Anda di halaman 1dari 18

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 190

SESI III : PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI PEMANGKIN PERTUMBUHAN EKONOMI

KERTAS KERJA 7 : PERANAN IKS SEBAGAI PENJANA EKONOMI MAJU BERASASKAN PERTANIAN
OLEH : DATO SOFIAN MOHD. SALLEH TIMBALAN KETUA PENGARAH PERTANIAN II, JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 191

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 192

ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai penjana ekonomi maju berasaskan pertanian. Sektor pertanian telah dikenalpasti sebagai sektor yang perlu diberikan tumpuan dan penekanan dan ia perlu dibangunkan semula supaya kembali berdaya saing dengan sektor-sektor lain. Penggubalan tiga Dasar Pertanian Negara (DPN 1 - 1984, DPN 2 - 1992, DPN 3 - 1998) bertujuan untuk mencergaskan dan menghidupkan semula sektor ini dalam usaha membangunkan golongan sasaran agar dapat memberi sumbangan yang berkesan dalam pembangunan negara. Sektor pertanian mendapat satu suntikan baru apabila mendapat peruntukan tambahan sebanyak 34% yang berjumlah RM 1.3 billion dalam Bajet 2005, iaitu peruntukan ketiga terbesar selepas pendidikan dan pertahanan. Jabatan Pertanian Malaysia mula memberikan penekanan kepada program IKS dalam Rancangan Malaysia ke-7 menerusi program Pembangunan Industri Hiliran berasaskan Pertanian. Dalam RM ke-8, penekanan diberikan kepada pembangunan pengeluaran produk pemperosesan makanan berasaskan pertanian melalui program yang sama. Fokus sektor IKS dalam industri pemperosesan hasil pertanian adalah; makanan dan minuman yang diproses, kosmetik dan toilettries berasaskan herba, kraf, dan perkhidmatan yang berkaitan. Beberapa cabaran perlu diberikan perhatian khusus dalam usaha untuk menembusi pasaran upmarket peringkat domestik dan antarabangsa; iaitu meningkatkan daya saing; penggunaan teknologi dan automasi / mekanisasi; perolehan sumber; pembangunan produk dan pasaran; peraturan dan piawaian; peningkatan produktiviti; serta penyediaan infrastruktur dan bantuan.

jabatan mufti negeri selangor

186

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 193

KERTAS KERJA
1. TUJUAN KERTAS Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan peranan yang mampu dimainkan oleh Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) sebagai penjana ekonomi maju berasaskan pertanian dari kacamata Jabatan Pertanian.

2.

LATARBELAKANG

Sektor pertanian telah diberikan nafas baru selepas YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003. Fokus utama YAB Perdana Menteri ialah menjadikan sektor pertanian penting, seiring dan dapat bersaing dengan sektor lain terutamanya sektor perkilangan dan perkhidmatan telah membantu mengalihkan pandangan terhadap sektor pertanian. Sokongan dan komitmen daripada kepimpinan negara ini dapat digunakan sepenuhnya oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani amnya dan Jabatan Pertanian khasnya bagi menggiatkan usaha ke arah menjadikan sektor ini sebagai salah satu dari tiga enjin pertumbuhan ekonomi negara. Di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri yang begitu perihatin dan komited dengan pembangunan sektor pertanian khususnya sektor pengeluaran makanan, sektor ini telah mendapat suntikan harapan baru bagi satu kegiatan ekonomi yang selama ini telah dipinggirkan. Dengan penekanan sebegini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah diberikan tanggungjawab untuk mencergaskan semula sektor pengeluaran makanan di mana potensinya sebagai penjana pertumbuhan ekonomi belum direalisasikan sepenuhnya. Usaha untuk mencergaskan semula dan memajukan sektor pengeluaran makanan pertanian yang dapat menjana nilai ditambah yang tinggi memerlukan permodenan sektor ini. Faktor utama untuk menentukan kejayaan dan kemapanan sesuatu aktiviti pertanian ialah produktivi tinggi, keberkesanan kos dan keupayaan mencipta dan menembusi pasaran. Justeru itu, perancangan yang teliti dalam jangka panjang bagi merealisasikan potensi bidang ini dengan memodenkan dan mentransformasikan sektor pengeluaran makanan sebagai satu entiti yang dinamik dan berdayasaing perlu dilaksanakan.

1. Kertas ini dibentangkan di Multaqa Sultan Sharaffuddin Idris Shah dan Seminar Selangor 2005 : Model Islam Sebuah Ekonomi Maju, di Hotel Grand BlueWave, Shah Alam, Selangor, 7& 8 Disember 2004 2. Timbalan Ketua Pengarah Pertanian II, Jabatan Pertanian, Semenanjung Malaysia.

187

jabatan mufti negeri selangor

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 194

Tumpuan baru untuk memajukan industri asas tani secara tidak langsung akan membantu golongan sasar iaitu masyarakat tani menjana pendapatan tambahan. Ini disebabkan selama ini sebanyak 80% dari pengeluaran hasil pertanian dijualkan secara segar. Situasi ini akan menjurus kepada masalah harga rendah dan lambakan apabila bekalan berlebihan. Salah satu alternatif untuk mengatasi masalah ini ialah menggunakan hasil pertanian segar dalam pemperosesan hiliran yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Industri asas tani yang tercipta melalui aktiviti nilai tambah (added value) tersebut merupakan potensi dan kekayaan sebenar sektor pertanian pada hari ini. Kita tidak boleh lagi mengharap kepada pasaran segar sahaja. Buah dan sayur tropika yang tidak tahan lama menjadikan pasaran segar terhad. Bukan itu sahaja, harga barangan mentah yang dibeli oleh kilang di peringkat ladang adalah rendah.

Industri asas tani sebenarnya bukanlan satu bidang baru yang belum berkembang di kalangan masyarakat tani. Industri seperti keropok, budu, kerepek ubi, pelbagi sos dan jeruk ini telah lama dijalankan oleh masyarakat tani sebagai cottage industry. Penekanan atau fokus baru ialah memajukan industri asas tani dengan menyusun semula pengeluaran cottage industry untuk dipertingkatkan operasinya ketahap Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) yang dapat mematuhi piawaian keselamatan makanan dan kualiti dan seterusnya dapat menerokai pasaran antarabangsa. Pembangunan industri asas tani yang dilaksanakan akan lebih efektif sekiranya menggunakan sumber bahan mentah tempatan dan kurang bergantung kepada bahan yang diimport. Ini akan mengurangkan kebocoran dalam proses ekonomi. Kejayaan memajukan IKS bersumberkan hasil pertanian tempatan akan mencetuskan rantaian nilai ditambah backward and forward linkages dalam ekonomi tempatan akan menambah kesan berganda dalam ekonomi negara. 3. SENARIO PERTANIAN NEGARA

Sektor pertanian telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia dalam era selepas merdeka dengan sumbangan kepada KDNK negara sebanyak 46% pada tahun 1957. Aktiviti ekonomi penduduk negara pada masa tersebut lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian dan perlombongan. Bilangan pekerja yang menceburi sektor ini pada tahun 1966 adalah 80.3%.

jabatan mufti negeri selangor

188

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 195

Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1) telah digubal dan dilaksanakan pada tahun 1984 dengan memberi penekanan kepada dasar yang mengutamakan tanaman komoditi seperti kelapa sawit, getah dan koko. Kerajaan telah melabur dengan banyak di dalam pembangunan infrastruktur, pembangunan in-situ dan pembukaan tanah baru bagi memajukan pertanian, terutamanya bagi tanaman komoditi ini. Selepas lapan tahun, Dasar Pertanian Kedua (DPN2) pula telah dilaksanakan bermula tahun 1992, dengan memberi penekanan kepada meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan. Tumpuan pembangunan pertanian ke arah menghasilkan produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Berikutan perubahan struktur ekonomi yang dihadapi oleh negara pada pertengahan tahun 90-an, Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) telah diperkenal pada tahun 1998 bagi menangani cabaran penggunaan sumber sedia ada secara cekap dan optima untuk meningkatkan dayasaing. Ini termasuk juga memaksimumkan sumbangan pertanian kepada pendapatan negara dan pendapatan eksport serta memaksimumkan pendapatan pengeluar. Kebimbangan mengenai kecukupan dan kestabilan bekalan makanan juga cuba diatasi melalui pelaksanaan program dan projek-projek dalam DPN3. Seterusnya pada masa sekarang, di mana program dan pelaksanaan sebenar DPN3 sedang giat dilakukan, dirancakkan lagi dengan semangat transformasi serta terbaru ini dikenali dengan revolusi pertanian. Semua ini bertujuan untuk mencergaskan semula sektor pertanian dalam memberikan faedah kepada pembangunan golongan sasaran iaitu petani, penternak, nelayan, usahawan tani (Agropreneur) dan semua pihak yang terlibat aktif dalam aktiviti pertanian. Seterus memberikan sumbangan yang lebih berkesan kepada pembangunan negara. 4. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBANGUNAN IKS DI MALAYSIA

Pembangunan industri asas tani mula disentuh dalam Dasar Pertanian Negara kedua (DPN2), yang memberi penekanan kepada pembangunan pertanian ke arah menghasilkan produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Ini adalah selaras dengan strategi perindustrian yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Pertama (IMP1) pada masa tersebut. Pelan Induk Perindustrian kedua (IMP2) mendefinasikan industri berasaskan pertanian sebagai industri yang menekankan pembangunan produk nilai tambah melalui rangkaian yang lebih luas dengan pelbagai industri hiliran.

189

jabatan mufti negeri selangor

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 196

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) juga menekankan dalam sudut mengeratkan rantaian di dalam dan di antara sektor, di samping pembangunan industri nilai ditambah di sepanjang rantaian nilai produk. Selaras dengan pelaksanaan dasar ini Kementerian Pertanian telah menggariskan matlamat dasar dalam industri asas tani adalah untuk membangunkan sumber pertumbuhan ekonomi berasaskan pertanian bertujuan untuk: meningkatkan pendapatan kumpulan sasaran sektor pertanian; mempertingkatkan industri asas tani yang diusahakan secara kecil-kecilan ke tahap industri kecil dan sederhana (IKS) yang berdaya saing; memodenkan perusahaan pengeluaran makanan berasaskan pertanian mengikut pematuhan peraturan serta piawaian kualiti dan keselamatan makanan; membangunkan industri asas tani yang menggunakan sumber pertanian dalam negara bagi memesatkan aktiviti rantaian nilai ditambah sektor pertanian; dan memastikan pembangunan menyeluruh meliputi semua aktiviti di sepanjang pengurusan rantaian bekalan sektor pertanian.

Penekanan kepada sektor pertanian dan industri yang berkaitan dengannya terus diberikan oleh Kerajaan melalui pertambahan peruntukan sebanyak 34% menjadi jumlah RM1.3 billion iaitu peruntukan ketiga terbesar selepas pendidikan dan pertahanan berbanding dengan tahun sebelumnya, sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2005 baru-baru ini, ianya merupakan satu titik permulaan kepada satu revolusi pertanian di masa hadapan. Sektor pertanian yang bakal dilihat di masa hadapan ialah sektor pertanian yang moden, menggunakan teknologi, bersifat komersial, mempunyai daya saing yang tinggi, menghasilkan produk-produk yang terbaik dari segi kualiti, berkhasiat dan selamat untuk dimakan.

jabatan mufti negeri selangor

190

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 197

5.

APA ITU IKS ?

Klasifikasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau Enterprais Kecil dan Sederhana (EKS) bagi sektor pertanian yang digunapakai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri adalah berasaskan kepada bilangan pekerja sepenuh masa dan jualan tahunan syarikat. Klasifikasi EKS Sektor pertanian adalah seperti berikut:-

Klasifikasi Bil. Pekerja sepenuh Masa Isipadu Perniagaan Tahunan

Mikro < 5 orang <RM 250,000

Kecil 5-50 orang RM 250,000 - 10 juta

Sederhana 51-150 orang RM 10juta -25 juta

Ini bermakna EKS didefinasikan sebagai syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tidak melebihi RM 25.0 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Pada masa kini terdapat lebih dari 2500 enterprise atau 14% IKS menceburi industri pemperosesan hasil pertanian. Pada tahun 2003, ianya menyumbang sebanyak 30.6% daripada jumlah pengeluaran dalam sektor makanan. Kebanyakan IKS ini terlibat dalam pelbagai aktiviti pemperosesan makanan terutamanya pemperosesan daging dan makanan laut, pengetinan buahbuahan, pembuatan pastri dan makanan sejuk beku. Walaubagaimanapun produk keluaran IKS pada masa kini masih menumpukan kepada pasaran domestik berbanding eksport.

191

jabatan mufti negeri selangor

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 198

6.

PROGRAM PEMBANGUNAN IKS/EKS BIMBINGAN JABATAN PERTANIAN

Jabatan mula memberikan penekanan kepada program IKS atau EKS dalam program RM ke 7 menerusi program Pembangunan Industri hiliran berasaskan pertanian. Projek dimulakan dengan Program Pembangunan Keluarga Tani melalui penubuhan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) yang bertujuan untuk menggalakkan suri rumah terlibat dalam projek-projek berasaskan pertanian untuk meningkatkan pendapatan keluargatani. Dalam RM ke 8 penekanan diberikan kepada pembangunan pengeluaran produk pemperosesan makanan berasaskan pertanian melalui Program Pembangunan Industri Hiliran. Sehingga kini Jabatan telah membangunkan dan membimbing 1900 projek dengan penglibatan seramai 6,000 orang pengusaha. Kebanyakan pengusaha masih lagi di peringkat mikro atau bisnes kecil dan belum mencapai taraf EKS. Jenis-jenis produk yang dikeluarkan kebanyakkan terdiri dari produk yang diproses seperti kerepek pisang dan ubi (pelbagai perisa), sos tomato dan cili, produk bakeri, makanan sejuk beku hasilan kelapa, hasilan kacang soya hasilan buah-buahan dan hasilan ikan. Pengeluaran produk telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan iaitu RM 4.50 juta pada tahun 1993 kepada RM 94.5 juta pada tahun 2003. Fokus sektor EKS dalam industri pemprosesan hasil pertanian adalah produk-produk seperti berikut:a) b) c) d) Makanan dan minuman yang diproses. Kosmetik dan toilettries berasaskan herba. Kraf. Perkhidmatan yang berkaitan.

Kumpulan sasaran program IKS industri pertanian dan pemprosesan makanan. a) b) c) d) Pengusaha baru (peserta Pusat Bimbingan Usahawan) dan golongan sasar lain. Pengusaha sedia ada yang berpotensi untuk ditingkatkan ke taraf ke EKS. Syarikat EKS yang inginkan perubahan dan peningkatan keupayaan syarikat. Syarikat EKS yang mempunyai produk yang berpotensi untuk pasaran antarabangsa.

jabatan mufti negeri selangor

192

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 199

Jabatan Pertanian sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terus menyediakan khidmat pengembangan dalam bidang teknikal dan pengurusan kepada golongan sasar yang terlibat dengan pengeluaran produk IKS bagi memastikan produk yang dikeluarkan mencapai standards yang ditetapkan oleh pasaran tempatan dan antarabangsa. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi pembangunan produk, analisa kawalan kualiti, resipi standards, persembahan produk, pembungkusan, pelebalan dan promosi serta jualan produk. Di samping itu, Jabatan juga menyediakan bantuan peralatan dan mesin serta pengubahsuaian premis bertujuan untuk peningkatan produktiviti. Program latihan juga disediakan kepada pengusaha bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan business masing-masing. Di antara bidang yang diberikan penekanan termasuklah pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran, kawalan kualiti, Amalan Kebersihan yang Baik (Good Hygiene Practices), Amalan Pengilangan yang Baik (Good Manufacturing Practices) dan teknik-teknik pemperosesan yang betul. 7. ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PROGRAM EKS JABATAN PERTANIAN

Produk EKS khususnya produk makanan masih lagi menghadapi pelbagai isu dan cabaran dalam usaha menembusi pasaran upmarket peringkat domestik dan antarabangsa. Antaranya :a) Daya Saing i) Standard dan Kualiti Kebanyakan produk yang dihasilkan belum lagi menepati standard dan kualiti yang ditetapkan oleh pasaran antarabangsa dan memerlukan tindakan segera pengusaha bersama agensi kerajaan terlibat untuk memperbaikinya. Ini adalah disebabkan modal yang terhad disamping pelaburan yang tinggi untuk mengeluarkan produk yang berkualiti. Jabatan Pertanian telah memperkenalkan pembungkusan berjenama WANIS bagi produk yang menepati mutu/ standards kepada pengusaha di bawah seliaannya. Walaubagaimanapun hanya sebilangan kecil produk telah mematuhi kriteria jenama WANIS.

193

jabatan mufti negeri selangor

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 200

Semua produk atau premis yang terlibat dalam program IKS perlu dipertingkatkan dan menepati kehendak piawaian antarabangsa agar dapat bersaing dengan produk yang dihasilkan oleh pengeluar khususnya dari negara-negara ASEAN. Dari segi premis pengeluaran, penekanan perlu diberikan kepada amalan GHP dan GMP serta seterusnya HACCP agar produk yang dihasilkan oleh pengusaha bisnes kecil ini boleh dipertingkatkan dari masa kesemasa dan seterusnya menepati kehendak pasaran apabila mencapai taraf EKS.

b) Teknologi i) ICT Masih terlalu kecil bilangan pengusaha yang menggunakan kemudahan ICT untuk meningkatkan pengurusan enterprais masing-masing terutama sekali dalam sistem kewangan dan perakaunan. Walaubagaimanapun dengan program yang dilaksanakan oleh Jabatan, kini terdapat pengusaha telah kemudahan ICT dalam pengurusan enterprais masing-masing dan mula menggunakan portal AgriBazaar bagi menjual produk mereka kepada pengguna. Pengusaha EKS perlu memahirkan diri dalam penggunaan ICT dalam pengurusan entreprise dan sebagai salah satu alternatif dalam memasarkan produk kepada pelanggan dalam pasaran tempatan, serantau dan dunia.

c) Automasi/Mekanisasi Kebanyakan pengusaha enterprais kecil di bawah seliaan Jabatan Pertanian masih lagi menggunakan peralatan dan mesin yang separa automatik dalam proses pengeluaran. Ini menjurus kepada pengeluaran yang rendah dan kurang kualiti. Keadaan ini berlaku disebabkan peralatan moden dan berteknologi tinggi memerlukan kos dan kemahiran yang tinggi. Langkah telah diambil dimana kerjasama diantara MARDI dan SIRIM telah dijalankan bagi merekabentuk mesin dan peralatan yang bersesuaian dan mampu dibeli oleh pengusaha EKS.

jabatan mufti negeri selangor

194

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 201

d) Sumber i) Kekurangan Bahan Mentah Bahan mentah yang berkualiti merupakan faktor penentu kepada pengeluaran produk berperoses yang bermutu dan selamat. Pengusaha produk EKS masih bergantung kepada bahan mentah yang diimport dari luar negara seperti puree dan lain. Bahan mentah seperti ubikayu, pisang tanduk dan pisang helang masih lagi berkurangan bagi menyokong industri. Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila harga yang ditawarkan oleh pengilang rendah berbanding dengan pemborang yang memerlukan bahan yang sama untuk pasaran segar.

e) Pembangunan Produk dan Pasaran i) Pengeluaran Produk Mengikut Kehendak Pasaran Produk yang dihasilkan oleh pengusaha kebanyakannya produk tradisi seperti kerepek dan kuih-muih tradisional yang mana pasarannya terhad kepada masyarakat setempat sahaja. Kebanyakan pengusaha ini pula susah untuk menerima perubahan. Pengusaha tidak sensitif kepada kehendak pasaran dan tidak berusaha mengeluarkan produk yang menepati kehendak pengguna. Program pengembangan akan terus dijalankan bagi mengubah minda untuk lebih terbuka untuk menerima teknologi baru dan diterapkan falsafah keusahawanan kepada pengusaha.

ii) Penjenamaan, Pelabelan dan Pembungkusan. Kualiti pembungkusan termasuk pelabelan produk yang dihasilkan masih lagi rendah dan tidak menepati kehendak pasaran global. Disamping itu kurang usaha pembangunan jenama dilaksanakan menyebabkan produk kurang terserlah dan tidak dikenali. Keadaan ini berlaku kerana pengusaha menghadapi masalah kekurangan modal dan pengetahuan untuk mendapatkan kepakaran bagi menyediakan pembungkusan yang boleh meningkatkan persembahan produk yang lebih bersaing. Pengusaha juga tidak begitu inovatif dan kurang inisiatif dalam mempelbagaikan pengeluaran produk. Pengeluaran produk baru dan dipelbagaikan persembahan akan menjamin pasaran dan mencipta luang pasaran baru.

195

jabatan mufti negeri selangor

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 202

f)

Peraturan dan Piawaian Terdapat peraturan dan perundangan berkait dengan kualiti produk, pengurusan pengeluaran dan lain-lain. Akta dan peraturan serta sistem kualiti yang telah dilaksanakan di dalam negara termasuk Akta Makanan 1983 dan Peraturanperaturan Makanan 1985, MS 1500:2004 : Makanan Halal Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan Garis Panduan Umum, Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), dan lain-lain. Masih ramai pengusaha yang tidak tahu dan tidak faham tentang perundangan dan sistem yang ada. Ia akan merugikan pengusaha kerana mereka akan terdedah kepada penguatkuasaan dan prosedur perundangan jika tidak mematuhi akta dan peraturan. Ini juga akan menghalang pengeksportan produk ke luar negara. Dengan terlaksana nya WTO dan AFTA, maka produk-produk keluaran dalam negara untuk pasaran eksport perlu mematuhi piawaian antarabangsa. Maka, pengusaha-pengusaha perlu melengkapkan pengetahuan mereka mengenai perundangan dalam negara dan piawaian antarabangsa supaya tidak ketinggalan dalam segi pengeluaran dan pemasaran produk. Aktiviti seperti seminar,kursus dan kempen perlu dipertingkatkan lagi untuk menyampaikan mesej ini kepada pengeluar.

g) Produktiviti Produktivi produk di kalangan pengusaha Bisnes Kecil masih lagi rendah dan belum mencapai tahap maksima kerana masih beroperasi secara kecil-kecilan. Usaha perlu dipertingkatkan untuk mengembangkan pasaran samada di peringkat serantau atau global. Dengan cara ini produktivi pengusaha ini dapat ditingkatkan bagi memenuhi permintaan pasaran. Dengan terlaksana nya WTO dan AFTA, maka produk-produk keluaran dalam negara untuk pasaran eksport perlu mematuhi piawaian antarabangsa. Maka, pengusaha-pengusaha perlu melengkapkan pengetahuan mereka mengenai perundangan dalam negara dan piawaian antarabangsa supaya tidak ketinggalan dalam segi pengeluaran dan pemasaran produk.

jabatan mufti negeri selangor

196

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 203

Aktiviti seperti seminar,kursus dan kempen perlu dipertingkatkan lagi untuk menyampaikan mesej ini kepada pengeluar.

g) Produktiviti. Produktivi produk di kalangan pengusaha Bisnes Kecil masih lagi rendah dan belum mencapai tahap maksima kerana masih beroperasi secara kecil-kecilan. Usaha perlu dipertingkatkan untuk mengembangkan pasaran samada di peringkat serantau atau global. Dengan cara ini produktivi pengusaha ini dapat ditingkatkan bagi memenuhi permintaan pasaran. Penubuhan HALAL-HUB contohnya juga merupakan satu lagi usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat pengeluaran makanan halal dunia. Ini merupakan satu peluang keemasan kepada EKS untuk menjadikan ianya sebagai satu landasan bagi pengeluaran produk Halal untuk pasaran dunia. Situasi ini akan meningkatkan lagi bilangan usahawan EKS pertanian.

ii) Kewangan Pengusaha EKS masih lagi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bagi memperbesarkan business masing-masing. Keadaan ini masih berlaku walaupun terdapat lebih dari 40 Dana disediakan oleh kerajaan bagi membantu usahawan EKS menjalankan perniagaan. mencari jalan penyelesaian agar pinjaman dapat disalurkan dengan lebih mudah kepada pengusaha yang berkelayakan.

iii) Industri sokongan Industri sokongan berperanan penting menyokong perkembangan IKS. Industri seperti pengeluaran dan rekabentuk bahan pembungkusan, pembotolan, pengangkutan, gudang, peruncitan dan pengeksportan, bekalan bahan mentah berperanan menentukan kejayaan EKS makanan. Kekurangan penglibatan usahawan bumiputera dalam industri ini, kekurangan industri itu sendiri dan ditambah dengan kos yang tinggi untuk pembekalan bahan dan pengangkutan dan value chain yang lain menyukarkan pelaksanaan program EKS berasaskan pertanian.

197

jabatan mufti negeri selangor

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 204

8.

POTENSI EKS SEBAGAI PENJANA EKONOMI

EKS pasti akan menjadi salah satu peneraju utama sebagai penjana ekonomi dalam bidang pertanian sekiranya permasalahan yang masih dihadapi oleh pengusaha EKS pertanian dan Industri Asas tani dapat diatasi dari masa kesemasa atau kerajaan dapat menyediakan persekitaran yang kondusif kepada usahawan EKS untuk terus berkembang. Faktor-faktor berikut merupakan penentu kejayaan EKS i) Komitment kerajaan yang tidak berbelahbahagi untuk memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan dengannya melalui perubahan dasar, tambahan peruntukan, dana dan bantuan. ii) Deifisit dagangan yang berjumlah RM 4.33 biliion pada tahun 2003 bagi bahan makanan pertanian iii) Peluang-peluang perniagaan baru yang boleh diceburi oleh usahawan dari pengeluaran bahan mentah, perkilangan, teknologi, gudang penyimpanan, pembungkusan, pelabelan pengangkutan,perkhidmatan rumah sejuk beku, pemborongan dan peruncitan dan lain-lain iv) Pertambahan penduduk Malaysia yang dijangka mencapai 31.0 juta orang pada tahun 2010 v) Penubuhan Halal Hub dan Lembah Bio akan membuka peluang perniagaan yang lebih besar kepada usahawan baru dan lama untuk memperbesar dan mempelbagaikan produk berkualiti. vi) Pelbagai insentif disediakan seperti pengecualian cukai pendapatan, potongan ke atas elaun dan potongan cukai ke atas perbelanjaan modal vii) Saiz dan syer pasaran domestik makanan dan minuman diproses mencapai RM 12.4 billion pada tahun 2003 di mana pecahannya adalah seperti berikut:

Berasaskan tanaman Berasaskan susu Berasaskan ikan Lain-lain minuman ringan & jus

RM RM RM RM

7.1 2.9 0.5 1.1

billion billion billion billion

jabatan mufti negeri selangor

198

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 205

9.

PENUTUP

IKS dalam bidang pertanian dan industri asas tani akan muncul sebagai bisness terpenting bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara di masa hadapan sekiranya semua pihak termasuk kerajaan memberikan komitmen sebenar ke arah memajukan bidang pengeluaran produk makanan ini. Tidak ketinggalan juga komitmen dari pengusaha EKS juga untuk memajukan diri sendiri dengan sanggup mencari dan mengamalkan teknologi bersesuai secara berterusan untuk mengeluarkan produk IKS yang bermutu tinggi, selamat dimakan, kos efektif dan boleh bersaing dipasaran global.

199

jabatan mufti negeri selangor

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 206

10. 1.

RUJUKAN Ahmad Tajuddin Zainuddin, Penggunaan Teknologi Dalam Memoden Dan Mentransformasikan Pertanian, Persidangan Halatuju Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani , Ogos 2004,Kuala lumpur, Dasar Pertanian Negara Ketiga, Kementerian Pertanian, Malaysia, (1998-2010),1999 Rohaya Ramly, Program Pembangunan EKS dalam Industri Asas Tani, Persidangan Halatuju Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, Ogos 2004, Kuala Lumpur,

2.

3.

jabatan mufti negeri selangor

200

prosiding

3/26/05

11:22 AM

Page 207

Anda mungkin juga menyukai