Anda di halaman 1dari 4

SMK SENAWANG 3 @ SMK TAMAN

FOREST HEIGHTS
70100 SEREMBAN, NSDK

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KERJAYA
PENERBITAN DAN
PROGRAM JOM MASUK U

UITM SHAH ALAM DAN


KUMPULAN MEDIA
KARANGKRAF.
21 OGOS 2015

1.0 Pendahuluan
Program ini bertujuan untuk memotivasi dan mendedahkan para
pelajar dengan proses penerbitan supaya mereka jelas dengan bidang
kerjaya berkaitan. Selain itu, para pelajar dapat melihat teknologi yang terkini
untuk menerbitkan sesebuah majalah serta surat khabar. Lawatan ini
merupakan satu usaha untuk mendedahan pelajar dengan suasana belajar di
dalam kampus yang lebih mendalam seterusnya dapat menarik minat
mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan melahirkan pelajar
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
2.0 Matlamat
Program lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar
dengan proses penerbitan supaya mereka jelas dengan bidang kerjaya
berkaitan serta suasana belajar di dalam kampus yang lebih mendalam
seterusnya dapat menarik minat mereka untuk belajar dengan bersungguhsungguh dan melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
3.0 Objektif
3.1 Para pelajar dapat mendedahkan diri di dalam kerjaya kejuruteraan
dengan lebih mendalam.
3.2 Pelajar dapat meninjau prospek kerjaya yang sesuai dengan
personaliti
mereka.
3.3 Pelajar mendapat pengetahuan yang mendalam tentang penggunaan
teknologi dalam bidang pencetakan majalah @ surat khabar.
3.4 Pelajar mendapat pengetahuan mendalam tentang dunia kampus

4.0 Sasaran
40 Pelajar Tingkatan 1 hingga 4

5.0 Tentatif Lawatan


Tarikh : 21 Ogos 2015
Hari

: Khamis

Masa : 7.30 pagi 5.00 petang


7.30 pagi
7.40 pagi
8.30 pagi
11.00 pagi
12.00 ptg
3.30 ptg
5.00 ptg

Berkumpul di sekolah
Bertolak dari sekolah
Tiba di UITM Shah Alam
Makan tengahari di UITM
Bertolak Ke Kumpulan Media Karangkraf
Tiba di Kumpulan Media Karangkraf
Bertolak balik
Sampai di sekolah

6.0 Tempat
6.1 Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UITM)
6.2 Kumpulan Media Karangkraf
7.0 Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi
N. Pengerusi

: Hj. Hamidon Bin Hj. Khalid (Pengetua SMK Senawang 3 )


: 1. Pn. Norasyikin bt Jantan ( GPK 1)
2. En. Borhan b. Hashim ( GPK HEM )
3. En. A Halim b. Saat ( GPK Koku. )
Setiausaha
: Pn. Nurhida Mohd Noh
Bendahari
: Pn. Suzana Mohd Nasir
Guru Pengiring : En. Mohd Amin b. Kalam (Kawalan Disiplin)
Pn. Suzana Mohd Nasir (Kawalan Disiplin)
Pn. Noor Azlina Binti Abdullah Hashim (Kawalan Disiplin)
Pn. Nurhida Mohd Noh (Kawalan Disiplin)

8.0 Anggaran Perbelanjaan


8.1 Pengangkutan ( Bas )

RM 900.00

8.2 Makanan Pelajar RM 8.00 x 40 orang

RM 320.00
-----------------RM 1220.00
------------------

9.0 Pendapatan
9.1 Sumbangan YAB Dato Seri Utama
Haji Mohammad Bin Haji Hasan

RM 1220.00

8.0 Penutup
Siri lawatan ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada para
pelajar dan menyuntik semangat mereka untuk mengambil peluang
mendalami serta mengenali kerjaya bidang penerbitan. Secara tidak
langsung juga, para pelajar dapat menceburi bidang kerjaya yang berkaitan.

Di sediakan oleh

Diluluskan oleh

___________________________

__________________________

(Pn.Nurhida Binti Mohd Noh)


Kaunselor Pelajar
SMK Senawang 3

( Hj. Hamidon Bin Hj. Khalid )


Pengetua
SMK Senawang 3

Anda mungkin juga menyukai