. Tetapi dengan kebangkitan kesedaran Islam
seluruh dunia mulai tahun 1970-an, maka Rennaisance Muslim pun berlaku. Khususnya
muncullah sarjana yang memperkatakan semula pengurusan dan kepimpinan Islam, iaitu
menyenaraikan sifat-sifat murni (nilai atau mahmudah/sila) dalam pengurusan Islam.
Syed Othman Alhabshi (1994) menyenaraikan 14 nilai pengurusan Islam: (PSO1)
Tindakan yang berwawasan/berhajat; (PSO2) Itqan, iaitu kesungguhan dan berilmu
pengetahuan dalam setiap usaha yang diurusi atau dipimpini; (PSO3) Ihsan, iaitu kecekapan
dan kefasihan atau kelancaran; (PSO4) Ikhlas; (PSO5) Asyik kepada kecemerlangan; (PSO6)
Muhasabah (swa-penilaian) selanjar; (PSO7) Sentiasa ingat akan Al-Lah; (PSO8) Keadilan;
(PSO9) Kebenaran; (PSO10) Sabar; (PSO11) Kesederhanaan khususnya dalam kecintaan
kepada dunia, kekayaan dan pengaruh; (PSO12) Amanah; (PSO13) Pemurah; dan (PSO14)
Kebanggaan. Beliau tidak merujuk kepada karya-karya sarjana agung sebelumnya dan oleh
itu tidak hairanlah senarai beliau ini lebih banyak daripada (dan mungkin sekali lebih inferior

18
Shaharir Mohamad Zain

daripada) senarai al-Farabi (sebelas), al-Ghazali (delapan), al-Mawardi (tujuh) dan sarjana
agung Melayu, Bukhari al-Jauhari (delapan); walaupun kurang daripada senarai Nuruddin al-
Raniri (dua puluh dua). Ternyata senarai Syed Othman itu nampaknya masih tidak semantap
senarai Bukhari al-Jauhari (sarjana Agung Melayu awal abad ke-17 itu): (PBJ1)
Berbudi/Budiman (tahu membezakan zalim dengan adil). (PBJ2) Bijaksana. (PBJ3) Perkasa.
(PBJ4) Berkhabar. (PBJ5) Berbicara. (PBJ6) Sabar. (PBJ7) Berinsaf. (PBJ8) Berbangsa.
Sekurang-kurangnya kesungguhan dalam sebahagian daripada (SO2) dan seluruh (SO5) itu
bukannya nilai tetapi sikap yang terbit daripada suatu nilai, dan nilai itulah yang perlu dicari.
Sebenarnya kajian karya-karya sarjana Islam pada Zaman Tamadun Islam kurun ke-10/ke-11
dan sarjana Melayu kurun ke-17M itu masih belum dikaji daripada perspektif kaedah aksiom
walaupun nampaknya senarai Bukhari al-Jauhari itu lebih lengkap secara aksiomnya
berbanding dengan senarai yang lain itu.
Sementara itu, Faisal (1994) juga dalam antologi makalah yang sama dengan terdapatnya
makalah Syed Othman itu, dan yang juga tanpa rujukan karya-karya lain sebelumnya,
menyenaraikan 10 mahmudah/sila pengurusan Islam: (PF1) Amanah. (PF2) Ikhlas. (PF3)
Tanggung peri atau Akauntabiliti. (PF4) Dedikasi. (PF5) Kesyukuran. (PF6) Kesederhanaan.
(PF7) Ketekalan. (PF8) Kebersihan. (PF9) Disiplin kerjasama. (PF10) Keadilan. Beliau
memilih istilah virtues (mahmudah/sila) dan bukan values (nilai) semata-mata pilihan
kesukaannya sahaja bukannya berasaskan ilmiah seperti Kirkeby itu. Sepertilah dengan Syed
Othman, Faisal juga tidak merujuk karya-karya agung yang terdahulu tentang kepemimpinan
Islam dan mengupasnya sebelum memberi senarainya yang tersendiri ini.
Ringkasnya, pendapat Syed Othman dan Faisal memang perlu dihalusi lagi dalam
beberapa aspek yang berikut: (1) Segi istilah nilai dan mahmudah/sila yang tidak dibezakan,
umpamanya ikhlas, keadilan, dan kesederhanaan menjadi nilai dan mahmudah; (2) Segi
perbezaan antara pemimpin dengan pengurus yang akan memendek atau menambahkan lagi
senarai nilai atau mahmudah/sila mereka itu, malah bagi pandangan Faisal itu perbezaan
antara mahmudah/sila dan nilai eksekutif dengan pentadbir amat perlu dilakukan; (3) Segi
penyatuan dua pendapat mereka ini untuk mendapat satu senarai nilai pengurusan dan satu
senarai pemimpinan Islam dan perbandingan dengan karya-karya sebelum ini terutamanya
dengan karya-karya agung pada Zaman Tamadun Islam dan Tamadun Melayu itu.
Dalam pada itu, mengikut risalah Negara Islam oleh PAS (2003), nilai pengurusan atau
pemimpinan Islam boleh juga disimpulkan kepada 5 nilai atau sila: (PAS1) Khilaafah.
(PAS2) Taqwa. (PAS3) Ber-syura. (PAS4) Al-Adaalah dan al-Musaawaah (Keadilan dan
Kesamaan). (PAS5) Al-Hurriyyah (Kebebasan); manakala mengikut UMNO (2004) dengan
10 Prinsip Islam Hadhari nilai/sila kepengurusan/kepemimpinan Islam dapat disimpulkan
sebagai (UMNO1) beriman dan bertaqwa (UMNO2) adil dan amanah; (UMNO3) berjiwa
merdeka; (UMNO4) berilmu pengetahuan; (UMNO5) berprinsipkan pembangunan ekonomi
yg seimbang dan komprehensif; (UMNO6) perihatin kualiti hidup; (UMNO7) membela hak
kumpulan minoriti dan wanita; (UMNO8) mempertahankan keutuhan budaya dan moral;
(UMNO9) perihatin alam sekitar; (UMNO10) berperihatin pertahanan dan perpaduan. Kedua-
dua penulisan ini sememangnya bukanlah karya ilmiah tetapi masih dapat membayangkan
kefahaman para sarjana kepartian di Malaysia tentang kepemimpinan Islam, dan masih wajar
menjadi satu daripada sumber kajian ilmiah kepemimpinan Islam. Oleh itu kajian yang sama
seperti yg digariskan untuk Syed Othman dan Faisal di atas perlu dilakukan terhadap
pandangan PAS dan UMNO ini dan perbahasan ke arah mendapat kesatuan dengan
pandangan Syed Othman, Faisal, dan sarjana-sarjana sebelum mereka ini. Umpamanya,
menarik juga ditonjolkan sebab yang diberi oleh PAS (2003) itu tentang perlunya Taqwa
menjadi nilai pengurusan atau pemimpinan Islam, iaitu kerana adanya Ayaht al-Qur-aan
Suraht al-Tdalaq, Ayat 4, yang diterjemah-tafsirnya sebagai Sesiapa yang ber-taqwa

19
Sains Matematik dan Pengurusan

kepada Al-Lah nescaya Al-Lah memudahkan baginya segala urusan, sedangkan dalam Ayaht
3 Suraht yang sama ada pula dinyatakan, yang terjemahan-tafsirannya, Sesiapa yang ber-
tawakkal kepada Al-Lah nescaya Al-Lah memberinya jalan keluar tetapi tawakkal tidak
ditonjolkan sebagai satu nilai pengurusan yang penting, dan sekali imbas nampaknya ini suatu
persoalan dalam senarai PAS itu. Tetapi ternyata PAS telah menggunakan Ayaht al-Qur-aan
3:122,166 umpamanya, yang menegaskan beriman mengimplikasikan ber-tawakkal ; dan
2:177 menegaskan ber-taqwa itu mengimplikasikan beriman. Oleh itu betullah tawakkal tidak
perlu dalam senarai PAS itu. Jelas juga jika kaedah aksiom diterapkan kepada senarai nilai
kepemimpinan Islam UMNO (2004) itu, dengan mudahnya senarai itu dapat dipendekkan
kepada 8 sahaja kerana (UMNOm), m=5,6 dan 7 dapat disatukan, di samping sifat (UMNO1)
dapat diringkaskan kepada taqwa sahaja (yg ada juga dalam senarai (PASm) kerana taqwa
mengimplikasikan iman di samping tersematnya juga iman dalam ilmu pengetahuan itu.
Kajian seperti ini masih boleh diteruskan untuk memendekkan senarai (UMNOm) yang
nampaknya tidak perlu sebanyak itu. Kemudian hasilnya bolehlah dibandingkan dengan
senarai (PASm) dan senarai sarjana-sarjana lain sebelum ini.
Satu lagi aspek pengurusan Islam secara kualitatif yang belum dilakukan ialah dengan
berasaskan sifat-sifat manusia yang ditegaskan di dalam al-Qur-aan (lawan isme rekaan
manusia Barat itu). Kajian ini untuk tujuan membina psikologi Islam telah dilakukan oleh al-
Attas (1995) yang banyak menumpu kepada wujudnya komponen rohani dan jasmani
manusia; wujudnya 4 komponen rohani: aql, qalb/fuad, nafs, dan roh; serta wujudnya tiga
kategori nafs: nafs al-amarah, nafs al-lawwamah dan nafs al-mutmainnah Ini tidak
mencukupi lagi kerana dalam membina teori pengurusan kualitatif Islam yang akan menjadi
saingan teori pengurusan kualitatif Barat, seseorang sarjana pengurusan berkenaan perlu
mendapatkan sifat-sifat manusia yang lebih terperinci lagi seperti yang dilakukan oleh para
sarjana pengurusan Barat menerusi isme-isme mereka itu. Penulis telah memberi contoh sifat
manusia daripada al-Qur-aan dalam makalahnya yang terdahulu (Shaharir 2003d), tanpa
pengetahuan karya Al-Motaz (2003) yang telah membincangkan puluhan sifat manusia yang
dicungkilnya daripada al-Qur-aan seperti bertanggungjawab yang besar, kufur dan zalim
termasuk pada dirinya sendiri, mudah menerima bisikan kejahatan, bertungkus lumus untuk
keduniaan, pelupa, tidak bersyukur, tergesa-gesa, boleh lebih rendah daripada haiwan,
kedekut, dan gembira dan bangga dengan kebahagiaan. Tetapi nampaknya senarai Motaz
(2003) itu masih belum tuntas, umpamanya beliau tidak menyebut sifat-sifat manusia sebagai
khalifah di muka bumi; beribadaht; ingkar nikmat; cinta wanita, anak dan harta; menganggap
dimuliai Tuhan pada masa senang dan dihinai Tuhan pada masa susah; dan lain-lain lagi yang
perlu diselidiki dalam al-Qur-aan dengan telitinya. Penulis yakin beberapa teori pengurusan
kualitatif dapat diutarakan daripada sifat-sifat azali manusia ini yang akan menyaingi teori
pengurusan kualitatif Barat yang berasaskan sifat-sifat manusia yang bersandar sesuatu isme
itu. Seperti biasa, teori kuantitatif pengurusan juga berpotensi terbit daripada teori kualitatif
baru itu.
Perlu ditegaskan lagi bahawa senarai aksiom nilai atau sila/mahmudah dalam pengurusan
Islam pastinya akan mempengaruhi bentuk teori dan matematik pengurusan Islam nanti.
Tegasnya, pengurusan kualitatif dan kuantitatif sebenarnya tidak boleh atau tidak wajar
dipisahkan.

7. Sumber Ilmu Pengurusan


Pada mulanya Barat memang mengenali penulisan ilmu pengurusan daripada para sarjana
Tamadun Islam yang telah disebut sebelum ini, malah karya-karya itu diterjemahnya kepada
bahasa Latin dan bahasa-bahasa Eropah kemudiannya. Tetapi mereka juga bertekad tidak
mahu ilmu pengurusan berada di bawah lindungan Islam. Lantas mereka pun mula meniru

20
Shaharir Mohamad Zain

gaya penulisan sarjana Islam itu tetapi menggali prinsip-prinsip pengurusan bangsa mereka
sendiri. Pertamanya mereka cuba membina teori pengurusan berasaskan amalan pengurusan
para gerejawan yang dianggapkan berjaya, amalan pengurusan wira atau pahlawan Yunani
dan Roma, amalan pengurusan dalam persekitaran perindustrian di Eropah dan Amerika
Syarikat, dan amalan pengurusan pahlawan dari tamadun China, dan Jepun tetapi tidak
daripada tokoh-tokoh dalam Tamadun Hindu, Tamadun Melayu dan Tamadun Islam di mana
jua pun. Prinsip pengurusan daripada pahlawan China yang bernama Sun Tzu (yang
meninggalkan catatan pengurusan tenteranya pada kurun ke-6 SM dan dianggap catatan
ketenteraan yang tertua di dunia) umpamanya sentiasa dicungkil oleh sarjana Eropah sejak
abad ke-18M lagi hinggalah sekarang, tetapi melonjak popularnya di Amerika Syarikat dalam
tahun 1970-an. Catatan pengurusan ketenteraan Sun Tzu (dan beberapa versi ejaan yang lain
lagi termasuklah Sunzi dan Sun-Zi) itu memanglah diterjemah kepada pelbagai bahasa
(Perancis dalam abad ke-18 dan Inggeris awal abad ke-20 dengan judul The Art of War)
malah kepada bahasa Melayu pada 1986 dengan judul Seni Ketenteraan Sun-Zi terbitan
Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia dan terjemahan oleh beberapa orang secara
berasingan dalam tahun 1990-an khususnya yang diterbitkan oleh DBP 1993 berjudul Seni
Peperangan; di samping terdapatnya beberapa buah buku pengurusan dan perniagaan yang
dicungkil daripada buku Sun Tzu dan diterbitkan di Malaysia, contohnya oleh Khoo (1990)
yang pernah laris jualannya. Sementara itu baru-baru ini pula ada buku baru tentang
pengurusan (khusus tentang kesenian strategi dan kepengurusan tahan ) yang dicungkil
daripada kisah-kisah pemerintahan seorang pahlawan agung dunia, Iskandar Dzulqarnayn
(Alexander Agung) itu yang ditulis oleh Bose (2003) dan Kurke (2004) walaupun Iskandar
sendiri tidak meninggalkan sebarang karya secara bertulis seperti Sun Tzu. Riwayat hidup
Iskandar ditulis ratusan tahun selepas kematiannya oleh ramai orang Barat dan Timur
termasuklah oleh beberapa orang sarjana Yunani sendiri seperti Plutarch (75M) yang
semuanya diterjemah kepada bahasa Inggeris sejak abad ke-19 dan prinsip pengurusan Raja-
Pahlawan-Nabi agung ini sudah masuk dalam buku-buku teks sejarah dan/atau falsafah
pengurusan Barat pun. Dalam hal ini, penerbitan buku Muhammad Khair (2000) tentang kisah
Iskandar Dzulqarnayn mengikut sumber Islam, dan sumber Melayu asli menerusi buku karya
abad ke-17M (Jawi) yang telah diRumikan dengan judul Hikayat Iskandar Zul Karnain
terbitan DBP 1967 dan secara berasingan terbitan Balai Pustaka Jakarta 1991 cukup menarik
untuk dijadikan asas kajian perbandingan dan penyungkilan prinsip pengurusan yang
mungkin baru pula. Sehubungan dengan ini juga, kajian kepengurusan Nabi Sulaiman
daripada Hikayat Nabi Sulaiman karya sasterawan Melayu abad ke-17 (Jawi, di National
Library of Singapore) patut dilakukan di samping menggunakan sumber-sumber Islam yang
lain pula.
Sarjana pengurusan Malaysia kini tidak sepatutnyalah mengekori jejak-langkah sarjana
Barat itu tetapi, di samping menggali ilmu pengurusan daripada sumber Wahyu (al-Qur-aan)
yang diperkatakan lagi selepas ini, mereka perlulah juga meneruskan kaedah kajian prinsip
pengurusan yang dimulai oleh Nuruddin al-Raniri, sarjana Melayu abad ke-17 yang
mendapatkan sifat-sifat sultan, khalifah dan nabi pilihan (yang boleh disetarakan dengan
pemimpin) dan menteri dan sebagainya (yang boleh disetarakan dengan pengurus) yang
diingini dalam bukunya Bustan al-Salatin (Taman Sultan) itu. Untuk ini, tumpuan perlu
dilakukan kepada sejarah tamadun dan tokoh-tokoh besar Alam Melayu pada zaman pra-
Islam dan Islam (sebelum dijajah), Tamadun India, dan Tamadun Timur Tengah
(terutamanya Tamadun Islam). Nuruddin al-Raniri bolehlah dianggap seorang daripada
peneroka (kalaupun bukan peneroka terawal di dunia) ilmu pengurusan menerusi kajian kasus

21
Sains Matematik dan Pengurusan

tokoh-tokoh pengurus agung yang selama ini dikenali sebagai suatu kaedah kegiatan yang
diterokai oleh sarjana pengurusan Barat.
Sejarah pengurusan negara di Alam Melayu tidak kurang hebatnya. Umpamanya segi
perakaunan yang memerlukan sistem angka yang cukup baik, khususnya sistem perpuluhan,
ternyata muncul pertama kali di Alam Melayu, iaitu selewat-lewatnya awal abad ke-6 Masehi
(lihat Shaharir 1998/2000) lagi, walaupun dalam buku-buku sejarah sains/matematik yang
popular atau piawai masih lagi mengatakan sistem perpuluhan ini ciptaan Tamadun Hindu
atau Tamadun Islam atau sintesis kedua-duanya. Maspero (1920/2002) dan Briggs
(1951/1999) juga menghuraikan kehebatan pengurusan negara dalam Zaman Kerajaan
Melayu Funan dan Campa (sebelum Islam). Umpamanya kerajaan Funan ada sistem
kehakiman tersendiri, walaupun dipengaruhi oleh Hindu, dan ada sistem percukaian
tersendiri, dan perakaunan yang cukup mantap kerana ternyata Funan mempunyai sistem
angka perpuluhannya yang tersendiri yang mengandungi angka (simbol nombor) sifar/kosong
yang tertua di dunia (iaitu sudah pun ada di prasasti bertarikh 523M). Raja Khmer-Funan
yang bernama Rajendravarman II (meninggal 968) membuat pembaharuan pentadbiran
negaranya dengan membahagi-bahagikan kawasan kepada beberapa provinsi berautonomi
yang dinamainya Vishaya. Gaya pemerintahan sebegini mendahului kerajaan-kerajaan lain
sebelumnya seluruh dunia termasuk Tamadun Islam, kecuali yang terjadi tanpa rancang.
Yang menariknya juga kerajaan Khmer-Funan begitu prihatin kepada ilmu dan mutu sehingga
ada jawatan Pustakarakshaka (Ketua Pustakawan Negara) dan Gunadosaparikshaka
(Inspektor Mutu dan Cacat Negara). Unit-unit sukatan asasi yang tersendiri termasuklah
sukatan berat juga ada tetapi sayangnya para pengkajinya tidak menonjolkan nama-nama unit
itu dalam bahasa asalnya (Khmer-Funan) .
Pencapaian pengurusan pada Zaman Kerajaan Campa peringkat awalnya (kurun ke-2M
hingga ke-8M) diketahui dengan lebih terperinci lagi (dari Maspero 1920/2002) seperti selain
daripada adanya pegawai perakaunan dan juru audit negara, unit-unit sukatan asasi wujud
dengan jelasnya seperti sukatan panjang/jarak dengan unitnya dinamai li dan chang (10 kaki
atau kira-kira 3 meter) selain daripada sukatan beras dan sebagainya dinamai yak atau jak
yang masih dipakai di kalangan petani di Kelantan hingga sekarang, iaitu satu saiz bakul kecil
yang piawai; sukatan luas dengan unit yang dinamai sinjol, makik, malau dan satam; sukatan
berat am dalam unit tael (ejaan Melayu kini ialah tahil, dan dipakai hingga sekarang
walaupun sudah semakin tidak dikenali kerana penggunaan sistem gram dan kg itu sejak
tahun 1970-an dahulu), thil atau tei untuk emas (yang juga masih dipakai sekurang-kurangnya
di Malaysia kini dengan ejaan tahil juga; pada Zaman Kesultanan Melaka dahulu unitnya 1
tahil = 16 mas) dan benda-benda yang berharga seperti itu, karsa atau kar untuk benda lain
yang seberat thil juga , dan unit-unit berat yang lebih tinggi lagi: pala = 4 karsa, tula = 100
pala dan bhara = 20 tula. (ejaan Melayu sekarang bahara yang diRumikan daripada tulisan
Melayu Jawi dahulu; pada Zaman Kesultanan Melaka dahulu bahara juga digunakan untuk
menyukat rempah-ratus). Unit-unit lain lagi yang belum diketahui kuantitinya mengikut
sukatan moden ialah panda, kattika dan pana.
Dalam tamadun Melayu juga wujud perakaunan yang hebat apabila mengenangkan adanya
imbuhan unit bilangan yang besar-besar (yang ada unit yang tidak terdapat dalam tamadun
Eropah-Inggeris dan yang lainnya wujud lebih awal daripada tamadun tersebut) seperti yang
dipaparkan pada catatan di bawah ini dan dalam jadual 1 di bawah bermula dengan unit
se/eka hingga juta, dan bilion hingga wisyilion itu:
Imbuhan se-/eka- hingga dasa- (yang padanan Inggeris-Latinnya mono- hingga deca-
/deci- muncul hanya dalam abad ke-13M) telah wujud sekurang-kurangnya pada abad ke-5M
lagi.

22
Shaharir Mohamad Zain

Istilah ratus (yg padanan Inggerisnya hundred/centi) telah ada dalam sekurang-kurangnya
abad ke-5M lagi; walaupun senti- dijadikan imbuhan Melayu setelah barat menjajah Alam
Melayu.
Istilah ribu (yg padanan Inggerisnya thousand/kilo) wujud sekurang-kurangnya abad ke-
5M lagi; walaupun kilo- dijadi unit Melayu sejak 1950-an di Malaysia tetapi mungkin sejak
abad ke-18 di Indonesia).
Istilah laksa (=104 yg padanan Inggerisnya myriad wujud mulai abad ke-14M sahaja)
sudah ada sekurang-kurangnya sejak abad ke-8M lagi).
Istilah keti (=105 yang tiada padanan nama unit Inggerisnya) sudah wujud sebelum
abad ke-14M lagi kerana asalnya daripada Sanskrit, kotyi (mengikut kamus Melayu
(Malaysia/Indonesia) dan Sanskrit susunan de Casparis yang disenaraikan dalam internet)
yang terbukti daripada penggunaannya dalam buku-buku agama lama Melayu (Jawi) dengan
ungkapan satu keti dua laksa enam ribu tiga ratus orang (iaitu 126,300) bagi menyatakan
bilangan nabi seluruhnya, dan ungkapan berketi-keti banyaknya dalam karya-karya Melayu
lama.
Istilah juta (=106 yg padanan Inggerisnya million wujud pada akhir abad ke-14M sahaja,
dan kemudiannya diwujudkan imbuhan mega-) wujud dalam bahasa Melayu sebelum abad
ke-14M juga asalnya daripada Sanskrit, ayuta (mengikut kamus de Casparis yang disebut di
atas), malah pada awal abad ke-16M lagi Pegafetta (pencatat Magellan yang bersama-sama
sampai di Philippina sekarang pada 1519) menunjukkan betapa biasanya perkataan juta
digunakan di Alam Melayu pada abad tersebut sehingga beliau mencatat perkataan itu dalam
kamus Melayu-Sepanyol, bersama-sama dengan bilangan/nombor Melayu yang lain,
mengikut ejaannya iuta; manakala perkataan milion/miliun menjadi unit Melayu
Malaysia/Indonesia baru yang sinonim dengan juta itu agak sukar ditentukan permulaannya
kerana siri ilion yang agak pelik pada jadual 1 di bawah ini. Imbuhan mega- diterima sebagai
imbuhan Melayu (Malaysia dan Indonesia) dalam akhir abad ke-20 ini sahaja.
Istilah bilion/biliun/milyar (=109 yg padanan Inggeris-Amerika-nya billion wujud pada
abad ke-18M, manakala Inggeris hanya pada 1970-an sahaja, dan dalam abad ke-20 ini juga
diperkenalkan imbuhan giga-) wujud dalam bahasa Melayu Malaysia/Indonesia yang lagi
sekali sukar ditentukan permulaannya walaupun yang pastinya bukannya daripada Inggeris
kerana unit billion Inggeris sehingga 1970-an ialah 1012, sedangkan istilah ini sudah ada
dalam bahasa Melayu (Malaysia/Indonesia) sekurang-kurangnya abad ke-19M lagi; manakala
milyar itu jelas baru diambil oleh Indonesia (abad ke-20M) menerusi Belanda-Perancis
milliardt yang dicipta oleh sarjana Perancis dalam abad ke-16M bersekali dengan billiardt,
trillliart dan seterusnya sehingga nonilliardt tetapi semua tidak tersebar ke luar Perancis pun
kerana lebih awal daripada itu lagi (pada abad ke-15M) sarjana Perancis juga mencipta x-
illion itu dan paradigma istilah ini yang menawan hati Eropah seluruhnya dan dunia amnya).
Imbuhan giga- diterima sebagai imbuhan Melayu (Malaysia dan Indonesia) dalam akhir abad
ke-20 ini sahaja.
Siri istilah x-ilion/-iliun seterusnya sehingga nukilion/nukiliun (= 1030 yg yang padanan
Inggerisnya nonillion wujud mulai kurun ke-17 sahaja), dan akhirnya wisyilion/wisyiliun
(=1033 yg padanan Inggerisnya decillion yang semuanya baru dicipta dalam abad ke-20M ini
sahaja) wujud dalam bahasa Melayu (Malaysia/Indonesia) sebelum abad ke-19M lagi
sedangkan siri imbuhan berkenaan itu sebahagiannya diketahui wujud sejak abad ke-8M dan
tidak melebihi abad ke-12M lagi. Senarai penuhnya ada dalam jadual 1 di bawah. Unit bilion
sehingga wisyilion dalam bahasa Melayu itu sudah pun ada dalam buku matematik karya
Syeikh Ahmad bin Abdul Latif al-Khatib al-Minangkabawi (ringkasnya al-Khatib) 1303H
(kira-kira l898M), Alam al-Hussab fi amal al-Hisab (dalam bahasa Melayu, walaupun

23
Sains Matematik dan Pengurusan

judulnya dalam bahasa Arab) dan tidaklah diketahui dengan pastinya sejak bila unit ini
sudah ada dalam Tamadun Melayu. Namun berdasarkan kajian pada batu-batu bersurat di
alam Melayu yang dikumpul oleh penulis ini (Shaharir 1998/2000) dapatlah juga disimpulkan
bahawa dalam kebudayaan Melayu juga sudah ada imbuhan unit yang mewakili gandaan dari
satu sampai sepuluh kali ganda seperti Jadual 1 di bawah ini sejak abad ke-7M lagi. Siri unit
illion dalam bahasa Inggeris di Jadual 1 itu semuanya menggunakan imbuhan Latin dan baru
dipersetujui dalam persidangan di Perancis pada tahun 1960-an kerana siri illion
dengan menggunakan imbuhan Yunani juga pernah disyorkan seperti tetrillion bagi
menggantikan quadrillion itu. Ini manifestasi peranan pengaruh kebudayaan dalam matematik
Eropah, iaitu nampaknya kebudayaan Latin lebih berpengaruh daripada kebudayaan Yunani.
Unit-unit yang lebih besar daripada nonillion dalam bahasa Inggeris telah disyorkan dalam
abad ke-20 menggunakan imbuhan Latin lagi sehingga kepada vigintillion (=1063) sebelum
menjadi istilah- istilah yang tidak menarik lagi selepas itu (perinciannya dapat ditelaah pada
Internet4).
Yang lebih menarik lagi ialah penulisan pengurusan pada batu bersurat zaman Kerajaan
Campa (Kala Mi-Son antara 200M hingga 800M) yang tercatat konsep kepemimpinan (yang
tentunya bersilang dengan kepengurusan) yang terkenal sebagai Cakravantin (Pemimpin
Alam) yang merujuk kepada 32 sifat yang perlu ada pada seseorang raja Campa yang unggul
(contoh raja tersebut pada batu bersurat itu bernama Sri Jayaindravarmadesa). Namun ciri-
ciri itu yang dapat dicami daripada tulisan Maspero (1920/2002) masih memerlukan
kepastiannya kerana ringkasnya dan kaburnya catatan pada prasasti yang diterjemah oleh
Maspero itu dan berikut ini ialah terjemahan-tafsiran penulis kepada 32 sifat tersebut:
(1) ridhwan/berseri, (2) tampan/cantik, (3) muda, (4) berkebolehan, (5) cerdik,
(6) bermutu baik sepenuhnya, (7) azali berani, (8) pandai bermain semua jenis senjata, (9)
amat gagah-berani, (10) selalu mengucar-ngacir semua pasukan musuh, (11) mengetahui
aturan dan kenyataan mutlak, (12) tanpa egoisme, (13) memiliki ketenangan jiwa, (14) belas
kasihan semua makhluk, (15) murah hati yang hebat, (16) keteguhan hati, (17) tinggi darjah
bestari, (18) saksama dalam aspek kebergunaan, kebaikan, dan keseronokan, (19)
menggunakan 4 cara bertindak terhadap kawan, lawan dan orang yg tidak peduli apa pun
mengikut kesesuaiannya: negosiasi, serangan, perselisihan, dan rasuah, (20) menentang habis-
habisan kepada 6 kumpulan musuh: nafsu syahwat, marah, hasad dengki, berdosa, angkuh,
dan dendam berahi, (21) mengetahui 6 pandangan yang baik, (22) mengetahui 18 cara
manusia, (23) kalyuga yang berupa mahapurusa yang menikmati kuasa diraja dengan guna
yang bitara, (24) kali yang mengamal yoga (riadhah ruhani), (25) kali yang mengamalkan
dhyana (pertapaan/meditasi), (26) kali yang mengamalkan samadhi (semacam
istisyam/takrim/tazim), (27) membina kemuliaannya di dunia dan akhirat, (28) menyedari
bahawa jasad dan segala keseronokan ini bersifat sementara, (29) memperoleh semua
sokongannya daripada tenaga, yoga (riadhah ruhani), dhyana (pertapaan/meditasi), dan
samadhi (istisyam/takrim/tazim), (30) mempunyai segala mutu pengamal yoga, dhyaan dan
samadhi, (31) menikmati kuasa diraja sepenuhnya, (32) mengamalkan mahmudah
selengkapnya.
Ciri-ciri pemimpin daripada cakravantin ini cukup menarik dikaji (selain daripada
melengkapkan/memastikan bilangan 32 ciri itu dan maknanya yang jelas) dan dikupas dalam
konteks perbandingan dengan sifat-sifat pemimpin daripada zaman Kerajaan Melayu selepas
Kerajaan Campa hingga dalam konteks teori kepimpinan sekarang.
Cakravantin itu perlu juga dibandingkan dengan 18 sifat pemimpin, Pustaka Asta Dasa
Parateming Prabu dalam Nagarakritagma oleh Parapanca (1365) Zaman Majapahit itu
yang sudah diRumikan pada 1902 (Edisi Brandes) dan kini mudah dicapai di Internet3: (1)

