Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis Anugerah Pengarah 2014

Hadirin sekalian, sewaktu ketibaan Tuan Pengarah, hadirin diminta berdiri untuk
sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kita.

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Khalid bin Hj. Ahmad,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

diiringi oleh Yang dihormati Puan Hajjah Suriah binti Abdul Manap,
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,

Encik Jamal Mohamed bin Abdul Rahman,
Setiausaha Akademik

Dr. Mohamad Fadzil bin Che Amat,
Ketua jabatan, jabatan hal ehwal pelajar,

dan Saudara Ahmad Syazwan bin Khair Johari,
Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan
Guru Kampus Pulau Pinang

LAGU

Hadirin dipersilakan duduk.

Yang Berusaha Tuan Haji Khalid bin Haji Ahmad,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,

Yang Dihormati Puan Hajjah Suriah binti Abdul Manap,
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,

Encik Jamal Mohamed bin Abdul Rahman,
Setiausaha Akademik

Dr. Mohamad Fadzil bin Che Amat,
Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Saudara Ahmad Syazwan bin Khair Johari,
Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan
Guru Kampus Pulau Pinang

Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Para Pensyarah seterusnya rakan-
rakan pelajar guru yang dihormati

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Daun pelepah daun kelapa,
Kelapa tua kelapa matang;
Awal bismillah pembuka bicara,
Pemanis kata selamat datang.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, dapat kita bersama-sama berkumpul untuk Majlis Anugerah
Pengarah Bagi Tahun 2013. Majlis ini bertujuan untuk meraikan para Penerima
Anugerah yang telah menunjukan kesungguhan dalam Bidang Akademik. Untuk
pengetahuan hadirin pada tahun ini akan turut disampaikan tiga anugerah khas
iaitu Anugerah Mutiara, Anugerah Mahasiswa Cemerlang Kepimpinan dan
Anugerah Khas Pengarah.


Bacaan doa

Sebagai pembuka tirai acara, marilah kita bersama-sama menadah tangan
memohon restu agar majlis mendapat keberkatan. Dengan sukacitanya
dijemput saudara Muhammad Isma Danial Bin Rahim dari Tahun Dua
Matematik untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.



Penyampaian
Anugerah

Amin-amin ya Rabbal alamin. Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

Melati kuntum rotan berhias,
Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah Pengarah 2013,
Pelajar cemerlang kita hargai.

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah pengarah kepada para
pelajar yang telah menyumbang dan menunjukkan kesungguhan mereka demi
kecemerlangan bidang akademik.

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan yang berusaha Tuan Haji Khalid bin Haji Ahmad, Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang diiringi oleh Encik Jamal
Mohamed bin Abdul Rahman, Setiausaha Akademik untuk menyampaikan
anugerah kepada pelajar yang kita raikan. Majlis mempersilakan.

*LAGU GAMELAN *

Bagi Ambilan ______________, Kumpulan _________, dijemput
Saudara / saudari ___________________ (namelist anugerah ).

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Khalid b Haji Ahmad atas kesudian
menyampaikan anugerah kepada para pelajar yang diraikan.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian anugerah-anugerah
khas. Untuk itu, Dijemput Encik Jamal Mohamed bin Abdul Rahman,
Setiausaha Akademik untuk menerangkan terlebih dahulu kriteria-kriteria
pemilihan bagi ketiga-tiga anugerah khas ini.

Seterusnya, dijemput Tuan Haji Khalid b Haji Ahmad diiringi oleh Puan Hjh
Suriah Abd Manap untuk menyempurnakan penyampaian anugerah-anugerah
khas ini.

Bagi Penerima Anugerah Mutiara, beliau telah dilahirkan pada tanggal 4 Januari
1992 di Sandakan, Sabah . Pelajar ini telah mengambil bahagian dalam
Karnival Sukan Wanita selama tiga tahun berturut-turut. Beliau telah berjaya
mengekalkan gelaran sebagai olahragawati Institut dalam Kejohanan Balapan
dan Padang bermula dari tahun 2011 sehingga 2013. PenCapaian tertinggi
beliau adalah dengan Berjaya merangkul Johan dalam acara 3000meter
berhalangan di Peringkat Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi. Beliau
yang dimaksudkan ialah Saudari Anathasia bt Thomas, pelajar Tahun 3 Tesl 1.
Dipersilakan.

*BG Music*

Bagi Penerima Anugerah Mahasiswa Cemerlang Kepimpinan, beliau telah
dilahirkan pada 16 April 1991 dan dibesarkan di Sik, Kedah. Penerima
Anugerah ini telah melibatkan diri dalam dunia kempimpinan di Institut
Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang sejak tahun 2011 dengan memegang
jawatan Exco Keseniaan dan Kebudayaan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
sesi 2011/2012. Turut memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Satu,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2013/ 2014 serta Ahli Majlis Tertinggi
Kelab Fasilitator IPGKPP 2013/2014. Beliau juga giat mengikuti kursus-kursus
kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak IPGM seperti Program Transformasi
Kepimpinan dan National Leadership Conference International Islamic
University Malaysia. Jadi, dengan sukacitanya, dijemput saudara Mohamed
Hisyamuddin Helmi bin Abu Talib, pelajar Tahun 4 Pengajian Melayu untuk
menerima anugerah. Dipersilakan.

*BG Music*

Hadirin sekalian, kini kita beralih kepada anugerah yang terakhir iaitu Anugerah
Khas Pengarah. Berasal dari Muar, Johor dan dilahirkan pada tanggal 14
Oktober 1991, penerima anugerah ini merupakan seorang yang sangat
berdedikasi dan aktif dalam aktiviti kokurikulum mahupun kurikulum. Beliau
telah mengambil bahagian dalam Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam
Melaka dan turut terlibat secara aktif sebagai urusetia Jambori Pengakap
Antarabangsa di Melaka dan Johor. Untuk pengetahuan hadirin, beliau juga
tidak kurang hebatnya dalam bidang kepimpinan apabila telah diberi
kepercayaan dengan menjawat jawatan sebagai Pengerusi Biro Keusahawanan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013 dan Setiausaha Kumpulan
Qasidah Al-Faidh pada tahun 2013. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi
Fasilitator Kursus Ketua Patrol Unit Pengakap Muda Remaja Dan Ketua
Sekawan Unit Pengakap Kanak-Kanak Malaysia. Mutiara berharga institut yang
dimaksudkan ini ialah Saudara Muhammad Hafizzi Bin Saiman dari kelas
Tahun 4 Sains 1.



Ucapan
Pengarah

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Khalid kerana sudi menyampaikan
Anugerah Khas kepada para pelajar yang kita raikan.

Tanpa membuang masa, majlis dengan penuh takzim, menjemput Tuan Haji
Khalid b. Ahmad, Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang untuk menyampaikan
ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Pelancaran
Bulan Kolej
Kediaman
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.

Seterusnya, dijemput En. Kamil Nasuruddin bin Darus untuk mengiringi Tuan
Pengarah untuk menyempurnakan gimik pelancaran Bulan Kolej Kediaman bagi
tahun 2014.

GIMIK TERUS VIDEO

Hadirin sekalian, simbolik gimik pelancaran sebentar tadi membawa maksud
perlindungan dan keselesaan yang diberikan oleh pihak Institut kepada para
pelajar guru tanpa mengira kaum, khususnya di Kolej Kediaman. Turut dapat
disaksikan tadi, senarai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan kolej
kediaman.



Penutup

Seterusnya hadirin dijemput berdiri untuk menyanyikan Lagu Institut Pendidikan
Guru Malaysia

LAGU

Dengan berakhirnya nyanyian sebentar tadi maka tamatlah agenda kita pada
hari ini.


Sekiranya ada salah silap, seribu kemaafan saya pohonkan. Sesungguhnya
yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu disandarkan atas
kekhilafan saya.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian,

Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai