Anda di halaman 1dari 2

SURAT TIDAK RASMI

1. Bersifat peribadi
2. Ditulis kepada sahabat, anggota keluarga, saudara mara dan sebgainya.
3. Ditulis untuk:
a. Ucapan tahniah / takziah
b. Bertanyakan khabar / memberitahu khabar
c. Balasan surat
Contoh surat tidak rasmi :No. 8714, Jalan Pending
Height,
Kampung Aman,
93450 Kuching, Sarawak.
15 Mei 2015
Menemui sahabatku, Alif Firdaus yang kini berada di Kuala Kangsar, semoga
saudara sihat sejahtera.
Saudara,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bertanyakan khabar daripada
saudara dan ingin membalas surat saudara yang telah pun saya terima pada hari
selasa yang lalu. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Saya meminta maaf kerana
terlewat membalas surat saudara. Sebenarnya saya sibuk memnolong ayah di kedai
runcitnya.
Dalam lembaran ini, saya akan menceritakan cara-cara untuk menjaga
kesihatan diri. Topik ini menjadi menjadi perbualan hangat dalam kalangan muridmurid semasa Program Minggu Kesihatan diadakan di sekolah saya baru-baru ini.
Bersama dengan program tersebut juga, seorang pakar pemakanan telah diundang
ke sekolah saya. Beliau menyampaikan ceramah tentang kebaikan memakan buahbuahan dan sayur-sayuran.
Dalam dunia sekarang ini, masalah kesihatan yang kritikal sering dikaitkan
dengan pemakanan yang tidak seimbang. Kajian menunjukkan bahawa masyarakat
kita kurang menitikberatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam
sajian seharian. Hal ini berlaku kerana mereka tidak sedar tentang kepentingan
buah-buahan dan sayur-sayuran. Mereka mengaggap buah-buahan dan sayursayuran tidak perlu dimakan setiap hari. Mereka lupa bahawa sajian yang lengkap
memerlukan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi fitonutrien. Bahan ini amat
penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti pelbagai penyakit kronik seperti
penyakit jantung, kanser, dan darah tinggi. Oleh itu, pakar-pakar pemakanan
menyarankan kita agar makan buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya
empat sajian setiap hari.
Disamping itu, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat
mencatikkan kulit. Hal ini demikian kerana buah-buahan dan sayur-sayuran
mengandungi vitamin. Vitamin dapat menggalakkan penghasilan kolagen. Bahan ini
dapat menyembuhkan luka pada kulit. Antara buah yang mengandungi vitamin c
yang tinggi termasuklah buah kiwi, kurma, dan jambu batu.
Rasa saya setakat ini dahulu yang dapat saya tulis untuk tatapan saudara.
Akhir kata, sampaikan salam saya kepada keluarga saudara di sana.
Yang benar/ Sahabatmu,

nurul

Anda mungkin juga menyukai