24
Shaharir Mohamad Zain

Wijaya: jiwa tenang, sabar, bijaksana dan tidak lekas menggelabah. (2) Mantriwira: berani
membela dan menegakkan kebenaran dan keadilan. (3) Natangguan: mendapat kepercayaan
daripada rakyat dan menjaga kepercayaan itu sebagai satu tanggungjawab dan kehormatan.
(4) Satya Bhakti Prabhu: kesetiaan kpd kepentingan pihak yang lebih tinggi. (5) Wagmiwak:
mampu mengutarakan pendapat dan pandai berbicara dengan penuh adab dan mampu pula
menggugah semangat rakyat. (6) Wicaksaneng Naya: bijak berdiplomasi, mengatur strategi
dan siasah/politik. (7) Sarjawa Upasama: rendah hati, dan tak sombong. (8) Dhirotsaha: rajin
dan tekun, memusat rasa, cipta, karsa dan karya. (9) Tan Satrsna: tidak pilih kasih dan
mampu mengatasi segala fahaman golongan semasa. (10) Masihi Samasta Bhuwana:
mencintai alam semesta dan oleh mengurusnya dengan sebaik-baiknya sebagai sebuah kurnia
Tuhan. (11) Sih Samasta Bhuwana: dicintai dan mencintai rakyat. (12) Nagara Gineng
Pratijna: mengutamakan kepentingan Negara. (13) Dibyacitta: lapang dada dan bersedia
menerima pendapat daripada orang lain (atas atau bawah). (14) Sumantri: tegas, jujur, bersih
dan berwibawa. (15) Nayaken musuh: menguasai musuh-musuh luar dan dalam termasuk
dalam diri sendiri. (16) Ambek Parama Artha: bijak menentukan prioriti. (17) Waspada
Purwa Artha: waspada dan melakukan introspeksi. (18) Prasaja: berpola hidup yang
sederhana
Antara tokoh/wira rumpun Melayu purba atau dahulu kala yang patut dikaji gaya
pengurusannya untuk mendapat prinsip-prinsip pengurusannya yang gemilang itu ialah
seorang raja Kerajaan Funan yang agung seperti Rudravarman 514-539, seorang raja Kerajaan
Campa yang agung seperti Bharavarman I kurun ke-6M, seorang raja Kerajaan Khmer-Funan
tersohor seperti Rajendravarman II abad ke-10, seorang raja Kerajaan Srivijaya yang agung
seperti Sri Jayanas atau Divakara (yang diberi gelaran Jeneral Agung oleh Maharaja China),
seorang pemimpin atau pengurus agung pada zaman Kerajaan Majapahit yang tidak syak lagi
rajanya yang bernama Hayam Wuruk 1350-1381 dan Perdana Menterinya Patih Gajah Mada,
Raja Sanjaya (raja tersohor Kerajaan Hindu Mataram 732-750), Raja Kartanagara (raja
tersohor Kerajaan Hindu Kediri 1168-1192), tokoh-tokoh terkenal pada zaman Kerajaan
Melaka yang tidak syak lagi Laksamana Hang Tuah (terutamanya daripada buku lama
Hikayat Hang Tuah yang dianggarkan ditulis pada abad ke-17M dalam Jawi tetapi telah
pun diRumikan oleh beberapa orang di Malaysia, Singapura dan Indonesia secara berasingan;
yang terawalnya yang diterbitkan oleh Balai Pustaka, Batavia (Jakarta sekarang) 1924, dan
yang terbarunya terbitan Sarjana Interprise, K.Lumpur 1980) dan Bendahara Tun Perak yang
kisahnya telah ditulis oleh Shepard (1976).
Umpamanya, dalam buku Salalaht al-Salatin (Sejarah Melayu) karya Tun Sri Lanang
1612 (asalnya dalam Jawi, dan diRumikan oleh beberapa orang di Malaysia, Singapura dan
Indonesia secara berasingan; yang terawalnya 1896 oleh Shellabear dan diterbitkan oleh
Malaya Pub. House, Singapura 1948, dan yang terbarunya terbitan Inst. Kajian Sejarah &
patriotisme, Melaka 1998), terdapat cerita sumpahan raja pertama Melayu di Palembang,
Sang Utama Sri Tri Buana dengan Demang Lebar Daun (Menterinya, yang mewakili
pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat jelata) yang sekaligus memberi satu daripada
sifat pemimpin Melayu yang masih relevan sekarang, iaitu pemimpin tidak boleh sekali-kali
memalukan orang bawahnya walau sebesar mana sekalipun kesalahan orang bawahannya itu.
Contoh yang lebih menarik lagi ialah kisah Patih Gajah Mada yang sudah ada dalam
Internet4 yang memetik buku sasterawan terkenal Majapahit bernama Prapanca (1365) dalam
bahasa Jawa abad ke-14 tentang Patih Gajah Mada. Berdasarkan sifat Patih Gajah Mada,
seseorang pengurus sepatutnya petah bercakap, tegap, kuat bertekad dan tenang. Kekuatan
tekad Patih Gajah Mada itu terpancar daripada sumpahnya yang terkenal Sumpah Palapa
yang dikatakan beliau tidak akan makan palapa (=rempah) selagi beliau belum menawan

25
Sains Matematik dan Pengurusan

seluruh Nusantara ini. Patih Gajah Mada dikatakan juga mengamalkan 18 prinsip
kepimpinan atau kepengurusan (Pustaka Asta Dasa Parateming Prabu) yang sekurang-
kurangnya sebahagiannya boleh diungkapkan semula untuk dijadikan prinsip ilmu
pengurusan.

Jadual 1: Unit bilangan Melayu purba dan padanan Inggerisnya

Melayu Purba/Lama (mulai abad ke-7M?) Inggeris-Amerika (wujud selepas abad ke-16M)
eka-/se- mono-

dwi- /bi-, contohnya bilion=109 sebagai unit baru bi-/di-/du-/duo-, contohnya billion =109
kepada ribu juta yg wujud lebih awal lagi. Unit juta (billion Inggeris ialah million million =1012 daripada
wujud sekurang-kurangnya sebelum abad ke-16M lagi Perancis dipakai sehingga 1974. Perancis mengubah
kerana Pegafetta yang menjadi pencatat Magellan itu kepada billion yang lebih kecil itu mulai abad ke-17
sudah pun mencatatkan perkataan juta dengan ejaan yang diambil oleh Amerika Syarikat. Istilah million
Sepanyolnya iouta. Kemudian, milion juga diterima dicipta pada abad ke-13 oleh sarjana Perancis dan
sesuai dengan siri ilion itu (lihat di bawah). Unit juta diterima menjadi perkataan Inggeris hanya pada abad
=109 Melayu dipercayai lebih awal daripada million = ke-14M. Siri -illion selanjutnya sehingga nonillion, lihat
109 Eropah. di bawah, mula disyorkan oleh sarjana Perancis dalam
abad ke-15 berasaskan 1012 itu sebelum berubah kepada
109 pada abad ke-17)

tera- /tri-, contohnya trillion/teralion =1012 tera-/tri-, contohnya trillion

catur-/kater-/kuater-/sruti- , contohnya quadra-/quadric-/tetra-, contohnya


katerlion/kuaterlion =1015 quadrillion

sanki-/panca-/indra-/indriyas-, contohnya quinti-/penta-, contohnya quintillion


sankilion=1018

sisi-/rasas-/carana-, contohnya sisilion = 1021 sexta-/sexti-/sexa-/hexa-, contohnya


sextillion

siti-/sita-/munis-, contohnya sitilion = 1024 septa-/septi-, contohnya septillion

witi-/asta- , contohnya witilion = 1027


octa-/octi-, contohnya octillion

nuki-/nuka-/nanda-/nandanta-/nardanta-/navan-,
nona-/nano-, contohnya nonillion
contohnya nukilion = 1030

wisyi-/waisyi-/vaisya-/vaisyi-/dasa-/dasi, deca-/deci-, contohnya decillion


contohnya wisyilion = 1033 (baru disyorkan pada abad ke-20)

dwidasa-/dwidasi-/patanga- , contohnya duodeca-/dudeca-/dudeci-,contohnya dudesilion (baru


patangalion/patangaliun (syor penulis) disyorkan dalam abad ke-20)

Pengurusan Melayu juga boleh dikaji menerusi etimologi urus (selari dengan kajian sarjana
pengurusan Inggeris terhadap etimologi manage). Dalam Kamus Dewan, Kamus Besar
Bahasa Indonesia dan Kamus Winstedt perkataan urus diberi makna pujuk, pegang,

26
Shaharir Mohamad Zain

gembala, jinak, kelola, sanggup, tanggar, jalan, perintah yang sudahpun menarik dikupas yang
ada sedikit perbezaan dengan makna manage. Mungkin kajian ini lebih menarik lagi jika
asal-usul perkataan urus itu dapat diketahui, dan setakat ini belum ada kamus lengkap
etimologi Melayu (Malaysia atau Indonesia, termasuk tidak lengkapnya kamus etimologi
Melayu Malaysia oleh Chong 1997). Setakat ini penulis mendapat tahu daripada kamus Sutan
Mohammad Zain (1950an?/1962) yang menyatakan urus itu daripada bahasa Jawa
(walaupun bunyinya semacam perkataan Latin, urus atau Arab urf ; urus dalam Latin
diambil oleh Inggeris sebagai uorus bermaksud sejenis lembu di Afrika, dan urf bahasa Arab
itu bermaksud adat resam). Kamus Jawa-Indonesia (Mangunsuwito 2002, Pratwiroatmodjo
1957 umpamanya) menyatakan urus itu bermakna peraturan yang baik, teratur dengan baik,
atau tahu adat; tetapi kamus terkenal Zoetmulder (1982/2000) JawaKuno-Indonesia memberi
makna melimpah atau meluap; dan kamus Kawi-Jawa oleh Winter & Ranggawarsita (1987)
menyatakan urus bermakna tata. Takrif-takrif ini mampu memberi teori atau falsafah baru
pengurusan. Sama juga dengan perkataan yang ada hubungan dengan urus, iaitu pimpin
yang memang cukup berbeza maknanya dengan lead yang sekaligus memberi teori
kepimpinan Melayu seharusnya berbeza dengan teori kepimpinan Inggeris. Perkataan pimpin
juga nampaknya bukan daripada Sanskrit, Latin, atau Arab yang diketahui penulis setakat ini,
malah tiada dalam senarai Melayu-Indonesia-Sanskrit oleh de Casparis 1997, dan dalam
Gonda 1973). Namun mengikut Sugiarto et al. (1993) an Tryson (1994), pimpin itu perkataan
Jawa, Sunda (dengan ejaan pingpin) dan Minangkabau (bombing) walaupun tidak
dinyatakan demikian dalam Kamus Moderen Bahasa Indonesia yang disebut di atas, dan
dalam kamus-kamus Jawa/Kawi/Jawa Kuno yang tersebut di atas. Sugaiarto et al. serta
Tryson tidak memberi makna asal perkataan pimpin Yang menariknya, kamus Iban-Inggeris
oleh Vinson & Sutlive (1994) memberikan makna pimpin sebagai menyeberang dari kiri ke
kanan, arah penerbangan burung ketika menerima sesuatu alamat buruk. Pendeknya, isu
etimologi urus dan pimpin setakat ini pun cukup menjanjikan terbitnya pengertian yang
agak baru tentang pengurusan. Setakat maknanya sekarang, segi matematiknya, nampaknya
kedua-dua pemimpin dan pengurus (Melayu) mestilah berada dalam set berkait dalam
topologi itu. Ini cerapan awal penulis setakat ini. Ini satu contoh jelas perkara yang sejak
dua-tiga tahun ini penulis berulang kali menyatakan bahasa pengantar dalam
pendidikan atau pengajaran ilmu (termasuk sains dan matematik) mewarnai ilmu yang
sedia ada dan pengaryaan ilmu. Pendidikan ilmu dalam bahasa Inggeris umpamanya
yang sedang kita sanjungi sekarang ini hanya mampu mewarnai ilmu itu mengikut
acuan Inggeris sahaja, dan oleh itu selamanya kita berada di belakang Inggeris!
Pengurusan Melayu juga dapat dicungkil menerusi peribahasa Melayu. Umpamanya
pengurusan Melayu adalah pengurusan perundingan kerana tali yg tiga lembar itu tak suang-
suang putus; tak ada kusut yg tak selesai, tak ada keruh yg tak jernih. Pengurusan Melayu
mementingkan pengurusan kebijaksanaan dan keadilan kerana kaitan jangan sekah, buluh
jangan pukah, kayu pemukul jangan patah, tanah dipalu jangan lembang/lekuh; pengurusan
dalam kelembutan dalam ketegasan: tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting;
pengurusan kerja yang berhati-hati dan adil: seperti menarik/menghela rambut (di) dalam
tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak; pengurusan peraturan: umpama sirih;
menjalar dahulu baru melilit, barulah memanjat puncak junjung; pengurusan ilmu: ilmu
katak, serta teringat serta terlompat; pengurusan pengalaman: umur setahun jagung, darah
setampuk pinang; pengurusan feudal: tak kan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang;
pengurusan yang sanggup menanggung segala risiko: bujur lalu, melintang patah (sudah
menjadi judul sebuah buku pengurusan popular karya Mohd Ali, Ketua Eksekutif PKNJ)
Banyak lagi ilmu pengurusan Melayu yang boleh didapati daripada peribahasa. Prinsip

27
Sains Matematik dan Pengurusan

pengurusan dan mungkin sekali matematiknya juga dapat dirumuskan menerusi amalan
perniagaan dan kebudayaan Melayu amnya seperti perihal opsyen yang diperkatakan lagi di
bahagian lain makalah ini.

8. Matematik sebagai Pemimpin, Pengarah Bersama, Perunding, Penimbang Tara,


Pembela dan Peguamcara Pengurusan
Matematik memang sering berperanan mengukuhkan, mencantikkan, mencanggih,
meranggikan, dan menganggunkan sesuatu hasil uji kaji sains, hipotesis, kepercayaan, rekaan,
kraf dan sebagainya. Dalam konteks ini nampaknya matematik layak menjadi permaisuri
(terjemahan biasa queen) ilmu sastera atau sains, termasuklah pengurusan, atau malah ada
yang mengesyorkan menjadi beti/dayang/hamba ilmu sahaja (terjemahan handmaiden yang
terdapat dalam Bell (1951/87) dan Eliezer (1969) umpamanya). Gelaran matematik ini
dibincangkan lagi kemudian. Tetapi kenapa kita mahu menonjolkan aspek yang bertaraf
rendah ini, dan sekaligus mengajar atau berkarya matematik mengikut konteks ini? Mungkin
matematik sebagai rakan kongsi ilmu yang akrab lebih baik daripada sebagai permaisuri atau
beti/dayang/hamba itu? Peranan matematik dalam sains atau lebih am lagi hubungannya
dengan ilmu lain adalah jauh lebih bermakna dan mudah diterima lagi jika matematik
ditonjolkan sebagai pemimpin atau pengarah bersama (atau pemimpin atau pengarah bersama
kedua selepas al-Qur-aan, sebagai al-Furqaan) dan pengarah bersama atau perunding,
pembela dan peguambela ilmu, bukan hanya dalam dunia ilmu sains, kesihatan, kejuruteraan
dan teknologi atau ringkasnya SAKTI, tetapi sains sosial seperti pengurusan, dan malah
kadang-kadang menjadi penimbang tara, pembela dan peguambela dalam kemanusiaan). Ini
bersesuaian pula dengan pengelasan sains Islam yang sudah meletakkan ilmu wahyu
(sekurang-kurangnya fardhu Ain) itu sebagai raja ilmu, sedangkan ilmu-ilmu lain termasuk
matematik dan pengurusan itu hanya ilmu aqli/cendekia yang kadang kala menjadi pembela
atau peguamcara ilmu wahyu dan masa yang lain lagi menjadi saingan ilmu wahyu itu yang
perlu disingkir. Ini selaras pula dengan pendapat al-Ghazali (seorang daripada sarjana agung
Islam abad ke-12M dan paling dihormati hingga sekarang terutama di Alam Melayu) yang
meletakkan matematik sebagai ilmu tertinggi dalam hierarki ilmu aqli walaupun atas sebab
yang tidak dapat kami bersetuju, iaitu kononnya kerana ketepatannya dan tiada salahnya.
Contoh peranan kepengurusan (kepemimpinan, keperundingan dan kepenimbangtaraan)
matematik terlampau banyak dan di sini penulis hanya memilih beberapa sahaja.
Dalam pengurusan memang hampir semuanya bersifat sistem dinamik tidak linear. Untuk
memahami sesuatu telatah sistem tidak linear ini matematik yang dibangunkan oleh Rene
Thom (sarjana Perancis tahun 1960-an yang karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris kira-kira 7 tahun kemudiannya, Thom (1968/1975) dan dikembangkan oleh ramai
sarjana lain seluruh dunia pada tahun-tahun berikutnya seperti yang terkenalnya Zeeman
(1973), matematikawan besar Inggeris yang diberi gelaran Sir oleh kerajaan United Kingdom
menerusi Ratu Elizabeth (matematikawan ke-2 menerima gelaran ini yang masih hidup;
pertamanya Michael Atiyyah), sebagai Teori Malapetaka yang terbit daripada keperluan
mengetahui secara kualitatifnya apakah kemungkinan yang hampir pastinya (bersukatan
satu atau berkebarangkalian satu akan berlaku juga akhirnya terhadap sesuatu fenomenon
tidak linear yang tidak diketahui hukumnya itu? Ternyata, matematik ini amat luas
penerapan/kegunaannya termasuklah bidang-bidang yang dahulunya dianggap matematik
tidak mungkin berperanan di dalamnya seperti bidang kemanusiaan yang menjadi ciri penting
juga dalam bidang pengurusan itu. Contohnya, matematik ini boleh dipakai untuk memahami
tahap-tahap mogok industri atau dinamik ketidakpuasan pekerja, kerana persoalan ini boleh
dipadankan dengan penerapan matematik ini dalam kefahaman dinamik pembangunan

28
Shaharir Mohamad Zain

sesebuah tamadun dan telatah kemarahan seseorang (lihat Zeeman 1973). Di sini jelaslah
peranan matematik malapetaka ini menjadi pemimpin dalam contoh aspek pengurusan itu.
Matematik sistem dinamik tidak linear yang menumpu kepada persoalan apa yang akan
terjadi tanpa pertimbangan sukatan keboleh-jadian juga berupaya menjadi pemimpin
bersama ke arah membuat dasar negara yang lebih menjanjikan hasil yang lebih baik dan
saksama. Sudah tentu dalam konteks ini peranan matematik sebagai pemimpin bersama itu
semakin jelas kerana kebersamaannya dengan pegangan sistem nilai yang berhubung dengan
isu negara itu. Umpamanya isu pendidikan yang lebih menjanjikan lahirnya bakal ahli sains
pengurusan yang berdaya karya yang tinggi sehingga menjadi penghampar agenda gaya,
teknik atau kaedah pengurusan yang menjadi ikutan seantero dunia. Kepercayaan umumnya,
pengurusan itu tidak bebas budaya. Data-data sepanjang zaman pula nampaknya
membuktikan mereka yang prihatin kepada kebudayaan sendiri sahajalah kebanyakannya
yang mampu menyerlahkan agenda baru dalam menangani masalah pengurusan yang sarat
budaya itu. Teori yang menyokong data dan sistem kepercayaan yang mengungguli
kebudayaan sendiri ini dapat dibina menerusi matematik sistem dinamik tidak linear dengan
mentafsirkan ketidak-bitaraan penyelesaian persamaan terbitan tidak linear yang menuju
kepada kekalutan itu berupa siri inovasi dan daya pengaryaan seseorang yang prihatin kepada
kebudayaannya sendiri itu (lihat perinciannya lagi dalam Shaharir 2005). Hasil ini mampu
memberi kekuatan kepada pemimpin negara untuk membuat dasar pendidikan multi-budaya
atau multi-bahasa bagi sesebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia ini.
Kedua-dua contoh peranan matematik di atas, mungkin lebih bersifat kecendekiawanan
sahaja, dan oleh itu tidak akan begitu disanjung tinggi oleh masyarakat umum di negara
membangun seperti Malaysia. Jika demikianlah halnya, maka contoh penerapan aljabar linear
(aljabar vektor dan matriks) ke dalam isu pengurusan/pembuatan yang terbaik untuk
sesuatu keadaan sumber atau teknologi yang ada, yang terkenal dalam matematik sebagai
pengaturcaraan linear (tekanan menyelesaikan persamaan serentak puluhan pemboleh ubah
dengan pantasnya), sepatutnya cukup jelas peranan positif dan terasanya kemanfaatannya
secara kebendaannya/ materinya (iaitu untung dalam ringgit). Matematik dalam bidang ini
pun sebenarnya sarat nilai yang berhubung dengan perkara yang diminati, persoalannya,
matalamatnya, kekangannya, konsep terbaiknya, dan pilihan dasarnya (penyelesaian model)
seperti yang dibincang sebelum ini.
Satu lagi contoh yang ingin disebut di sini kerana pengurusan matematik (atas nama
persamaan pembeza/terbitan stokastik dalam pengurusan perniagaan dsbnya) dalam bidang
yang luar biasa lagi, iaitu dalam pengurusan kewangan, apabila Black, Scholes dan Merton
dalam tahun 1970-an berjaya mendedahkan rahsia kegiatan porfolio sehingga Scholes dan
Merton memperoleh Hadiah Nobel pada 1997 (Black pun tentunya turut menerima Hadiah ini
jika beliau tidak meninggal dunia dua tahun sebelum itu). Matematik pengurusan kewangan
ini sebenarnya satu lagi contoh pengurusan yang jelas dipengaruhi oleh nilai dan kebudayaan
setempat dan apabila dimatematikkan menjadi kaedah pengurusan sejagat. Opsyen yang
diakui sekarang ialah berasaskan amalan jual-beli orang-orang Amerika Syarikat, dan orang-
orang Eropah sahaja; lalu diistilahkan sebagai opsyen Amerika Syarikat dan opsyen Eropah.
Opsyen Amerika ialah satu perjanjian jual-beli yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa
sehingga tarikh yang dipersetujui, manakala opsyen Eropah mestilah dilaksanakan pada tarikh
yang dipersetujui sahaja. Sejak 2004, atas kesedaran bahawa dinamik pelaburan dan opsyen
secara Islam semestinya berbeza matematiknya dengan yang diutarakan oleh Merton, Black
dan Scholes itu, maka dengan izin Al-Lah, kami berjaya mengutarakan model pelaburan
saham Islam yang berasaskan prinsip mudharabah dan musyarakah (lihat Maheran et al.

29
Sains Matematik dan Pengurusan

2005). Model pelaburan lazim (berasaskan sistem nilai Barat) ke atas satu saham tunggal
ialah satu persamaan pembeza stokastik skalar, yang teringkasnya,
dx kx dt rx dW ,
dengan x ialah harga saham, W proses Wiener piawai, t masa, k kadar perubahan relatif harga
saham jika tiada ganjatan/fluktuasi yang diwakili oleh ungkapan dalam sebutan proses Wiener
W itu, dan r ialah kadar kemeruapan saham. Mengikut perspektif Islam persamaan ini tidak
lagi sah berlaku dan perlu digantikan oleh persamaan vektor (jika tiada pinjaman
kewangan dilakukan)
dX AX dt cBX dW ,

X tr ( x1 , x2 ) mewakili ekuiti pelabur dan rakan kongsinya (pihak penjual saham, bank,
sekuriti dsbnya), A suatu matriks yang mengandungi pulangan pelaburan bersama itu, dan c
suatu skalar (faktor sepunya bagi kadar kemeruapan saham bersama) manakala B ialah sebuah
matriks yang mengandungi sebahagian daripada faktor kemeruapan saham bersama itu.
Model dinamik sesuatu pelaburan saham Islam ini mengesyorkan seseorang mentafsirkan
pembelian satu saham secara Islam samalah dengan pembelian dua saham secara lazim
yang berinteraksi dengan kadar pulangan dan kadar kemeruapan yang berbeza daripada
saham lazim itu; seterusnya opsyen Amerika dan opsyen Eropah yang diberikan oleh rumus
opsyen Black-Scholes itu dapat digunakan untuk mendapat opsyen Amerika dan opsyen
Eropah untuk pelaburan saham Islam itu. Sudah tentu kajian ini dapat diteruskan lagi dengan
menggunakan budaya jual-beli Melayu yang masih diamalkan hingga sekarang yang dikenali
sebagai gadai janji, iaitu tarikh pelaksanaan jual-beli ditetapkan dan jika pembeli tidak
mampu melaksanakannya, maka bunga dikenakan atau harta/barang yang dijual itu lelap.
Sejauh mana amalan gadai janji ini direstui Islam memang menjadi suatu lagi penyelidikan
asas sebelum matematiknya dibina. Begitu juga dengan jual-janji Melayu yang dikenali
sebagai pawah, iaitu perjanjian yang membolehkan seseorang pembeli (pemegang pawah)
menikmati semua hasilnya sehinggalah penjualnya membelinya dengan harga yang telah
ditetapkan dahulu. Tetapi katalah hukum gadai janji dan pawah ini haram hukumnya,
matematiknya masih boleh dibangunkan juga untuk mengukuhkan lagi rasional hukum haram
itu. Ini menjadi contoh konkrit betapa matematik menjadi pemimpin, pengarah bersama,
perunding dan penimbang tara; atau pengukuh sesuatu fahaman atau ideologi; atau menjadi
simbiosis dan sinergi dengan pengurusan kualitatif. Semua ini dibicarakan lagi di bawah ini.
Di sini dibincangkan lagi bagaimana nilai yang terbit daripada prinsip Islam dalam
perniagaan pinjaman mampu menerbitkan matematik baru dalam pinjaman Islam itu,
yang lain daripada amalan Bank Islam pun, yang ternyata matematik ini mampu mencipta
masyarakat yang lebih adil daripada sistem perbankan lazim/Islam sekarang (Maheran &
Shaharir 2004). Secara kualitatifnya pinjaman Islam ialah suatu urusan perkongsian
perniagaan antara peminjam (yang miskin wang tetapi kaya idea!) dengan pemberi
pinjam (yang kaya tetapi sentiasa masih memerlukan idea baru yang lain!). Perkongsian
perniagaan ini dinamai mudharabah (atau ejaan kaedah LC/DBP, mudarabah dan/atau
musyarakah, dengan d titik di bawah yang tidak teramalkan itu). Bank Islam seluruh dunia
memang beretorik dengan prinsip Islam ini, tetapi ternyata matematik yang diamalkannya
atau urusan peminjaman diperoleh daripada matematik bunga yang lazim itu juga, iaitu

dx ax dt b dt ,

30
Shaharir Mohamad Zain

dengan x di sini mewakili hutang peminjam dengan bunga/faedah bulanan a dan b bayaran
balik bulanan hutang, tetapi istilah kuantiti-kuantiti yang penting itu ditukar kepada perkataan
yang nampaknya tidak bertentangan dengan Islam seperti bunga atau faedah a ditukar
kepada pulangan, bayaran balik b ditukar kepada jualan saham atau jualan ekuiti x
oleh usahawan (padanan peminjam ) dan sebagainya. Namun konsep mudharabah
dan/atau musyarakah tiada dalam persamaan itu yang menjadikan tiadanya perubahan dengan
matan matematik itu. Keadaan inilah sebenarnya yang menyebabkan muslim yang
terpelajar tidak bersetuju dengan adanya perbankan Islam atau sekurang-kurangnya begitu
sinis kepada bank Islam amnya sehingga pengurus besar bank Islam pun terpaksa
mengatakan perbezaan bank Islam dengan bank biasa itu seperti ayam sembelih dengan
ayam tak sembelih sahaja! Pembela dan peguambela bank Islam amat diperlukan; dan
dalam hal ini matematiklah yang paling layaknya. Jika mudharabah itu diambil kira maka
persamaan pembeza yang mengawal kerjasama antara dua pihak itu seanalog dengan sistem
ekologi dua spesies, iaitu satu persamaan vektor

dX AX dt B dt ,
dengan
X tr ( X 1 , X 2 ) ekuiti masing-masing; dan
A (aij ), aij a ji rk , aii r (1 k )

ialah matriks pekali pulangan perkongsian perniagaan ( r kadar pulangan


pelaburan/perniagaan bersama, k Po H pecahan pulangan milik pemodal, Po modal asal
perniagaan/pelaburan bersama daripada pihak usahawan, H jumlah modal perniagaan
/pelaburan bersama), dan
B (t ) ( t , t )tr , rb(1 k ), rH (1 k ) rPo , rk ( Po b) b(1 r )
yang mewakili pertambahan/pengurangan ekuiti masing-masing hasil sumbangan bulanan b
kepada modal perniagaan rakannya yang mengalami kerugian kos melepas, sambil beliau
sendiri beroleh sebahagian daripada pulangan menerusi modal pinjaman daripada rakannya
itu. Penyelesaian model mudharabah dan musyarakah sebenar ini menerbitkan pengurusan
pinjaman yang berbeza, iaitu rumus bayaran bulanan yang berbeza yang nilainya kurang
sedikit daripada bayaran bulanan kepada bank lazim atau bank Islam sekarang, tetapi
mencipta keadilan yang lebih tinggi dan lebih memenuhi kehendak Islam.

9. Contoh-Contoh Konkrit yang Lain Lagi tentang Simbiosis dan Sinergi Matematik
dengan Pengurusan
Dalam pengurusan kenaikan pangkat ahli akademik universiti, persoalan kriteriumnya tidak
lagi banyak dipertikaikan sehingga itulah yang menjadi asas penilaian seseorang yang
dipertimbangkan kenaikan pangkatnya, iaitu pengajaran, penyelidikan dan/atau perundingan,
penerbitan, sumbangan kepada masyarakat, pentadbiran dan/atau sumbangan kepada
universiti, dan sahsiah. Yang mula dipertikaikan ialah kepentingan setiap unsur pertimbangan
itu, dan yang lebih dipertikaikan lagi ialah perincian makna setiap unsur itu. Inilah unsur-
unsur kualitatif dalam pengurusan kenaikan pangkat itu. Namun ini tidak menghalang
pengurusan ini dimatematikkan, dan pematematikan ini belum selesai hingga sekarang. Pada
tahun 1988-89 dahulu penulis telah memodelkan kriterium kenaikan pangkat untuk UKM

31
Sains Matematik dan Pengurusan

dengan hanya menggunakan rumus purata berpemberat (lihat pada borang penilaian tahunan
atau kenaikan pangkat kakitangan akademik UKM sehingga sekurang-kurangnya tahun
2002). Beberapa tahun selepas dilaksanakan di UKM, beberapa buah universiti awam lain
juga menggunakan rumus yang sedemikian itu, tetapi selama manakah rumus itu dipakai atau
ditambah-baiknya lagi tidaklah diketahui. Namun sejak 2004 ada ahli sains matematik
pengurusan di UKM yang ditugaskan untuk menambah-baik penyelesaian masalah ini dengan
matematik yang lebih canggih lagi menerusi kaedah analisis hierarki ciptaan Saaty & Erdener
(1979) tetapi lebih dikenali dengan ciptaan Saaty sahaja (kerana siri sumbangan Saaty dalam
1980-an hingga 1990-an yang mengagumkan, dan bukunya 1980) dan/atau matematik kabur
Zadeh itu, tetapi penulis tidaklah mengetahui hasilnya.
Dalam tahun 1992 penulis juga mematematikkan perancangan pembangunan UKM
dengan menyiapkan Tekad 2002 yang berupa rancangan strategi UKM yang sesuai untuk
penilaian prestasinya menerusi matematik kawalan, iaitu yang memastikan matlamat dan gol
universiti yang boleh disukat. Tekad 2002 itu berupa rancangan strategi universiti yang
pertama yang terhasil di Malaysia, tetapi nampaknya penilaian universiti secara matematik
masih belum dilakukan oleh mana-mana universiti di Malaysia; walaupun kini setiap
universiti awam ada menghasilkan rancangan strategi masing-masing. Sudah tentu
matematiknya nanti sarat nilai.
Sejak 2001 seorang pelajar penulis menilai model-model peruntukan sumber universiti
seluruh dunia menerusi pengoptimuman linear gol dengan mengandaikan universiti sebagai
institusi melahirkan siswazah bakal inteligensia atau bijak pandai negara, iaitu model klasik
sesebuah universiti, dan kemudiannya mengubahsuainya sesuai dengan struktur universiti di
Malaysia. Hasilnya ialah sebuah model pengoptimuman linear pelbagai matalamat dengan 18
pemboleh ubah (14 bilangan kakitangan pelbagai jenis dan 4 jenis kos termasuk kos gaji dan
kos pembangunan pekerja), 18 matalamat (termasuk memaksimumkan professor, dan nisbah
pengajar dengan pelajar, serta meminimumkan kakitangan yg kurang berkelayakan, dan beza
kos dengan peruntukan) dan 9 kekangan (termasuk mematuhi nisbah pelajar dengan
kakitangan, nisbah pelajar dengan penyelia, dan kakitangan yang mencukupi) yang semuanya
berasaskan unsur-unsur kualitatif yang berupa kepercayaan dan impian/idealisme peruntukan
sumber sesebuah universiti. Penyelesaiannya menunjukkan selama ini universiti Awam di
Malaysia tidak melaksanakan peruntukan sumbernya dengan sebaik-baiknya (Shaharir &
Abdul Halim 2002a, Abdul Halim 2005). Kemudian kami mengubah sistem nilai kami
terhadap tabii universiti, sesuai dengan kehendak sesetengah pihak yang mahu menganggap
universiti kini seharusnya sebuah kilang: kilang pengeluaran tenaga kerja. Dalam model ini
pelajar tidak lagi dianggap produk tetapi menjadi kelayan/pengguna setanding dengan
majikan, kerajaan, pefrancais, pengguna ilmu (pembiaya projek/penyelidikan/perundingan,
ilmuwan, orang awam); manakala pensyarah tidak lagi sumber tetapi menjadi alat
pengeluaran setanding dengan prasarana universiti yang lain lagi; manakala kursus/program
menjadi produk universiti setanding dengan penerbitan, persidangan, reka cipta dan
sebagainya (sesuai dengan kriterium penilaian kakitangan akademik selama ini yang
modelnya telah dibicara sebelum ini). Hasilnya ialah suatu masalah pengoptimuman linear
pelbagai matalamat yang besar dengan lebih daripada belasan pemboleh ubah (termasuklah 4
produk dan inventorinya, 4J bahan mentah untuk J jenis bahan mentah dan inventorinya, 4U
bilangan kakitangan untuk U kategori kakitangan, 4S masa operasi mesin untuk S jenis mesin,
4R masa penggunaan ruang untuk R jenis ruang), 3 matalamat (memaksimumkan
keuntungan, kapasiti mesin, dan meminimumkan masa penggunaan ruang,) dan puluhan
kekangan linear daripada 3 jenis kekangan (kekangan pasaran produk, inventori bagi setiap
produk, keupayaan mesin dan ruang) (Shaharir & Abdul Halim 2002b,c). Penyelesaiannya

