Anda di halaman 1dari 8

ADEA 2316 : GEOGRAFI PENDUDUK DAN DEMOGRAFI

KEPENTINGAN KAJIAN TENTANG


STRUKTUR UMUR PENDUDUK

NAMA:
MOHAMAD AZIZUL BIN SAMAD

NO. MATRIK:
AEN 130002

PENSYARAH:
DR. AZIZ BIN SHAFIE

KANDUNGAN
BIL.

PERKARA

MUKA SURAT

1.

1.0 PENGENALAN

2.

2.0 STRUKTUR UMUR PENDUDUK


2.1 Piramid Progresif
2.2 Piramid Regresif
2.3 Piramid Terganggu

2-5

3.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN STRUKTUR UMUR


PENDUDUK
3.1 Polisi Kependudukan
3.2 Perkembangan Pendidikan
3.3 Perkahwinan dan Fertiliti
3.4 Perkembangan Ekonomi

5-7

4.

4.0 RUMUSAN

5.

5.0 RUJUKAN

3.0 PENGENALAN
Kependudukan merupakan faktor penting dalam proses pembangunan sosioekonomi sesebuah negara. Perubahan demografi akan memberi kesan kepada
kemampuan sesebuah negara menepati hala tuju yang dirancang. Ia amat sensitif
kepada perubahan yang berlaku di sekitarnya, seperti perubahan corak dan tempo
pembangunan, perubahan alam sekitar dan ekosistem serta perubahan dalam cara
gaya hidup dan aspirasi individu.
Penduduk yang berkualiti akan dapat melahirkan institusi keluarga yang akan
menjadi paksi kepada kesejahteraan dan keharmonian generasi akan datang.
Penduduk yang berkualiti memberi gambaran yang sempurna tentang masa depan
sesebuah negara. Setiap individu memerlukan keperluan asas seperti makanan, air
dan lain-lain untuk hidup yang akan memberi tekanan kepada alam sekitar. Cabaran
utama adalah untuk memenuhi kehendak penduduk sekarang yang semakin
bertambah tanpa menjejas keperluan generasi masa hadapan. Cabaran ini dapat
dipenuhi dengan mengambil kira, pada peringkat makro, pengintegrasian faktorfaktor kependudukan dalam proses perancangan, dan pada peringkat mikro,
pemahaman mengenai hubung kait di antara penduduk, alam sekitar dan
pembangunan mapan di semua peringkat.
Sehubungan dengan ini, permantauan terhadap aliran pertumbuhan penduduk
negara perlu dilakukan. Perubahan terutama dari aspek struktur umur, kesuburan
dan taburan, adalah perkara yang harus di pandang serius kerana ia boleh memberi
implikasi yang besar kepada pembangunan negara secara menyeluruh. Berasaskan
kepada maklumat dan indikator mengenai isu-isu semasa berkaitan kependudukan
ia boleh membantu dalam perancangan pembangunan negara di masa hadapan.

4.0 STRUKTUR UMUR PENDUDUK


Struktur umur penduduk boleh digambarkan melalui rajah piramid penduduk. Ia
menunjukkan perbandingan antara jantina lelaki dan perempuan mengikut peringkat
umur yang tertentu. Umumnya terdapat beberapa jenis piramid penduduk seperti
piramid progresif, regresif, dan terganggu. Malaysia merupakan salah satu negara
membangun yang memiliki piramid penduduk jenis progresif.
4.1 Piramid Progresif

Piramid progresif adalah berbentuk kon, iaitu puncak yang tajam atau
tirus dan dasar atau tapak yang lebar serta keadaan rerun yang cekung.
Setiap elemen terhadap bentuk piramid ini mewakili ciri-ciri
kependudukan:

Bilangan penduduk muda yang ramai


Ia berlaku hasil daripada kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian
yang rendah. Ini diwakili oleh tapak piramid yang lebar. Keadaan ini
banyak berlaku di negara-negara sedang membangun yang sedang
mengalami peningkatan taraf kesihatan.

Kadar kelahiran yang tinggi


menyebabkan pertambahan penduduk semula jadi menjadi begitu pesat.
Kepesatan ini berpunca daripada kegagalan amalan perancangan
keluarga, amalan perkahwinan di usia muda, keperluan dan
kebergantungan kepada tenaga buruh manusia atau keluarga serta
peningkatan kemudahan dan taraf kesihatan penduduk.

Jangka hayat penduduk rendah

Jangka hayat penduduk rendah berlaku kerana kadar kematian golongan


tua adalah tinggi. Secara purata jangka hayat penduduk di negara
sedang membangun pada masa kini ialah di sekitar 65 tahun. Sebab
utama jangka hayat penduduk rendah kerana kurangnya kemudahan
perubatan dan kepakaran untuk merawat penyakit. Penjagaan kehihatan
seperti pemakanan seimbang, pengjagaan kebersihan persekitaran dan
diri masih ditahap rendah.

RAJAH 1 : Piramid Progresif

2.2 Piramid Regresif

Saiz tapak piramid yang sempit dan puncaknya yang agak tirus
menunjukkan kadar kelahiran dan kadar kematian yang rendah. Faktorfaktor penyebab bentuk piramid peralihan:

faktor status quo


perkahwinan pada usia lewat atau lambat
keberkesanan program perancangan keluarga
penglibatan wanita dalam kerjaya berprofil tinggi
dasar atau polisi saiz keluarga kecil yang dijalankan oleh kerajaan
kecenderungan setiap keluarga untuk memiliki jumlah anak yang
sedikit, iaitu antara satu atau dua orang sahaja.

RAJAH 2: Piramid Regresif


2.3 Piramid Terganggu
Boleh berlaku ke atas mans-mans pyramid sama ada progresif,
regresif, atau stabil yang menyebabkan perubahan yang ketara ke atas
struktur umur dan jantina penduduk. Gangguan terjadi akibat
peperangan, wabak penyakit, atau kesan polisi kerajaan seperti dasar
saiz keluarga kecil. Selain itu, bilangan penduduk lelaki yang tua juga
adalah sedikit berbanding dengan golongan perempuan yang tua kerana
ramai lelaki yang mati akibat peperangan dunia kedua tersebut.

RAJAH 3: Piramid Terganggu.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN STRUKTUR UMUR PENDUDUK


3.1 Polisi Kependudukan
Perubahan dalam struktur populasi mempunyai impak jangka masa panjang
yang signifikan ke atas ekonomi, persekitaran dan struktur sosial. Di Malaysia, polisi
populasi dianggap sebagai suatu faktor yang mempengaruhi dan bertindakbalas
terhadap perubahan penduduk, begitu juga perkembangan ekonomi, integrasi
ekologi dan keadilan sosial. Polisi Wawasan Negara menekankan tentang
pembangunan sumber tenaga begitu juga keperluan bagi mewujudkan keteguhan
ekonomi dan komuniti yang bersaing sepenuhnya. Ia memerlukan penekanan ke
atas kualiti penduduk menerusi pembangunan sumber tenaga di samping
membolehkan pasangan-pasangan merancang keluarga mereka mengikut sumbersumber yang ada.
Matlamat utama polisi kependudukan ialah untuk mengekalkan pertumbuhan
penduduk yang seimbang dengan sumber-sumber dan pembangunan. Perkara ini
adalah selaras dengan usaha-usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara industri, dan pada masa yang sama mengekalkan kualiti populasi yang
disemai dari sistem kekeluargaan yang sihat, teguh dan stabil. Pastinya, pada tahap
makro ia memerlukan integrasi faktor-faktor kependudukan yang lebih baik dalam

keseluruhan proses perancangan pembangunan, dan pada tahap mikro, ia


memperteguhkan keluarga sebagai asas kepada pembangunan populasi berkualiti.
3.2 Perkembangan Pendidikan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pada tahun 2001 hingga 2010
mengambil kira matlamat dan aspirasi wawasan 2020 yang bermatlamat membina
Malaysia menjadi negara maju, teguh, adil dan kompetitif. Rancangan tersebut
bertujuan memastikan semua rakyat Malaysia berpeluang mendapatkan pendidikan
percuma selama 11 tahun; iaitu dari pendidikan rendah hingga ke menengah yang
diwajibkan kepada semua.
Taburan kemasukan pelajar ke sekolah mengikut jantina menunjukkan nisbah
yang seimbang di antara lelaki dan perempuan pada tahap rendah dan menengah,
tetapi lebih ramai pelajar perempuan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari.
Peluang kemasukan ke pendidikan tertiari akan disediakan bagi mencapai sasaran
40 peratus kadar kemasukan kumpulan umur 17-23 tahun menjelang 2010. Dengan
peningkatan kemasukan pelajar, terutama di peringkat tertiari, kerajaan harus
menyediakan infrastruktur yang cukup bahkan tenaga kerja yang mampu
mengerakkan sistem pendidikan.
Sehubungan dengan itu, kerajaan harus memikirkan umur yang sesuai bagi
tenaga akademik untuk bersara. Ini kerana ditahap inilah mereka mempunyai
kecemerlangan dalam kepakaran mereka. Jika kita bandingkan dengan negara lain
seperti Indonesia, umur bersara bagi akademik disana ialah 65 tahun , di Brunei 60
tahun . Seandainya isu ini tidak dilihat dengan secara serius pasti negara akan
kerugian tenaga mahir yang diperlukan untuk mengerakkan pendidikan tertiari yang
menerima limpahan pelajar yang ramai.
3.3 Perkahwinan dan Fertiliti
Kemerosotan dalam kadar fertiliti secara keseluruhan, sebahagiannya di
sebabkan oleh peningkatan umur perkahwinan pertama dan juga penurunan fertiliti
perkahwinan yang berkait rapat dengan penggunaan kontraseptif. Umur min
perkahwinan pertama bagi wanita telah meningkat daripada 23.5 tahun pada 1980
kepada 25.1 tahun pada 2000. Jelas di sini, melambatkan kelahiran anak
merendahkan kadar pertumbuhan penduduk.
Isu lambat berkahwin dan kemerosotan fertiliti disumbangkan oleh faktorfaktor seperti tahap pendidikan penduduk yang lebih tinggi, peningkatan dalam
penglibatan wanita ke dalam tenaga kerja, peningkatan kadar urbanisasi, dan
pembaikan dalam taraf hidup. Kesan daripada kemerosotan fertiliti dan peningkatan
kepada kecenderungan membina keluarga nuklear selepas berkahwin, terdapat
peningkatan yang ketara ke arah saiz keluarga yang lebih kecil.
3.4 Perkembangan Ekonomi
6

Perancangan bagi meningkatkan ekonomi dilakukan struktur umur penduduk.


Permintaan daripada julat umur yang berbeza menentukan penawaran yang bakal
dilakukan. Dengan adanya kajian terhadap struktur umur penduduk, perkembangan
ekonomi dapat berlaku kerana sasaran pengguna lebih mudah dikenal pasti.

4.0 RUMUSAN
Malaysia kini sedang berada pada tahap kedua perubahan demografi. Kadar
kematian kasar telah mencecah kadar yang amat rendah kesan daripada
penyediaan kemudahan perubatan dan kesihatan dan pembaikan dalam sosioekonomi yang berlaku sejajar dengan pembangunan. Namun begitu, kadar kematian
kasar dijangkakan meningkat sedikit berikutan perubahanperubahan dalam struktur
umur penduduk. Fertiliti telah merosot di sepanjang dekad yang lalu akibat
perkahwinan lambat dan juga penurunan kadar fertiliti pasangan yang telah
berkahwin. Kesan daripada perubahan demografi, terdapat perubahan struktur
dalam penduduk. Nisbah penduduk muda di Malaysia akan merosot sementara
nisbah mereka yang berumur 25-59 tahun akan meningkat sedikit dan nisbah
mereka yang berumur 60 tahun ke atas akan mengalami peningkatan yang drastik.
Di antara tahun 2005 dan 2020, bilangan warga berumur 60 dan ke atas di Malaysia
dijangkakan akan menjadi lebih dua kali ganda sehingga mencecah 3 juta orang
pada tahun 2020. Dengan adanya kajian dalam struktur umur penduduk, kesankesan negatif perubahan demografi dapat dielakkan. Langkah-langkah untuk
perancangan masa hadapan yang lebih cerah dapat dilaksanakan dengan adanya
kajian dalam struktur umur penduduk.
5.0 RUJUKAN
2007. Population of Malaysia: 50 Years of Chance , Dlm National Population
Conference Demographic Window For Development: opportunities and
Challenges, Kuala Lumpur
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.1994. Kajian Penduduk
dan Keluarga Malaysia, 1994.
Rohani Abd Razak . 2006 . Fourth Malaysia Population And Family Survey
( MPFS 4 ) At A Glance. Dlm National Population Conference Building The
Next Generation. Kuala Lumpur
Syed Barkat Syed Ali, 2007. The USIAMAS Home Help Project , Dlm National
Population Conference Demographic Window For Development: opportunities
and Challenges, Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai