Anda di halaman 1dari 4

Forum –Penilaian Lisan 2

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa


Inggeris (PPSMI)
Hos : Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat penonton sekalian. Saya
Sarmila a/p Daramalingam, hos setia anda kini kembali lagi di Forum Intelek
dengan isu yang sedang hangat diperdebatkan iaitu Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau lebih ringkas lagi, PPSMI.
Justeru sejak program ini diperkenalkan, banyak daripada golongan
masyarakat yang menganggapnya sebagai jelatang di hulu air. Keluhan para
pelajar dan kaum ibu bapa serta guru-guru akan kesukaran melaksanakan program
ini menjadi hasil yang didengari oleh pihak kerajaan. Pelbagai persoalan yang
lahir semenjak terlaksananya program ini. Namun begitu, faedahnya juga banyak
hingga sukar untuk menentukan progres sebenar program PPSMI ini.
Bersama saya adalah Puan Amnur Rodahniah yang merupakan Pegawai
Kementerian Pelajaran Malaysia, Puan Siti Iffa Hazirah, sasterawati yang telah
memasyurkan nama Negara dengan penulisannya yang mantap. Turut serta Cik
Sara Suraya, editor tinggi Dewan Bahasa dan Pustaka dan Cik Adhwa binti
Anuar, penganalisa kemajuan sosioekonomi Negara.
Begitu, kita mulakan forum ini dengan ajukan soalan pada Puan Amnur.
Bolehkan Puan terangkan tujuan pihak Kementerian Pelajaran adakan program
PPSMI ini?

Puan Amnur : Sudah pasti segala tindakan itu ada sebabnya. Program ini secara amnya
bertujuan memahirkan para pelajar dalam penguasaan bahasa Inggeris,
terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Kemajuan dalam bidang sains dan
teknologi sudah sedia maklum oleh ramai pihak akan kepentingannya terhadap
ekonomi dan keberadaan negara. Bagi mendalami ilmu bidang-bidang ini, pelajar
haruslah siap untuk berguru dengan yang mahir. Bidang-bidang ini pula
didominasikan oleh bangsa Barat dimana bahasa Inggeris merupakan bahasa
pengantarnya.

Hos : Demikian tidakkah kita tunduk pada orang Barat?

Puan Amnur : Bukan begitu. Tidak dinafikan bahasa Inggeris itu bahasa orang Barat.
Namun, bahasa ini juga telah pun menjadi lingua franca di medan antarabangsa
serta digunakan meluas maka sebagai satu langkah memajukan diri dan negara,
pelajar digesa dengan program PPSMI agar mereka dapat menguasai bahasa
Inggeris dengan baik.

Hos : Ya, sememangnya penting untuk kita mempelajari bahasa ilmu. Namun
adakah wajar untuk meneruskan program ini?

Puan Iffa : Mengenai hal itu, saya merasakan ianya tidak wajar.

Hos : Teruskan, puan.


Puan Iffa : Walaupun bahasa inggeris digunakan dengan meluas dalam bidang sains dan
teknologi, terdapat juga undang-undang yang perlu kita patuhi , bukan?
Termaktub sudah dalam akta pendidikan bahawa bahasa Melayu berfungsi
sebagai bahasa pengantar ilmu di Malaysia. Dan sememangnya bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi negara ini, jadi seharusnya kita menanamkan unsur cinta
akan bahasa /Melayu terhadap para pelajar. Apabila pelajar menyukai bahasa
Melayu, maka dia sendiri akan berusaha memartabatkan bahasa ini hingga
menjadi bahasa penting dalam bidang ilmu serantau dunia.

Cik Sara : Saya sutuju dengan Puan Iffa. Bahasa itu menunjukkan bangsa. Hilang
bahasa, lenyaplah bangsa. Program PPSMI telah menggalakkan ramai pelajar
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bagi menjayakan
program ini, guru-guru dan pelajar-pelajar telah sepakat berusaha bersungguh-
sungguh demi menguasai bahasa inggeris. Hasilnya, lama-kelamaan kepentingan
bahasa Melayu dilupakan. Martabatnya direndahkan. Ramai yang mengambil
mudah akan bahasa Melayu dan hanya menganggap bahawa bahasa ini sekadar
untuk lulus peperiksaan.

Hos : Sungguh, ada kebenarannya! Ramai pelajar kini mengambil mudah akan
bahasa Melayu. Bagi mereka, bahasa Melayu perlu dikuasai hanya untuk lulus
peperiksaan dan melanjutkan pelajaran ke menara gading. Selepas itu, biarlah
tunggang langgang bahasa Melayu yang dituturkan asalkan bahasa Inggeris
masyur.
Apakah pendapat Cik Adhwa pula?

