Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Untuk Ketua Kampung (Cadangan Sahaja, Boleh Diubahsuai)

Selamat sejahtera dan selamat malam kepada Encik ?...

Wakil Ketua Anak Negeri

(WKAN) Kampung Bamban, Encik ?... JKKK Kampung Bamban, Puan Sharon Tan, pensyarah pengiring Program ini, serta semua hadirin dan hadirat sekalian. Salam Satu Malaysia. Pertama sekali, saya sangat bersyukur dan berbesar hati kerana program seumpama ini telah diadakan di kampung kami ini. Untuk pengetahuan semua hadirin, ini adalah program yang julung-julung kalinya diadakan oleh pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan di Kampung Bamban ini. Kalaupun mungkin sebelumnya program seperti ini pernah diadakan, namun berbeza kerana sebelum ini ianya melibatkan pelajar-pelajar yang datang dari luar negara iaitu Jepun. Oleh itu dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Tertinggi pelaksana program ini kerana telah memilih Kampung Bamban sebagai lokasi untuk membuat aktiviti pada kali ini. Saya difahamkan bahawa Program ini adalah Program Khidmat Masyarakat dan juga Anak Angkat yang bertemakan Penyebaran Budaya Melalui Interaksi. Jelas disini bahawa proses berinteraksi diantara masyarakat kampung dan pelajar IPT sangat dititikberatkan dan penting dalam usaha untuk mencapai objektif program ini diadakan. Melalui interaksi yang baik dalam kalangan kedua-dua pihak ini, maka akan wujudlah penyebaran budaya yang mana pelajar mempelajari dan memahami budaya serta corak hidup kami masyarakat kampung. Dalam masa yang sama pula kami masyarakat kampung yang mewakili ibu bapa dapat mengetahui dan memahami keperluan golongan pelajar yang mewakili golongan muda ini. Interaksi sebegini amat baik kerana ianya mampu mengeratkan perhubungan dan mewujudkan satu keadaan harmoni walaupun para penduduk kampung dan juga para pelajar datang dari asal usul yang berbeza-beza. Ini sekaligus mempraktikkan nilai Satu Malaysia yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada masa kini. Disebabkan itulah kami pemimpin-peminpin di kampung Bamban ini sangat berbesar hati menerima para pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Sabah untuk mengadakan program selama 3 hari 2 malam di kampung ini. Bagi kami sebenarnya pemberitahuan
Teks disediakan oleh Normadiah Nassir (013-8558187/atunznormadiah@yahoo.com) Pengarah Program Program Khidmat Masyarakat dan Anak Angkat di Kampung Bamban, tenom PENYEBARAN BUDAYA MELALUI INTERAKSI

mengadakan program di kampung kami ini agak lewat, namun kami telah mencuba dengan sedaya upaya apa yang termampu dilakukan oleh pihak kami untuk menyokong kejayaan program ini. Kami sangat berharap agar sepanjang perjalanan program ini segala usaha, penglibatan dan titik peluh yang telah dicurahkan sama ada oleh pihak pelajar mahupun penduduk kampung tidak sia-sia. Sekian, terima kasih.

Teks disediakan oleh Normadiah Nassir (013-8558187/atunznormadiah@yahoo.com) Pengarah Program Program Khidmat Masyarakat dan Anak Angkat di Kampung Bamban, tenom PENYEBARAN BUDAYA MELALUI INTERAKSI

Anda mungkin juga menyukai