Anda di halaman 1dari 6

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) BAGI PERANCANGAN DAN PEMANTAUAN

PEMBANGUNAN WILAYAH:
Kearah Pengunaan AGISwlk yang lebih berkesan lagi
Ahris Yaakup
Siti Zalina Abu Bakar
Unit GIS dan Perancangan
Biro Inovasi dan Perundingan
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor
Email : b-haris@utmjb.utm.my
Abstraks
Pemantauan pembangunan wilayah antara lain menuntut pengolahan, analisis dan penilaian
alternatif tindakan. Pemantauan yang lebih berkesan serta bermakna dalam pembangunan wilayah
memerlukan penerapan sistem sokongan perancangan yang dapat membantu dalam mencapai
matlamat sebenar pembangunan. Walaupun GIS dilihat menjadi satu alat dalam membantu
perancangan strategik sesuatu organisasi, pengurusan dan pengawasan projek, pengintegrasian
perisian lain juga penting untuk membentuk satu sistem sokongan perancangan yang lebih berkesan.
‘What if?’ merupakan salah satu perisian yang dapat membantu memperbaiki kelemahan GIS
dengan memberi tindakbalas terhadap perkembangan pembangunan di mana dengan menggariskan
struktur, hubungkait dan andaian model keputusan menghasilkan alternatif-alternatif senario
pembangunan yang dapat membantu pembuat keputusan untuk memilih alternatif tersebut dan
mengenalpasti kesan alternatif yang dipilih ke atas sesuatu kawasan. Kertas kerja ini cuba
membincangkan pendekatan dan strategi pengurusan pembangunan wilayah, penerapan
penggunaan ‘What if?’ dalam menjanakan alternatif senario pembangunan serta isu penggunaan
GIS dalam perancangan dan pemantauan wilayah.
PENDAHULUAN
Pengawalan guna ruang wilayah membentuk sebahagian daripada proses di mana polisi dan
perancangan strategik dikaji semula dan dikemaskini. Tindakan dan usaha ini biasanya melibatkan
pengemaskinian perubahan-perubahan pola guna tanah yang selalunya dikaitkan dengan perubahan-
perubahan sosio-ekonomi seperti ciri-ciri kependudukan, pekerjaan dan perumahan. Perkembangan
teknologi maklumat memberikan peluang yang luas bagi menguji pendekatan-pendekatan baru
kepada pemprosesan data bersifat geografi yang dapat menambah dimensi baru terhadap pengurusan,
analisis dan persembahan data yang luas yang diperlukan dalam proses menentukan keputusan
perancangan.
Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah menunjukkan peningkatan rasionaliti keputusan
dengan membantu memperbaiki ketepatan dan pencapaian data. Ini adalah sebahagian dari tatacara
yang mengarah kepada pencapaian keputusan-keputusan yang baik. Maklumat biasanya digunakan
bagi melaksanakan dua set tugas dalam satu organisasi. Pertama, maklumat mempunyai peranan
dalam proses membuat keputusan mengenai tindakan yang akan diambil, termasuk pengambilan
keputusan strategik dan pengendalian. Kedua, proses bagaimana aktiviti-aktiviti di dalam satu
organisasi disusun di dalam bentuk kawalan penyelenggaraan.
Kertas kerja ini bertujuan menjadi pemangkin kepada percambahan fikiran dan perbincangan
penerapan penggunaan GIS dalam perancangan dan pemantauan pembangunan sesuatu agensi
khasnya dalam pemantauan pembangunan Wilayah Lembah Klang. Kertas ini juga cuba
membincangkan strategi dan pendekatan yang diperlukan bagi meningkatkan keupayaan Aplikasi
Sistem Maklumat Geografi Wilayah Lembah Klang (AGISwlk) untuk digunakan dengan lebih
berkesan lagi bagi menjawab beberapa persoalan pembangunan serta menjadi mata dan telinga
kepada pembangunan di Wilayah Lembah Klang.
PENDEKATAN PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
Perancangan bandar dan wilayah atau lebih dikenali sebagai perancangan guna tanah adalah
bertujuan untuk memandu pembangunan dan guna tanah untuk keperluan awam (Brown dan Sherard,
1956; Keeble, 1969). Pendekatan perancangan adalah untuk mencapai kecekapan penggunaan tanah,
infrastruktur dan kualiti persekitaran bandar dan wilayah. Perancangan dilakukan melalui
perundangan, tatacara dan lain-lain kaedah kawalan pembangunan. Tujuan akhir dari sesuatu
perancangan adalah untuk mencapai keadaan petempatan yang teratur, selesa dan cekap. Dalam
konteks perbincangan ini, perancangan bandar dan wilayah seharusnya menuju dan seterusnya
mewujudkan sebuah penempatan dengan persekitan yang mampan. Dalam perkataan lain,
perancangan guna tanah yang mampan akan mengambil kira kemampanan dari segi ekologi, sosial,
budaya dan ekonomi sesuatu masyarakat – interaksi dan saling membantu antara persekitaran
semulajadi, sosial dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia (Royston, 1982).
Sistem perancangan guna tanah juga dianggap sebagai satu kaedah yang positif dan inovatif. Proses
penyediaan rancangan pembangunan adalah berbentuk kitaran dan berterusan (cyclical and
continuous process) yang mana langkah-langkah tertentu seperti pengenalpastian keperluan,
pembentukan matlamat, pengenalpastian dan penilaian alternatif tindakan, pengawasan dan
penyemakan semula semua rancangan diamalkan. Di samping itu, rancangan pembangunan juga
memberi peluang kepada individu dan wakil penduduk atau orang awam terlibat sama dalam proses
perancangan. Lembaga Rayuan juga ditubuhkan supaya pihak perancangan yang bertanggungjawab
tidak menyalahgunakan kuasa yang diperuntukkan kepadanya.
Masalah perancangan juga kadang kala terlalu majmuk dan wicked. Para jururancang
bertanggungjawab mengurus perubahan persekitaran. Sebagai pengurus perubahan ini, jururancang
seharusnya menggunakan pendekatan-pendekatan pengurusan dalam proses perancangan bagi
mengatur, mengawal serta meneraju perubahan (Bruton dan Nocolson, 1987). Para jururancang
seharusnya menggunakan pendekatan yang meningkat (incremental) dan luar jangka (contingency)
bagi menangani isu-isu semasa dan tekanan-tekanan perubahan. Dalam menangani masalah yang
rumit ini, jururancang terpaksa mengambil langkah sepersetujuan (consensus) dan tawar-menawar
(bargaining) bagi menghadkan suasana di mana terdapat percanggahan kepentingan (conflict of
interest). Dalam hal ini, jururancang harus disiapkan dengan sistem maklumat yang dapat digunakan
bagi menghadapi masalah yang rumit dalam mengawal pertumbuhan bandar sesebuah wilayah.
Memandang skop, proses dan kaedah yang terdapat dalam sistem perancangan guna tanah, sesuatu
rancangan pembangunan itu bukan sahaja memerlukan data dan maklumat yang luas tetapi
seharusnya mudah diproses dan diubahsuai mengikut keperluan dan keadaan masa yang berlainan.
Data dan maklumat yang perlu dianalisis diperolehi dari berbagai sumber, sama ada secara primer
atau sekunder. Perkembangan ini memerlukan agensi perancangan mewujudkan satu sistem
maklumat perancangan yang bersesuaian dengan fungsi perancangan dan pengawal sesebuah bandar
dan wilayah.
SISTEM MAKLUMAT PERANCANGAN DAN PENGURUSAN WILAYAH
Perancangan dan pengurusan wilayah mempunyai sifat yang dinamik. Oleh itu sistem maklumat
yang baik adalah penting untuk dijadikan mata dan telinga kepada proses perancangan dan
pemantauan pembangunan wilayah. Ia dapat digunakan untuk mengawas dan memastikan bahawa
kawalan perancangan dipatuhi dan ia memberikan amaran awal (early warning) mengenai punca
pergeseran, ketidakseimbangan, kelemahan dan kegagalan yang berlaku dalam proses perancangan
dan pengurusan (Yaakup, Johar dan Dahlan, 1997). Dalam hal ini, maklumat terkini dan diyakini
sangat diperlukan pada peringkat pengurusan wilayah untuk membantu melicinkan tatacara
pentadbiran, perancangan dan pelaksanaan polisi serta strategi pembangunan. Ia diperlukan bagi
membuat ramalan, model dan penilaian situasi semasa dan perubahan yang mungkin terjadi.
Aktiviti perancangan harus dilihat sebagai proses (McLoughlin, 1969; Chadwick, 1971), yang mana
tidak dilakukan hanya sekali untuk sesebuah bandar dan wilayah. Proses perancangan ini
menunjukkan penyediaan rancangan sebegini mengarah kepada kemampuannya menggunakan
sistem maklumat. Filosofi ini berasaskan konsep timbal balik bagi menilai rancangan dan proses
penyediaan rancangan. Dalam penyediaan rancangan ini, Calkins (1972) pernah menyarankan yang
perancangan yang baik akan dapat dicapai melalui maklumat yang baik yang datangnya dari sistem
maklumat yang mantap.
Fungsi utama sistem maklumat dalam perancangan dapat dikenalpasti sebagai:
i Fungsi deskriptif – maklumat seharusnya membantu menerangkan atau menganggarkan situasi dan
senario semasa;
ii Fungsi kognitif – sistem maklumat juga harus dapat menyumbang dan meningkatkan pemahaman
terhadap masalah wilayah dengan memberikan faktor-faktor utama dan pembolehubah yang dapat
dianalisis menggunakan kaedah pemodelan wilayah dan teknik statistik yang lain; dan
iii Fungsi Normatif – sistem maklumat juga sebaik-baiknya dapat memperbaiki tindakan dengan
mengurangkan kesan dan akibat sesuatu tindakan melalui jangkaan kesan-akibat atau mengurangkan
ketidakpastian terhadap kesan dari tindakan yang diambil atau akan diambil.
Bagaimanapun, aktiviti perancangan banyak melibatkan penggunaan tanah dan kajian bagaimana
berbagai-bagai jenis guna tanah berkait antara satu sama yang lain. Data-data yang mempunyai
rujukan ruang termasuk data lot tanah, bangunan, pemilikan tanah dan lain-lain merupakan
sebahagian dari maklumat penting bagi pendekatan perancangan ini. Maklumat-maklumat ini
bersama-sama dengan data sosio-ekonomi seperti data-data banci penduduk dan alam sekitar dapat
memberikan maklumat yang lebih bermakna untuk jururancang dan penggubal keputusan
pembangunan.
Pendekatan perancangan ini juga dapat meningkatkan rasionaliti dalam proses membuat keputusan.
Oleh kerana maklumat geografi disimpan dan diproses dalam bentuk primer, analisis akan menjadi
lebih kuantitatif dan rasional. Peringkat pemodelan yang diperlukan dalam proses perancangan dan
pengurusan wilayah memerlukan jururancang menggariskan kriteria yang jelas dalam memilih
program alternatif. Ini seterusnya menggalakkan pemilihan kriteria yang objektif berdasarkan data
sebenar bagi kawasan yang dikaji.
Bagi persoalan data perancangan yang mempunyai rujukan ruang ini, Sistem Maklumat Geografi
atau lebih dikenali sebagai GIS adalah sistem berkomputer yang paling sesuai digunakan. GIS
memberikan kemudahan menangani keperluan data bagi fungsi-fungsi yang dibincangkan di atas.
Keupayaan GIS yang terpenting adalah kebolehannya menangani kedua-dua data kartografi berdigit
dan pangkalan data maklumat atribut yang berkaitan bagi sesuatu pelan atau peta. GIS dapat
menyimpan koordinat peta bagi lokasi titik, ciri-ciri lelurus dan kawasan. Ciri-ciri ini mempunyai
sifat yang harus disimpan dalam pangkalan data. Apabila kesemua data-data ini telah disimpan,
kedua-dua maklumat peta berdigit dan pangkalan data atributnya dapat diolah dan dianalisis secara
serentak. Kebolehan ini merupakan fungsi penting di kebanyakan penggunaan perancangan ruang
yang memerlukan kepelbagaian data fizikal dan persekitarannya.
GIS DAN ANALISIS PERANCANGAN
Cabaran utama dalam perancangan dan pengurusan wilayah bandar seperti Wilayah Lembah Klang
adalah pertumbuhan bandar yang pesat. Ia termasuklah keperluan terhadap pembangunan tanah,
perumahan dan penyediaan kemudahan bandar. Kualiti perancangan dan proses pengambilan
keputusan mungkin dapat dipertingkatkan apabila terdapatnya proses pengendalian maklumat yang
berkesan. Maklumat dari pangkalan data yang mantap dapat digunakan untuk menjana senario yang
berbeza-beza melalui kriteria yang mudah diubahsuai dengan mengambilkira ciri-ciri sosio-ekonomi,
halangan pembangunan fizikal, kedapatan tanah dan kesesuaian tapak pembangunan. Kaedah
pemodelan ruang GIS dapat digunakan untuk menghasilkan alternatif-alternatif senario
pembangunan. Dalam mewujudkan senario pembangunan penggunaan ‘what if?’ iaitu satu perisian
yang baru dapat membantu menghasilkan alternatif senario ini dengan mengambilkira analisis
perancangan. Senario pembangunan ini dapat dinilai menggunakan kaedah-kaedah penilaian tertentu
seperti penilaian kos faedah, pencapaian matlamat pembangunan, pencapaian mengikut polisi dan
strategi pembangunan dan lain-lain (Rajah 1). Kaedah ini membolehkan perbandingan beberapa
cadangan diambil. Ini dapat mempertingkatkan rasionaliti dalam proses penyediaan rancangan
pembangunan dan kajian semula dapat dilakukan bila diperlukan dengan falsafah perancangan yang
merupakan proses yang berterusan dan berkesinambungan.
Umumnya, GIS merupakan peralatan penting di dalam perancangan dan pengurusan di pelbagai
peringkat perancangan, tetapi GIS sendiri tidak dapat melakukan perancangan atau penyelesaian
masalah dalam perancangan serta pengurusan. Kaedah untuk menggunapakai GIS dalam
menghasilkan senario pembangunan, memperuntukkan pelaburan dan menilai cadangan adalah
terbatas. Mengikut Brail (1990), masalah penggunaan GIS sebagai peralatan sokongan perancangan
dan pengurusan dibahagikan kepada tiga iaitu kelemahan dalam melakukan unjuran, tiada keupayaan
untuk melakukan penilaian dan hubungan antaramuka pengguna (user interfaces) yang terhad.
Walaubagaimanapun, dengan kemunculan perisian baru dan fungsi analisis yang lebih baik memberi
kemungkinan yang lebih positif di mana kebolehan ini seharusnya diterokai dan disepadukan untuk
mewujudkan satu sistem sokongan perancangan (Planning Support System (PSS)) yang lebih
berkesan. Satu sistem sokongan perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan perancangan dan
pengurusan pada peringkat wilayah.
PENJANAAN SENARIO PEMBANGUNAN MELALUI SISTEM SOKONGAN
PERANCANGAN
Pengguna ‘What-If’
‘What if?’ merupakan alat sokongan perancangan yang memberi tindak balas secara langsung
terhadap tren perkembangan sesebuah kawasan di mana ‘What if?’ dapat digunakan untuk
mengenalpasti apakah yang akan terjadi berdasarkan pemilihan polisi
Mengenalpasti
AnalisisKesesuaian
Guna tanah

Sumber : Rolf A. de By. Principle of GIS

Anda mungkin juga menyukai