Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan dasar PPSMI Walaupun dasar PPSMI menyukarkan pengajaran pendidik dan pembelajaran murid pada tahap awal,

tetapi tidak boleh dinafikan bahawa dalam jangka masa panjang, kesan positifnya semakin menyerlah. Sebelum ini, tahap dan juga prestasi pelajar dalam Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu sungguh lemah terutamanya golongan Cina dan India yang biasanya menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar bagi subjek-subjek ini. Berdasarkan keputusan peperiksaan umum sepanjang sembilan tahun ini, terbukti bahawa PPSMI telah berjaya meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dari segi akademik. Melalui dasar PPSMI, minat dan keyakinan pelajar dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran sains dan Matematik akan meningkat, kerana pelajar sudah biasa dengan menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Pada tahun 2007, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dari kelompok pelajar sekolah menengah pertama melalui PPSMI dapat memperlihatkan peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. Mata pelajaran Biologi, Matematik Tambahan, Fizik, Matematik dan Sains Tambahan menunjukkan peningkatan kelulusan, sekali gus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalam pelajaran peringkat menengah. Sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka mereka tidak ada peningkatan dalam keputusan subjek sains dan matematik dan memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh. Namun, jurang ini boleh

dikurangkan jikalau Bahasa Inggeris diberi penekanan dari sebelum peringkat sekolah rendah tanpa menindaskan bahasa ibunda mereka yang di luar bandar. Dengan pengubahsuaian yang tertentu ke atas dasar PPSMI mengikut masa, dasar ini boleh memupuk minat pelajar terhadap bahasa Inggeris. Kurikulum atau cara sains dan matematik diajar dalam Bahasa Inggeris kini terlalu membosankan dan stailnya berdasarkan peperiksaan turut menyebabkan kekurangan minat pelajar. Walaupun

bahasa pengantar yang digunakan sangat penting namun penyampaian pendidik juga perlu dititkberatkan. Ramai pelajar sering menggunakan cara menghafal dan bukannya melalui pemahaman untuk memperolehi sesuatu ilmu kerana cara penyampaian pendidik yang tidak efektif dan kurang kreatif. Berbanding negara barat yang berfikiran terbuka dan kreatif, kita harus mempelajari sistem pendidikan mereka yang bebas. Contohnya, dengan penggunaan teknologi dalam memberi penerangan sesuatu. PPSMI turut menggalakkan pendidik dan pelajar berinteraksi menggunakan Inggeris supaya dapat membiasakan diri dengan penggunaannya. Contoh negara yang menggunakan bahasa Inggeris dalam Sains, teknologi dan Matematik yang turut memodenkan negaranya dengan bahasa tersebut ialah Singapura. Namun, penyemaian dasar pendidikan seperti PPSMI telah lama dilaksanakan di Singapura sejak kemerdekaan mereka. Mungkin pemodenan Singapura yang boleh dilihat sekarang adalah masa depan Malaysia sekiranya PPSMI diteruskan ataupun lebih moden dan dapat membina negara yang kuat dari segi ekonomi, politik dan sosial. PPSMI adalah faktor kepada dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Bahasa Inggeris merupakan bahasa

yang paling banyak digunakan di peringkat global pada masa kini. Oleh itu, PPSMI bertujuan mengajar rakyat Malaysia tentang kepentingan Bahasa Inggeris pada era globalisasi kini. Penguasaan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah diberikan penekanan hanya tertumpu pada pelajaran matematik dan sains. Namun, di peringkat universiti, bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam pelbagai subjek. Kebanyakan bahan bacaan dan kajian mengenai subjek-subjek ini adalah dalam Bahasa Inggeris. PPSMI boleh dibagaikan dasar yang melentur buluh biarlah dari rebung kerana dasar ini dapat memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang Sains dan kejuruteraan semasa peringkat pendidikan tinggi. Jika dari awal-awal lagi,kita dididik dalam Bahasa Inggeris, kita bukan sahaja dapat mahir dalam bahasa tersebut malah juga mampu memahami konteks dan teori asas Sains dan Matematik. Dengan ini, pelajar boleh menyesuaikan diri dengan cepat apabila menimba ilmu yang mendalam di universiti. Melalui PPSMI pelajar akan menpunyai persediaan yang cukup untuk masa depan kelak. Ini kerana mereka tidak akan merasa gementar untuk menempuhi alam pengajian yang lebih tinggi dan juga dalam pekerjaan. Tanpa penguasaan baik Bahasa Inggeris dari skop sains dan matematik peringkat sekolah lagi, murid generasi sekarang dijangkakan akan menghadapi masalah apabila murid di peringkat pendidikan tinggi, terutamanya di universiti. Selain itu, dalam pembelajaran kini Bahasa Inggeris akan menyenangkan pemahaman dan mengelakkan salah faham dalam kebanyakkan istilah sains dan matematik yang diguna. Sesuatu fenomena yang sering berlaku terhadap pelajar sebelum PPSMI ialah

