Anda di halaman 1dari 2

BAB 2

SISTEM PEREDARAN DAN PENGANGKUTAN


STRUKTUR JANTUNG

1. Fungsi jantung ialah mengepam darah ke seluruh badan.


2. Fungsi injap memastikan darah mengalir dalam satu arah sahaja.
3. Jantung manusia mempunyai empat ruang berotot
a. Dua ruang di sebelah atas jantung: atrium kiri dan atrium kanan.
b. Dua ruang disebelah bawah jantung: ventrikel kiri dan ventrikel kanan.
4. Ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh otot yang dikenali sebagai septum supaya
darah beroksigen tidak bercampur dengan darah yang terdeoksigen.
5. Ciri-ciri atrium dan ventrikel:
a. Ventrikel mempunyai ruang isipadu yang lebih besar daripada atrium.
b. Ventrikel mempunyai dinding yang lebih tebal berbanding atrium.
c. Ventrikel kiri adalah lebih tebal dan lebih otot daripada ventrikel kanan
kerana ruang ini mengepam darah di bawah tekanan yang lebih tinggi ke
seluruh tubuh badan.

6. Aliran darah dalam satu arah (sehala) didalam jantung dikawal oleh tiga jenis
injap (valve):
a. Injap bikuspid (bicuspid valve or mitra valve) mengawal aliran sehala darah
dari atrium kiri ke ventrikel kiri.
b. Injap trikuspid (tricuspid valve) mengawal aliran sehala darah dari atrium
kanan ke ventrikel kanan.
c. Injap sabit (semi-lunar valve) mengawal aliran sehala darah dari ventrikel kiri
ke aorta, serta dari ventrikel kanan ke arteri pulmonari.
7. Salur darah yang membawa darah keluar dari jantung dinama arteri
8. Salur darah yang membawa darah masuk ke dalam jantung dinamakan vena
9. arteri dan vena yang terbesar dalam badan.
a. Arteri: Aorta
b. Vena: Vena kava

Anda mungkin juga menyukai