Cik Adhwa : Saya ingin memberikan hormat kepada Puan Iffa dan Cik Sara yang begitu
cinta akan bahasa kebangsaan kita. Namun, saya merasakan kepentingan sesuatu
perkara itu lebih perlu diutamakan.Maka, saya lebih menyokong pelaksanaan
program PPSMI ini.
Perlu dititikberatkan wawasan diri individu untuk berjaya dan maju. Adakah
kita mahu terperuk sebagai jaguh kampung sahaja? Tentu sahaja tidak.
Malaysia perlu maju, kita perlu bangkit dan martabatkan negara hingga ke
persada dunia. Kita harus berjalan seiring, setaraf pada peringkat antarabangsa.
Makanya, penguasaan bahasa inggeris, bahasa antarabangsa inilah yang
membolehkan para pelajar tempatan bersaing di peringkat antarabangsa.
Penguasaan bahasa inggeris akan memudahkan lagi urusan sama ada dari segi
politik ataupun perdagangan untuk dilakukakn. Komunikasi yang berkesan akan
melicinkan pentadbiran dan dapat mencapai kata sepakat dengan mudah. Tanpa
penguasaan bahasa inggeris adalah sukar bagi seseorang untuk mengaplikasikan
teknologi terkini. Begitu juga dengan sistem perbankan yang semakin hari
menggunakan teknologi yang berasaskan bahasa ini.

Hos : Teknologi sains dan maklumat disediakan dalam pelbagai rangkaian luas.
Namun, ianya diolah dalam bahasa Inggeris. Pelajar perlu memahami bahasa
Inggeris untuk maju dalam bidang ini.
Apakah pendapat kalian?

Cik Sara : Tidak dinafikan banyak rujukan kini disediakan dalam bahasa Inggeris.
Namun begitu, tidak semestinya bahasa ini sahaja yang boleh membawa kita ke
arah kemajuan. Lihatlah negara-negara lain yang begitu maju dalam bidang
teknologi seperti Jepun dan Korea. Semaju manapun mereka, tidak pula mereka
mengharapkan bahasa Inggeris. Mereka sebaliknya setia menggunakn bahasa
kebangsaan masing-masing dalam bidang tersebut. Jika ada ilmu lebih yang orang
luar ingin pelajari, maka orang tersebutlah yang perlu belajar bahasa mereka.
Usaha warga Jepun dan Korea ini boleh kita contohi. Pelajar perlu rajin
mempelajari bahasa lain kemudian menggunakan bahasa Melayu bagi ilmu
tersebut. Pihak lain juga perlu bekerjasama. Aktiviti alih bahasa bagi bahan-bahan
ilmu ini perlu digiatkan. Demikian dapatlah kita menimba ilmu disamping
memartabatkan bahasa Melayu.

Hos : Bagaimana Cik Adhwa? Negara lain juga boleh maju tanpa mengharapkan
kepada bahasa Inggeris.

Cik Adhwa : Ya, benar. Mereka juga mempelajari bahasa inggeris tetapi tetap
menggunakan bahasa kebangsaan sendiri dalam pengurusan apa pun.
Dilihat lagi daripada apa yang diperkatakan oleh Cik Sara, jika aktiviti alih-
bahasa giat dijalankan, pasti kita sudah setapak kea rah memartabatkan bahasa
Melayu. Akan tetapi, mana hasilnya? Jika rakyat benar-benar ingin menggunakan
bahasa Melayu , pasti usaha sudah dijalankan.
Program PPSMI tidak sama sekali merendahkan bahasa Melayu. Terdapat
juga pelajar yang cemerlang dalam pelajaran sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris walaupun akhirnya beliau menjadi pencinta bahasa Melayu yang
bersyarah di IPT atau mendapat anugerah novelis bahasa Melayu terbaik. Jadi,
bukanlah program PPSMI yang merendahkan bahasa Melayu sebaliknya ego
pelajar itu yang tidak mahu bertutur bahasa Melayu setelah Berjaya yang
merendahkannya.

Hos : PPSMI memang bertujuan untuk menjayakan para pelajar. Namun


pelaksanaannya bagai mendorong pelajar untuk meninggalkan bahasa Melayu
untuk berjaya.
Apakah pendapat anda, Puan Iffa?

Puan Iffa : Saya juga merasakan demikian. Jikalau sudah terang lagi bersuluh bahawa
pelajar ego apabila maju dengan bahasa asing, maka sebaiknya kita majukan
mereka dengan bahasa Melayu sahaja. Kemudian tidaklah menjadi suatu hal jika
mereka bangga berbahasa Melayu. Apabila program PPSMI dijalankan bagi
penguasaan bahasa Inggeris supaya pelajar dapat maju ke peringkat antarabangsa,
seakan-akan menganaktirikan bahasa kebangsaan negara kita sendiri.

Puan Amnur : Program PPSMI bukanlah bertujuan mencalarkan maruah bahasa Melayu kita.
Pihak Kementerian bukannya mengagung-agungkan bahasa inggeris. Bahasa
Melayu masih digunapakai dalam system pendidikan. Malah urusan rasmi
kerajaan juga disempurnakan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai
pengantara. Mengenai kelulusan peperiksaan seperti SPM pula, bagi melayakkan
diri ke IPT, pelajar bukan sahaja perlu lulus tetapi mesti mendapat kepujian dalam
matapelajaran bahasa Melayu. Ini juga merupakan bukti bahawa pihak kerajaan
masih menjadikan bahasa Melayu jati diri rakyatnya.

Hos : Wah, bersemangat sekali Puan Amnur ya! Demikianlah kepelbagaian


pendapat yang dikemukakan tentang isu PPSMI ini.
Dengan ini, sampailah kita ke penghujung forum perbincangan kita. Ribuan
terima kasih atas kerjasama semua dalam menjayakan forum kita kali ini. Kita
bertemu semula minggu depan dengan isu yang lebih hangat hanya di , Forum
Intelek!

Anda mungkin juga menyukai