Anda di halaman 1dari 9

MAJLIS PERSARAAN EN SHAFIE 2007

Bismillah . . . . . . . .
Alhamdulillahirabbil alanim . . . . . . .
Awal Bismillah pembuka bicara,
Sembah dan salam untuk semua,
Kehadiran tuan kami terima,
Menyeri majlis memeriahkan suasana.
Yang Berusaha Puan Noral Aisyah Bt Haron, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pinang Tunggal, Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad b Kamis
Penolong Kanan 1, Yang Berusaha Pn. Aishah bt Said Penolong
Kanan HEM, Yang Berusaha Tn Hj. Iskhak b Ahmad Penolong Kanan
Kokurikulum, Yang Diraikan En Shafie b Ibrahim, Ahli-ahli
Jawatankuasa PIBG, guru-guru, staf-staf sokongan serta para pelajar
yang dihormati sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin, limpah dan
kurniaNya dapatlah kita bersama-sama hadir dalam majlis persaraan
dan perpisahan En Syafie b Ibrahim ini.
Biarpun di mata kita, kita nampak suasana majlis yang meriah,
namun kesuraman dan kesedihan tetap terpahat dan terpaku di hati
sanubari semua warga SKPT.
Bagi menyanjungi jasa bakti Cikgu Shafie kepada anak-anak
generasi pelapis ini, maka pihak sekolah dengan besar hati
mengadakan majlis persaraan dan perpisahan kepada En. Shafie b
Ibrahim.
Buah kedondong jangan dimakan,
Masam dan pahit pasti terasa,
Majlis ini kami aturkan,
Moga dikenang sepanjang masa.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Untuk diberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan hormatnya
menjemput Ustaz Muhd. Faizal b Saad untuk bacaan doa.
Dipersilakan.
Amin-amin Yarabbal alamin,
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita dapat berjalan lancar
dan diberkati Allah SWT hingga ke akhirnya. Insya Allah.
Orangnya lawa berbudi bahasa,
Berpakaian kemas setiap hari,
Diamnya penuh seribu bahasa,
Kalau disakat, tak kering gusi.
Jika belayar ke Pulau Pangkor,
Singgah sebentar di rumah saudara,
Orangnya berilmu payah diukur,
Banyak pelajar dah sampai ke menara.
Hadirin yang dihormati,
Majlis menjemput wakil murid iaitu Ammar Nafis Azzad B Adenan
untuk menyampaikan ucapan mewakili semua murid sempena
persaraan Cikgu Shafie. Dipersilakan.
Daun keladi dalam tempayan,
Terkena tangan terasa miang,
Ucapan tadi ada kebenaran,
Jasa guru wajib dikenang.
Terima kasih diucapkan kepada wakil murid di atas ucapan itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kita teruskan majlis dengan menjemput wakil guru iaitu En. Zakaria B
Md Zin untuk menyampaikan ucapan mewakili semua guru dan staf
sokongan SKPT. Dipersilakan.

Mudik ke hulu menaiki sampan,


Sedih hati mendengar ucapan.
Pakai baju kebaya belah,
Sedih hati hendak berpisah.
Beli dodol di pasar malam,
Itu sudah pusingan alam.
Seterusnya majlis menjemput wakil PIBG
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

SKPT

untuk

Terima kasih diucapkan kepada __________________________


wakil PIBG SKPT atas ucapan itu tadi.

Pentadbiran cekap lagi bervisi,


Tegas tetapi lembut di hati,
Menjadi ibu kepada kita di sini,
Mohon berucap srikandi SKPT.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, Puan Noral Aisyah Bt Haron
untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Guru Besar di atas
ucapan itu tadi.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang


Diraikan Cikgu Shafie B Ibrahim untuk menyampaikan ucapannya.
Majlis mempersilakan.

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
Terima kasih Cikgu Shafie di atas ucapan itu tadi.
Sekarang dibacakan sedikit perjalanan hidup Cikgu Shafie sebagai
seorang insan yang bergelar seorang guru.
Perjalanan sejarah perguruan Cikgu Shafie b Ibrahim.
Tatkala hari ini tanggal 13 Jun 2007, semua warga SKPT
menangisi perpisahan seorang kakitangan SKPT, seorang guru yang
telah berkhidmat di sekolah ini selama 2 tahun 6 bulan menabur budi,
menabur bakti mengajar anak-anak mengenal ABC, mengeja rumi
dan jawi agar anak-anak ini menjadi insan yang berguna di sekolah
ini. Langkah demi langkah diatur disusun untuk mendewasakan
anak-anak muridnya ini.
Namun apakan daya, tatkala usia mencecah umur 56 tahun,
maka berat kakinya terpaksa melangkah pergi meninggalkan alam
pendidikan dan kehidupan seorang guru. Setelah 32 tahun mencurah
bakti, menabur khidmat mendidik anak-anak dari satu generasi ke
satu generasi di seluruh pelusuk negeri, setelah melalui beberapa
reformasi dalam era pendidikan, setelah beberapa kali bertukar
Menteri Pelajaran, setelah melewati beberapa kali perubahan
sukatan pelajaran dan sistem pendidikan, maka hari ini sampailah
titik noktah perkhidmatannya sebagai seorang guru dan pendidik.
Hari ini merupakan hari terakhir beliau berada di sekolah memegang
tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru.
Beliau yang dilahirkan pada 16 Jun 1951 di Jitra, Kedah telah
memulakan kerjayanya sebagai seorang guru pada 19 Februari 1975
yang ketika itu berumur 24 tahun. Beliau telah disahkan dalam
jawatannya pada tanggal 30 Julai 1985. Antara sekolah yang pernah
beliau bertugas ialah SK Teloi Kanan, di Baling dari tahun 1975
hingga Disember 1981. Kemudian, bertukar ke SK Merbau Pulas, di
4

Kulim dari tahun 1982 hingga Disember 1990. Selepas itu, beliau
bertukar ke SK Seri Pinang, di Sg. Petani dari tahun 1991 hingga
tahun 2004. Dan sekolah terakhir beliau berkhidmat ialah di SK
Pinang Tunggal iaitu dari 1 Jan 2005 hingga 14 Jun 2007. Sekarang,
beliau menetap di No. 26 Lorong 37, Taman Petani Jaya, Sg. Petani.
Sudi apalah kiranya Cikgu Shafie dan para hadirin menghayati baitbait sajak yang dicipta khas untuk Cikgu Shafie sempena persaraan
beliau ini.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid.


Acara persembahan murid dimulakan dengan mempersilakan
1.
2.
3.
4.
Seterusnya, marilah kita saksikan tayangan slaid perjalanan Cikgu
Shafie sebagai seorang guru.
Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek hari persaraan.
Majlis menjemput Cikgu Shafie bersama Guru Besar dan Pen.-Pen
Kanan untuk memotong kek. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Shafie, Guru Besar dan Pen.
Kanan.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah.
Dengan itu majlis menjemput Cikgu Shafie untuk menerima hadiah.
Dipersilakan wakil murid Tahun 1
Dipersilakan wakil murid Tahun 2
Dipersilakan wakil murid Tahun 3
Dipersilakan wakil murid Tahun 4
Dipersilakan wakil murid Tahun 5
Dipersilakan wakil murid Tahun 6
Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil murid tadi.

Sebagai tanda penghargaan buat Cikgu Shafie, sudilah kiranya Cikgu


Shafie menerima cenderahati daripada kami rakan-rakan guru dan
pihak sekolah.
Untuk itu dijemput wakil guru, En. Zakaria b Md. Zin, Pengerusi
Badan Kebajikan Guru SKPT untuk menyampaikan cenderahati
kenang-kenangan kepada Cikgu Shafie. Dipersilakan.
Seterusnya dipersilakan Puan Guru Besar untuk menyampaikan
cenderahati daripada pihak sekolah. Dipersilakan.
Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
kepada Cikgu Shafie yang sudi menerima cenderahati tadi.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan acara menandatangani buku perkhidmatan.
Untuk itu, dijemput Pn. Guru Besar bagi mengiringi Cikgu Shafie
menandatangani buku perkhidmatan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Shafie dan Puan Guru Besar
kerana
menyempurnakan
acara
menandatangani
buku
perkhidmatan.
Pucuk pauh delima batu,
Anak semilang di tapak tangan,
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

Burung merpati patah sayap,


Singgah berehat di dalam dusun,
Kalau ada salah dan silap,
Maaf dipinta jari disusun.
Kepada Cikgu Shafie, kami mendoakan agar Cikgu Shafie akan
sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan
perjalanan hidup seterusnya. Semoga apa jua bidang kerjaya yang
diceburi selepas persaraan ini, akan mendapat rahmat dan
keberkatan daripada Allah, semoga tercapai serta beroleh kejayaan.
Insya Allah.
Kami selaku pengacara majlis pada hari ini, memohon maaf andai
kata terlanjur kata tersalah bicara semasa mengendalikan majlis ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang
kurang itu adalah kelemahan daripada kami sendiri.
Sekian, wabillah. . . . . .

Seterusnya, kita akan mengadakan acara bersalaman di dataran


perhimpunan. Dijemput Cikgu Shafie untuk berada di pentas bagi
menerima salam daripada semua murid dan guru. Semua murid
diminta beratur mengikut kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai