Anda di halaman 1dari 6

ASAS PERTOLONGAN CEMAS : MERAWAT LUKA, GIGITAN, MELECUR, PITAM DAN PATAH

(1) MERAWAT LUKA


Luka: Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Jenis-jenis luka. Jenis-jenis luka Gambar

Luka terhiris (incised wound) luka yang disebabkan oleh bendabenda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.

Luka terkoyak (lacerated wound) luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat yang tidak tajam. Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya.

Luka lebam (contusion) luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada bendabenda yang berat.

Luka tembus (punctured wound) luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.

Tanda-tanda dan Gejala Luka : 1) Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera. 2) Pucat. 3) Pening kepala. 4) Meloya dan kemungkinan muntah. 5) Gelisah dan berpeluh dengan banyak. 6) Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya. 7) Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek. 8) Kulit badan berpeluh dan sejuk. 9) Hilang kekuatan atau keupayaan. 10) Berlaku renjatan dan pengsan

Rawatan Am Luka Dan Pendarahan :


1. Bawa mangsa ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna. 2. Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. 3. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan. 4. Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang. 5. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak. Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu: a) Hentikan pendarahan secara langsung - mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit. b) Secara tidak langsung - menekan urat-urat darah. - menggunakan penjerut catatan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit. 6. Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai. 7. Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan. 8. Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

(2) MERAWAT GIGITAN ATAU SENGATAN (BINATANG BERBISA)


(1) Sengatan Kala Jengking, Lipan, Tebuan, dan Lebah

Tanda-tanda dan gejala 1. 2. 3. 4. 5. 6. Sakit di tempat sengatan atau gigitan. Bengkak, lebam dan keluar darah. Tempat gigitan menjadi panas. Mangsa gelisah. Mangsa mengalami sesak nafas Berlaku renjatan.

Rawatan 1) Bawa mangsa ke tempat yang selamat. 2) Tenangkan mangsa. 3) Sekiranya mangsa renjat periksa gerak nadi dan pernafasan. Berikan rawatan CPR jika perlu. 4) Beri demahan sejuk di tempat cedera untuk mengurangkan sakit dan bengkak. 5) Cuci tempat sengatan. 6) Dapatkan rawatan perubatan

(2) Lintah atau Pacat Tanda-tanda dan gejala Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak dan berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang menyebabkan pembekuan darah lambat Rawatan 1) Tanggalkan lintah atau pacat dengan menggunakan garam, abu atau secara membakar badan binatang tersebut. Jangan mencabut lintah yang melekat kerana ianya boleh menyebabkan taringnya tertanggal di tempat luka. 2) Cuci tempat cedera dengan menggunakan larutan ammonia bagi mengurangkan kegatalan. 3) Balut luka dengan kemas. 4) Dapatkan rawatan perubatan.

(3) Patukan Ular Berbisa Ular berbisa boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf atau pun sistem darah yang menyebabkan berlakunya pendarahan di seluruh badan. Contohnya ular senduk atau king cobra. Ular laut menyebabkan berlakunya gangguan pada sistem saraf dan sistem pernafasan. Manakala ular jenis ular kapak menyebabkan sistem pendarahan terganggu di mana darah tidak mudah membeku dan keluar melalui semua sistem badan

Tanda-tanda dan Gejala a) Sakit di tempat patukan. b) Bengkak dan lebam terutamanya patukan ular jenis kapak. c) Darah keluar di tempat patukan. d) Terdapat tanda patukan di tempat patukan. e) Sesak nafas. f) Gelisah, keletihan dan berasa anggota sejuk. g) Gerak nadi berdenyut pantas dan lemah. h) Berlaku renjatan.

Rawatan a) Tenangkan mangsa. b) Longgarkan pakaian mangsa. c) Rendahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu banyak. d) Awasi mangsa dari renjatan. e) Cuci tempat cedera dan buat pembebatan. f) Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

(3) MELECUR ATAU TERBAKAR

Terbakar Kecederaan yang berpunca dari bahanbahan panas kering. Contohnya api, kilat, besi panas, cahaya matahari, asid , alkali dan sebagainya.

Melecur Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.

Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya renjatan kepada mangsa. Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu: 1) kategori terbakar luaran - Terbakar atau melecur luaran menyebabkan kulit luar yang terlibat.

2) terbakar dalaman. - Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan tisu-tisu dalam. Contohnya terkena asid dan alkali.

Pengiraan Peratusan Terbakar dan Melecur Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah sembilan (rule of nine). Pengiraannya adalah seperti berikut: a) Bahagian kepala dan leher b) Sebelah anggota atas c) Bahagian depan badan d) Bahagian belakang badan e) Sebelah anggota bawah f) Bahagian kemaluan - 9% - 9% -18% -18% -18% - 1%

Rawatan Am Terbakar dan Melecur a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat dan berudara. b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena. c) Tenangkan mangsa. d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut. e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu. f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat. g) Cuci tempat cedera dengan cermat. Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan. h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera. i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan. j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang. k) Dapatkan rawatan perubatan segera.

(4) PITAM
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri buat sementara. Punca-punca a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan. b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada kepanasan. c) Kesakitan kuat akibat kecederaan. d) Kelaparan atau terlalu dahaga. e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit Tanda-tanda dan Gejala a) Mangsa mengadu pening b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah c) Muka dan tangan jadi pucat d) Berpeluh dengan banyak e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah f) Mangsa seperti mengantuk dan sering menguap. g) Hilang kesedaran.

Rawatan am pitam a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara. b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan kepala mangsa ke bawah.

c) Longgarkan pakaian mangsa. d) Tenangkan mangsa. e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranya mangsa telah pengsan. f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman. g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan. h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

(5) PATAH

Anda mungkin juga menyukai