Anda di halaman 1dari 1

Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sasuatu benda.

Nilai juga merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda, situasi dan
manusia. Dengan ini, nilai jelas dilihat sebagai suatu kualiti, motif atau piawai norma yang
ada dalam pertalian antara benda, fikiran dan pemilikan. Secara amnya, nilai bertindak
sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu
sosial atau moral. Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus
dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan. Ia merupakan panduan untuk menyelesaikan
konflik serta membuat keputusan dan menghadkan perlakuan seseorang.

Di samping itu, ibu bapa mempunyai peranan dalam memberi kasih sayang kepada anak-
anak sendiri . Hal ini kerana kasih sayang yang sempurna amat diperlukan oleh anak-anak.
Kalau tidak, anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh
isu-isu moral yang negatif. [ CITATION Haf10 \l 17417 ] Jadi, Ibu bapa perlu sentiasa melayani
anak mereka dengan penuh kasih sayang. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai
dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Dengan itu, anak-anak
akan berasa selesa berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup
meluahkan kepada ibu bapa tentang apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Jadi,
keluarga yang harmoni berdominan untuk mengelakkan isu-isu moral yang negatif berlaku.

Selain itu, nilai hormat-menghormati juga nilai murni yang boleh menurut di agama buddha.
Nilai hormat-menghormati adalah menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi
sosial dengan memberi layanan yang bersopan. Pengucapan ‘terima kasih’ adalah
digalakkan dalam agama Buddha untuk menunjukkan penghargaan dan penghormatan
kepada orang yang lebih tua terutamanya dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan
saling menghormati. Kalau semua orang mempunyai nilai hormat-menghormati, ia akan
menimbulkan persekitaran yang aman dan damai dan membentuk insan yang bermoral.

Anda mungkin juga menyukai