Anda di halaman 1dari 5

6.1.

4 Asas pertolongan cemas (melecur, pitam, patah )


Melecur
• Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah. Contohnya
wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.

TANDA-TANDA DAN GEJALA MELECUR

a) Sakit yang kuat.

b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.

c) Terjadi gelembung air pada kulit.

d) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.

RAWATAN AM MELECUR

a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat dan berudara

b) Tenangkan mangsa.

c) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.

d) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.

e) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.

f) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.

g) Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi menggantikan
kehilangan cecair yang hilang.

h) Dapatkan rawatan perubatan segera.

PITAM
 Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang menyebabkan
terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan
diri buat sementara.

TANDA-TANDA DAN GEJALA PITAM

a) Mangsa mengadu pening

b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah

c) Muka dan tangan jadi pucat

d) Berpeluh dengan banyak

e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah

f) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap


g) Hilang kesedaran.

RAWATAN AM PITAM

a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.

b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan kepala
mangsa ke bawah

c) Longgarkan pakaian mangsa.

d) Tenangkan mangsa.

e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan mangsa telah
pengsan.

f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman.

g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.

h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

PATAH
 Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak,
putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.

PUNCA-PUNCA PATAH

A. Secara Langsung 
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan
atau kemalangan.

B. Secara Tidak Langsung


Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan
otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.

Jenis Patah

a) Patah tebu/tertutup (simple fracture) 

• Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.

b) Patah riok (Compound fracture)

• Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di
bahagian luar kulit.

c) Patah melarat (Complicated fracture)

• Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan

d) Patah Remok (Comminuted fracture)

• Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian


e) Patah Terenyok (Impacted fracture)

• Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang
yang patah itu.

f) Patah Rebung (Green Stick fracture)

• Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang
kanak-kanak dan bayi.

g) Pecah Remok (Depressed fracture)

• Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya,
tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.

TANDA-TANDA DAN GEJALA PATAH

a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.

b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera. 

c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.

d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek.

e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.

f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

RAWATAN AM PATAH

1. Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian
kecuali keadaan merbahaya di situ.

2. Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.

3. Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi
dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan.
Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.

4. Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan
tempat yang patah.

5. Dapatkan bantuan perubatan segera.

PATAH-PATAH TERTENTU

• Pecah Tengkorak Kepala

 Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak

• Rawatan

a) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.

b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa.

c) Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.


d) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan nadi tidak
berfungsi.

e) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.

f) Dapatkan bantuan perubatan segera.

PATAH TULANG RAHANG

• Rawatan

a) Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik.

b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan dagu.

c) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.

d) Dapatkan bantuan perubatan.

PATAH TULANG BELAKANG

• Rawatan

a) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.

b) Tenangkan mangsa.

c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan pesakit.

d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.

e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.

f) Dapatkan rawatan perubatan.

PATAH TULANG RUSUK

• Rawatan

a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.

b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beri bantuan pernafasan
jika perlu.

c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh.

d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan bersih.

e) Dapatkan rawatan perubatan.


PATAH TULANG PAHA

• Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenagkan mangsa.
c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.
d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Anda mungkin juga menyukai