penterjemahan sendiri ke atas terma dan konsep dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Penterjemahan ini serta cara pemikiran dalam bahasa yang berlainan daripada yang dibaca akan menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep dengan memuaskan bidang yang diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan bukannya untuk menguasai ilmu. Namun, ini jarang berlaku terhadap pelajar selepas PPSMI. Dengan adanya PPSMI, pelajar dapat mempelajari matematik, sains dan bahasa Inggeris pada tahap yang lebih tinggi. PPSMI turut menjimatkan masa pelajar untuk memahami terma-terma khusus dalam subjek tersebut memandangkan pelajar telah memahami teori asasnya dalam Bahasa Inggeris berbanding pelajar yang bukan di bawah dasar PPSMI. Bagi mereka yang mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, prestasi pelajaran mereka akan meningkat bagi subjek yang diajar dalam Bahasa Inggeris dan bukan saja dalam subjek sains serta matematik. Setahu umum, Sains dan Matematik merupakan asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah Negara. Kecekapan dalam bahasa pengantar bagi sesuatu ilmu akan menjadi penentu kepada kejayaan dalam ilmu tersebut. Walaupun Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa pengantar bagi Sains dan teknologi tetapi kita sepatutnya menggunakan bahan kajian dan rujukan yang sedia ada dalam Inggeris supaya dapat menguasai ilmu tersebut secepat mungkin. Contohnya,bahan kajian dan buku rujukan mengenai pelbagai pemodenan dalam Sains negara Amerika adalah dalam Bahasa Inggeris. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang Sains dan teknologi turut berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris, oleh itu melalui PPSMI dapat

menggalakkan murid menerokai bidang tersebut dengan lebih berkesan. Contohnya, penemuan baru dalam bidang perubatan mengenai cara meningkatkan antibodi dalam badan boleh didapti dalam Internet dan kebanyakan dalam Inggeris. Apabila kita telah faham dan menguasai sesuatu bidang teknologi, bolehlah kita menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Dengan ini, kita juga berpeluang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan secara tidak langsungnya bahasa kita akan menjadi Lingua Franca bidang tersebut. Kita akan berada selangkah di hadapan yang lain. Pada masa itu, kita pula boleh menggunakan Bahasa Melayu dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasilkan dan akan dijadikan rujukan bangsa lain. Contohnya, bidang teknologi dan Sains di India yang cepat mengembang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Inggeris. Yang penting, kita perlu menguasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu dalam Bahasa Inggeris dan bersikap inovatif. Pengetahuan Bahasa Inggeris diberi keutamaan kepada pemilihan pekerja pada masa kini. Contohnya, dari iklan-iklan dalam surat khabar, kita biasa nampak penekanan kefasihan dalam Bahasa Inggeris sebagai salah satu syarat sebelum temu duga sebenar. Pada peringkat universiti, pelajar yang mencari pekerjaan, terutamanya dalam sektor syarikat multinational (MNC) menampakan kesukaran. Ini kerana kemampuan dan penguasaan mereka untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan mengaplikasi pengetahuan semasa universiti amat terbatas. Terutamanya bidang sains yang menekankan kepakaran, turut menitikberatkan penggunaan Bahasa Inggeris secara meluas kerana kebanyakan bahan kimia ataupun mesin adalah dibeli dari negara moden seperti Jepun serta Amerika dan bahasa yang mereka gunakan jugalah Bahasa Inggeris.

Dr Mahathir Mohamad telah mencadangkan sembilan matlamat utama untuk Wawasan 2020, antara matlamat utama yang ke-enam adalah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Kita dapat melihat bahawa matlamat utama wawasan 2020 yang ke-enam ini dan dasar PPSMI ini berkait dengan rapat. Ini kerana ketika mencadangkan dasar PPSMI, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, dengan mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris. Sebagai kesimpulannya, PPSMI dapat mendedahkan penuntut kepada era bahasa antarabangsa. Justeru, mereka dapat menyesuaikan diri dengan lebih mudah dalam

pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Anda mungkin juga menyukai