Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN TUAN PENGARAH

MAJLIS

PERASMIAN MINGGU SUAI KENAL TAHUN 1 (SVM) 2019

ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI

23 / 1 / 2019

Terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis,.

Yang saya hormati, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional


Kota Tinggi, Tuan Haji Hanizam Bin Md Ali. Yang saya hormati, Ketua Felo Kolej
Kediaman KVKT, Encik Azmi Bin Mohd Salleh, semua felo dan pembantu felo para
pelatih kolej kediaman, serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah


kurniaNya kita dapat bertemu dan bersua muka dalam Majlis Perasmian Minggu
Suai Kenal Tahun 1 bersama pelatih-pelatih baharu Kolej Kediaman KVKT ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola yang telah berusaha dan
berganding bahu demi menjayakan majlis perasmian ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Menjadi seorang warga kolej kediaman KVKT merupakan pilihan ramai


pelatih yang telah mendaftar di sini. Namun, bukan semua orang mendapat peluang
tersebut. Oleh itu, hargailah peluang yang diberikan ini dengan belajar bersungguh-
sungguh. Ingatlah kepada ibu bapa yang telah bersusah-payah menghantar anak-
anak mereka, iaitu anda semua.
Sepanjang perjalanan sebagai seorang pelajar, anda akan menghadapi
pelbagai cabaran. Bagi mengatasi cabaran-cabaran itu, perlu ada kesetiaan,
pertimbangan yang baik, kerajinan, motivasi diri, optimis, berdaya tahan,
bertanggungjawab, dan tolong-menolong. Kehidupan di asrama tidak sama seperti
kehidupan harian anda di rumah, di mana pelajar perlu menguruskan masa dan
waktunya sendiri. Pelajar perlulah ada kesedaran untuk menjadi seorang yang
berdikari dan bertanggungjawab atas setiap tindakan yang dilakukan.

Asrama merupakan tempat tinggal kedua bagi anda. Oleh itu, hargailah
asrama anda seperti menjaga kebersihan persekitaran kolej, mematuhi peraturan-
peraturan asrama, dan memberi kerjasama kepada warden-warden dan staf kolej
yang sedia membantu sekiranya anda berhadapan sebarang masalah, anda boleh
berjumpa dengan mereka. Seperti motto asrama yang berbunyi, ‘Asramaku
Syurgaku”, jadikan kolej kediaman anda sebagai tempat yang selesa dan selamat
untuk didiami.

Selain itu, kami juga amat menggalakkan anda terlibat dalam aktiviti-aktiviti
yang diadakan oleh pihak asrama supaya masa anda di sini dapat dimanfaatkan
dengan sepenuhnya. Pelajar perlulah seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan
intelek. Adanya badan yang sihat, kita dapat mempunyai tubuh badan yang sihat dan
bersemangat untuk belajar. “Badan cergas, otak cerdas”.

Akhir kata daripada saya, dengan lafaz Bimillahhirahmanirahim, saya


merasmikan Majlis Perasmian Minggu Suai Kenal Tahun 1 dengan rasminya.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai