Anda di halaman 1dari 2

PROSES TRANSPIRASI

Posted on February 25, 2016 by khadijah salleh


Transpirasi adalah proses adalah proses kehilangan air dari daun ke
persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air. Air hilang dalam kuantiti
kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada
batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan
kebanyakkannya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang
dikenali sebagai stomata.

Stomata

Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel
pengawal yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untuk membenarkan
pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga
respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air
semasa transpirasi. Kadar kecekapan transpirasi dinilai dengan satu formula
dipanggil sebagai kadar kecekapan penggunaan air (Water Use Efficiency).
Proses transpirasi ini sangat aktif pada waktu ada cahaya matahari dimana
daun akan kelihatan daun seakan layu dimana berlaku banyak transpirasi
keluar masuk gas,air dan nutrient. Kemasukan CO2 dan penghasilan oksigen
kedalam udara menjadikan bekalan oksigen di kawasan banyak tumbuhan
berlaku.
Kepentingan proses transpirasi bagi tumbuhan ialah:

 Menyejukkan tumbuhan dengan penyejatan air


 Mengangkut air dan mineral daripada akar ke daun.
 Memastikan kesegahan (tidak layu) sel sebagai sokongan kepada
tumbuhan.
 Menyingkirkan air yang berlebihan dari tumbuhan

Faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi bagi tumbuhan ialah:

 KELAJUAN ANGIN – Semakin laju angin, semakin banyak air tersejat,


kadar transpirasi bertambah
 SUHU – Semakin tinggi suhu (panas), semakin banyak air tersejat, kadar
transpirasi bertambah
 KELEMBAPAN – Semakin lembap persekitaran (banyak wap air), semakin
kurang air tersejat, kadar transpirasi berkurang
 CAHAYA – Cahaya merangsang bukaan stomata. Semakin tinggi keamatan
cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stomata akan terbuka
dengan lebih luas.
 LUAS PERMUKAAN DAUN – semakin banyak bilangan stomata pada
tumbuhan tersebut. Semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin
tinggi pula kadar transpirasi.

Anda mungkin juga menyukai