Anda di halaman 1dari 9

MEMBINA AYAT

Kata dasar dan kata terbitan


Jawapan (FB)
i. Jahit
Baju itu saya jahit sebentar tadi, kata Siva kepada Ibunya
Penjahit
Penjahit itu mendapat latihan kemahiran menjahit baju Melayu di Institut Kemahiran Mara Kuala Lumpur.
Jahitan
Jahitan pada baju batik itu sangat kemas dan halus, kata Perdana Menteri semasa merasmikan koleksi batik
sedunia di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC).
Menjahitkan
Doktor itu menjahitkan lapan jahitan di kepala Ahmad yang terlibat dalam kemalangan tempuh hari.
Dijahit
Baju Melayu yang cantik dan halus jahitan itu dijahit oleh ibunya sebagai hadiah semperna dengan hari jadi yang ke
20.
Menjahit
Saya menjahit baju kurung khas untuk adik saudara saya sebagai hadiah kenangan berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
ii. kirim
Surat itu akan saya kirim kepadanya selewat-lewat pada esok, kata Pengurus itu kepada Ahmad.
Pengirim
Pengirim surat itu ialah abang sepupu saya yang menetap di London, kata Aminah kepada kawan-kawannya.
Kiriman
Kiriman hadiah itu adalah daripada Jaafar semperna hari jadi ayahnya yang ke 50.
Pengiriman
Pengiriman bungkusan kuih-muih khas untuk anak-anak yatim ini akan dibuat sebelum hari raya, kata menteri itu
semasa merasmikan Hari Kanak-kanak Sedunia.
Mengirimi
Kakak mengirimi ayah sepucuk surat bertanyakan kahbar buat sekeluarga.
Mengirimkan
Abang mengirimkan sebuah bungkusan yang istimewa untuk ibunya sempena sambutan Hari Ibu.
Kata Hubung
i. yang
Rumah banglo yang sedang dibina di atas bukit itu milik Dr. Sharul pakar perubatan di hospital Teluk Intan.
Bahawa
Pak Utuh memberitahu rakan-rakannya bahawa kebun sayurnya terletak di Kampung Sentosa.
Untuk
Hadiah yang dibeli oleh Diana itu adalah khas untuk ibunya semperna sambutan Hari Ibu.
Kerana
Kaki kiri Ahmad patah kerana terjatuh dari pokok Senang yang terletak satu kilo meter dari rumahnya.
Sementara
Salleh membaca buku di pusat sumber sekolahnya sementara menunggu hujan reda.

Sehingga
Syahmimi tekun membuat kerja yang diberi oleh guru matematik sehingga selesai.
ii. Oleh itu
Oleh itu, rakyat di Malaysia perlu komited untuk membentuk, mencoraki pentas negara sebagai sebuah negara yang
tersohor di persada antarabangsa.
Tambahan pula,
Tambahan pula, faktor kelemahan diri pelajar turut menjadi punca peningkatan masalah disiplin di sekolah. Kata
pengetua itu kepada guru-gurunya.
Justeru
Justeru, anak-anak mesti mematuhi peraturan di rumah agar mereka dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan
harmoni.
Malah
Malah, kejadian lumba haram ini terus berleluasa apabila penguatkuasaan undang-undang lalu lintas tidak dilakukan
secara berterusan.
Namun,
Namun, masih terdapat pelbagai usaha yang boleh dijalankan bagi mengatasi masalah penggangguran yang kian
meningkat di negara kita.
Walaupun
Walaupun dia merupakan anak yatim piatu, tetapi kejayaan tetap menjadi miliknya kerana dia seorang yang gigih
dalam setiap usahanya.

Pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh


tiba
Abang saya tiba di Pelabuhan Klang pada pukul 6.00 petang setelah menghadiri mesyuarat persidangan syarikat kali
ke dua.
Tiba-tiba
Kejadian rompakan yang berlaku secara-cara tiba-tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tempuh hari
itu tidak diduga oleh sesiapa.
Orang
Terdapat beberapa orang pelajar yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan tempuh hari di hadapan sekolah.
Orang-orang
Orang-orang itu dipacakkan di tengah-tengah sawah untuk menakutkan burung-burung.
Tahu
Saya masih tidak tahu bilakah tarikh temuduga itu akan ditetapkan oleh pihak pengurus itu,. Kata Ali kepada
Ahmad.
Tahu-tahu
Tahu-tahu tangan ibu sudah memulas telingah adik yang tidak mahu mendengar katanya.
Jemput
Sham akan saya jemput ke majlis ulang tahun kelahiran ke 20 yang akan saya adakan di Hotel Perdana Kuala Lumpur.
Jemput-jemput
Kuih jemput-jemput itu yang dihidangkan di atas meja itu masih panas.
Ada
Saya ada seekor anjing yang comel jenis Roodvilar yang bernama Max.

Ada-ada
Ada-ada sahaja masalah yang ditimbulkan oleh pendatang asing itu, kata penghulu kepada anak-anak buahnya.
Baik
Kesihatan datuk beransur baik sejak kebelakangan ini setelah menerima rawatan susulan dari pakar perubatan yang
terkenal itu.
Baik-baik
Tali itu diikat baik-baik supaya tidak mudah tanggal, kata Cikgu Ahmad kepada pelajar-pelajarnya.
Pasangan kata dasar dan kata majmuk
i.Daya
Usaha yang dilakukan itu adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran syarikat tersebut.
Daya saing
Kerajaan Malaysia mempunyai daya saing yang tinggi di peringkat antarabangsa.
Ulang
Pengumunan itu saya terpaksa ulang agar semua murid dapat memahami maklumat yang disampaikan.
Ulang tahun
Ulang tahun perkahwinannya akan disambut secara besar-besaran di Dewan Perbandaran Teluk Intan pada akhir bulan
ini.
Mata
Mata isterinya bengkak kerana menangis semalaman akibat mengenangkan kematian rakan karibnya yang terlibat
dalam kemalangan jalan raya.
Mata pelajaran
Semua pelajar mesti lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai isyarat untuk memperoleh sijil penuh dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
ii. Campur
Semua bahan itu telah saya campur ke dalam adunan tepung gandum itu untuk membuat kuih-muih.
Campur tangan
Ibu mentua saya sering kali campur tangan dalam urusan rumah tangga saya sehingga berlaku keretakkan dalam
keluarga saya.
Jangka
Saya telah jangka dia tetap akan berjaya dalam pertandingan perbahasan itu, kata Ahmad kepada Siva.
Jangka suhu
Para doktor sering menggunakan jangka suhu untuk mengukur darjah kepanasan tubuh seseorang pesakit.
Titik
Jawapan matematik itu mesti dibuat dalam titik perpuluhan untuk mendapat jawapan yang tepat.
Titik berat
Pernahkah kamu titik berat soal makan minum isteri dan anak-anak kamu? Tanya Paul untuk mendapat kepastian.

Pasangan kata terbitan


Lipatan
i. Aku membuka lipatan surat itu perlahan-lahan kerana bimbang akan isi kandungannya terkoyak.
Melipatkan
Dia melipatkan kain songket itu sehingga menjadi begitu menarik hati para hadirin dalam pameran kain songket
Malaysia di Kuala Lumpur.

Warisan
Anak dan cucunya akan menerima warisan harta benda yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang mereka.
Mewariskan
Saya akan mewariskan kesemua harta saya kepada kedua-dua anak saya, kata Encik Hassan kepada peguam
keluarganya.
Pindahan
Jawatankuasa tersebut telah membuat pindahan beberapa peraturan dan undanga-undang syarikatnya bagi melicinkan
sistem pantadbirannya.
Meminda
Pihak kerajaan terpaksa meminda rang undang-undang negara sekiranya diperlukan, kata Perdana Menteri dalam
persidangan parlimen yang ke 2.
ii. berpendapat
Mereka berpendapat bahawa punca utama masalah tersebut tertimbul adalah disebabkan tiadanya kata sepakat dalam
kalangan mereka.
Sependapat
Semau pelajar sependapat untuk mengadakan jamuan tahunan kelas mereka di Dataran Shah Alam pada akhir semesta
sekolah ini.
Tepian
Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di tepian pantai yang indah dan permai itu.
Menepikan
Azri menasihati Ahmad agar menepikan segala masalah peribadi dalam urusan pekerjaan kerana hal ini akan
menjejaskan prestasi dalam urusan tersebut.
Sukatan
Sudut dalam rajah mesti diukur dengan sukatan yang ditetapkan agar tidak menjejaskan bentuk sesuatu objek.
Bersukat
Beras dalam guni itu belum bersukat lagi, kata pekerja itu kepada pengurusnya.
Kata ganda
Robak-rabik
Pakaian pengemis itu robak-rabik akibat terjatuh ke dalam belukar itu.
Calar-balar
Kakinya calar-balar setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya tempuh hari.
Gunda-gulana
Dia kelihatan gunda-gulana sejak kehilangan kedua-dua ibubapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di
Lebuh Raya Utara-Selatan.
Kelam-kabut
Para pelajar yang berada di dewan itu kelam-kabut semasa majlis berlangsung.kerana keputusan elektrik.
Kumat-kamit
Mulut bomoh itu kumat-kamit membaca jampi serapah semasa merawat pesakitnya.
Lambat-lanun
Sikap degil yang selalu dipaparkan itu lambat-laun akan berkurangan setelah pemikirannya bertambah matang.
Sedu-sedan
Tiba-tiba, sedu-sedan Alya bertambah lalu ia menjerit-jerit sekuat hati untuk melepaskan rintihan hatinya.

Segar-bugar
Sayur di pasar borong itu kelihatan segar-bugar itu adalah dari Tanah Tinggi Cameron.
Desas-desus
Berita kematian perajurit itu hanya merupakan desas-desus sahaja, kata Ahmad kepada Siva.
Bolak-balik
Saban minggu bas ekspres itu bolak-balik dari Singpura ke Kuala Lumpur, kata Pak Mat kepada anaknya.
Hingar-bingar
Majlis itu hinggar-bingir dengan suara tetamu yang bercakap-cakap dan bersorak-sorai sambil menikmati hidangan
yang disediakan oleh pihak majlis.
Sorak-sorai
Persembahan lawak itu diikuti sorak-sorai penonton yang hadir apabila mereka melihat gelagat para pelawak yang amat
melucu.

Pasangan kata ganda seluruh dan kata


Mati-mati
Mati-mati aku ingat engakaulah yang akan bertunang dengan sepupu aku itu, kata Shafiq kepada Jamal.
Bermati-matian
Rakyat Iraq bermati-matian mempertahankan tanah air mereka daripada serangan musuh.
Agak-agak
Agak-agak aku hari ini hujan akan turun, kata Roslan kepada rakannya.
Teragak-agak
Saya tidak akan teragak-agak untuk menyaman bekas suami saya sekiranya dia tidak memberikan nafkah kepada
anak-anaknya.
Sama-sama
Perdana Menteri mengajak sama-sama berjuang pertahankan kedaulatan negara daripada terjatuh ke tangan musuh.
Bersama-sama
Bersama-sama surat ini saya sertakan cek bernilai dua ribu ringgit untuk kegunaan Persatuan Yayasan Anak-anak
Yatim.
ii. Budak-budak
Budak-budak kampung itu selalu meluangkan masa senggang mereka dengan bermain layang-layang di padang
Speddy.
Kebudak-budakan
Orang tua yang nyanyuk itu kelihatan kebudak-budakan kerana menari-nari di halaman rumahnya.
Kata-kata
Kata-kata rakan kamu itu palsu belaka, kata Ika kepada adiknya.
Berkata-kata
Dia tidak dapat berkata-kata lagi setelah pendapatnya disangkal oleh isterinya.
Anak-anak
Anak-anak Puan Salmah telah berjaya memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang dan mereka berjaya
melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Keanak-anakan
Tabiatnya keanak-anakan yang dipaparkan oleh Pak Mat itu menyebabkan dia disisihkan oleh rakan-rakan.

Kata hampir sama makna


Kibar
Bendera Malaysia itu saya kibar semasa perarakan Hari Kebangsaan sebagai tanda hormat pada tanah air bumi
Malaysia.
Kibas
Bangku yang berhabuk itu akan saya kibas dengan sapu tangan sebelum mendudukinya.
Tampil
Para pemenang dalam acara 100 meter diminta tampil ke hadapan untuk menerima hadiah.
Muncul
Matahari muncul dari timur dan tenggalam di barat, kata guru Geografi itu kepada
pelajar-pelajar.
Rapuh
Kerpoh yang digoreng oleh ibunya itu sangat rapuh dan enak dimakan, kata Aminah kepada rakan-rakannya.
Rangup
Biskut itu rangup kerana adunan tepungnya dicampur dengan mentega, kata
Mark Lee kepada Goh.
ii. Tolak
Budak kecil itu kena tolak oleh rakannya semasa dia beratur untuk membeli makanan di kantin sekolah.
Sorong
Pendayung sampan itu saya sorong ke kiri dan kanan untuk menongkah arus yng agak deras itu.
Retak
Pingan mangkuk yang di beli di kedai itu telah retak dan tidak boleh digunakan lagi.
Belah
Kayu api itu saya belah dengan menggunakan kapak yang dibeli dari Jepun, kata Jik Fong adiknya Ah Sing.
Rampas
Gerai itu kena rampas oleh pihak berkuasa kerana peniga itu berniaga tanpa lessen, kata Disigen kepada Bee.
Rentap
Beg tangan kena rentap semasa dia berjalan di lorong yang agak sunyi itu.
Pasangan kata hampir sama bunyi sebutannya
i.
ii.

I. Tempoh
Saya diberikan tempoh selama seminggu oleh pihak syarikat pembinaan itu untuk menyiapkan kertas
projek mega bangunan BP Holding.
Tempuh
Segala halangan itu akan saya tempuh agar memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti,
kata Jik Fong kepada rakan sepejuangnya.
Pojol
Beliau ialah seorang penulis tetap di pojok akhbar tempatan itu, kata Goh kepada Ah Sing.
Pujuk
Adik kecil yang masih menangis itu akan saya pujuk dengan memberi gula-gula, kata Asminah kepada Asmitah.
Tonton
Filem Peter Pan telah saya tonton bersama-sama ahli keluarga saya di Pawagam Mini Cineplex Kinta City Ipoh,
kata Kasimah kepada Gadam.
Tuntun
Basikal itu saya tuntun kerana tayarnya pancit, kata Ramasamy kepada Kupusamy

ii. Seloroh
Mereka tersenyum-senyum semasa mendengar seloroh rakan baharu mereka itu.
Seluruh
Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia itu telah ditonton oleh peminat dari seluruh dunia melalui kaca TV Stadium
Astro.
Cocok
Pasangan pengantin itu amat cocok bagai pinang dibelah dua, kata Ahmad kepada tetamu hadirin majlis pengantin
itu.
Cucuk
Dia membeli enam puluh cucuk sate ayam dari gerai Sate Pak Mat Dedo
Rasmi
Perhimpunan rasmi sekolah saya ialah setiap hari Rabu, kata Jik Fong kepada Desigen.
Resmi
Sudah menjadi resmi Desigen untuk mencapai kemenangan dalam setiap bidang yang diceburi di sekolahnya, kata
Pengetua dalam perhimpunan harian sekolah.

Kata Banyak Makna


Tajam
Pisau itu masih belum tajam walaupun telah diasah beberapa kali, kata Ahmad kepada Siva.
Tajam
Renungannya begitu tajam apabila dia disindir oleh sahabatnya di dalam kelas.
Jatuh
Bayi itu tercedera di tangan kirinya apabila jatuh dari buaiannya.
Jatuh Tempat ketiga dalam acara berbalas pantun jatuh kepada pasukan pemantun dari sekolah Menengah Kebangsaan
Seksyen 19, Shah Alam.
Lembut
Tuala yang dibasuhnya itu menjadi lembut kerana dibilas dengan pelembut Softlan.
Lembut
Ubun-ubun bayi yang empat bulan itu masih lembut lagi, kata Ramlah kepada Aminah.
Jalan
Terdapat beberapa ekor anjing liar berkeliaran di tepi jalan itu, kata Jik Fong kepada kawan-kawannya.
Jalan
Jarum jam dinding yang terletak di halaman rumah itu begitu cepat jalannya, kata Ah Sing kepada Desigen.
Diam
Budak kecil itu duduk diam di belakang pintu rumahnya kerana takut akan dimarahi oleh ibunya.
Diam
Rumah itu sudah saya diam sejak zaman Jepun lagi, kata Pak Kasim kepada Desigen.
Lebat
Buah rambutan di pohon Pak Dalih itu sungguh lebat.
Lebat
Hujan turun dengan lebat pada petang tadi menyebabkan semua program yang diaturkan terpaksa ditangguh pada masa
yang sesuai.

Kata imbuhan pinjaman


Hartawan
Encik Zainal merupakan seorang hartawan yang berjaya dan disegani oleh seluruh penduduk Taman Desa Jaya itu.
Dermawan
Tuan Haji Ahmad Kamal sering menderma di rumah-rumah kebajikan dan beliau merupakan seorang dermawan yang
berhati mulia.
Cendekiawan
Cendekiawan itu telah banyak menghasilkan bahan penulisan bertaraf antarabangsa.
Usahawan
Usahawan muda yang kelulusan Ijazah Kedoktoran dari Rusia itu dilantik Ahli Majlis Tertinggi di Majlis Perbandaran
Teluk Intan.
Jurutera
Jurutera itu dilantik oleh Kementerian Kerja Raya untuk mengetuai projek pembinaan menara berkembang ke dua
negara pada hujung tahun ini.
Juruhebah
Aminah bertugas sebagai juruhebah di Stesen TV Astro.

Kata Homograf
Serak
Suara Adib serak akibat menangis terlalu lama.
Serak
Keadaan di bilik itu sungguh serak sekali dan perlu dikemas.
Bela
Ayam serama itu saya bela di dalam reban supaya tidak dicuri orang.
Bela
Kedaulatan Negara tetap saya bela walaupun bergadai nyawa.
Perang
Warna rambut penyanyi dari barat itu sangat perang.
Perang
Amerika telah menlancarkan perang ke atas Iraq menyebabkan beribu-ribu orang tidak berdosa terkorban.
ii. Rendang
Pohon rambutan itu rendang dan sesuai dijadikan tempat berteduh dan melakukan aktiviti senaman pagi bagi
mendapatkan udara segar.
Rendang
Masakan rendang ayam dalam majlis kenduri itu sedap sekali.
Semak
Kawasan lapang di belakang rumah usang itu begitu semak dan dikhuatiri terdapat beberapa ekor ular.
Semak
Butiran dalam buku akuan itu akan saya semak sekali lagi supaya tiada sebarang kesalahan.
Reda
Kejadian malang itu terpaksa saya reda kerana sudah menjadi suratan takdir daripada Ilahi.
Reda
Api kebakaran itu telah mula reda ketika pihak bomba tiba di tempat kejadian itu.

Anda mungkin juga menyukai