Anda di halaman 1dari 11

1.

Pengenalan

Pertolongan cemas sepatutnya dipelajari serta diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia.Tugas dalam memberikan perkhidmatan kecemasan tidak semestinya dibebankan kepada pihak hospital,doktor-doktor dan ahli pertolongan cemas terlatih sahaja.Malahan ia sepatutnya dipikul oleh setiap lapisan masyarakat.Ini adalah kerana kemalangan dan kecelakaan boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan,anda mungkin menjadi orang yang berada dilokasi ataupun orang yang pertama tiba dilokasi kemalangan atau kecemasan.Oleh itu anda merupakan responder pertama atau ahli pertolongan cemas yang berpontensi untuk menyelamatkan nyawa atau mengurangkan kemungkinan kecederaan dari menjadi lebih teruk. 1.1 Definisi Pertolongan Cemas

Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit mendapat rawatan dari doctor atau pakar perubatan. 1.2 Matlamat Pertolongan Cemas menyelamat nyawa mengurangkan atau melegakan kesakitan mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk

Memberi Pertolongan Cemas dalam kemalangan


penilaian (assessment) bertenang dan bertindak untuk menyelamat 1

jaga keselamatan diri dan mangsa hindarkan daripada keadaan yang membahayakan minta bantuan daripada orang yang berhampiran dianogsa atau pengenalan punca kesakitan (diagnosis)

Rawatan (treatment) Menentukan mana-mana kecederaan yang lebih tenat atau serius, kemudian rawatan dengan cara yang betul.

Keutamaan Bila terdapat lebih daripada seorang yang tercedera atau banyak luka pada seseorang,maka pertolongan cemas mestilah segera diambil yang mana keadaan diutamakan semasa memberi rawatan. Perhatian i. Jangan biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana akan menyebabkan mangsa ii. iii. menjadi rimas, risau, bimbang dan pengedaran udara akan berkurangan. Tanggal atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja. Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika.

mangsa tidak sedarkan diri disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman jika memerlukan pembedahan

iv. Dapatkan bantuan telefon ambulan 994 / 999 2

berikan keterangan tentang tempat kemalangan

2.0 TERBAKAR DAN MELECUR Kecederaan melecur dan terbakar adalah disebabkan oleh haba atau api.Kecederaan melecur atau terbakar akan memecahkan kulit dan membolehkan kuman memasuki kulit dan mengakibatkan jangkitan. 2.1 Tanda-tanda dan gejala a. Sakit yang kuat. b. Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas. c. Terjadi gelembung air pada kulit. Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh asid atau alkali. d. Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair. e. Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

2.2 i.

Klasifikasi terbakar Darjah pertama Terbakar permukaan kulit atasa sahaja. terkena air panas atau benda panas seketika atau pancaran cahaya matahari Proses penyembuhan sekitar 1 minggu jika tiada masalah jangkitan kuman.

ii.

Darjah kedua terdapat gelembung air (blister) Terkena benda panas agak lama atau semburan api seperti gasoline. 3

2.3

Memerlukan 2 hingga 3 minggu untuk sembuh. Kemungkinan berlaku renjatan.

iii. Darjah ketiga Melibatkan hingga bahagian otot Bau terbakar dapat dihidu Tidak ada rasa sakit atau sensasi terhadap cucukan jarum Kemungkinan berlakunya renjatan.

Peraturan Sembilan

Peraturan Sembilan adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengira peratus kecederaan terbakar yang berlaku pada mangsa.Peraturan Sembilan juga membahagikan kawasan permukaan badan kepada sembilan bahagian.Ia digunakan untuk menghitung kemelaratan kecederaan dan memutuskan tahap rawatan yang perlu diberikan.Sekiranya kecederaan terbakar berlaku pada tangan kanan, mangsa mengalami peratus kebakaran sebanyak sembilan peratus. Sebarang luka terbakar darjah ke dua atau melebihi 1% perlu mendapatkan rawatan doktor. Kemelaratan sehingga 9% atau lebih boleh mengakibatkan renjatan.Mangsa perlu dirawat dihospital. Sebarang saiz luka berdarjah ketiga perlu dirawat dihospital.

PENTING!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital.

2.4

Pengiraan Peratusan Terbakar dan Melecur

Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah sembilan (rule of nine).Pengiraannya adalah seperti berkut :a. Bahagian kepala dan leher - 9% b. Sebelah anggota atas - 9% c. Bahagian depan badan -18% d. Bahagian belakang badan -18% e. Sebelah anggota bawah -18% f. Bahagian kemaluan - 1%

2.5

Rawatan Am Terbakar dan Melecur a. Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat dan berudara. b. Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena. c. Tenangkan mangsa. d. Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut. e. Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu. f. Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat. g. Cuci tempat cedera dengan cermat. h. Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan. i. Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera. j. Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan. k. Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang. l. Dapatkan rawatan perubatan segera.

2.6

Terbakar oleh Asid atau Alkali a. Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera. b. Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak. c. Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid. d. Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata.Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja. 6

e. Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih. f. Dapatkan rawatan perubatan. 2.7 Rawatan Terbakar Pakaian api dapat dipadamkan. b. Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian. c. Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api. d. Elak dari berlaku renjatan.Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu dilakukan. e. Cuci tempat terbakar dengan cermat. f. Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan. 2.8 Rawatan Terbakar atau Melecur Tekak. a. Beri mangsa minuman sejuk atau ais sebanyak mungkin. b. Beri demahan sejuk pada bahagian leher. c. Dapatkan rawatan perubatan. 2.9 Elakkan a. Jangan menyapu salap, mentega, ais, ubat, krim, sebarang ubat tradisional atau buatan sendiri ke atas luka terbakar, menyembur minyak atau membalut luka terbakar dengan pembalut kapas yang gebu atau pembalut yang melekat.Ia akan mengganggu proses penyembuhannya. b. Jangan biarkan luka dijangkiti. Elakkan bernafas atau batuk ke atas luka. Jangan mengganggu kulit yang melepuh atau membuang keruping. c. Jangan memberi makanan atau sebarang benda melalui mulut jika mulut mangsa terbakar teruk. d. Jangan menggunakan tuam sejuk dan jangan merendam luka terbakar yang teruk dalam air sejuk.

a. Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya

e. Jangan meletakkan bantal di bawah kepala mangsa jika terdapat luka terbakar pada saluran udara (saluran pernafasan) dan mangsa sedang berbaring.Ini boleh menutup saluran udara.

2.10

Prognosis

Kesan luka terbakar dan melecur bergantung pada keterukan kecederaan yang berlaku.Luka terbakar dan melecur yang ringan tidak mempunyai kesan jangka panjang yang teruk kerana ia boleh sembuh dengan mudah.Bagi kecederaan yang lebih teruk, mangsa mungkin memerlukan sedikit masa untuk pulih.Pengalaman mendapat kecederaan luka terbakar ataupun melecur yang teruk boleh menjadi satu pengalaman pahit dan menakutkan bagi sesetengah mangsa.Jadi,masa yang lama mungkin diperlukan untuk memulihkan emosi mangsa seperti sedia kala.

3.0

RENJATAN

Renjatan adalah suatu keadaan bila mana berlaku kekurangan bekalan darah beroksigen ke bahagian otak dan seluruh badan yang menyebabkan fungsi-fungsi badan menjadi lemah dan aktiviti-aktivitinya tidak dapat berjalan dengan sempurna.Keadaan ini berpunca dari kecederaaan, kehilangan darah, kehilangan cecair, gangguan perasaan, kesakitan, alahan kepada ubatan atau bahan kimia, gangguan sistem saraf dan lain-lain 3.1 i. ii. iii. Sebab-sebab renjatan Pendarahan yang banyak dan berterusan. Pendarahan ini adalah pendarahan luaran dan dalaman. Kehilangan plasma. Contohnya kecederaan terbakar atau melecur. Kehilangan air dalam badan yang teruk. Contohnya perpeluhan yang melampau, muntah-muntah berterusan atau cirit-birit yang kuat seperti kes taun dan ciritbirit. iv. Kecederaan yang teruk seperti patah tulang, luka besar yang menyebabkan darah keluar dengan banyak. v. Penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit jantung, kencing manis,angin ahmar dan sebagainya. vi. Gangguan saraf.Contohnya terkena kejutan elektrik, kilat, terminum atau tersedut bahan beracun, alahan kepada ubatan dan lain-lain. 3.2 I. Jenis-jenis renjatan Renjatan terbina- akibat dari kecederaaan atau kehilangan cecair dan darah dalam badan.

Terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

II.

Renjatan saraf- berpunca dari gangguan pada sistem saraf yang menyebabkan aktiviti dalam badan terganggu. Renjatan ini tidak melibatkan kehilangan cecair dalam badan.

III. 3.3

Renjatan gabungan- melibatkan gangguan pada sistem saraf dan kehilangan cecair dalam badan. Tanda-tanda dan gejala renjatan i. ii. iii. v. Mangsa berada di dalam gelisah. Kulit badan menjadi pucat. Merasa pening, mual dan muntah-muntah. Pergerakan nadi berdenyut dengan pantas tetapi dalam keadaan lemah.

iv. Perpeluhan dengan banyak. vi. Mangsa lemah dan tidak bertenaga. vii. Badan menjadi sejuk dan basah. viii. Pandangan menjadi kabur. ix. Mengadu dahaga. x. 3.4 Mangsa tidak sedar diri.

Langkah rawatan adalah seperti berikut: i. Baringkan pesakit. Jika kepala tak cedera, angkat kaki 8-12 inci tinggi. Jika sakit dada atau sukar bernafas, letak dalam keadaann duduk atau separuh duduk. Jangan biarkan pesakit berdiri. Lakukan pemeriksaan ABC. ii. iii. Tahan darah dari keluar (jika berdarah) Longgarkan pakaian dan pastikan suhu badan pesakit terkawal. Pesakit pucat dan kesejukan hendaklah diselimutkan. iv. Jangan bagi pesakit minum kerana pesakit akan merasa loya dan makan/minumakan menyebabkan muntah. Jika hospital jauh, beri pesakit menghisap kain basah untuk kurangkan kekeringan tekak. v. Usahakan pesakit mendapat udara yang segar. Jangan biarkan pesakit dapat udara kering. vi. Berikan bantuan perubatan. 10

11

Anda mungkin juga menyukai