Anda di halaman 1dari 9

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJUNG MALIM,


PERAK DARUL RIDZUAN

THE HISTORY AND PHILOSOPHY OF MATHEMATICS


(KMP 6073)

TAJUK :
FALSAFAH MATEMATIK ASAS PEMBENTUKAN
KURIKULUM MATEMATIK KBSR DAN KSSR

NAMA

NO. MATRIK

FAEZIL AHFAAZ BIN CHE BASAR

M20142001743

NAMA PENSYARAH :
PROF. DR. NOOR SHAH SAAD

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 FALSAFAH DAN SEJARAH MATEMATIK

3.0 KURIKULUM MATEMATIK KBSR DAN KSSR


5

4.0

HUBUNGAN

ANTARA

FALSAFAH

MATEMATIK

DENGAN

PEMBENTUKAN KURIKULUM MATEMATIK

5.0 RUJUKAN

1.0

PENGENALAN
Falsafah merupakan satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum

dan asas. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, falsafah adalah berkaitan pengetahuan
tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu
2

lain. Dari segi bahasa, falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani yang digabungkan
iaitu philo yang bermaksud cinta dan suka dan sophia iaitu hikmah atau kebenaran.
Menurut E.D Miller (1984), falsafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara
rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting. Oleh itu, falsafah boleh
disimpulkan sebagai satu pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbanagan
terhadap perkara yang penting dan juga pendekatan yang rasional terhadap sesuatu
masalah atau persoalan.
Matematik pula merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang
dan perubahan. Dahulunya, Matematik dikenali sebagai ilmu hisab. Ahli matematik sentiasa
mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan
deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik. Menurut James dan james
(1976) menyatakan bahawa Matematik adalah ilmu tentang logik mengenai bentuk,
susunan, dan konsep-konsep yang berhubungan antara satu dengan yang lain dengan
jumlah yang banyak yang dipecahkan kepada tiga bidang iaitu algebra, analisis dan
geometri. Seterusnya, menurut Kline (1973) mengatakan bahawa Matematik itu dapat
membantu manusia dalam memahami dan mengatasi masalah sosial, ekonomi dan
berkaitan dengan alam. Matematik berkembang disebabkan proses berfikir dan oleh itu logik
merupakan dasar terbentuknya Matematik. Manakala Mat Rofa Ismail (2004) pula
menjelaskan bahawa Matematik ialah koleksi ilmu yang dibina berdasarkan aksiom, yang
mengkaji hubungan antara aspek kualitatif dengan aspek kuantitatif yang dibina secara
deduksi atau induksi. Kesimpulannya, jika dilihat pula dalam aspek perkembangan dalam
pelbagai tamadun, Matematik dipandang dalam dimensi yang berlainan. Hal demikian
menyebabkan takrif atau pengertian tentang matematik tidak ada yang benar-benar
komprehensif dan sesuai untuk semua tempat dan masa. Ini disebabkan oleh faktor
dalaman dan luaran. Walaupun begitu, matematik masih lagi berteraskan konsep-konsep
asas berkaitan nombor dan geometri.
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum
khususnya Kuriulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terkini Kurikulum standard
Sekolah Rendah (KSSR) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan Negara
yang menetukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan
rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum sesuatu pelajaran merupakan asas penting
dalam pendidikan sesebuah Negara. Mengikut Kamaruddin Haji Hussin (1994), sebagai
sebuah Negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum
yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras
dengan cita-cita dan kehendak Negara.
3

Terdapat beberapa faktor yang menggerakkan pembentukan dan perkembangan


kurikulum. Antaranya ialah perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan yang
membawa reformasi kurikulum supaya pendidikan di sekolah menjadi lebih baik dan
sempurna misalnya pelaksanaan Wawasan Pendidikan berteraskan Wawasan 2020 (Mok
Soon Sang, 2008).

2.0

FALSAFAH DAN SEJARAH MATEMATIK

CABANG-CABANG
FALSAFAH

FALSAFAH

Falsafah
Pendidikan

BIDANG-BIDANG
FALSAFAH

Metafizik
Logikisme

Falsafah
Pendidikan Matematik

Etika
Intuisisme
Logik

Falsafah
Matematik

Formalisme
Epistemologi

Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan

Rajah 1 : Falsafah, Cabang falsafah dan Bidang Falsafah

Antara mazhab yang mendokong falsafah pendidikan ialah mazhab Perenialisme,


Esensialisme, Progresivisme dan Rekonstruksionisme. Setiap mazhab tersebut juga
mempunyai fahaman yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama. Sebagai contoh
mazhab Perenialisme berpegang bahawa ilmu yang terkumpul sejak awal peradaban
manusia harus dijadikan asas pendidikan. Mazhab ini mempunyai prinsip pendidikan adalah
latihan bagi membentuk dan memperkembangkan mental dan intelektual. Dalam kurikulum
4

pendidikan fahaman ini menekankan guru adalah berautoriti di mana ilmu pengetahuannya
tidak boleh dipersoalkan. Manakala bagi mazhab progresivisme, prinsip fahaman ini adalah
pendidikan sebagai proses mencorak manusia mengikut persekitaran sedia ada. Dalam
kurikulum, fahaman ini menekankan guru berperanan sebagai pembimbing pelajar untuk
berfikir, meninjau dan membuat penerokaan.

3.0

KURIKULUM MATEMATIK KBSR DAN KSSR


Matlamat

kurikulum

matematik

KBSR

dibentuk

bertujuan

untuk

membina

pemahaman murid dalam konsep dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua
aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh
tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan Negara maju serta dapat membantu
murid melanjutkan pelajaran (KPM, 2001).
Manakala bagi kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula meletakkan
Matematik sebagai wadah terbaik untuk mengembangkan profesiensi intelektual individu
dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid
mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan
masalah melalui pembelajaran dan aplikasi Matematik (KPM, 2010).

Rajah 2 : Rekabentuk kurikulum Matematik KSSR


Pembelajaran Matematik dirancang dengan matlamat untuk membentuk murid yang
berfikrah Matematik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2005), fikrah bererti
pengertian yang sama dengan daya berfikir dan pemikiran. Dalam konteks pendidikan
matematik menurut KPM (2010), fikrah matematik merujuk kepada kualiti murid yang
dihasratkan untuk dilahirkan melalui sistem pendidikan matematik kebangsaan. Murid yang
berfikrah Matematik ini merupakan murid yang berkeupayaan melakukan matematik dan
5

memahami idea matematik, serta mengaplikasikan secara bertanggungjawab pengetahuan


dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai matematik.

4.0

HUBUNGAN ANTARA FALSAFAH MATEMATIK DENGAN PEMBENTUKAN


KURIKULUM MATEMATIK
Kurikulum Matematik yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

adalah terjemahan falsafah Matematik. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu
adalah tanpa asas. Hala tuju kurikulum adalah bergantung kepada falsafah pendidikan.
Falsafah matematik itu sendiri merupakan satu cabang falsafah yang membincangkan
matematik dari sudut ontologi dan epistemologi. Peranan falsafah matematik adalah untuk
memahami kedudukan matematik di dalam kehidupan manusia.
Falsafah Matematik merupakan asas kepada pembentukan kurikulum matematik
dapat dilihat dengan memahami bidang-bidang falsafah matematik itu sendiri iaitu
Logikisme, Intuisisme dan Formalisme. Scwabs (1961), menyatakan isu yang berkait
dengan kurikulum matematik adalah Subjek Matematik, pelajar matematik, guru matematik,
hubungan pengajaran dan pembelajaran matematik serta masyarakat umum. Jika dilihat
kepada matlamat pendidikan matematik, yang pertama adalah untuk menguasai kemahiran
matematik. Ini selari dengan pendukung fahaman behaviourisme yang berlandaskan
falsafah realisme. Seterusnya menguasai kemahiran untuk memperoleh, memproses,
menyimpan, dan menggunakan maklumat Matematik dengan berkesan. Matlamat ini adalah
berdasarkan pendukung pendekatan pemprosesan maklumat yang berlandaskan falsafah
Realisme. Seterusnya, pendidikan matematik bertujuan membina kekuatan matematik
kepada

semua

pelajar.

Ini

berlandaskan

falsafah

pragmatism

yang

didukung

konstruktivisme.
Bagi salah satu cabang falsafah matematik iaitu Intuisisme yang menjadi asas dalam
pembentukan kurikulum Matematik, falsafah ini menekankan aspek menyelesaikan masalah
matematik yang sebenarnya melibatkan pemikiran separa sedar. Intiusi berlaku apabila
seseorang itu dapat menyelesaikan suatu masalah matematik tanpa tahu dan faham
bagaimana mereka menyelesaikan masalah tersebut tetapi tidak akan dapat menerangkan
kepada orang lain bagaimana masalah itu dapat diselesaikan. Disamping itu, fahaman in
menjelaskan kesemua konsep matematik boleh diterbitkan daripada jujukan nombor asli
dengan menggunakan kaedah intuisi yang jelas.

Falsafah matematik yang seterusnya ialah fahaman Logikisme. Prinsip-prinsip logik


menghasilkan kebenaran. Mengikut tokoh dalam fahaman ini, Richard Dedekind, beliau
berhujah bahawa nombor bukanlah berpunca daripada intuisi manusia berkenaan ruang dan
masa sebaliknya pengetahuan tentang nombor yang memberikan manusia pengetahuan
yang mendalam dan terperinci tentang ruang dan masa. Dengan kata lain, nombor ialah
hasil pemikiran yang berpunca daripada tatacara manusia iaitu logik. Fahaman ini juga
menekankan konsep-konsep penting aritmetik boleh didapati daripada andaian-andaian
logik.
Falsafah matematik seterusnya yang menjadi asas kepada pembentukan kurikulum
matematik ialah Formalisme. Fahaman ini melihat matematik sebagai suatu disiplin formal
yang simbolik yang diwakili oleh symbol-simbol tanpa berpandukan kepada pelbagai
pengertian. Bagi ahli pemikiran fahaman ini, mereka melihat tujuan asas pemikiran
matematik tertumpu kepad penyelesaian matematik dalm bentuk rangkaian simbol sahaja.
David Helbert yang merupakan tokoh fahaman ini menegaskan matematik adalah
berasaskan autonomi disiplin, iaitu setiap cabang aksiom mestilah berpadanan dengan logik
dan matematik. Formalisme juga mementingkan aspek persimbolan dalam matematik.
Aktiviti matematik sebagai aktiviti umum sepenuhnya yang boleh dikongsi bersama oleh
komuniti ahli matematik. Pelajar-pelajar yang terdedah dengan falsafah Formalisme sering
menyamakan aktiviti matematik sebagai aktiviti deduksi simbol-simbol yang sering kali
membosankan kerana pelajar tidak dapat memahami serta merta benda-benda yang
disimbolkan.
Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan perkembangan ilmu matematik
membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan
dengan itu, perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke
semasa. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa
ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan.

Kesimpulannya, falsafah barat memainkan peranan penting terhadap perkembangan


pendidikan di Malaysia. Pembentukan kurikulum matematik yang telah dijelaskan adalah
berasaskan dan mempunyai ciri-ciri dari falsafah barat. Falsafah matematik yang
dibincangkan terbahagi kepada tiga iaitu Intuisisme, Formalisme dan Logikisme. Ketiga-tiga
mazhab ini mempunyai fahaman tertentu dan secara keseluruhannya penumpuan kesemua
mazhab berdasarkan kepada bagaimana, kenapa, mengapa, dan peranan ilmu matematik
itu dalam kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, falsafah-falsafah ini digabungkan dan
diubahsuai mengikut keperluan Negara kita. Hanya aspek-aspek yang penting dan berguna
7

sahaja yang diambil kira dalam membentuk kurikulum matematik bagi sistem pendidikan di
Negara kita, Malaysia.

5.0

RUJUKAN

Abdul Latif Samian (1999).

Falsafah Matematik.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.
Mat Rofa Ismail (2004). Matematik Merentas Tamadun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
8

Mok Soon Sang (2012). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (Edisi Ketiga). Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Nolt, J. & Rohatyn, D. (1988). Mathematics & Cognition. Cambridge: Cambridge Univ.
Press.
Russell, B. (1931). The Principles of Mathematics. New York: W.W. Norton & Company, Inc.
Zaini Abdullah (2011). Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Tanjung Malim
UPSI Publications.
Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal (2012) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembentukan
Pembentukan Kurikulum Matematik,
Diperoleh pada April 13, 2015 daripada
http://mujahid.tripod.com/math4.html
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembentukan Dan Perkembangan Kurikulum, Blog
WordPress.com.
Diperoleh pada April 12, 2015 daripada
https://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/faktor-faktor-yangmempengaruhi-pembentukkan-dan-perkembangan-kurikulum/

Anda mungkin juga menyukai