32
Shaharir Mohamad Zain

masih sedang diusahakan kerana pemalar-pemalar yang terbabit cukup banyak dan perlu
dianggarkan dengan saksamanya, tetapi dijangka dilaporkan dalam tesis Abdul Halim (2005).
Namun, kami percaya matematik ini akan mengukuhkan lagi keunggulan konsep universiti
sebagai sebuah industri.
Penilaian rancangan Malaysia memang dilakukan setiap akhir rancangan tersebut, tetapi
setahu penulis penilaian itu tidaklah dilakukan dengan model matematik yang canggih seperti
teori kawalan. Seorang pelajar penulis pernah melakukan penilaian sebuah Rancangan
Malaysia menerusi model kawalan dan didapati rancangan Malaysia tersebut banyak yang
tidak mencapai matalamat yang diidami (lihat Shaharir et al. 1986). Tetapi nasi sudah
menjadi bubur, kata orang. Yang terbaiknya penilaian sebegini dilakukan setiap tahun oleh
agensi berkenaan kerana dengan cara itulah hasil matematiknya dapat menambah-baik
pelaksanaan rancangan itu. Ini tentunya memerlukan ahli sains pengurusan memasuki politik
peyakinan ahli politik semasa tentang pulangan baiknya kaedah matematik ini.
Dengan adanya program Sarjana Sains Pengurusan, dan Program Sarjana Kualiti dan
Produktiviti di UKM sejak 1996, banyaklah tesis Sarjana dalam bidang ini yang dihasilkan.
Sebagai contohnya, di sini diberi dua contoh tesis tersebut yang diseliai oleh penulis, iaitu
tentang pengurusan pengambilan pelajar universiti yang terbukti lebih saksama menerusi
pengaturcaraan linear gol (Norsida & Shaharir 2003), penilaian prestasi bank-bank di
Malaysia menerusi pengaturcaraan linear (Vicky & Shaharir 2003). Sebelum politik
peyakinan kepada pihak berkuasa berkenaan pengambilan pelajar universiti (sekarang ini
secara kebetulan seorang Felo PERSAMA yang tidak semestinya lebih memudahkan!) kajian
kaedah pengambilan pelajar universiti menerusi pengaturcaraan linear gol itu perlu
disimulasikan dengan data yang lebih besar lagi. Kajian prestasi bank itu pula sepatutnya
sudah diketahui oleh para juru bank negara untuk menyemak kedudukan seperti yang
dibayangkan di dalam kajian itu. Kajian seperti ini memang bersifat maklumat daripada
pemerhati sahaja dan boleh berfungsi jika para juru bank kita juga rajin membaca di pelbagai
media.

10. Penonjolan Popular Dua Citra Matematik yang Meleset Kesannya


Ada banyak citra matematik yang ditonjolkan selama ini yang penulis ini menganggapnya
sebagai perbuatan yang tidak membantu menarik perhatian sesuatu sektor masyarakat menilai
adanya peranan yang relevan dengan keperluannya khususnya dalam pengurusan. Di sini
penulis memilih dua daripada citra tersebut dan menghuraikan sebab-sebab penonjolan citra
tersebut meleset kesannya.

10.1 . Matematik sebagai Permaisuri/Ratu/Raja Sains


Bagi sesetengah pihak mungkin sekali melihat peranan matematik mengukuhkan atau
sebaliknya sesuatu intuisi, hipotesis, kepercayaan dan sebagainya itu melayakkan tempat
duduk matematik yang mulia di samping ilmu yang diperkukuhkan itu lalu dengan pantasnya
akan bersetuju sahaja dengan terjemahan gelaran Gauss (ahli matematik Jerman abad ke-19
yang mendapat jolokan Raja Mahkota Matematikawan itu) kepada matematik sebagai
permaisuri sains seperti yang telah diperkatakan sebelum ini. Gelaran permaisuri kepada
matematik yang terbarunya juga dibicarakan oleh Abu Osman (2004) yang turut digusarinya
kerana gelaran itu hanya mampu merendahkan status matematik sahaja, yang katanya samalah
dengan akibat daripada perbuatan mereka yang menganggap matematik sebagai hamba
sains sahaja. Pandangan beliau itu memang penuh kewajarannya. Tetapi tidaklah diketahui
apakah pertimbangan dan maksud Gauss apabila beliau mengatakan, mengikut terjemahan

33
Sains Matematik dan Pengurusan

Inggerisnya, mathematics is the queen of sciences itu. Dalam makalah ini penulis
membicarakan isu ini daripada perspektif bahasa dan semantik di samping kedudukan sebenar
sains matematik dalam konteks contoh-contoh yang dibicarakan dalam makalah ini.
Perkataan queen di sini boleh dipadankan dengan ratu, apabila queen itu memang
menjadi raja seperti queen U.K sekarang, walaupun biasanya queen wajar dipadankan
dengan permaisuri ketika queen itu hanya isteri seorang raja. Tetapi ada juga
kemungkinannya, queen digunakan untuk merujuk kepada raja juga tetapi raja bagi bukan
manusia, raja metafora. Ini terutamanya berlaku dalam bahasa yang ada perbezaan morfologi
perkataan, dan struktur ungkapan dan ayat untuk lelaki dan perempuan (yang diistilahkan
sebagai gender dalam bahasa Inggeris yang menyebabkan ada bentuk masculine dan
feminine untuk semua kata benda dan kata kerja; atau jinsa dalam bahasa Arab sehingga
ada bentuk rijal dan muannath untuk semua benda dan kata kerja). Dalam hal ini
science dalam bahasa Inggeris itu biasanya dianggap benda feminine dan oleh itu rajanya
diistilahkan sebagai queen. Kesimpulannya padanan queen dalam queen of sciences itu
ke dalam bahasa Melayu ialah ratu, raja dan permaisuri yang bergantung pada
anggapan/tafsiran seseorang terhadap peranan atau kedudukan matematik dalam sains. Yang
jelasnya, seperti yang disebut sebelum ini, istilah permaisuri untuk matematik tidaklah
menguntungkan citra/status matematik yang sebenar dalam sains seperti yang ditunjukkan
dalam sains pengurusan di dalam makalah ini. Gelaran itu memang merendahkan taraf
matematik. Gelaran ratu juga tidak sehebat gelaran raja walaupun dalam sejarah di Alam
Melayu dan sejarah Islam ada juga ratu yang mencipta sejarah kehebatannya seperti Cik
Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong di Kelantan, dan ratu-ratu yang memerintah
Kerajaan Aceh dalam pertengahan abad ke-17 hingga akhir abad ke-17, dan yang terkenal
hebatnya Ratu Sufiyatuddin dengan gelaran Puteri Seri Alam Permaisuri, Ratu Kali-
Nyamat kerajaan Demak abad ke-16M, Puteri Balqis pada zaman Nabi Sulaiman (di
dalam al-Qur-aan, Suraht al-Naml: 35-37) dan Puteri Syajaratuddur atau Shajar al- Dur
atau Shagrat al-Durr Zaman Mamluk di Mesir pertengahan abad ke-13 (lihat Internet5).
Lagi pun gelaran ratu pada zaman ini terpaksa dikongsi citranya dengan ratu cantik pula.
Jadi jika kita ingin meneruskan gelaran queen of sciences tajaan Gauss ini maka terjemahan
yang terbaiknya ialah raja sains. Tetapi bolehkah gelaran ini digondoli oleh matematik dan
diiktiraf umum kerana cukup banyak ilmu lain yang ditakhtakan oleh sarjananya sebagai raja
sains, setengahnya lebih terkenal dan lebih berpengaruh daripada Gauss itu, yang
mengisytiharkan ilmu lain lagi sebagai ratu/raja sains sehingga menggerhana ratunya/rajanya
matematik, seperti yang diperturunkan di bawah ini? Maklumat-maklumat di bawah ini
dipetik daripada sumber internet dan diolah semula dengan maklumat-maklumat daripada
sumber lain lagi bagi tujuan perbahasan selanjutnya dalam makalah ini.
Dalam tradisi keilmuan Barat/Eropah, terutamanya dalam zaman Kristian berpengaruh
besar dalam kehidupannya, lebih-lebih lagi dalam zaman skolastikisme atau Zaman
Pertengahannya (abad ke-10 hingga ke-14), yang timbul akibat pertembungannya dengan
tamadun Islam, teologi Kristian dianggap raja ilmu kerana sepertilah dengan hierarki ilmu
Islam, ilmu berkenaan ketuhanan sudah tentulah mengatasi segala-galanya. Dalam masa yang
sama, tentunya ada golongan ilmuwan Barat yang mewarisi pandangan Aristoteles
(Inggerisnya, Aristotle), sarjana agung Yunani abad ke-4 SM, bahawa ilmu berkenaan dengan
kepemimpinan dan kepemerintahan (iaitu sains politik dan sebahagian besar daripada
ilmu pengurusan sekarang) adalah raja sains. Namun apabila pengaruh Kristian/Skolastik
merosot, maka bibit sains berasaskan uji kaji/pancaindera mulai mengambil tempatnya.
Seorang sarjana Eropah pada pertengahan zaman skolastik yang terkenal berdakwah (setelah
dipengaruhi oleh Tamadun Islam) tentang kehebatan sains uji kaji ialah Roger Bacon, dan

34
Shaharir Mohamad Zain

oleh itu beliau mendapat gelaran bapa sains moden Barat, dan beliaulah yang dikatakan
mengucapkan raja sains ialah sains uji kaji. Sejak itu angin perubahan kepada
pentakhtaan sains pun berlaku. Selewat-lewatnya, sejak abad ke-18M lagi, Barat pada amnya
menganggap sains ialah ilmu yang lebih tinggi darjatnya daripada sastera kerana ketepatan
ramalan daripada sains jauh melebihi yang dalam sastera, walaupun ada golongan yang
berpendapat sebaliknya yang mewarisi pandangan Leornado Da Vinci (akhir kurun ke-15M &
awal kurun ke-16) seniman agung Renaisans Eropah (bangsa Italia) itu mengatakan seni
tampak adalah raja sains, mungkin kerana kesemestaannya dan kemampuannya dinikmati
oleh semua orang. Yang lainnya (dalam kurun ke-12 M, masih dalam zaman skolastik)
mengatakan nahu/tatabahasa adalah raja sains, mungkin atas pertimbangan
keperluannya untuk semua orang yang berilmu mengatasi ilmu-ilmu lain.
Kant, seorang ahli falsafah agung Eropah (Perancis) abad ke-18M menegaskan metafizik
(tidak semestinya agama, tetapi agamawan menanggap metafizik sebagai penjelmaan agama
sahaja) sebagai raja sains; tetapi William Whewell, seorang ahli falsafah Eropah (Inggeris)
terkenal dalam abad ke-19M menegaskan bahawa astronomi (sub-bidang sains matematik
gunaan/terapan) adalah raja sains; Comte, ahli sosiologi terkenal, mengatakan sosiologi
adalah raja sains. Para sosialis, komunis atau kebendaanisme tertarik kepada geometri, lalu
Engels (seorang jaguh kebendaanisme yang terkenal) pada akhir abad ke-19 menegaskan
bahawa geometri adalah raja sains. Nietzsche, ahli falsafah Jerman abad ke-19 hingga awal
abad ke-20, memberi hujah-hujah yang kuat dalam pewajarannya psikologi sebagai raja
sains. Kemudian dalam abad ke-20, muncul sarjana-sarjana yang menegaskan falsafah
sebagai raja sains (dimulai oleh Russell, seorang matematikawan dan ahli falsafah agung
abad ke-20 ini dan pemenang Hadiah Nobel, dan baru-baru ini oleh seorang pasca-modenis
terkenal, Rorti). Ada juga sarjana (dimulai oleh Dunbar 1996) menegaskan bahawa biologi
adalah raja sains (terutamanya biologi molekul), sedangkan pihak lain (yang terbarunya
Cole 1999) menegaskan fizik adalah raja sains, tetapi pada masa yang sama Dresher (1999)
melaungkan fonologi adalah raja sains. Yang lain lagi mengisytiharkan sendiri-sendiri
bahawa ekonomi, geologi, komunikasi (terutamanya TMK), dan pemasaran masing-
masingnya menjadi raja sains. Tiga puluh tahun yang lepas, Driesch (1975), seorang ahli
biologi dan falsafah Jerman terkenal, meramalkan parapsikologi akan menjadi raja sains
dan kini nampaknya ramalannya itu semakin diterima umum juga mengenangkan begitu
banyak buku popular bidang ini dan popularnya siri TV, The X-File itu!
Dalam keadaan persaingan menjadi ratu/raja ilmu ini, siapakah yang masih mahu
menegakkan diktum Gauss bahawasanya matematiklah ratu/raja sains, terutamanya apabila
mempertimbangkan satu daripada kriterium ratunya/rajanya ilmu itu nampaknya ialah
penerimaan masyarakat terhadap kepentingan ilmu itu dalam segala aspek kehidupannya.
Perebutan kuasa di kalangan bidang-bidang ilmu yang tersebut di atas itu tidak mungkin
memihak kepada kemenangan matematik. Mungkin juga inilah sebabnya sudah ada lama
juga sarjana sains matematik yang sudah pun lari daripada diktum Gauss itu dengan
mengutarakan diktum baru lagi, iaitu matematik itu beti/dayang atau hamba sains (Bell
1951/1987, Eliezer 1969), dan matematik adalah raja kesenian (Eliezer 1969). Tetapi
cogan kata pertama itu lebih merendahkan lagi sains matematik dan memang patutlah tidak
laku; manakala cogan kata kedua itu tentunya sukar diyakini berbanding dengan seni lukis
(yang taraf rajanya sudah pun diisytiharkan oleh Leornado Da Vinci itu sejak abad ke-16M
lagi itu), muzik atau puisi bahasa tabii yang dapat dinikmati oleh semua orang itu! Lebih baik
perebutan menjadi raja ini dilupakan sahaja!
Dalam bidang ilmu sains itu sendiri, sains tabii atau sains jasmani/fizis dianggap lebih
tinggi tarafnya daripada sains kelakuan atau sains hayat, apatah lagi berbanding dengan sains

35
Sains Matematik dan Pengurusan

sosial dan kemanusiaan, atas sebab yang sama (ketepatan dan kuasa ramalannya yang tinggi).
Unsur yang menyebabkan sesuatu ilmu itu tinggi tahap keboleh-percayaan/keandalannya, atau
kuasa ramalannya yang tinggi ketepatannya itu, nampaknya dilakukan oleh penggunaan atau
kewujudan matematik di dalam ilmu itu. Dalam konteks ini, sains yang banyak menggunakan
matematik atau ringkasnya, sains bermatematik (atau sains matematik) itu dianggap lebih
tinggi martabatnya atau darjatnya. Ringkasnya, tahap kesainsan sesuatu ilmu itu dianggapnya
berkadaran langsung dengan tahap matematik di dalamnya; dan oleh itu matematik boleh
dianggap sebagai pentakhta raja, pihak yang memartabat/mendarjatkan sesuatu ilmu. Dalam
konteks ini, wajarlah dilaungkan slogan baru : matematik pentakhta raja sains.

10.2. Seninya dan Indahnya Matematik


Dalam hal yang berhubung dengan citra sains matematik terutamanya matematik tulen juga
ialah perihal kesenian matematik itu yang sering menjadi kebanggaan sebahagian besar ahli
sains matematik terutamanya ahli sains matematik tulen itu. Citra kesenian ini memang
banyak dicurahkan oleh ahli-ahli matematik besar dan penulis-penulis matematik tulen.
Contohnya, dalam penyetaraan matematik dengan muzik, sehingga Sullivan (1925)
umpamanya berpendapat matematik sama seperti muzik atau seni lain, iaitu satu cara
seseorang mencapai swa-keinsafan yang lengkap; manakala Russell (1967) seorang ahli
matematik yang begitu berpengaruh di dalam bidang kemanusiaan sehingga beroleh Hadiah
Nobel dalam kesusasteraan pada 1950, menyebut betapa matematik itu kecemerlangan
kesenian yang mengatasi muzik dalam pembinaan alam unggulnya; dan Lang (1985) berkata
keindahan membuat matematik ialah kerana matematik ialah manipulasi nombor dan
struktur yang setaraf dengan muzik ialah manipulasi nota-notanya. Dalam menyanjung
keindahan matematik, Dyson (1956), seorang ahli sains matematik fizik umpamanya
menyatakan Weyl (seorang ahli sains bidang yang sama yang banyak memberi sumbangan
dalam teori kumpulan) pernah berkata bahawa beliau melakukan kerja-kerjanya (dalam
matematik fizik) untuk menyatukan kebenaran dengan keindahan tetapi jika beliau diberi
pilihan antara dua ini nescaya beliau akan memilih keindahan (matematik); manakala
Newman (1956) melaporkan bahawa Goethe pernah berkata bahawa matematikawan berhenti
berkarya dalam sesuatu perkara yang diminatinya apabila dia dapat merasai keindahan
kebenarannya; Russell (1967) menyebut betapa matematik itu bukan sahaja kebenaran tetapi
keindahan yang agung; dan Poincare, seorang ahli sains matematik yang terkenal (dilaporkan
dalam Huntley 1970) menyatakan seseorang menelaah matematik kerana menceriakan dan
keindahannya. Dalam penyetaraan matematik dengan kepuisian, Bronowski (1970)
umpamanya menyatakan matematik itu sejenis puisi; dan Hardy (1994), seorang ahli
matematik tulen terkenal, menyatakan karya ahli matematik, sepertilah dengan karya pelukis
atau pemuisi.
Sanjungan-sanjungan tabii sains matematik sebagai kesenian atau seni sebenarnya
tidaklah menjadikan sains matematik itu popular seperti muzik kerana kesenian matematik
hanya boleh dinikmati oleh ahli sains matematik sahaja, sedangkan muzik dapat dinikmati
oleh sesiapa sahaja! Oleh itu langkah mempopularkan sains matematik sebagai kesenian
sebenarnya tidak membantu keterlestarian (keboleh-terusan tanpa perubahan) matematik
malah mengukuhkan sifat haktulor/steriotip matematik itu sahaja. Malang sekali, dalam
kurikulum matematik sekolah pun nampaknya aspek kesenian dan keindahan mata
pelajaran tersebut yang hendak dijadikan satu daripada matalamat pengajaran mata pelajaran
itu.

36
Shaharir Mohamad Zain

11. Keperluan Anjakan Paradigma Sikap Pengajar dan Pelajar Matematik


Perubahan sikap pengajar/guru/pensyarah sains matematik amatlah diperlukan jika simbiosis
dan sinergi sains matematik dengan pengurusan hendak ditonjolkan dan kesedaran terhadap
tabii ini dipupuk dan seterusnya sewajarnya dihayati yang dibicarakan oleh penulis ini dalam
tahun 1980-an hingga 1990-an (contohnya Shaharir 1992). Tabii sains matematik yang
sebenar inilah yang berpotensi besar, malah lebih besar daripada potensi daripada ilmu lain,
iaitu sains matematik sebagai ilmu yang bernilai luaran/eksternal, zahiriah/ekstrinsik, dan
memang/intrinsik yang sebahagiannya telah dibincang sebelum ini. Selebihnya dibincangkan
lagi di sini.
Di peringkat pengembangan ilmu matematik yang sedia ada ini, para penulis buku teks
atau guru bertanggungjawab memaparkan matematik dengan kaedah yang dilalui oleh
seseorang penyelidik, iaitu menjawab persoalan bagaimanakah setiap unsur matematik itu
dibangunkan pada asalnya? Jika ini dapat dilakukan, maka tentunya berbagai-bagai nilai
ekstrinsik dan intrinsik matematik, malah nilai luaran, banyak terserlah berperan(an)
membangun matematik itu. Nilai zahir/ekstrinsik ialah nilai-nilai biasa dalam kaedah sains,
iaitu bukan milik matematik sahaja (cuma lebih banyak/dominan dalam matematik), iaitu
intuisi, heuristik, mantik, rasional, analisis, inovasi dan sebagainya; manakala nilai
memang/intrinsik ialah nilai yang sentiasa menjadi motivasi penciptaan/pengaryaan
matematik, iaitu kesimpelan (ringkas, mudah = sederhana Indonesia, tidak kusut, tidak
kelekek, dan sebagainya), keindahan, kecanggihan, keanggunan (eligan), keitlakan (keadaan
lebih am atau luas jangkauannya), keniskalaan/keabstrakan, kesatuan, dan lain-lain lagi. Nilai-
nilai ini masih belum ditapis untuk membezakannya dengan mahmudah yang dibincangkan di
atas tetapi peranannya sudah dijelaskan dengan agak terperincinya dalam makalah penulis ini
beberapa tahun yang lepas (Shaharir 2003c). Nilai luar/eksternal yang sering ada simbiosis
dan sinergi dengan sains matematik ialah ideologi, kebudayaan, pandangan hidup, doktrin
kosmologi, dan sebagainya yang ada dalam pengurusan dan seterusnya dalam matematiknya
seperti yang ditunjukkan sebelum ini. Walaupun kepentingan nilai merentas kurikulum
menjadi teras KBSM, tetapi hanya satu-dua nilai daripada KBSM ini (keadilan dan
kerjasama) sahaja yang dapat ditunjukkan bersimbiosis dengan matematik selama ini, dan itu
pun dengan tafsiran yang berbeza daripada yang dihuraikan oleh Kementerian Pendidikan
dalam risalah-risalah berkenaannya. Ini ialah kerana kebanyakan nilai kemanusiaan/sosial am
KBSM itu bukannya nilai utama pencetus ilmu, iaitu bukannya nilai-nilai yang menjadi
motivasi atau mangkin pembangunan matematik (lihat Shaharir 2001a, 2002b). Isu nilai
dalam pendidikan sains pengurusan tiada bezanya dengan yang di dalam sains matematik
amnya yang banyak dibicarakan oleh penulis ini sejak 1980-an lagi dan yang terbarunya
dalam Shaharir (2003c). Kesimpulan intinya daripada perbincangan itu segi pendidikannya
ialah perlunya pendekatan persejarahan (bersumber asli) diamalkan dalam
pengajaran/pendidikan sains matematik amnya apatah lagi khususnya dalam sains
pengurusan.
Ekorannya, pendekatan sesuatu judul sains matematik tentunya perlu diubah daripada yang
biasa itu kerana penonjolan nilai-nilai memang/intrinsik, zahiriah/ekstrinsik dan
luaran/eksternalnya (menerusi pendekatan biasa itu) amatlah sedikit kerana terlampau
mementingkan formalisme, mantikisme, dan simbolisme. Oleh itu pendekatan yang perlu
dihindari ialah yang tidak sejajar dengan sejarah perkembangan matematik itu sendiri
sehingga tidaklah terlampau mementingkan mantik dan rasional sahaja, yang tidak hanya
mementingkan sogokan takrif, bukti lema dan teorem tanpa motivasi dan sebab asal mengikut
sejarahnya, yang prihatin kepada nilai yang mendesak/ mempengaruhi/tercetusnya idea,
konsep, prinsip, takrif dan sebagainya. Dengan pendekatan baru itu kelak maka tidak/sukarlah

37
Sains Matematik dan Pengurusan

tertonjolnya tabii palsu matematik, iaitu kononnya matematik itu bebas nilai dan tidak
bergantung pada kebudayaan dan sebagainya yang berhubung dengan kemanusiaan. Aspek ini
telah diperkatakan sebelum ini. Oleh itu setiap pengajar matematik (di semua peringkat) perlu
mempersoalkan banyak perkara yang dahulunya tidak pernah dihiraukannya, seperti apakah
asal-usul takrif, aksiom dan sebagainya sehinggalah kepada persoalan tujuan meng-am atau
mengitlakkan dan seterusnya meniskalakan sesuatu perkara dan bagaimana terbitnya sesuatu
lema, teorem dan sebagainya. Jawapan kepada soalan-soalan inilah yang kaya dengan nilai
daya pengaryaan, kecendekiawanan, dan nilai pendidikan amnya yang malangnya hampir
tidak dihiraukan oleh hampir semua guru/pensyarah dan penulis buku teks matematik.
Pendekatan dan bentuk soalan latihan, ujian atau peperiksaan juga perlu dihindarkan daripada
bentuk yang memerlukan ingatan/hafalan tetapi direka bentuk dan diperantikan supaya
menggalakkan berfikir, berdaya karya (kurang mantik), kritis (terbuka), berintuisi (rasa, tidak
formal, tidak teliti, tidak mantik), berheuristik (ikut tanda-tanda yang menjanjikan sesuatu
yang dicari-cari, walaupun tidak teliti atau banyak persoalannya) dan sebagainya. Pendeknya,
pendekatan yang kaya dengan nilai-nilai pendidikan ini (nilai dalam matematik, terutamanya
yang pentingnya nilai bukan nilai sosial am itu) adalah dengan cara mengulangi sejarah
penemuan/pembinaan matematik itu, atau cara penyelidikan matematik. Contoh pendekatan
sebegini dalam pengoptimuman dan pengurusan ada dalam karya Shaharir (2002b).
Isu pemodelan bukan sahaja ditimbulkan dalam pengajaran/pendidikan matematik
gunaan sahaja seolah-olah pemodelan bukannya ciri matematik tulen (Pillow 1965) tetapi
semestinya ketika pemaparan matematik tulen juga. Contohnya, aljabar set dikaitkan
dengan model manusia berfikir menerusi dan dan atau yang memang belum selesai
hingga sekarang, walaupun kemajuannya yang tinggi telah tercapai menerusi matematik
kabur yang di negara kita diterokai oleh Prof Abu Osman. Teori Kumpulan (dalam
matematik) itu terbit dengan hebatnya menerusi pertimbangan nilai estetik (keindahan) yang
terkenal, iaitu simetri. Jika kita dapat meleraikan persoalan-persoalan pemodelan matematik
ini, maka barulah isu matalamat kursus atau mata kuliah yang amat lemah dipaparkan pada
masa ini bolehlah diperbaiki. Setiap mata kuliah matematik malah bolehlah diadakan
matalamat yang lebih tinggi/murni hasratnya daripada yang biasa ditulis dalam buku-buku
bersifat program (pendekatan kelakuanis/behaviuris) atau dalam modul-modul PJJ
(Pendidikan Jarak Jauh) itu yang hanya bersifat kemahiran dan bukan pendidikan. Isu-isu ini
pernah dibicarakan oleh penulis ini sejak hampir dua dasawarsa dahulu (terawalnya, Shaharir
1978) dalam konteks kebergunaan matematik di dalam sektor industri, pembebasan minda
terserkap, penerapan dan penonjolan nilai pemangkin pembangunan matematik merentasi
kurikulum, dalam konteks pempribumian sains matematik (suatu gagasan yang diutarakan
oleh penulis ini sejak 1995 (lihat Shaharir 2003a,c), dan pengIslaman sains matematik itu
(gagasan am yang terkenal di Malaysia sejak 1977 dengan penubuhan ASASI tetapi dengan
rasional tegasnya diutarakan oleh Shaharir dan Abdul Latif 1988 dan banyak siri makalah
Shaharir dan penulis-penulis lain selepas ini). Satu model pendekatan matematik yang
mengandungi unsur-unsur yang diperkatakan ini sudah dimulai oleh sekumpulan ahli
matematik yang digerakkan oleh penulis ini di bawah naungan PERSAMA dan model ini
dinamai matemadesa. Prinsip dan konsep serta garis panduan pelaksanaan model ini ada
dalam antologi Shaharir (2001a,b). Program ini masih jauh perjalanan pengisiannya dan
penulis berharap kegiatan ini patut diperluaskan kepada mandala pendidikan/pengajaran di
peringkat universiti seperti yang cuba dilakukan oleh penulis menerusi penerbitan buku teks
universiti Siri Pelandok di PPSM, UKM.

38
Shaharir Mohamad Zain

12. Keperluan Anjakan Paradigma Sikap Haktulor Ahli Sains Matematik dan Lulusan
Sains Matematik

Selama ini kebanyakan ahli sains matematik dan lulusan sains matematik dianggap umum
bercitra negatif yang tidak serasi dengan keperluan dunia kepengurusan seperti konservatif,
tidak dinamik, tidak bersosial, tidak lentur dan lain-lain lagi. Ini sudah menjadi gambaran dan
anggapan haktulor (stereotip) terhadap mereka ini yang perlu dihakis oleh mereka sendiri, jika
mereka mahu peluang penyumbangan yang lebih lagi kepada masyarakatnya, atau diterima
dengan lebih menyeluruh lagi oleh masyarakatnya khususnya dalam dunia kepengurusan.
Untuk menghakis haktulor ini, pendekatan pengajaran sains matematik yang haktulor itu
seperti yang diperaku oleh ramai sarjana pendidikan matematik termasuklah sarjana yang
terkenal Polya (1973) dan yang terbarunya Krantz (1998) yang begitu diwar-war oleh
American Mathematical Society (AMS), tanpa diadunkan dengan isu nilai dan kebudayaan
amnya yang dibincangkan dalam makalah ini perlulah dihakisi. Penggubal dan pelaksana
kurikulum sains matematik perlulah merevolusikan matalamat penawaran sesuatu unsur sains
matematik dengan lebih bermakna lagi, dan bukannya bersifat kelakuanisme seperti supaya
mengetahui takrif, teorem dan sebagainya itu. Ahli sains matematik juga perlu mengambil
langkah membina minatnya di dalam bidang di luar daripada bidang pengkhususan
sempitnya, dan bergaul dengan orang di bidang lain sehingga dengan para korporat dan ahli
politik sekali pun. Isu ini sudah lama dibicarakan oleh penulis ini seperti yang disebut di atas
tetapi hingga kini pun nampaknya perkara-perkara yang menjadi isu itu masih banyak lagi
yang tinggal menjadi isu walaupun perubahan yang agak banyak juga telah berlaku sejak itu.
Perubahan sikap ahli sains matematik ini termasuklah juga keberanian pemimpin-pemimpin
akademik sains matematik di universiti untuk menamakan semula kebanyakan mata kuliah
sesebuah program sains matematik sehingga menampakkan kerelevanannya dengan
kemanusiaan dan kemasyarakatan. Lulusan sains matematik pula perlu keluar memberanikan
dirinya (sebahagiannya kerana menyahut cabaran dan galakan pensyarahnya) bekerja di luar
bidang tradisinya, kerana jenis-jenis pekerjaan yang lain itu cukup banyak seperti yang
dibincangkan oleh Shaharir (1996).
Hingga kini betapa sains matematik dan ahlinya masih tidak diberi peluang yang seadilnya
untuk berperan(an) di dalam arus pembangunan Negara dapat disaksikan dalam tinjauan
yang dibuat oleh Aziz et al. (1982) dan Ku Ruhana (1996) yang menunjukkan syarikat-
syarikat pembuatan, perniagaan, pengurusan, kewangan dan sebagainya amat sedikit
menggunakan kaedah-kaedah sains matematik. Yang lainnya masih menganggap lulusan
sains matematik tidak sesuai bekerja dalam bidang selain daripada perguruan. Pendeknya
imbauan terkenal daripada sarjana Yunani abad ke-4SM, Pithagoras, Berikanlah daku tempat
berpijak, aku akan menggerakkan bumi ini (terjemahan penulis kepada ungkapan yang
dipetik daripada buku Freudenthal 1967) masih belum begitu diendahkan oleh masyarakat di
negara membangun, termasuklah juga di negara kita ini, walaupun tawaran-tawaran bekerja di
swasta yang ditujukan kepada lulusan sains (yang seharusnya termasuklah juga lulusan sains
matematik) amnya sudah semakin bertambah. Malah mengikut tinjauan Shaharir (1996)
terdapat banyak jenis pekerjaan di swasta, yang sebahagian besarnya boleh dikatakan bidang
pengurusan, yang sesuai direbut oleh lulusan sains matematik. Para pensyarah sains
matematik amnya dan pengurusan amnya perlulah mengetahui profil pekerjaan-pekerjaan ini
dan seterusnya meyakinkan pelajarnya yang lulusan sains matematik dan pengurusan
khususnya memang layak mencebur ke dalamnya.

39
Sains Matematik dan Pengurusan

13. Penutup
Sains matematik diperkenalkan untuk mempertahankan makna dan skop matematik daripada
terus tersasar dan terseleweng daripada yang asal mulanya. Sains matematik termasuklah
sebahagian besar pengurusan sudah tidak dipertikaikan tetapi matematik segi etimologinya
juga jelas termasuk pengurusan. Oleh itu segala hujah teori dan falsafah tentang adanya
simbiosis dan sinergi antara [sains] matematik dengan nilai/sila dipaparkan menerusi bidang
pengurusan dengan secara yang konkritnya. Sekaligus ditunjukkan betapa kebudayaan
Melayu mampu dijadikan tunggak pembinaan [sains] matematik dan pengurusan yang boleh
menyaingi tabii ilmu-ilmu ini dari sumber Barat selama ini.
Citra, dongengan atau kenyataan [sains] matematik, lulusannya, dan ahlinya yang selama
ini dianggap dan mungkin diterima dengan pasifnya akan ketidak-relevanannya ilmu dan
ilmuwan ini dengan arus perdana masyarakat dan negaranya, terutamanya yang tidak
bersilang dengan teknologi maklumat atau statistik gunaan, sebenarnya sedang terhakis di
negara kita ini tetapi kadar penghakisannya dapat dipesatkan menerusi simbiosis dan sinergi
matematik dengan pengurusan. Oleh itu disyorkan supaya perubahan ini dilakukan oleh
lulusan, pengajar/pendidik dan ahli sains matematik itu sendiri dengan bertindak bijak
memilih bidang lain lagi sehingga ada yang dilihat relevannya dengan cita rasa
masyarakatnya. Untuk mengubah keadaan para pendidiknya, para ahlinya dan lulusannya
perlulah menghayati makna sains matematik yang sebenarnya, iaitu sejenis ilmu pengurusan,
ilmu yang penuh nilai dan kebudayaan bangsa yang setengahnya perlu disesuaikan dengan
nilai dan kebudayaan kita sendiri. Pengajaran dan penyelidikan [sains] matematik yang
menimbulkan simbiosis dan sinergi dengan nilai khususnya dengan nilai-nilai daripada
pengurusan ditunjukkan begitu akrab terjadinya dan oleh itu disyorkan supaya kegiatan ini
terus dipertingkatkan penghayatannya. Tindakan baru ini dibayangkan akan menghakis segala
citra dan dongengan/mitos haktulor [sains] matematik itu dalam tabii ilmu itu [seperti
kononnya sebagai ilmu indah dan penuh seni atau menjadi ratu/permaisuri ilmu], dan kerjaya
yang berlandaskan kepada ilmu ini.

Rujukan
Abdul Halim A. 2005. Peruntukan Sumber Universiti Klasik dan Universiti sebagai Sebuah Industri. Tesis D. Fal.
yang akan diserahkan kepada Pusat Pengajian Sains Matematik, UKM.
Abdul Latif S. 1997. Falsafah Matematik. K.Lumpur: DBP.
Abu Osman M.T. 2004. Deria Pemikiran Matematik. Daripada Konkrit ke Niskala. K.Terangganu: Penerbit
KUSTEM.
Al-Attas S.M.N. 1989/1995. Islam & Filsafat Sains. Bandung: Al-Mizan (Terj. karya asalnya Islam and
Philosophy of Science, K. Lumpur: ISTAC 1989).
--------------------. 1995. The Nature of Man and the Psychology of the Human. K. Lumpur: ISTAC, UIA.
Al-Motaz S.A.b.M. 2003. The Man. A Strange Creature with Diverse Qualities. 2nd ed. N.York: Darussalam.
Aziz A.H., Hamdan A. & Raja Noorani R.S. 1982. Management science in Malaysia. Jurnal Pengurusan 1(1): 55-
61.

Bangley F.R.C. 1964. Ghazalis Book of Council for King (Nasihat al-Mulk). London: Oxford Univ. Press
Bell E.T. 1951/1987. Mathematics Queen and Servant of Science. Washington: Tempus 1987, London: G.Bell &
Sons 1951.
Boje D., Gephart R.P. & Thatchenkery T.J. (Pyt.). 1995. Postmodern Management and Organisation Theory. Sage
Pub.
Bose P. 2003. Alexander The Greats Art of Strategy. N.York: Gotham Books
Briggs L.P. 1951/1999. The Ancient Khmer Empire. Bangkok: White Lotus Press. Terjemahan karya asal dalam
bahasa Perancis 1951.

40
Shaharir Mohamad Zain

Bronowski J. 1964. Science and Human Values. Los Angelis: Pelican Books
Bukhari al-Jauhari. 1603/1966. Taj al-Salatin (Jawi, di Perpustakaan UM & Perpustakaan Negara). DiRumikan
1966 oleh Khalid Hussian dgn judul Tajus Salatin terbitan DBP dan diulang cetak beberapa kali sehingga
yang terbarunya 1992; Yumsari Yusuf 1979 dgn judul Tajussalatin terbitan Departmen Pendidikan &
Kebudayaan, Jakarta.

Charnes A. & Cooper W.W. 1977. Goal programming and multiple objective optimization. Euro. J. OR 1: 39-54.
Chong M.W. 1997. Kamus Etimologi Bahasa Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti.
Cole K.C. 1999. First You Build a Cloud, and Other Reflections on Physics as a Way of Life. Harcourt: Harvest.
Cooper R. & Burell, G. 1988. Modernism, Postmodernism and Organizational Analysis. An Introduction.
Organization Studies 9(1): 91-112
Covey S. 1989/1994. Tujuh Kebiasaan Manusia yang Sangat Efektif. Jakarta: Binarupa Aksara. Terj. 1994 kpd
karya asal dalam bahasa Inggeris 1989. Kemudian ada pula terj. ke dlm. bahasa Melayu Malaysia 1996
berjudul Tujuh Tabiat Orang yang Amat Berkesan Memulihkan Etika Akhlak terbitan P.Jaya: Prentice Hall.

DAmbrosio U. 1989. On ethnomathematics. An Internet. Jour. for Philosophy of Modern Maths. Second series
4(1): 3-14.
de Casparis J. 1997. Sanskrit loan words in Indonesian/Malaysian language. Dlm internet: http://
crcl.th.net/indic/sktbyin.htm , atau minta malay-indonesian Sanskrit roots. (4 Mei 2005).
Debreu G. 1983. Economic theory in the mathematical mode. Nobel Memorial Lecture.
http://www.nobleprize.org/economics/laureates/1983/debreup-lecture.pdf; atau minta differentiable pre-
ference (4 Mei 2005).
Dresher E. 1999. GLOT International 4 : 9
Driesch H. 1975. Physical Research: The Science of the Supernormal. N.York: Arno Press
Dunbar R.I.M. 1996. The Trouble with Science. Cambridge, Mass.: Harvard Univ. Press
Dyson F. 1956. Nature. 10 March.

Eliezer C.J. 1969. Mathematics Queens of the Arts, Handmaiden of the Sciences. La Trobe Univ. Inaugural
Lecture, Australia.

Faisal Haji Othman. 1994. Attributes of virtuous executives and administrators, dalam Aidit Haji Ghazali & Syed
Othman Alhabshi (Pyt), Islamic Values and Management, K.Lumpur: IKIM.
Freudenthal H. 1967. Mathematics Observed. World Univ. Library/McGraw Hill

George C.S. 1972. The History of Management Thought. Prentice Hall.


Goleman D. 1998. Working with Emotional Intelligence. N.York: Bantam Books.
Gonda J. 1973. Sanskrit in Indonesia. N.Delhi: International Academy of Indian Culture

Hardy G.H. 1994. A Mathematicians Apology. Cambridge, U.K: CUP


Hikayat Hang Tuah. Abad ke-17M? (Jawi, di Perpustakaan UM dan dicetak di K.L & Singapura 1949,
1951,1956,1957,1959,1960)/1924 (Rumi). Transkripsi ke Rumi yang pertama 1924 terbitan Balai Poestaka,
Batavia/Jakarta dan diulang cetak sekurang-kurangnya 3 kali, umpamanya 1956, cet. ke-3. Trinskripsian ke
Rumi yang lainnya oleh Shellabear dan diterbitkan oleh Pustaka Antara, Singapura 1950-an, umpamanya cet.
ke-3-nya 1963; Datuk Pamuntjak Nan Sati terbitan Jambatan dan Gunung Agung, Jakarta 1960; Kasim
Ahmad 1964 terbitan DBP 1964,1966,1975 (cet. Ke-5), dan 1991 berpengenalan baru serta yang terbarunya
1997; Lembaga Pembinaan Kesatuan Bangsa, Djakarta 1965; Abu Hassan Sham 1975 terbitan Utusan
Melayu; Bot Genoot Schap 1978 terbitan Dept. Pend. & Kebudayaan, Jakarta; Abu Hassan Sham terbitan UM
1975 dan Sarjana Interprise , K.Lumpur 1980; Rubaidin Siwar terbitan Longman, Malaysia 1980; dan
terbarunya terbitan DBP dgn judul Karya Agung Hikayat Hang Tuah 2005. Terjemahan kepada bahasa
Inggeris 1956.
Hikayat Iskandar Zul Karnain. Abad ke-17M? (Jawi, di Perpustakaan Negara)/1967(Rumi) transkripsian
Khalid Hassan terbitan DBP dan cet. keduanya 1986; Judul yg sama transkripsian Siti Chamamah Soeratno
diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta; dan terbarunya terbitan Perpustakaan Nasional Indonesia 2002.
Hikayat Nabi Sulaiman. Abad ke-17?. Namun ada judul Hikayat ini bertarikh 1832, Karangan Ishak Peuteua Gam
(Jawi, ada di Perpustakaan Negara & National Library of Singapore) yang ditranskripsi ke Rumi oleh Ramli
Harun 1982 dan diterbitkan oleh Departmen Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia.
Hosmer L.R.T.& L.R. 2005. The Ethics of Management. 5th ed. Boston: McGraw Hill

41
Sains Matematik dan Pengurusan

Huntley H.E. 1970. The Devine Proportion. N.York: Dover Pub.


Hursell E.1900/1970. Logical Investigations. London: Routledge & Paul.Terjemahan daripada buku asalnya dalam
bahasa Jerman terbitan 1900.
Hwang C.L. & Masud A.S.M. 1979. Multiple Objective Decision Making. Methods and Applications. A State of
the Art Survey. N.York: Springer.
Hyles R. 1986. What do managers do? A critical review of the evidence. Jour. of Management Studies 23(1): 88-
115.

Internet1. Dlm. internet. Minta Nobel prize atau hadiah Nobel. (5 Mei 2005).
Internet2. Dlm. internet. Minta postmodernism and the deconstruction of social explanation. (5 Mei 2005).
Internet3. Dlm. internet. Minta Prapanca, atau terus ke lubuk http://sastrajawa_arwan.blogspot.com/. (5 Mei
2005).
Internet4. Dlm. internet. Minta illion numbers. (5 Mei 2005).
Internet5. Dlm. internet. Minta gajah mada atau terus ke lubuk http://sastrajawa_arwan.blogspot.com/. (5 Mei
2005).
Internet 6. Dlm. internet. Minta nama-nama berkenaan atau terus ke lubuk:
http://www.mail-archive.com/siarlist@minipostgresql.org/msg01606.html,
http://www.thingsasian.com/goto_article/article.1245.html,
http://www.womeninworldhistory.com/heroine1.html. (5 Mei 2005).

Kahf M. (1980/1981). A Contribution for the Theory of Consumer Behaviour in an Islamic Society. Dlm. Ahmad
K. (Pyt.), 1980, Studies in Economics of Islam, Arab Saudi: International Centre for Research and Islamic
Economics, King Abdul Aziz Univ. Karya ini juga diterbitkan oleh Islamic Foundation, Leicester, U.Kingdom
1981; dan diterbitkan juga di Delhi, India 1987. Karya beliau yang mengandungi isu yang sama juga muncul
dlm. buku snt. Ahmad K. & Awan K.R., 1987, Lectures on Islamic Economics, Jedah: Islamic Dev. Bank,
dgn judul Theory of consumer behaviour in Islamic perspective yg juga muncul dlm buku Tahir A., Ghazali
A & Agil S.O.S (Pyt.), 1992, Reading in Micro-economics. An Islamic Perpective, K.Lumpur: Longman.
Karya beliau yg lebih baru lagi tentang perkara ini tetapi masih tiada perubahan aksiomnya muncul dlm bab 4
dan 5 buku snt. Ghazali A. & Agil S.O.S., 1996, Principles of Islamic Economics, K.Lumpur: IIUM.
Kamus Besar Bahasa Indonesia. 1995. Snt. ke-2. Jakarta: Balai Pustaka.
Kamus Dewan. 1989. Snt. baru, cet. 1. K. Lumpur: DBP.
Kamus Matematik. 1990. K.Lumpur: DBP.
Kamus Moderen Bahasa Indonesia. 1950-an?/1962. oleh Sutan Mohammad Zain Yayasan Dharma. Snt.
Pertamanya 1950-an? Muncul juga dalam internet http:// truevis.com/indon/ety.html.
Kamus Pelajar. 1995. Cet. Ke-12. K. Lumpur: DBP.
Kelly L. 1998. An Existential-Systems Approach to Managing Organizations. Wesport, Conn: Quorum Books.
Khan F. 1984. macro consumption function in an Islamic framework. J. of Research in Islamic Economics 1(2): 1-
2.
---------. 1992. Theory of consumer behaviour in an Islamic perspective. Dlm. Sayyid Tahir et al.. (Pyt.). Readings
in macroeconomics: An Islamic Perspectives. K.Lumpur: Longman.
Khoo K.H. 1990. War at Work: Applying Sun Tzus Art of War in Todays Business World. P.Jaya: Pelanduk Pub.
Kirkeby O.F. 2000. Management Philosophy. A Radical-Normative Perspective. New York: Springer Verlag.
Krantz S.G. 1998. How to Teach Mathematics. 2nd ed. Providence, A.S: AMS.
Ku Ruhana Ku Mahamud. 1996. The extent of image of quantitative techniques in Malaysian business firms.
Analisis 4(1): 1-11.
Kurke L.B. 2004. Wisdom of Alexander The Great: Enduring Leadership Lessons from The Man Who Created an
Empire. N.York: American Management Assoc.

Lang S. 1985. The Beauty of Doing Mathematics. N. York: Springer Verlag.


Lennie I. 1999. Beyond Management. London: Thousand Oaks.
Livingston E. 1986. The Ethnomethodological Foundation of Mathematics. London: Routledge & Kegan Paul.

Machiavelli, N. 1532/1959. Kepala Negara. Djakarta: Lembaga KRISM 1959. terjemahan 1959 kpd buku asalnya
dalam bahasa Italia, Il Principe 1513. Terjemahan lainnya terbitan DBP 1989 dgn judul Penguasa: Surat
Seorang Negarawan kepada Pemimpin Republik; terbitan Gramedia, Jakarta 1991 dgn judul, Sang
Penguasa: Surat Seorang Negarawan kepada Pemimpin Republik; dan Gramedia lagi 2004 dgn judul
Politik Kekuasaan. Terjemahan ke bahasa Inggeris pertama kali dilakukan pada 1680 dgn judul, The

42
Shaharir Mohamad Zain

Prince dan diikuti puluhan terjemahan baru selepas itu hingga tahun 2000-an ini pun ada terjemahannya
yang dapat disaksi dalam internet.
Maheran M.J. & Shaharir M.Z. 2004. Mudharabah model for business loan based on equity. Kumpulan Kertas
Kerja Sem. on Non-Bank Financial Institutionns: Islamic Alternatives. 1-3 Mac 2004, K.Lumpur , 1-10.
Susunan Habib A.
Maheran M.J., Shaharir M.Z,, Abdul Aziz J. & Zaidi I. 2005. Model pelaburan saham tunggal terbuka mengikut
perspektif Islam. Seminar Kebangsaan Sains Matematik ke-13, UUM, 31 Mei .
Mangunsuwito S.A. 2002. Kamus Lengkap Jawa-Indonesia. Bandung (Margahayu Permai): Yrama Widya.
Maspero G. 1920/2002. The Champ Kingdom. The History of an Extinct Vietnamese Culture. Bangkok: White
Lotus Press. Terjemahan 2002 kpd karya asal dlm bahasa Perancis 1920.
Mat Rofa Il. 1995. Sejarah Aritmetik dan Aljabar Islam. Serdang: UPM.
Muhammad Khair Ramadhan Yusof. 2000. Iskandar Zulkarnain: Panglima Perang, Penakluk dan Pemerintah
yang Soleh. Kajian Terperinci menurut al-Qur-aan, Sunnah dan Sejarah. K.Lumpur: Jasmin Enterprise.
Terjemahan karya asalnya dalam bahasa Arab.

Newman J. 1956. The World of Mathematics. New York: Simon & Schuster.
Norsida H. & Shaharir M.Z.. 2003. Kaedah pemilihan Pelajar masuk universiti menerusi pengaturcaraan linear
gol: kajian kasus UPSI. Bul. of the Malay. Math. Sc. Soc. 26: 129-139.
Nuruddin al-Raniri. 1638/2002. Bustan al-Salatin (Jawi, di Perpustakaan UM & Perpustakaan Negara). Bab 3,
yang diRumikan oleh Mohd Jalaini Harun 2002 (belum terbit). Beberapa bab lain sudah diRumikan dan
diterbitkan oleh DBP 1966 (Bab 2, Fasal 13 oleh T.Iskandar), 1992 (Bab 2 sepenuhnya oleh Siti Hawa Haji
Salleh); 2004 (Bab 1 & 2 oleh Jelani Harun). Buku asalnya ada 7 Bab. Terjemahan kpd Inggeris 1974
dilakukan terhadap bab 4 fasal 1 terbitan DBP.

PAS 2003. Negara Islam. PAS Pusat, Jalan Melawati, K.Lumpur.


Pillow A.F. 1965. What is Applied Mathematics? Inaugural Lecture. Brisbane: Univ. of Queensland Press.
Plutarch. 75M/2004. Life of Alexander The Great. N.York: Modern Library. Terj. Karya asal dalam bahasa Yunani
75M.
Polya G. 1973. How to Solve It. 2nd ed. Princeton: Princeton Univ. Press.
Prapanca. 1365. Nagarakritagama. Edisi Brandes J.L.A. 1902.
Prawiroatmodjo S. 1957. Bausastra Djawa-Indonesia. Surabaja: Penerbit Express & Marfiah.

Reed M. 1989. Sociology of Management. N.York: Harvester Wheatsheaf.


Rosenthal F. 1970/1992. Keagungan Ilmu. Kuala Lumpur: DBP. Terjemahan 1992 kpd buku asalnya dalam bahasa
Inggeris terbitan 1970.
Rubeinstein A. Lecture 4: Consumer preference. http://www.Google.com/ search?q=%22differentiable+
utility+function%22&btnG=search8hl=en&k= ; atau minta differentiable utility function (5 Mei 2005).
Russell B. 1967. Autobiography. London: George Allen & Unwin: 158.

Saaty T.L. 1980. The Analytic Hierarchy Process. McGraw Hill.


Saaty T.L. & Erdener E. 1979. A new approach to performance measurement: The analytic hierarchy process.
Design Methods and Theories 13(2).
Salalatussalatin/Sulalat al-Salatin/Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu 1612 (Tun Sri Lanang, Jawi)/1948 (Rumi,
transkripsi Shellabear 1896). Singapura: Malaya Pub. House. Diulang cetak beberapa kali seperti cet. ke-4-
nya 1950, dan terakhirnya 1961, dan kemudiannya diterbitkan pula oleh Fajar Bakti, P.Jaya 1970-an (cetakan
ke-2-nya 1975) serta diulang cetak lagi mungkin lebih daripada belasan kali kerana cet. ke-17-nya 1987.
Transkripsi lainnya oleh Datuk Madjoindo Aman 1952 terbitan Jambatan dan Gunung Agung, Djakarta yg
diulang cetak 1959; Situmorang T.D, TeeuwA. & Amal Hamzah 1958 terbitan Djambatan, Jakarta; Zainal
Abidin Wahid 1966 terbitan Quezon City, Philippina; Abdul Samad Ahmad 1979 terbitan DBP; Putri
Minerva Mutiara 1993 terbitan Departmen Pendidikan & Kebudayaan, Jakarta; Muhammad Haji Salleh 1997
terbitan Yayasan Karyawan & DBP; Muhamad Yusoff Hashim 1998 terbitan Inst. Kajian Sejarah dan
Patriotik Malaysia, Melaka; Cheah B.K. 1998 terbitan MBRAS .Terjemahan kpd Inggeris 1960-an, snt. baru
terbitan OUP 1967.
Salaman G. 1981. Class and the Corporation. London: Fontana.
Shaharir M. Z. 1978. Should we emphasize on application of mathematics particularly its application in industry.
Dlm Shaharir B.M.Z. et al.. (Pyt.). The Role of Mathematics in Industry. Proc. of 3rd South East Asian Math.
Sympos. Bangi: UKM. 15-21.

43
Sains Matematik dan Pengurusan

-----------------------------------. 1984. Daya pengkaryaan bahasa dalam bidang bukan sastera. Dewan Bahasa. Sept.:
552-554.
---------------------------------. 1990. Simbiosis antara Sistem Nilai dengan Matematik. Bangi: Pusat Penerbit, UKM.
---------------------------------. 1992. Pengaruh budaya ke atas sains matematik. Kesturi. 2(2): 30-43.
---------------------------------. 1996. Isu pemasyarakatan matematik di Malaysia. Berita Harian. 6 Feb; dan Menemui
Matematik 18(1): 15-20.
----------------------------------. 1998/2000. Sistem Angka Melayu sebelum Kedatangan Islam. Bull. Malaysian Math.
Soc. 23(1): 1-34. Asalnya sebuah laporan Cuti Sabatikal UKM 1998.
---------------------------------.1999a. Satu tanggapan tentang sains matematik pengurusan. Warkah Berita PERSAMA
5 (1&2).
--------------------------------. 1999b. Sorotan buku Abdul Latif Falsafah Matematik. Bull. Malaysian Math.
Soc.22(2): 193-206.
-------------------------------.2000/2002. Etnomatematik Melayu. Seminar UNRI-UKM, 6 Mei, 2000, dan
kemudiannya muncul dalam Jurnal Sari 2002 (2): 97-112.
-------------------------------. 2001a. A need for an indigenised curiculum in school mathematics. Internat. Sem. on
School Science & Mathematics. Akademi Sains Malaysia, 22 Okt.
----------------------------. 2001b. Garis Panduan Prinsip dan Pelaksanaan Matemadesa. Bangi: PERSAMA.
------------------------------. 2002a. Untung Nasib unsur Kualitatif dalam Sains Matematik. Seminar Sehari Falsafah
dan Sejarah Matematik, anjuran Jabatan Matematik UPM. Muncul dalam Kesturi 12.
-------------------------------. 2002b Kaedah pengajaran dan pendidikan pengoptimuman yang mendekati Nilai Islam.
Pros. Simpos. Kebangsaan Sains Matematik ke-9. Bangi: Pusat Pengajian Sains Matematik, UKM: 313-320.
-------------------------------. 2003a. Kaedah pemeribumian sains, teknologi dan perubatan. Makalah Khas Pusat
Penerbit dan Teknologi Pendidikan UKM.
------------------------------------. 2003b. Management Philosophy. A Radical-Normative Perspective (ulasan buku).
Jurnal Pendidikan Islam. ABIM 10(3): 69-79.
---------------------------------. 2003c. Penyerlahan nilai sains matematik hampir di mana-mana Seminar Sehari Nilai
dalam Sains Matematik anjuran INSPEM, UPM, 1 April 2003. 20pp.
---------------------------------. 2003d. Teori Kepemimpinan-Kepengurusan dalam Tamadun Melayu dan Tamadun
Islam Vis a Vis Eropah. Mimeograf.
----------------------------------. 2005. Beberapa Akibat daripada Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris di Malaysia: Suatu Penilaian Empiris dan Teori. Kumpulan kertas kerja Kongres Melayu 2.
Shaharir M.Z. & Abdul Latif S. 1988. PengIslaman sains matematik. Jurnal Pendidikan Islam ABIM. 2(7): 13-135.
Shaharir M.Z. & Abdul Halim A. 2002a. Peruntukan sumber akademik universiti: sorotan model jangka pendek
yang menggunakan pengaturcaraan gol. Prosid. Simpos. Kebangsaan Sains Matematik ke-9. Bangi: PPSM,
UKM: 303-312.
-------------------------------------------------------------.2002b. Pemodelan universiti berkonsepkan pada industri
pembuatan. Dlm. Faridah et al.. (Pyt.). Pemodelan Ekonomi, Aplikasi Kepada Pembentukan Dasar. K.
Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd., pp. 215-242.
-------------------------------------------------------------. 2002c. Matalamat pemodelan industri pembuatan, isu
kakitangan akademik, dan hubungan di antara keduanya dalam penghasilan program pengajian di universiti.
Dalam Zuria M. et al.. (Pyt.). Pros. Sem. Profesion Perguruan. Bangi: Fakulti Pend. UKM, pp. 417-440.
--------------------------------------------------------------. 2005a. Peruntukan sumber bagi sesebuah universiti klasik.
Mimeograf.
--------------------------------------------------------------. 2005b. Peruntukan sumber bagi sesebuah universiti yang
dianggap sebagai sebuah industri pembuatan. Mimeograf .
Shaharir M.Z. & Rohani A. R. 1996. Pengaruh sistem nilai dalam pengoptimuman utiliti berketentuan: Ke arah
teori yang lebih serasi dengan Islam. Pros. Simpos. Kebangsaan Sains Matematik ke-VII. Shah Alam: ITM:
290-296.
Shaharir M.Z., Shaikh Dawood & Mohamad A. 1986. Satu Penilaian Prestasi Ekonomi Malaysia, dlm Abu Osman
B. M. T. et al. (Pyt.). Ke Arah Peningkatan Penyelidikan dan Pengajaran Sains Matematik. Bangi: Pusat
Pengajian Kuantitatif. 458-481.
Sheppard M. 1976. Tun Perak, Bendahara Melaka Termasyhur. K.Lumpur: Longman.
Simon H.A. 1957. Models of Man. Social and Rational. N.York: JWiley.
Spash C. & Hanley N. 1995. Preferences, information and biodiversity. Ecological Economics 12: 191-208.
Stevenson L.F. 1974/1988. Tujuh Teori tentang Sifat Manusia. P.Jaya: Pustaka Cipta. Terj. 1988 kpd karya asal
dalam bahasa Inggeris 1974.
Sugiarto et al. 1993. Kamus Indonesia-Daerah. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.

44
Shaharir Mohamad Zain

Sullivan J.W.N. 1925. Aspects of Science. N.York: A.A. Knopf.


Sun Tzu. 500SM/1986. Seni Ketenteraan Sun-Zi. Yayasan Penerbitan Sastera, Persekutuan Persatuan-Persatuan
Hokkien Malaysia. Terj. karya asal dalam bahasa China yang dianggarkan bertarikh 500SM. Terjemahan
lainnya, terbitan DBP 1993 dgn judul Seni Peperangan oleh Sunzi. Dalam bahasa Inggeris diterjemah
sebagai The Art of War pertama kalinya dalam 1905 atas nama Sonshi dan diterbitkan di Jepun (maklumat
daripada internet).
Syed Othman A. 1994. Islamic values: its universal nature and applicability dalam Aidit Haji Ghazali .& Syed
Othman Alhabshi (Pyt), Islamic Values and Management, K.Lumpur: IKIM.

Tekad 2002. Perancangan Strategi UKM. Bangi: Pusat Penerbit UKM.


Thom R. 1968/1975. Structural Stability and Morphogenesis. San Francisco: Benjamin Cummings. Terj 1975 kpd
karya asalnya dalam bahasa Perancis 1968.
Tryson D.T. (Pyt.). 1994. Comparative Austronesian Dictionary. N.York: Mouton de Gruyter.

UMNO 2004. internet , Islam Hadhari.

Viky P. N. & Shaharir M.Z.. 2003. Efficiency of the local commercial Bank in Malaysia. Malaysian Management
Rev. 38(2): 9-19.
Vinson & Sutliv J. (Pyt.). 1994. Dictionary of Iban and English. Kuching: Tun Jugah Foundation.

Wan Mohd. Shaghir A. 2000. Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara. Jilid 1. Kuala Lumpur: Persatuan
Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah.
Winter C.F.Sr. & Ranggawarsita R.Ng. 1987. Kamus Kawi-Jawa. Yogyakarta: Gadjah Mada Univ. Press

Zaman A. 1987. Essays in Islamic Analysis. N. Delhi: Nice Printing Press.


Zaman A. 1991. Towards foundation for an Islamic theory of consumer behaviour. Dlm Faridi F.R. (Pyt.), Essays
in Islamic Economic Analysis, N.Delhi: Genuine Pub.
Zeeman S.C. 1973. Applications of Catastrophe Theory. Preprint. Maths. Inst, Univ. of Warwick, U. Kingdom.
Zoetmulder P.J. 1982/2000. Kamus Jawa Kuna Indonesia. Cet. Ke-3. (Cet. Pertamanya 1995). Jakarta:
Gramedia Pustaka Utama. Terj. Karya asalnya Old Javanese-English 1982.
Zohar D. & Marshall I. 2001. SQ: Spiritual Intelligence. The Ultimate Intelligence. N.York: Bloomsbury.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
Makalah ini ialah hasil suntingan makalah yang dibentangkan di Sem. Keb. Sains Matematik XIII di Alor Setar,
anjuran UUM-PERSAMA pada 31 Mei 2005 sebagai ucap utama.

Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM)


Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Malaysia
Mel-e: shaharirzain711@hotmail.com

45

Anda mungkin juga menyukai