Anda di halaman 1dari 6

Sistem Pengangkutan Dalam Tumbuhan

Jumaat, Mac 08, 2013 Sains Ting 3 10 comments


Sistem pengangkutan dalam tumbuhan adalah untuk membantu membawa bahan-bahan ke seluruh bahagian
tumbuhan. Ia nya terdiri daripada tiub-tiub nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam
batang, daun dan akar.

Struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis
(glukosa) dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan.
Manakala struktur xilem pula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular. Xilem berfungsi
untukmengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain itu ia nya juga memberi sokongan kepada
tumbuhan.

Transpirasi pula adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air.
Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada batang.Namun,
hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan kebanyakkan nya hilang melalui liang-liang kecil pada
permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata.
Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang.
Berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi.
Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.

Semakin luas permukaan daun, semakin banyak bilangan stomata pada tumbuhan tersebut. Semakin luas
kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi.

Cahaya merangsang bukaan stomata. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana
stomata akan terbuka dengan lebih luas.
Semakin tinggi suhu pada persekitaran, maka semakin tinggi juga lah kadar transpirasi yang berlaku.
Semakin tinggi kelembapan udara, semakin rendah kadar transpirasi. Ini kerana, udara lembap mengandungi
banyak wap air.
Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi kerana banyak wap air yang dipindahkan.

Para pelajar sekalian, sistem pengangkutan pada tumbuhan melibatkan tiga organ penting pada
tumbuhan iaitu akar, batang dan daun. Sistem pengangkutan ini dibantu oleh
proses TRANSPIRASI. Pengangkutan air pada tumbuhan menggunakan saluran XILEM dan
pengangkutan makanan (hasil fotosintesis) menggunakan saluran FLOEM.

::PROSES TRANSPIRASI::

1.

Transpirasi adalah proses apabila tumbuhan kehilangan air melalui penyejatan


menerusi daun dan batang tumbuhan.

2. Air dan garam mineral dari dalam tanah meresap masuk ke dalam akar pokok
3. Air merentasi dari satu sel ke satu sel yang lain dan memasuki saluran XILEM
4. Tekanan transpirasi menarik air bergerak sepanjang saluran XILEM hingga ke
sel-sel pada daun.
5.

Air tersejat dari sel-sel daun ke permukaan daun dan terbebas ke udara
menerusi liang-liang STOMATA.

Apakah kepentingan proses Transpirasi bagi tumbuhan?

Menyejukkan tumbuhan dengan penyejatan air


Mengangkut air dan mineral daripada akar ke daun

Memastikan kesegahan sel sebagai sokongan kepada tumbuhan

Menyingkirkan air yang berlebihan dari tumbuhan

Apakah faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan?

KELAJUAN ANGIN - Semakin laju angin, semakin banyak air tersejat, kadar
transpirasi bertambah.

SUHU - Semakin tinggi suhu (panas), semakin banyak air tersejat, kadar
transpirasi bertambah

KELEMBAPAN - Semakin lembap persekitaran (banyak wap air), semakin


kurang air tersejat, kadar transpirasi berkurang

ALTITUD - Semakin tinggi altitud (kawasan tinggi),semakin kurang tekanan


atmosfera, lebih banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah

TUMPUAN CAHAYA - Semakin tumpu cahaya, lebih besar liang stoma dibuka,
semakin banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah

AIR - Sekiranya bekalan air berkurangan, tumbuhan akan layu, liang stomata
akan ditutup, semakin kurang air tersejat, kadar transpirasi berkurang

::SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN::


Bahan utama yang diangkut oleh tumbuhan berbunga adalahAIR (mengandungi garam
mineral daripada tanah) danMAKANAN (dihasilkan di daun semasa fotosintesis).

XILEM:

Mengangkut air dan garam mineral daripada tanah naik ke daun.

Memberi sokongan kepada tumbuhan

FLOEM:

Mengangkut makanan (Seperti glukosa) daripada daun ke seluruh


bahagian tumbuhan

KAMBIUM:

Menghasilkan sel-sel xilem dan floem yang baru.

=TAMAT=

Anda mungkin juga menyukai