Anda di halaman 1dari 11

Sebelum ini angin krisis ini cuba disembunyikan oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abdul

Samad, hari ini sudah terpampang di dada berita perdana tentang Ketua Pegawai Eksekutif
dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad diarahkan
bercuti.

Berita Harian telah menyiarkan secara langsung temubual terkini mengenai desakan
Pengerusi FGV terhadap Zakaria agar meletakan jawatan. Sehari sebelum itu Datuk
Zakaria, seorang anak peneroka dari Negeri Sembilan yang di lantik pada 1 April 2016 cuba
mempertahakan tindakanya untuk tidak mengiakan desakan ini.

Sebelum ini pun saya pernah menulis meragui pelantikan ini selagi Tan Sri Isa masih
berada di kedudukan Pengerusi Felda. Presiden sebelum ini Datuk Mohd Emir Mawani juga
mengalami nasib yang sama apabila gagal melaksanakan pembelian 37 peratus saham Pt
Eagle High Plantation (EHP) kerana akur desakan pemegang saham FGV.

Pengerusi Felda tidak berani waktu itu untuk terus mendesak FGV menjayakan pemilikan
ini, lalu beliau sebelum dipecat dari Pengerusi Felda telah berjaya mengarahkan Felda
membeli 37 peratus kepentingan anak syarikat Rajawali Group milik rakan Datuk Seri Najib.

Pembatalan beberapa urusniaga dengan Syarikat dari China juga antara tindakan Zakaria
yang menyebabkan Tan Sri Isa mengamuk. Ramai bekas kakitangan Felda mengagap Isa
gagal memperkudakan Datuk Zakaria dalam beberapa keinginan beliau dijayakan.

Arahan bercuti serta merta ini dikaitkan dengan Zakaria sedang disiasat berhubung
tunggakan bayaran daripada syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd,
sebuah anak syarikat FGV.

Namun ini kami anggap sebagai alasan teknikal untuk menghalalkan tindakan Isa Samad
terhadap desakan pemecatan Zakaria daripada jawatan sekarang.

Dengan apa yang berlaku kepada Felda sejak Isa Samad dilantik menjadi Pengerusi Felda
pada tahun 2011 sehingga di pecat awal tahun ini, peneroka Felda perlu menyokong dan
berdiri teguh di belakang Zakaria kerana beliau cuba memacu dan membawa FGV ke
landasan betul dengan apa yang dialami FGV sejak disenaraikan di BSKL.

Kami semua warga Felda menyokong Datuk Zakaria untuk terus mengekalkan
kedudukannya dan kami MENDESAK ISA SAMAD yang sepatutnya disingkirkan. Kami
akan bersolidariti mempertahankan anak Felda.
pENGERUSI Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Isa Samad bertemu dengan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Perdana Putra, Putrajaya, pagi ini.
Difahamkan, kenderaan beliau memasuki perkarangan Perdana Putra kira-kira 8 pagi.
Namun, usaha pihak media untuk mendapatkan Isa gagal kerana kenderaan membawanya keluar
dari Perdana Putra menggunakan laluan lain kira-kira 11 pagi.
Media hari ini melaporkan kedudukan Isa sebagai Pengerusi FGV dan Ketua Pegawai Eksekutifnya
Datuk Zakaria Arshad akan ditentukan hari ini.
Difahamkan, Perdana Menteri akan mengumumkan kedudukan Pengerusi dan Ketua Pegawai
Eksekutif FGV hari ini.
Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Zakaria,
Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading,
Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim
untuk bercuti 6 Jun lalu.
Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala
sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memulakan siasatan
berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam syarikat itu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 12:45 PM

Krisis FGV: Peneroka Felda perlu pertahan Zakaria


NARAZA MUDA 06 JUNE 2017
SUDAH hampir seminggu ribut kecil melanda FGV dan sangat meresahkan rakyat Malaysia
terutamanya warga Felda. Hari ini ribut sudah bertukar taufan. Apakah pula penangan Isa Samad
kali ini.
Sebelum ini angin krisis ini cuba disembunyikan oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abdul Samad, hari
ini sudah terpampang di dada berita perdana tentang Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda
Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad diarahkan bercuti.
Berita Harian telah menyiarkan secara langsung temubual terkini mengenai desakan Pengerusi FGV
terhadap Zakaria agar meletakan jawatan. Sehari sebelum itu Datuk Zakaria, seorang anak
peneroka dari Negeri Sembilan yang di lantik pada 1 April 2016 cuba mempertahakan tindakanya
untuk tidak mengiakan desakan ini.
Sebelum ini pun saya pernah menulis meragui perlantikan ini selagi Tan Sri Isa masih berada di
kedudukan Pengerusi Felda. Presiden sebelum ini Datuk Mohd Emir Mawani juga mengalami nasib
yang sama apabila gagal melaksanakan pembelian 37 peratus saham Pt Eagle High Plantation
(EHP) kerana akur desakan pemegang saham FGV.
Pengerusi Felda tidak berani waktu itu untuk terus mendesak FGV menjayakan pemilikan ini, lalu
beliau sebelum dipecat dari Pengerusi Felda telah berjaya mengarahkan Felda membeli 37 peratus
kepentingan anak syarikat Rajawali Group milik rakan Datuk Seri Najib.
Pembatalan beberapa urusniaga dengan Syarikat dari China juga antara tindakan Zakaria yang
menyebabkan Tan Sri Isa mengamuk. Ramai bekas kakitangan Felda mengagap Isa gagal
memperkudakan Datuk Zakaria dalam beberapa keinginan beliau dijayakan.
Arahan bercuti serta merta ini dikaitkan dengan Zakaria sedang disiasat berhubung tunggakan
bayaran daripada syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat
FGV.
Namun ini kami anggap sebagai alasan teknikal untuk menghalalkan tindakan Isa Samad terhadap
desakan pemecatan Zakaria daripada jawatan sekarang.
Dengan apa yang berlaku kepada Felda sejak Isa Samad dilantik menjadi Pengerusi Felda pada
tahun 2011 sehingga di pecat awal tahun ini, peneroka Felda perlu menyokong dan berdiri teguh di
belakang Zakaria kerana beliau cuba memacu dan membawa FGV ke landasan betul dengan apa
yang dialami FGV sejak disenaraikan di BSKL.
Kami semua warga Felda menyokong Datuk Zakaria untuk terus mengekalkan kedudukannya dan
kami MENDESAK ISA SAMAD yang sepatutnya disingkirkan. Kami akan bersolidariti
mempertahankan anak Felda.
NARAZA MUDA
Aktivis Membela Peneroka Felda
6 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 6/6/2017

KINIGUIDE | Krisis ini yang melibatkan Felda Global Ventures Holdings


Bhd (FGV) bermula selepas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai
Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad diarah bercuti awal minggu ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV - pengendali ladang


kelapa sawit ketiga terbesar di dunia itu - menyatakan bahawa cuti itu
sehingga selesai penyiasatan terhadap urus niaga tertentu oleh anak
syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Selain Zakaria, turut diarah bercuti tiga pegawai kanan iaitu Ketua
Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus
Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan
Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abdul Samad dalam sidang media pada hari
Selasa mengesahkan bahawa audit dalaman akan dijalankan dalam
perkara itu. Beliau menegaskan bahawa keputusan untuk
menggantung Zakaria telah dibuat oleh lembaga FGV dan bukan oleh
beliau seorang sahaja.
Iklan

Walau bagaimanapun, Isa mengancam untuk menyaman wartawan


yang meminta respons beliau terhadap dakwaan penyalahgunaan
kuasa. Wartawan itu meminta komen beliau mengenai satu artikel
oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin, yang mendakwa Isa mahu
Zakaria disingkirkan dalam usaha untuk menutup dakwaan amalan
rasuah dalam FGV.

Itu mungkin hanya spekulasi, tetapi berdasarkan apa yang telah


dilaporkan, Zakaria dikatakan digantung selepas beliau dilaporkan
menolak permintaan Isa supaya dia meletakkan jawatan berhubung
dakwaan salah laku dalam pengaturan kredit antara Delima Oil
Products dan Safitex Trading LLC yang berpangkalan di Dubai.

Safitex dilaporkan mempunyai hutang terkumpul sebanyak AS$8.3


juta (RM35.38 juta pada kadar semasa) dan tidak membuat sebarang
pembayaran balik sejak akhir 2015.

Walau bagaimanapun, Zakaria, dalam surat kepada Isa, menafikan dia


telah melanggar kod tadbir urus korporat.

Dalam surat bertarikh 5 Jun, Zakaria berhujah bahawa proses


pembayaran dan syarat kredit yang digunakan oleh Delima, telah pun
dibuat sebelum beliau menjadi ketua pegawai eksekutif.

Zakaria juga dilaporkan oleh The Star pada hari Selasa sebagai berkata
dia telah cuba untuk menghentikan beratus juta ringgit pelaburan
yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut, yang beliau
sifatkan sebagai "tidak masuk akal".
Ini dilaporkan termasuk rancangan pengembangan £100 juta (RM551
juta) bagi Felda Cambridge Nanosystems Ltd dan rancangan
pelaburan RM300 juta untuk membeli 30 peratus pegangan dalam
sebuah kilang krimer. Zakaria menegaskan semua itu bukan
perniagaan teras FGV.

Berbekalkan beberapa dokumen, Zakaria keesokan harinya pergi


ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan
memberitahu pemberita bahawa beliau berada di sana untuk
membantu siasatan terhadap dakwaan mengenai salah urus dalam
syarikat tersebut.

Menjawab gesaan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad


Zakarshi supaya dia dan Isa meletak jawatan ekoran krisis semasa itu,
Zakaria menegaskan bahawa beliau tidak akan berbuat demikian
kerana beliau "tidak bersalah". Isa juga menolak desakan supaya
beliau meletakkan jawatan, juga mendakwa bahawa dia tidak
melakukan kesalahan.

Putrajaya telah mengumumkan pelantikan bekas menteri Datuk Idris


Jala sebagai "pihak bebas" untuk meneliti keputusan menggantung
pegawai FGV.

Sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas FGV, SPRM pada hari


Khamis menyerbu ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur. Para pegawai
SPRM merampas empat kotak dan tiga beg troli dokumen dari FGV
dalam serbuan selama lapan jam itu.

Siapa Zakaria?

Beliau yang berusia 57 tahun, yang menjadi perhatian selepas


penggantungannya, adalah generasi kedua peneroka Felda. Zakaria
adalah anak seorang peneroka Felda Palong 1, Negeri Sembilan.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Ekonomi) dari
Universiti Sains Malaysia.

Sejak itu, Zakaria telah menghabiskan 33 tahun berkhidmat dalam


Felda, merangkumi pelbagai syarikat di bawah kumpulan itu.

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) perlu memulihkan
kembali keyakinan pelabur ekoran kemelut pengurusan syarikat berkenaan,
kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau yakin kemelut antara Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad berpotensi
menjejaskan peneroka serta sentimen pasaran.

“Tiada keyakinan. FGV kena ambil langkah untuk mengembalikan keyakinan


pasaran kepada syarikat itu.

“Sebab itu, pada hemat saya penyelesaian kepada perkara ini perlu kita buat
dengan cepat dan tidak dilengah-lengahkan,” katanya kepada Bernama ketika
dihubungi hari ini.

Beliau berkata masalah itu juga memberi kesan ke atas pendapatan dan
kepentingan peneroka yang membekalkan buah sawit kepada FGV.

Zakaria diminta bercuti sejak Selasa lepas apabila kumpulan berkenaan mula
menyiasat transaksi yang dilakukan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products
Sdn Bhd.

Turut diarah bercuti ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd
Talha dan 2 pegawai lain, berkuat kuasa serta merta.

Saham FGV susut 7 sen kepada RM1.66 pada 12.04 tengah hari pada hari yang
sama dengan 27.12 juta saham didagangkan sebelum dagangan dihentikan
pada 12.05 tengah hari.
Dagangan pulih pada 2.30 petang dengan harga saham susut dan ditutup pada
RM1.62 dengan 96.74 juta saham bertukar tangan.

Saham FGV ditutup pada RM1.66 pada Rabu dan turun 1 sen kepada RM1.65
pada Khamis dengan 15.07 juta saham diurusniagakan.

Shahrir berkata Felda, sebagai pemegang saham terbesar dengan pemegangan


33% kepentingan dalam FGV, mahu siasatan dijalankan secara menyeluruh,
adil dan telus, memandangkan ia secara tidak langsung memberi impak kepada
agensi itu.

“Setakat ini kita tidak nampak lagi impak dari isu ini. Tetapi sebagai sebuah
syarikat, FGV kena berterusan untuk menjadi efisien kerana keuntungan dia
bermakna lebih dividen bagi kita (Felda),” katanya

Shahrir berkata Felda melabur jumlah wang yang besar dalam FGV dan
pulangan ke atas pelaburan itu merupakan sumber pendapat Felda.

Beliau berkata sumber utama pendapatan membabitkan pajakan tanah Felda


kepada FGV, dengan agensi itu menerima pendapatan tetap RM250 juta
setahun, dan 15% keuntungan.

“Jadi keuntungan itu sangat bermakna. Maka, FGV perlulah menguruskan


ladang-ladang yang dipajak itu secara yang terbaik supaya keuntungan itu lebih
tinggi. Ia bermakna kita (Felda) bergantung kepada FGV untuk pendapatan,”
katanya.

Pada masa yang sama, Shahrir berkata cadangan untuk memasukkan 3 wakil
Felda dalam lembaga pengarah FGV dapat meningkatkan sentimen, sekali gus
meningkatkan harga saham FGV serta minat pelabur.

Beliau berkata ketiadaan wakilnya dalam FGV menyukarkan Felda mendapat


maklumat terkini mengenai kumpulan itu.

“Kami tidak mempunyai wakil untuk bertindak bagi pihak Felda. Tiada sesiapa
yang memberi laporan kepada Felda, atau untuk menyuarakan pendirian kami
sama sekali. Setakat ini saya tidak menerima maklum balas daripada mereka
(FGV). Mungkin saya perlu membuat tindakan susulan,” katanya.

Sambil mempertahankan cadangan Felda, Shahrir berkata agensi kerajaan itu


tahu apa yang terbaik untuk FGV kerana terlibat secara langsung dengan
industri minyak sawit,
“Kita kenal FGV, sebab syarikat ini kepunyaan Felda dulu sebelum ia
disenaraikan,” katanya.

Diperbadankan sebagai syarikat sendirian berhad pada 2007 dan beroperasi


pada peringkat awalnya sebagai cabang komersial FELDA, FGV disenarai di
papan utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Jun 2012.

FGV membuat permulaan yang baik pada RM5.39 dan mencatat premium 84
sen melepasi harga tawaran pada RM4.55.

Penyenaraiannya merupakan tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar


dunia, selepas Facebook Inc, FGV mengumpul US$16 bilion dan menarik
perhatian dunia, Ia merupakan IPO terbesar di Malaysia selepas Petronas
Chemical Group yang disenarai pada November 2010.

Ia juga merupakan kejayaan penting kepada negara terutama bagi peneroka


Felda.

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat kontraktor menuntut baki bayaran sebanyak


RM4 juta daripada anak syarikat FGV Holdings Berhad (FGV) bagi projek
pembangunan fasa satu di Felda Chuping Perlis.
Pengarah Syarikat Abu Johan Aboo Backer, Abu Johan Aboo Backer berkata,
syarikatnya adalah sub kontraktor yang menjalankan projek melibatkan 158 unit
rumah mampu milik, 66 unit rumah kos sederhana, 17 rumah kedai dan
kemudahan infrastruktur dengan tender RM23 juta.
Menurutnya, syarikatnya ditamatkan kontrak Julai lepas selepas didakwa gagal
menyiapkan projek mengikut tempoh ditetapkan.
"Kontrak ini pada awalnya telah dianugerahkan kepada Gema Kukuh Sdn Bhd
yang kemudiannya melantik syarikat kami sebagai sub kontraktor.
"Projek sepatutnya siap pada 2016 namun disebabkan masalah teknikal yang tidak
diselesaikan oleh konsultan sebelum kontrak bermula menyebabkan kerja kami
sebagai kontraktor tergendala," katanya pada sidang media di ibu pejabat Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Abu Johan berkata, selepas kontrak ditamatkan pemilik projek tidak menjalankan
pemeriksaan bagi nilaian kerja-kerja yang disiapkan.
"Kami telah menyiapkan 90 peratus projek namun bayaran yang kami terima
dalam tempoh lima tahun projek dilaksanakan adalah sebanyak RM16 juta.
"Tindakan anak syarikat itu yang sengaja melewatkan bayaran telah menyebabkan
Syarikat Gema Kukuh muflis," katanya.
Katanya, pihaknya telah menggunakan pelbagai saluran bagi mendapatkan tuntutan
baki bayaran termasuk membuat aduan integriti Felda ke atas sekumpulan individu
yang didakwa terlibat dalam salah tadbir.
"Kami dapati tiada siasatan terperinci dijalankan sebaliknya memberikan alasan
tidak munasabah malah tidak memanggil pihak kami untuk menjelaskan keadaan
sebenar.
"Kegagalan kami mendapatkan bayaran menyebabkan syarikat kami menghadapi
masalah kewangan dan hampir muflis. Saya harap penyelesaian dapat dicapai atau
terpaksa mengambil tindakan mahkamah sebagai jalan terakhir," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berharap, menteri
terlibat dapat memberikan perhatian dengan meningkatkan kecekapan pengurusan.
"Saya telah berjumpa dengan pihak FGV namun perkara itu tidak menemukan
jalan penyelesaian. Kelewatan pembayaran kepada kontraktor menyebabkan
syarikat hadapi krisis kewangan dan muflis.
"Saya berharap isu ini sampai kepada menteri berkaitan dan menyemak kelemahan
pengurusan serta menambah baik etika kerja pegawai terlibat supaya tak ada kes
menekan seperti ini berulang," katanya.

Krisis FGV: ‘Heret mereka ke muka


pengadilan’
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengalu-alukan dan menyokong
penuh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung
kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, SPRM perlu menyiasat sejauh mana kebenaran
isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan beberapa tokoh
penting Felda dan FGV serta anak-anak syarikat yang tular di media sosial.
“Jika terbukti mana-mana individu didapati ada asas kepada perilaku rasuah, heret
mereka ke muka pengadilan, tanpa mengira latar belakang dan kedudukan mereka.

“Tanpa prejudis, Tan Sri Isa Samad, Pengerusi FGV paling banyak dikaitkan dengan
dakwaan rasuah yang tular di media sosial,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM memberitahu Isa dan Presiden Kumpulan dan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), FGV, Datuk Zakaria Arshad antara mungkin dipanggil
bagi membantu siasatan berhubung kemelut FGV.

Kedua-duanya antara lebih 50 individu yang telah dikenal pasti untuk dipanggil ekoran
krisis FGV yang menyaksikan empat pengurusan kanan syarikat dipaksa bercuti
berkuatkuasa serta-merta, 6 Jun lalu.

Siasatan awal FGV mendapati wujud unsur salah laku dan tidak mengikut prosedur
berkaitan isu tunggakan bayaran syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products
(DOP).

Sehubungan itu, Anak, ujar Mazlan, menegaskan kembali gesaan supaya Audit
Pengurusan dan Suruhanjaya Bebas dibentuk bagi mengenal pasti punca ‘kehilangan’
berbilion wang Felda.

“Ia boleh membantu SPRM dan sekali gus memulihkan keyakinan masyarakat Felda
terhadap Felda dan FGV. Anak mencadangkan agar tokoh-tokoh seperti bekas Ketua
Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan bekas Pengerusi Felda, Tan Raja Alias dapat
dilibatkan sama.

“Anak mengharapkan pelantikan Datuk Sri Idris Jala sebagai ‘orang tengah’ mewakili
kabinet tidak mengganggu usaha dan siasatan SPRM. Anak yakin sepertimana pepatah
melayu, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya, jatuh ke tanah jua,” tegas Mazlan
lagi.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/krisis-fgv-heret-mereka-ke-muka-pengadilan/

Anda mungkin juga menyukai