Anda di halaman 1dari 25

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page i




KANDUNGAN


Pengenalan 1

Bahagian Perumahan -
Kolej Kediaman -
Dasar Penginapan di Asrama/Kolej Kediaman -
Falsafah Penginapan Asrama/Kolej Kediaman -

A. Punca Kuasa 2
B. Bidang Kuasa HEPA -
C. Peraturan-peraturan Kolej Kediaman UMS -
D. Kriteria-kriteria Pemilihan Penempatan Pelajar 3
a) Syarat-Syarat Kelayakan Masuk Kolej Kediaman -
b) Kelayakan Istimewa -
c) Anggota Panel Pemilihan Tempat Tinggal -

E. Peraturan-peraturan Kolej Kediaman 4
F. Tatatertib Asrama 5
G. Penggunaan Barangan Elektrik 7
H. Peraturan Memasak -
I. Waktu Senyap -
J. Iklan Tampalan 8
K. Tetamu -
L. Etika Pakaian -
M. Kegiatan Berdua-duan/berkhalwat di sekitar Kolej 9
N. Penggunaan Kasut dan Selipar -
O. Kecurian dan Laporan Kehilangan -
P. Peraturan Pusat Kemudahan Kolej Kediaman -
Q. Penggunaan Televisyen 10
R. Pendaftaran Tinggal Di Kolej Semasa Cuti -
S. Sopan Santun -
T. Menyimpan Alat-alat Dan Bahan-bahan Yang Berbahaya Di Asrama -
U. Stor 11
V. Peraturan-peraturan Surat, Bungkusan, Surat Berdaftar dan Telegram -
W. Etika Pakaian Pelajar -
X. Peraturan Mengosongkan Bilik 14
Y. Kenderaan -
Z. Peraturan Kecemasan 15




PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page ii

Pertikaian 16
Perhatian 17
Tindakan Tatatertib Mengikut Akta Universiti Dan Kolej Kediaman 18
Peraturan Kewangan -
Pembayaran -
Kelewatan Pembayaran Yuran Penginapan -
Rayuan Penangguhan Yuran Penginapan 19
Bayaran Balik Penginapan -
Peraturan Balik Penginapan -
Peraturan Ganti Rugi -
Jenis Ganti Rugi -
Kadar Ganti Rugi Yang Dikenakan 20
Kadar Bayaran Penginapan 21
Kadar Bayaran Denda Yang Dikenakan Kepada Penghuni-penghuni Yang
Melanggar Peraturan 22



































PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 1

PENGENALAN


BAHAGIAN PERUMAHAN DAN HOSPITALITI

Bahagian Perumahan dan Hospitaliti (BPH) merupakan pusat pentadbiran induk kolej-kolej
kediaman. Bahagian ini bertanggungjawab menyelaras penempatan penginapan pelajar,
perancangan dan penambahbaikan polisi dasar penginapan Universiti bagi menyediakan
kemudahan penginapan yang kondusif kepada pelajar. Selain itu BPH juga memainkan
peranan penting dalam menyumbang kepada kecemerlangan pelajar di Kolej dengan
menyediakan kelengkapan/kemudahan prasarana dan sentiasa memastikan kemudahan
berada dalam keadaan yang sebaik mungkin bagi keselesaan pelajar.

KOLEJ KEDIAMAN

Kolej Kediaman bersifat kemudahan tetapi bukan hak merupakan tempat yang eksklusif
kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti harian. Selain untuk tempat menginap ia juga
merupakan asas terpenting dalam pembentukan sahsiah, berilmu, berakhlak, berkemahiran,
berdaya saing dan berdaya tahan melalui proses pengajaran, pembelajaran dan pembentukan
peribadi bagi meningkatkan budaya ilmu di Universiti.

DASAR PENGINAPAN DI ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN

Penempatan di asrama/kolej kediaman merupakan satu KEMUDAHAN untuk pelajar, tetapi
BUKANNYA HAK seseorang pelajar.

Penginapan seseorang pelajar (tinggal di asrama/kolej kediaman) ditentukan mengikut
budibacara dan kuasa mutlak Universiti.

FALSAFAH PENGINAPAN ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN

Asrama/Kolej Kediaman adalah pusat kecemerlangan lanjutan dan pelengkap kepada
sistem pendidikan Universiti dalam melahirkan graduan yang berakhlak mulia,
berpengetahuan luas, kritis, kreatif, inovatif, insaf kepada permasalahan social serta
memperjuangkan keadilan sejagat dan solidariti antarabangsa












PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 2

A. PUNCA KUASA

i) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) ;
ii) Perintah Universiti Malaysia Sabah (Perbadanan) 1994 [P.U.(A) 484/1994]dan
Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah [P.U. (A) 149/1998] dan
iii) Perlembagaan UMS (P.U.(A) 460/2010 Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah
Universiti dan Kolej Universiti (Pengubahan dan Penambahan kepada,
Perlembagaan) (Universiti Malaysia Sabah) 2010 dan hendaklah mula berkuat kuasa
pada 1 Januari 2011.

B. BIDANG KUASA HEPA

Tertakluk kepada Peraturan Universiti Malaysia Sabah dan Akta Universiti dan Kolej Universiti,
Jabatan HEP bertanggungjawab dalam aspek-aspek berikut ;

i) Memantapkan pembinaan sahsiah pelajar selaras dengan visi dan misi.

ii) Memastikan mutu penyampaian perkhidmatan dan pengendalian Kebajikan pelajar diurus
dengan cekap dan berkesan;

Iii) Memperkasan jaringan alumni dan hubungan kerjaya

iv) Melakukan apa-apa fungsi lain dan mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang
diperlukan dalam menjalankan dengan sewajarnya tugas-tugas di bawah Perlembagaan,
Statut, Kaedah dan Peraturan.


C. PERATURAN-PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Semua pelajar Tahun 1 DIWAJIBKAN tinggal di kolej kediaman kecuali mendapat kebenaran
daripada Ketua Bahagian Perumahan dan Hospitaliti (BPH) untuk tinggal di luar Kolej Kediaman
tetapi yuran asrama tetap dikenakan untuk semester 1 tahun pertama.

Pelajar senior TIDAK DIWAJIBKAN tinggal di asrama

Penempatan pelajar di Kolej Kediaman akan dipilih setiap sesi dan akan ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pemilihan Penempatan Kolej Kediaman.

Pelajar yang memohon untuk tinggal di Kolej Kediaman hendaklah mengisi borang khas
penginapan asrama/online Sistem Maklumat Pelajar (SMP) dan diperbaharui setiap sesi.

Penempatan Kolej Kediaman akan dibuat pada setiap sesi melibatkan semua pelajar yang
menginap di Kolej Kediaman mengikut ketetapan pihak Universiti.

Universiti berhak menarik balik tawaran tempat tinggal/penginapan di asrama atas sebab-sebab
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 3

kepentingan Universiti/disabitkan dengan tatatertib Universiti.

Penghuni yang telah diberikan tempat penginapan, tidak boleh bertukar/pindah bilik kecuali
mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Pengetua Kolej Kediaman.

Pertukaran Kolej Kediaman hendaklah mendapat kebenaran Ketua BPH.

D. KRITERIA-KRITERIA ASAS PEMILIHAN PENEMPATAN PELAJAR

a) SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KOLEJ KEDIAMAN

1. Semua pelajar tahun 1 Semester 1 DIWAJIBKAN tinggal di Kolej Kediaman

2. PNGK 2.50 keatas

3. Tidak DISABIT dengan kesalahan tatatertib

4. Tidak berhutang dengan Pihak Universiti

5. Aktif menyertai aktiviti Kolej/Sekolah/Universiti

6. Tertakluk kepada kekosongan tempat di Kolej Kediaman.


b) * KELAYAKAN ISTIMEWA

1. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

2. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS)

3. Unit Beruniform

4. Orang Kurang Upaya (OKU)

5. Orang Asli

* Wajib memohon dan tidak terlibat dengan mana-mana kesalahan tatatertib.


c) ANGGOTA PANEL PEMILIHAN TEMPAT TINGGAL

Pentadbiran Bahagian Perumahan dan Hospitaliti (BPH) dan Pentadbiran Kolej
Kediaman.





PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 4

E. PERATURAN-PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN

1. Setiap penghuni mesti mengisi dan menandatangani beberapa borang mengenaI
butir perabot yang ada dalam bilik untuk mengesahkan samada lengkap atau tidak
semasa ia mula tinggal di bilik berkenaan. Bayaran denda atau gantirugi akan
dikenakan jika berlaku kerosakan atau kehilangan perabot di bilik tersebut. Tindakan
disiplin akan diambil oleh Pengetua jika sabit kesalahan.

2. Hanya penghuni yang berdaftar/sah sahaja dibenarkan tinggal di Kolej Kediaman.
Pengetua boleh mendakwa penghuni dibawah kuatkuasa Kaedah tatatertib Kolej
Kediaman jika didapati ada setinggan di biliknya. Penghuni tersebut boleh
dikeluarkan dengan serta merta dan tidak lagi dibenarkan tinggal di Kolej Kediaman
pada masa akan datang.

3. Setiap penghuni diwajibkan mendaftar keluar semasa cuti semester dan mendaftar
semula dibuku rekod pendaftaran masuk di Kolej Kediaman setiap semester
bermula. Denda RM10.00 akan dikenakan kepada pelajar yang tidak mematuhi
peraturan ini.

4. Pentadbiran Kolej Kediaman boleh mengarahkan penghuni mengosongkan tempat
tinggalnya yang disediakan di Kolej Kediaman pada bila-bila masa tanpa apa-apa
sebab.

5. Pentadbiran Kolej boleh dari semasa ke semasa member apa-apa perintah atau
arahan secara bertulis atau lisan yang difikirkan perlu untuk memelihara
ketenteraman dan tatatertib asrama.

6. Pentadbiran Kolej dan kakitangan HEP akan membuat pemeriksaan mengejut
di asrama pada bila-bila masa.

7. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera. Bahagia Pentadbiran Kolej
Kediaman akan mengenakan denda kepada penghuni berkenaan jika kerosakan
yang mendatangkan mudarat tidak dilaporkan segera. (Rujuk dalam Peraturan
Kadar Denda/Gantirugi penghuni yang melanggar peraturan; M/S 22).







PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 5

F. TATATERTIB ASRAMA

1. Penghuni tidak boleh berpindah bilik tanpa kebenaran secara bertulis terlebih dahulu
daripada Pengetua.

2. Bilik-bilik hendaklah dibersihkan sendiri oleh penghuni. Bilik yang didapati kotor akan
dikenakan denda. (Rujuk dalam Peraturan Kadar Denda/Gantirugi penghuni yang
melanggar peraturan; M/S 22)

3. Penghuni adalah tidak dibenarkan memindah/mengubah/mengalih kedudukan
perabot di dalam bilik atau memasukkan perabot-perabot baru ke dalam bilik tanpa
kebenaran Pentadbiran Kolej.

4. Penghuni tidak dibenarkan membuat/melakukan penyambungan pendawaian
elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik.

5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/membawa/memiliki sebarang jenis haiwan
peliharaan di dalam bilik/kawasan Kolej Kediaman

6. Penghuni yang dengan sengaja merosakkan bahagian bangunan dan barang
Universiti akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Universiti. Mereka juga
diminta membayar balik kos pembaikan dan pengantian.

7. Penghuni tidak dibenarkan menampal semua jenis poster atau sebarang bahan
berbentuk kertas pada dinding bilik/unit/rumah atau memaku sebarang jenis
tampalan yang boleh merosakkan dinding/cermin dengan pin, paku, gam dan kertas
tampalan. (sekiranya berlaku poster akan ditanggalkan)

8. Penghuni tidak boleh menghalang atau menahan seseorang Pegawai Pentadbiran
Kolej daripada memasuki dan membuat pemeriksaan di bilik berkenaan. seseorang
pelajar menetap tidak boleh melakukan sesuatu untuk menghalang, merintang dan
menahan seseorang pegawai/pekerja atau ejen Universiti daripada memasuki bilik
pelajar menetap itu dan menjalankan tugas-tugas kewajipan atau tanggungjawab
di dalam bilik itu (Petikan Akta Universiti dan Kolej Kediaman)


- Universiti boleh mengkehendaki seseorang pelajar menetap
mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat tinggal lain
yang disediakan oleh Universiti pada bila-bila masa tanpa memberi apa-
apa sebab (Dipetik daripada Akta Universiti dan Kolej Kediaman)



PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 6

- TNC HEPA atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehnya boleh
dari semasa ke semasa member secara lisan atau bertulis apa-apa
perintah, suruhan atau arahan yang difikirkan perlu atau sesuai untuk
memelihara ketenteraman dan tatatertib dalam asrama dan perintah,
suruhan atau arahan itu boleh pada amnya mengenai semua pelajar
atau sesuatu golongan atau seseorang pelajar tertentu dan adalah
menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar yang mengenainya perintah, suruhan
atau arahan itu diberi, mematuhi dan melaksanakannya.

9. Penghuni tidak boleh berada di luar Kolej Kediaman selepas jam 11.00 malam
kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.

10. Pelawat luar tidak dibenarkan berada dalam premis asrama kecuali dengan
kebenaran yang diberi oleh atau bagi pihak Pengetua selepas jam 11.00 malam.

11. Penghuni tidak dibenarkan membuang sampah atau benda yang tidak mudah
hancur seperti plastik, tuala wanita dan lain-lain ke dalam tandas atau saliran
air/parit (longkang)

12. Penghuni tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat. semua sisa-
sisa makanan hendaklah dimasukkan dalam plastik dan dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.

13. Penghuni asrama tidak dibenarkan membawa makanan yang boleh mengotorkan
bilik tidur.

14. Pelajar DILARANG MEROKOK di dalam bilik kediaman dan kawasan asrama.

15. Penghuni tidak dibenarkan membawa masuk, memiliki, mengguna, menyimpan,
mengedar, menjual apa-apa bahan lucah, racun, dadah, rokok, minuman keras,
alat-alat perjudian dan makanan/minuman yang haram disisi Islam di asrama.

16. Penghuni dikehendaki menutup lampu, kipas dan lain-lain suis elektrik apabila tidak
berada di dalam Kolej Kediaman untuk mengelakkan pembaziran dan kebakaran.
Penghuni yang didapati tidak mematuhi arahan ini akan dikenakan denda oleh pihak
pentadbiran Kolej Kediaman.

17. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan yang dikhaskan untuk pelajar
perempuan dan juga sebaliknya. (kecuali kakitangan Pentadbiran Kolej yang
bertugas).

18. Pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang dan berekor. Rambut hendaklah
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 7

tidak mencecah kolar bahu. (sila rujuk Peraturan Akta Universiti dan Kolej
Kediaman)

19. Pelajar senior tidak dibenarkan melakukan penderaan (ragging) ke atas pelajar baru.
Mereka yang didapati berbuat demikian akan diambil tindakan tatatertib, termasuk
dibuang daripada Universiti (melanggar Akta Universiti dan Kolej Kediaman).

20. AUKU Kebenaran berhimpun ( mengikut pindaan AUKU 2012 )


G. PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK

1. Setiap pelajar dikenakan bayaran RM35.00 setiap semester

2. Bayaran yang dikenakan akan dipotong melalui yuran pengajian pelajar.

3. Pelajar boleh memohon pengembalian bayaran barangan elektrik yang dikenakan
sekiranya pelajar tersebut berstatus Non Resident (NR) dan mendapat kelulusan
daripada ketua BPH.

H. PERATURAN MEMASAK

1. Penghuni kolej adalah dilarang memasak atau menggunakan alat-alat elektrik
seperti heater, rice cooker dan hot plate di dalam Kolej Kediaman. Penghuni yang
melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan tatatertib. Alat-alat memasak akan
dirampas, tidak dikembalikan dan akan dikenakan denda.

I. WAKTU SENYAP

1. Penghuni tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman
penghuni lain pada bila-bila masa.

2. Waktu Senyap bermula jam 7.30 malam hingga 7.30 pagi

3. Pihak Pentadbiran kolej akan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati
melanggar peraturan tersebut.

4. Pelajar juga tidak dibenarkan melepak di kawasan tertentu tanpa tujuan yang boleh
menjejaskan imej Universiti.




PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 8

J. IKLAN TAMPALAN

1. Sebarang iklan hanya boleh ditampal di papan notis yang disediakan sahaja dengan
kebenaran pihak Pentadbiran Kolej Kediaman.

2. Semua notis yang ditampal hendaklah diturunkan setelah tamat tempoh notis
tersebut.

3. Penghuni tidak dibenarkan menconteng/menampal di dinding asrama, bilik tidur dan
lain-lain bagi maksud-maksud tertentu.

4. Notis yang ditampal mesti memaparkan nama pengiklan.


K. TETAMU

1. Penghuni tidak dibenarkan menerima sebarang tetamu atau keluarganya di dalam
bilik tidur

2. Tetamu atau keluarga penghuni tidak dibenarkan bermalam di bilik pelajar.


L. ETIKA PAKAIAN

1. Etika pakaian Pelajar UMS perlu dipatuhi bila-bila (sila rujuk Peraturan Pakaian
Rasmi Pelajar; M/S 11)

2. Pelajar perlu berpakaian kemas dan sopan semasa berurusan di pejabat
Pentadbiran Kolej / Kafeteria.

3. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian sukan yang kotor dan berpeluh ke
pejabat Pentadbiran Kolej / Kafeteria.

4. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian menjolok mata semasa ke pejabat Kolej /
Kafeteria.









PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 9

M. KEGIATAN BERDUA-DUAAN/BERKHALWAT DI SEKITAR KOLEJ

1. Penghuni Kolej dilarang berkelakuan tidak sopan dan menjolok mata seperti berdua-
duaan (berlainan jantina antara lelaki dan wanita), melakukan aktiviti berkhalwat
(berlainan jantina atau sesama jantina) dengan menimbulkan syak serta
mencurigakan di sekitar Kolej Kediaman / Unversiti. (Pelajar akan di rujuk pada
jawatankuasa tatatertib dan digantung kemudahan penginapan sementara).

2. Aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transeksual adalah dilarang diamalkan didalam
dan sekitar kawasan Kolej Kediaman / Unversiti. (Pelajar akan di rujuk pada
jawatankuasa tatatertib dan digantung kemudahan penginapan sementara).

N. PENGGUNAAN KASUT DAN SELIPAR

1. Penghuni diwajibkan meletakkan kasut dan selipar dengan teratur/tersusun (dalam
bilik atau luar bilik).

2. Denda akan dikenakan ke atas penghuni-penghuni yang melanggar peraturan
ini.(Rujuk Senarai Kadar bayaran Denda; M/S 22)

O. KECURIAN DAN LAPORAN KEHILANGAN

1. Penghuni dinasihatkan supaya memastikan biliknya sentiasa dikunci pada setiap
masa.

2. Penghuni tidak dibenarkan menyimpan wang berlebihan dan barangan yang
berharga di dalam bilik dan di merata-rata tempat.

3. Penghuni yang kecurian hendaklah melaporkan kes kecurian dengan segera
kepada Pentadbiran Kolej.membuat laporan polis dan Pihak Keselamatan yang
bertugas

P. PERATURAN PUSAT KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN

1. Pejabat HEP adalah bertanggungjawab menentukan pembahagian pusat
kemudahan dan kegunaannya.

2. Semua kemudahan hendaklahlah digunakan dengan cermat oleh penghuni.

3. Masjid/Surau bagi penghuni beragama Islam adalah dikendalikan oleh
Jawatankuasa Masjid/Surau berkenaan di bawah pengawasan TNC HEPA.


PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 10

Q. PENGGUNAAN TELEVISYEN

1. Penghuni hendaklah menggunakan kemudahan TV yang disediakan di asrama
dengan cermat.

2. Penghuni hendaklah memastikan sistem suara TV tersebut tidak mengganggu
ketenteraman penghuni yang lain.

3. Penghuni juga tidak dibenarkan membuat bising semasa berada di dalam bilik TV
sehingga mengganggu ketenteraman penghuni yang lain.

4. Penghuni dilarang sama sekali tidur dibilik TV.

R. PENDAFTARAN TINGGAL DI KOLEJ SEMASA CUTI

1. Bagi mereka yang menginap di kolej semasa cuti semester perlulah mengisi borang
tinggal semasa cuti semester yang boleh didapati di Pejabat Kolej Kediaman.
Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Pejabat Pentadbiran Kolej bermula
pada tarikh yang ditetapkan oleh Pentadbiran Kolej setelah notis dikeluarkan.

2. Tindakan akan diambil terhadap mereka yang tinggal di asrama secara haram
(tanpa mendaftar). Bayaran penginapan akan dikenakan sepanjang tempoh tersebut
dan perlu dibayar di Pejabat Bendahari.

S. SOPAN SANTUN

1. Pelajar diwajibkan menunjukkan sikap bersopan santun dengan sesiapa sahaja.
Sentiasalah bertegur sapa/memberi salam/hormat menghormati/menunjukkan sikap
berkerjasama dan bantu membantu.

T. MENYIMPAN ALAT-ALAT DAN BAHAN-BAHAN YANG BERBAHAYA DI ASRAMA/KOLEJ
KEDIAMAN

1. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan/membawa/memiliki bahan-bahan yang mudah
terbakar seperti minyak petrol dan bahan kimia di dalam bilik. Pelajar juga dilarang
menyimpan alat/ perkakas yang tajam seperti kerambit/ pedang dan lain-lain.

2. Mereka yang didapati memiliki/menyimpan/membawa alat-alat tersebut akan
diambilkan tindakan tatatertib berdasarkan peraturan Kolej Kediaman dan Universiti.







PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 11

U. STOR**

1. Semua barang yang hendak ditinggalkan perlulah disimpan di dalam stor sepanjang
cuti semester dengan dimasukkan kedalam kotak, diikat kemas, dicatatkan nama,
no bilik dan no matrik pada kotak tersebut.

2. Stor tersebut akan dibuka semula pada tarikh pendaftaran akademik tiap-tiap
semester dan akan ditutup semula sebulan selepas tarikh tersebut.

3. Jika didapati masih ada barang-barang yang belum diambil selepas tarikh tersebut.
Pihak Pentadbiran Kolej menganggap barang-barang tersebut tidak diperlukan lagi
dan pihak Pentadbiran Kolej boleh membuangnya.

4. Barang-barang yang tidak disimpan di dalam stor semasa cuti dianggap tidak
berguna dan akan dirampas/ dibuang.

** Stor akan dikendalikan oleh JAKMAS Kolej Kediaman maasing-masing.


V. PERATURAN-PERATURAN SURAT, BUNGKUSAN, SURAT BERDAFTAR DAN TELEGRAM

1. Pejabat Kolej Kediaman hanya bertanggungjawab ke atas surat-surat yang
beralamat lengkap sahaja.

2. Pelajar DIKEHENDAKI menunjukan kad pelajar/matrik setiap kali menuntut
bungkusan, surat berdaftar dan lain-lain.


W. ETIKA PAKAIAN PELAJAR

1. Pakaian mestilah KEMAS, BERSIH dan SESUAI dengan amalan biasa masyarakat
Malaysia.

2. Amalkan PAKAIAN BERSOPAN (baju kemeja biasa, baju T Berkolar, berkasut,
berseluar panjang dibawah paras lulut) terutamanya dikhalayak ramai seperti di
dewan kuliah, perpustakaan,pejabat,kafeteria/kantin.

3. Pemakaian TALI LEHER adalah DIWAJIBKAN kepada pelajar lelaki pada setiap
hari ISNIN, RABU, KHAMIS dan juga semasa menghadiri majlis rasmi. Pelajar
wanita DIKEHENDAKI berbaju kurung atau pakaian lain yang sopan dengan
berskirt panjang atau seluar panjang yang longgar. Pada hari tersebut, pelajar juga
dikehendaki menggunakan Bahasa Inggeris semasa berkomunikasi secara lisan.


PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 12

4. Elakkan daripada BERPAKAIAN TIDAK SOPAN dan yang TERLALU
MENDEDAHKAN TUBUH DAN MENJOLOK MATA seperti berikut di khalayak
ramai ;
i. Berselipar
ii. Berseluar pendek atau berskirt di atas paras lulut
iii. Berbaju T tanpa kolar bagi pelajar lelaki
iv. Berseluar terlampau ketat
v. Berbaju ketat dan tanpa lengan bagi pelajar perempuan

5. Pakaian yang menutup sebahagian muka (BERPURDAH) juga TIDAK
DIBENARKAN kerana menyukarkan pihak berkuasa Universiti mengenali mereka.

6. Untuk aktiviti makmal, sukan dan kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi amalan
pakaian yang telah dikuatkuasakan

7. Pelajar lelaki dilarang berambut panjang dan berekor. Rambut hendaklah tidak
mencecah kolar bahu.

8. Pelajar dilarang sama sekali mewarnakan rambut kecuali hitam dan putih.

9. Pelajar DIWAJIBKAN memakai Kad Pelajar semasa berurusan di Pejabat HEP/
Kolej.



POTONGAN RAMBUT PELAJAR LELAKI UMS











PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 13

PAKAIAN RASMI DAN TIDAK RASMI PELAJAR LELAKI UMS




PAKAIAN RASMI PAKAIAN TIDAK RASMI


PAKAIAN RASMI DAN TIDAK RASMI PELAJAR PEREMPUAN UMS



PAKAIAN RASMI PAKAIAN TIDAK RASMI





PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 14

X. PERATURAN MENGOSONGKAN BILIK

1. Dalam masa seminggu sebelum bilik dikosongkan, Penolong Pengurus Asrama
berkenaan/wakil bahagian Hal Ehwal Pelajar akan memeriksa alat perabot dan lain-
lain peralatan dan kerosakan. Jika bersabit dengan kerosakan dan kehilangan,
penghuni akan dikenakan denda atau membayar gantirugi.

2. Setiap penghuni hendaklah MEMASTIKAN pintu dan tingkap dikunci sebelum
meninggalkan bilik.

3. Kunci hendaklah diserahkan sendiri di pejabat berkenaan semasa penghuni
membuat pendaftaran keluar pada waktu pejabat dan menandatangani buku rekod
pendaftaran keluar.

4. Kunci yang hilang akan diganti oleh pihak asrama dan penghuni akan dikenakan
tindakan denda.

5. Penghuni hendaklah memindahkan barang-barang milik sendiri daripada bilik/almari
dalam ruangan umum. Sebarang alat dan benda yang ditinggalkan dianggap tidak
diperlukan lagi dan pihak asrama boleh membuangnya.

Y. KENDERAAN

1. Penghuni asrama tidak DIGALAKKAN membawa kenderaan. Sekiranya penghuni
kolej masih membawa kenderaan, penghuni tersebut WAJIB mengisi borang
pendaftaran kenderaan di Pejabat Kolej.

2. kenderaan hendaklah diletakkan diruang/petak yang dibenarkan sahaja.

3. kenderaan yang tidak diletakkan pada ruang yang dibenarkan akan dikenakan
saman.

4. Pemilik kenderaan tidak dibenarkan membunyikan kenderaan mereka sehingga
mengganggu ketenteraman penghuni lain.

5. Pelajar dilarang memandu kereta/motorsikal di atas koridor,beranda/ kaki lima,
halaman berkepung atau dimana-mana bahagian daripada mana-mana bangunan
kolej.

6. Pelajar dilarang meletakkan kenderaan di tempat yang boleh membahayakan,
menghalang atau menyusahkan orang atau kenderaan lain.

7. Pelajar dilarang memandu lebih daripada had laju yang ditetapkan. (Pemakaian
Ordinan lalulintas Jalan, 1958 dalam Kampus Ordinan P.T.M 49/58)
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 15

Z. PERATURAN KECEMASAN

1. Sekiranya berlaku kebakaran, penghuni hendaklah membunyikan alat penggera
kebakaran dan memaklumkan kepada felo atau kakitangan kolej DENGAN
SEGERA.

2. Setiap penghuni hendaklah keluar dari bilik dengan berhati-hati dan berkumpul di
satu tempat yang dikhaskan.

3. Jika kebakaran kecil berlaku gunakan alat pemadam api ;

BIL JENIS KEBAKARAN JENIS ALAT PEMADAM API
1 Kebakaran dari bahan kayu dan fabrik Gunakan alat pemadam Api
(Fire Extinguisher)

2

Kebakaran dari cecair yang mudah
terbakar
Gunakan alat pemadam api yang
mengandungi Foam dan Karbon
Dioksida

3

Kebakaran yang berpunca dari api
Gunakan Alat Pemadam Api yang
mengandungi Foam, Karbon Dioksida
dan Bahan Kimia


4. Pihak Pengurusan Kolej Kediaman akan mengadakan kawad keselamatan dari
semasa ke semasa dengan kerjasama pihak Bomba dan jawatan kuasa Pengurusan
Keselamatan Universiti.

5. Pelajar yang sengaja membunyikan alat penggera kebakaran tanpa sebab
munasabah akan dikenakan tindakan tatatertib.

6. Penghuni hendaklah menghubungi Felo/Pihak Pentadbiran Kolej/Pengetua
sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan. Sekiranya Felo/ Pihak
Pentadbiran Kolej/Pengetua tidak dapat dihubungi, pelajar bolehlah menghubungi
mana-mana ahli JAKMAS atau ketua blok/ paras atau Pengawal keselamatan yang
bertugas.

7. Felo bertanggungjawab menghantar penghuni yang berkenaan ke hospital/klinik
yang berdekatan sekiranya tiada perkhidmatan ambulan.

8. Pihak Pentadbiran Kolej akan menggeluarkan surat pengesahan bagi urusan
kemasukan penghuni ke wad hospital/ klinik



PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 16

PERTIKAIAN
Jika berlaku sebarang pertikaian berhubung pemakaian dan penguatkuasaan peraturan-
peraturan atau sub-sub peraturan diatas maka keputusan pihak berkuasa tatatertib berikut akan
digunapakai sebagai pemutus tindakan serta keputusan pihak berkuasa tatatertib ini adalah
MUKTAMAD.

1. Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar (Akademik)
Pengerusi : Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Kuasa : mendengar dan menghukum kesalahan-keasalahan akademik
Urusetia : Bahagian Perkhidmatan Akademik


2. Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar (Sahsiah)
Pengerusi : Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Kuasa : mendengar dan menghukum kesalahan-keasalahan berhubung kait Sahsiah
pelajar,kesalahan asrama, kesalahan lalulintas dan kesalahan-kesalahan
terdapat dalam AUKU 1971.
Urusetia : Jabatan Hal Ehwal Pelajar



3. Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar (Asrama)
Pengerusi : Pengetua-pengetua Kolej Kediaman
Kuasa : mendengar dan menghukum kesalahan-keasalahan berhubung kait dengan
kesalahan-kesalahan / peraturan-peraturan asrama yang boleh diberikan
hukuman tatatertib terus.
Urusetia : Jabatan Hal Ehwal Pelajar













PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 17


PERHATIAN
Semua penghuni asrama diarah mematuhi semua peraturan diatas demi menjaga imej,
ketenteraman dan kebersihan di kolej kediaman.

Penghuni yang kerap melakukan kesalahan akan dikenakan denda berganda diatas
kesalahannya dan tidak akan dipilih untuk tinggal di kolej kediaman pada semester berikutnya.

Semua jenis kesalahan dan denda hendaklah dirujuk pada lampiran pada muka surat 21 dan 22

Dengan Perintah

PIHAK BERKUASA TATATERTIB PELAJAR

TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
Jabatan Hal Ehwal pelajar
Universiti Malaysia Sabah

























PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 18


PERHATIAN


TINDAKAN TATATERTIB MENGIKUT AKTA UNIVERSITI DAN
KOLEJ KEDIAMAN


Seseorang pelajar yang didapati bersalah melakukan sesuatu kesalahan tatatertib boleh
dikenakan mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman yang sesuai, disatukan sekali,
daripada hukuman-hukuman yang berikut:

a. AMARAN
b. Denda tidak melebihi RM200.00
c. Penggantungan daripada mana-mana atau kesemua kemudahan Universiti selama
tempoh yang ditentukan.
d. Pengecualian daripada mana-mana bahagian Universiti selama tempoh yang ditentukan.
e. Penyingkiran daripada Universiti.

Mereka yang didenda RM 50.00 Atau lebih, boleh disingkir daripada tinggal di kolej kediaman.


PERATURAN KEWANGAN


1. PEMBAYARAN
1.1 Pembayaran hendaklah dibuat di kaunter pejabat bendahari.
1.2 Pelajar yang menginap di asrama semasa luar semester hendaklah membuat
pembayaran secara berasingan di kaunter pejabat bendahari.
1.3 Pembayaran hendaklah dibuat dengan wang tunai/kiriman wang berpalang atas
nama bendahari, Universiti Malaysia Sabah.

2. KELEWATAN PEMBAYARAN YURAN PENGINAPAN
2.1 Semua pelajar dikehendaki menjelaskan bayaran sewa dan lain-lain bayaran
yang ditetapkan oleh pihak Universiti.

2.2 Pelajar-pelajar yang gagal menjelaskan bayaran yang ditetapkan akan dikenakan
denda tambahan RM10.00 setiap minggu yang lewat daripada tarikh yang
ditetapkan.

2.3 Bagi pelajar yang mendapat pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan adalah
dikecualikan daripada peraturan diatas dengan syarat mereka dapatmenunjukkan
surat keterangan daripada pihak penaja kepada pihak Bendahari.

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 19

3. RAYUAN PENANGGUHAN YURAN PENGINAPAN
3.1 Pelajar-pelajar yang tidak dapat menjelaskan sewa mereka sepenuhnya seperti
yang ditetapkan, boleh merayu menangguhkan bayaran sewa tersebut secara
bertulis kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

3.2 Rayuan hendaklah dibuat dalam masa dua minggu selepas pendaftaran. Rayuan
yang lewat daripada masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

4. BAYARAN BALIK PENGINAPAN
4.1 Semua penghuni hendaklah membayar yuran penginapan untuk satu semester.
Bagi penghuni yang meninggalkan kolej kediaman selepas pendaftaran, wang
mereka(baki wang mereka) tidak akan dikembalikan kecuali mendapat
perakuan Pihak Berkuasa Universiti.

4.2 Cagaran kunci bilik/bilik dan lain-lain cagaran hanya dikembalikan setelah tamat
pengajian kecuali pelajar menyumbang ke tabung alumni UMS. Pihak Universiti
berhak memotong wang cagaran sekiranya pelajar didapati melanggar peraturan
yang telah ditetapkan oleh universiti.


Yuran Jumlah
Bayaran penginapan setiap semester RM 378.00*
Bayaran Barangan Elektrik RM 35.00 per semester*
Cagaran bilik kediaman (sekali sahaja) RM 50.00*
Cagaran kunci RM 10.00*

* Tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa selaras dengan kelulusan PBPU


5. PERATURAN GANTI RUGI
5.1 Penghuni adalah bertanggungjawab diatas semua peralatan dan kemudahan
yang terdapat di dalam unit kediaman/bilik tersebut.
5.2 Sebarang kerosakan/kehilangan kemudahan di bilik penginapan pelajar, denda
dan ganti rugi akan dikenakan kepada penghuni.

6. JENIS GANTI RUGI
6.1 Ganti Rugi Individu
6.2 Jika kerosakan akibat kecuaian/disengajakan oleh penghuni berkenaan. Tindakan
tuntutan ganti rugi akan dimajukan oleh pegawai pentadbiran kolej kepada TNC
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 20

HEPA. Bahagian penilaian Universiti akan membuat penilaian jumlah ganti rugi
yang akan dikenakan kepada penghuni berkenaan.

6.3 Ganti Rugi Berkumpulan
6.4. Apabila berlakunya kerosakan di kolej/flat dimana pihak yang bertanggungjawab
tidak dapat dikesan. Ganti rugi akan dikenakan keatas semua penghuni.


7. KADAR GANTI RUGI YANG DIKENAKAN
Berikut adalah ganti rugi yang dikenakan.
BIL PERKARA KADAR DENDA
1 Kerja pembersihan keseluruhan unit/blok / lantai/bilik
kotor
RM 50.00
2 Kerosakan
Langsir (sehelai)
Tilam
Katil
Almari
Kerusi
Meja
Paip shower*
Kipas*
Lampu*
Powerpoint*

RM 50.00
RM 250.00
RM 250.00
RM 280.00
RM 150.00
RM 220.00


* Mengikut Jadual Kadar Harga Kerja-Kerja Kecil Dan Membaiki, terbitan Kementerian
Kerja Raya Malaysia dan Jadual Kadar Harga Untuk Penyelenggaraan Elektrik Dan
Kerja-Kerja Kecil Elektrik terbitan Kementerian Kerja Raya Malaysia tahun semasa.









PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 21

KADAR BAYARAN PENGINAPAN LUAR
Bayaran tetap bagi pelajar/organisasi luar di asrama UMS

MAHASISWA UMS ORGANISASI LUAR
(Sehari Seorang

BIL JENIS PENGINAPAN Sehari Seorang
(Luar semester)
(RM)
Seminggu
seorang
(RM)
Kadar
Pelajar
(RM)
Kadar Bukan
Pelajar (RM)
1 KOLEJ RM3.00* RM12.00* RM7.00* RM15.00*
2 PANGSAPURI (FLAT) RM3.00* RM12.00* RM7.00* RM15.00*
3 SEMI DETACHED RM3.00* RM12.00* RM7.00* RM15.00*

*Bagi organisasi luar yang tinggal lebih seminggu, diberi diskaun 5% manakala 10% untuk
yang tinggal lebih sebulan.

*Kadar bayaran tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa selaras dengan
kelulusan PBPU.























PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 22

KADAR BAYARAN DENDA YANG DIKENAKAN KEPADA PENGHUNI-PENGHUNI YANG
MELANGGAR PERATURAN

BIL JENIS KESALAHAN
KADAR
DENDA
(RM)
DEMERIT
1. Hilang kunci setiap Satu 10.00 15
2. Tukar bilik tanpa kebenaran Pejabat Pentadbiran Kolej Kediaman HEP. 20.00 15
3. Membenarkan setinggan di dalam bilik Kolej Kediaman (setinggan dan
penghuni di buang asrama).
50.00 BA
4. Memiliki alat memasak. (dirampas dan tidak dikembalikan) 20.00 15
5. Mengotorkan bilik/ruang luar/dalam blok 50.00 BA
6. Memiliki Hot Plate, sambungan elektrik atau Heater coil (dirampas dan tidak
dikembalikan)
30.00 15
7. Memaku/ menampal poster di pintu tanpa cop rasmi HEP. 10.00 15
8. Lelaki yang didapati berada di ruang kolej kediaman perempuan atau
didalam bilik perempuan (kecuali kakitangan pentadbiran kolej kediaman)
dan sebaliknya.

50.00

BA
9. Memiliki rice cooker di kolej kediaman (dirampas) 20.00 15
10. Lampu atau kipas terpasang semasa penghuni tiada didalam bilik semasa
pemeriksaan.
10.00 5
11. Menjemur/menyidai pakaian didalam bilik, tingkap, bilik rehat, balkoni bilik,
bilik air (setiap helai).
2.00 2
12. Meminjam kunci dari pejabat pentadbiran kolej kediaman. 10.00 15
13. Membawa/mengambil/mengalih peralatan kemudahan perabot. (denda dan
meyusun semula)
20.00 15
14. Aktiviti memasak di dalam dan kawasan unit bilik kolej kediaman (dirampas
dan tidak dikembalikan)
30.00 15
15. Membawa/menyimpan motosikal/basikal/di dalam bilik/blok 30.00 15
16. Meletak kenderaan di merata tempat larangan/tempat letak kereta khas
kakitangan kolej.
20.00 15
17. Memecah/membuang cermin tingkap/pintu tanpa dilapor (setiap satu). 50.00* BA
18. Membiarkan kasut-kasut bersepah diluar bilik. 10.00 15
19. Membuang sisa makanan diluar pintu bilik atau ke dalam bakul sampah
tanpa dimasukkan kedalam beg plastik dan diikat kemas.
10.00 15
20. Merosakkan alat-alat bilik air ( seluruh blok/ paras ) 50.00* BA
21. Unit /bilik kediaman tidak kemas dan berselerak semasa pemeriksaan bilik
dibuat
20.00 15
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2012

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS Page 23

22. Menyimpan/memiliki barang-barang makanan dan minuman tidak halal di
sisi agama Islam (dirujuk pada jawatankuasa tatatertib dan digantung
kemudahan penginapan sementara)

50.00

BA
23. Membawa/memiliki/menyimpan/merokok dalam bilik/ruang kolej kediaman 50.00 BA
24. Membawa/memiliki/menyimpan/memelihara/membiak binatang peliharaan
dalam bilik/ruang kolej kediaman (dirampas)
50.00 BA
25. Berdua-duaan/ berkhalwat dan mencurigakan dikawasan kolej kediaman/ universiti
( dirujuk pada jawatankuasa tatatertib dan digantung kemudahan penginapan
sementara)
50.00 BA
26 Lain-lain kesalahan (atas budi bicara pengetua kolej kediaman). Mengeluarkan
perkataan kesat kepada Pegawai HEP yang bertugas.
50.00 BA


* Kad matrik akan dirampas untuk sebarang kesalahan yang dilakukan dan hanya akan
dikembalikan setelah bayaran denda dijelaskan
* BA - Buang Asrama

Anda mungkin juga menyukai