Anda di halaman 1dari 1

Tutorial EDU 3023 Perkembangan Kanak-kanak

Kelas: Semester 1 ambilan

No Tutorial Pembentang
1. Bincangkan secara ringkas potensi pembangunan kognitif semasa peringkat bayi dan awal
kanak-kanak. Sokong idea-idea anda dengan menggunakan gambar yang berkaitan.

2. Bincangkan pengaruh faktor baka dan persekitaran terhadap perkembangan identiti gender
seseorang individu dari peringkat bayi hingga awal remaja. Faktor manakah yang paling
memberi kesan?

3. Demonstrasikan LIMA aktiviti ringkas yang boleh membantu meningkatkan perkembangan


kemahiran motor halus seseorang kanak-kanak.

4. Dengan merujuk kepada teori perkembangan kognitif Piaget, bagaimanakah anda dapat
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Matematik berkaitan dengan tajuk ‘luas
permukaan objek’ kepada murid-murid sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai
konsep tersebut dengan jayanya.

5. Banding bezakan persamaan dan perbezaan perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut


pandangan ahli psikologi (Piaget, Vygotsky dan Chomsky). Bentangkan hasil anda dalam
bentuk grafik.

6. Bincangkan secara ringkas perkembangan kognitif dari sudut pandangan Piaget.


Perbincangan anda hendaklah menyentuh tentang pencapaian utama yang berlaku pada
setiap peringkat perkembangan. Sokong idea anda dengan menggunakan gambar atau
aktiviti yang bersesuaian.

7. Cadangkan strategi-strategi yang efektif untuk menyokong perkembangan sosial dan emosi
kanak-kanak pada peringkat 3-5 tahun

8. Simulasikan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi menyokong perkembangan sosioemosi kanak-


kanak.

9. Banding bezakan perkembangan moral pada peringkat kanak-kanak dan awal remaja.
Sokong hujah anda dengan menggunakan kes-kes yang berkaitan.

10. Jelaskan konsep personaliti, extrovert dan introvert. Bagaimanakah sifat extrovert atau
introvert mempengaruhi personaliti seseorang ? Beri contoh-contoh yang bersesuaian untuk
menyokong hujah anda.

11. Antara faktor baka dan faktor persekitaran, yang mana satukah yang lebih mempengaruhi
perkembangan personaliti seseorang?

12. Tonton video berikut:

How Do You Define Yourself Lizzie Velasquez at TEDxAustinWomen - YouTube


https://www.youtube.com/watch?v=c62Aqdlzvqk

i) Beritahu secara ringkas isi kandungan youtube yang telah anda tonton.
ii) Apakah perkara mengenai watak dalam Youtube yang paling kamu kagumi?
iii) Siapakah dalam hidup watak Youtbe yang sentiasa memberi sokongan kepadanya, dan
bagaimana orang ini membantu membina konsep kendiri positifnya?
iv) Jika anda mempunyai seorang murid yang menghadapi masalah yang sama seperti
watak dalam Youtube yang anda tonton, bagaimana anda dapat membantunya ?

13. Apakah petanda-petanda awal yang dapat disaksikan pada seseorang kanak-kanak ADHD?
Apakah punca penyebab berlakunya ADHD?

14. Terangkan pengaruh sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro dan sistem
krono terhadap perkembagan sosial seseorang kanak-kanak yang bermasalah pendengaran.

15. Apakah masalah yang menghalang proses pembelajaran seseorang kanak-kanak autistik di
sekolah? Apakah tindakan anda sekiranya kanak-kanak tersebut berada di kelas anda?
Catatan:
1) Sediakan satu handout kepada pensyarah sebelum anda memulakan pembentangan anda.
2) Serahkan satu salinan yang mengandungi nama pembentang kepada saya.

Anda mungkin juga menyukai