Anda di halaman 1dari 1

Kemudian, seseorang guru seperti guru kaunseling mahupun guru kelas boleh mengambil

pendekatan untuk sentiasa berbincang dengan ibu bapa pelajar-pelajar yang bermasalah. Guru kelas
tersebut juga boleh mengambil langkah yang lebih proaktif dengan menyelidik latar belakang
pelajar-pelajar kelasnya dan menghubungi ibu bapa untuk berbincang jika timbul apa-apa masalah
yang boleh membawa kepada perlakuan disiplin. Melabel murid jahat bukanlah penyelesaiannya,
tetapi seseorang guru seharusnya berusaha untuk memahami punca pelajar bertindak sedemikian
(Utusan Melayu, 2007)

Selain itu, perkembangan sosial pada masa remaja lebih banyak melibatkan kelompok rakan sebaya
berbanding orang dewasa (Conger, 1991; Papalia and Olds, 2001). Sewaktu zaman kanak-kanak,
remaja lebih banyak melakukan kegiatan di luar rumah seperti kegiatan sekolah, aktiviti kokurikulum
dan bermain dengan rakan-rakan (Conger, 1991; Papalia and Olds, 2001). Oleh yang demikian,
kelompok rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehiupan remaja malah pengaruh
lingkungan rakan sebaya tersebut dalam menentukan perilaku seseorang remaja diakui cukup kuat.
Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan
tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berkelakuan banyak dipengaruhi oleh
kumpulan rakan sebaya (Conger, 1991). Selain itu, Conger (1991) dan Papalia & Olds (2001) turut
mengemukakan bahawa kumpulan rakan sebaya merupakan sumber rujukan utama bagi remaja
dalam hal persepsi dan sikap yang berkaitan dengan gaya hidup. Sebagai contoh, jika seseorang
remaja yang tidak mempunyai jati diri yang kuat berkawan dengan rakan yang bersikap negatif
seperti merokok, merempit dan penyalahgunaan dadah, maka dia akan mudah terpengaruh oleh
rakan tersebut begitu juga sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai