Anda di halaman 1dari 5

HARI KONVOKESYEN DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA (SELASA/12 NOVEMBER 2013) Tentatif Pengumuman Keterangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semua hadirin dipersilakan mengambil tempat masing-masing dan duduk dalam keadaan selesa kerana majlis akan bermula sebentar lagi. Hadirin diminta berdiri apabila tetamu jemputan tiba sehingga selesai menyanyikan lagu Negaraku. Terima kasih. Tindakan Anis Mahfodz

Pengumuman Ketibaan Difdif Kehormat

Semua hadirin diminta berdiri. Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En Muniandy a/s Suppiah, Guru Besar Sk petaling 1 ke Majlis Konvokesyen dan Anugerah Kecemerlangan 2013 diiringi barisan pentadbir Sk petaling 1. Anis Mahfodz

Jemputan untuk duduk

Hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.

Anis Mahfodz

Kata-kata Aluan

Bismillahhir Rahmannir Rahim... Yang Berusaha Encik Muniandy a/l Suppiah, Guru Besar Sk petaling 1, YM Raja Zahrah Raja Madun, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Tham Lai Wun, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Rodzaini Mat Said, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Yang dihormati guru-guru dan staf Sk petaling 1, ibu bapa / penjaga seterusnya anak-anak murid yang diraikan sekalian Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Petaling 1, 2013.

Anis Mahfodz

Terlebih dahulu dipanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi yang penuh bermakna ini untuk meraikan kejayaan anak-anak Sk petaling 1 yang tercinta. Semoga usaha kita dalam memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah sentiasa diberkati Allah hendaknya.

Bacaan Doa

Majlis akan dimulakan dengan menjemput Ustaz Mohd Redzuan bin Sanusi untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Anis

HARI KONVOKESYEN DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA (SELASA/12 NOVEMBER 2013) ( BACAAN DOA ) Amin, amin, Ya Robbalalaminsemoga perjalanan majlis pada hari ini mendapat keberkatan dan kerahmatan-Nya. In Sha Allah. Terima kasih ustaz di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Mahfodz

Ucapan Perasmian

Tanpa melengahkan masa, majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Encik Muniandy a/l Suppiah, Guru Besar Sk petaling 1 ke pentas untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Petaling 1 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ( UCAPAN DAN PERASMIAN ) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi. Anis Mahfodz

Persembahan 1

Tuan-tuan / puan-puan sekalian. Majlis mohon berhenti rehat sebentar. Majlis akan diserikan dengan mempersembahkan tarian yang cukup istimewa dari murid-murid prasekolah dengan persembahan mereka yang dilatih oleh guru Pra Sekolah Puan Nur Azhani bt Nasir. Dengan sukacitanya dipersilakan. ( PERSEMBAHAN TARIAN 1 ) Terima kasih di atas persembahan itu tadi dan tahniah kepada adik-adik comel pra sekolah kerana telah mempersembahkan persembahan pembukaan yang menarik sebentar tadi.

Anis

Penyampaian Hadiah dan Sijil PPKI

Dengan izin, majlis akan diteruskan dengan acara pertama iaitu Penyampaian Sijil tahun 6 yang akan disampaikan oleh Penolong Kanan 1 sekolah Keb petaling 1. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ym Raja Zahrah Raja Madun untuk tampil ke pentas untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan sijil tahun 6. Dengan segala hormatnya dipersilakan Sila rujuk lampiran untuk senarai tahun 6 Seterusnya adalah penyampain Sijil Pengawas dan Sijil Pusat Sumber Ketua kelas dan penolong ketua kelas (rujuk lampiran).

Anis

HARI KONVOKESYEN DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA (SELASA/12 NOVEMBER 2013) Konvokesyen Prasekolah Majlis diteruskan dengan Konvokesyen Prasekolah. Penerima pertama dipersilakan Mahfodz Pra Jupiter (rujuk lampiran). Pra Mars (rujuk lampiran).

Seterusnya penyampaian Anugerah Prasekolah. Anugerah ini berdasarkan kepada tunjang-tunjang dalam sukatan pelajaran Prasekolah. Dianugerahkan anugerah tunjang bahasa dan komunikasi kepada Nor Adila binti Edi. Dipersilakan..(lain-lain rujuk lampiran). Anugerah Sahsiah Terpuji(rujuk lampiran). Anis Anugerah Kehadiran terbaik(rujuk lampiran). Anugerah Tokoh Murid(rujuk lampiran). Terima kasih diucapkan kepada Encik Muniandy a/l Suppiah di atas penyempurnaan penyampaian anugerah sebentar tadi.

Persembahan 2

Majlis berhenti rehat sebentar. Marilah sama-sama kita saksikan persembahan anak-anak comel prasekolah ini yang semuanya baru berusia 5 tahun untuk mempersembahkan sebuah tarian menerusi lagu GUMMY-GUMMY BEAR. Dipersilakan.. ( PERSEMBAHAN TARIAN 2 ) Terima kasih di atas persembahan itu tadi. Dengan itu maka berakhirlah sesi pertama penyampaian anugerah pada hari ini. Majlis mohon berhenti rehat dan akan disambung semula pada jam 10.30 pagi. Terima kasih.

AJK Siaraya

Mahfodz

HARI KONVOKESYEN DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA (SELASA/12 NOVEMBER 2013) Pengumuman Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Semua hadirin dipersilakan mengambil tempat masing-masing dan duduk dalam keadaan selesa kerana majlis akan bermula sebentar lagi. Majlis Konvokesyen dan Anugerah Kecemerlangan 2013 pada hari ini akan diteruskan lagi. Semua penerima hadiah dan sijil diminta bersedia.

Mahfodz

Ketua dan Penolong Kelas

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dimulakan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada ketua dan penolong ketua kelas. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YM Raja Zahrah Raja Madun kepentas. Dipersilakan.. Dipersilakan ketua kelas 1 Hornet..(rujuk lampiran).

Mahfodz

Hadiah Penyampaian Anugerah Kecemerlangan yang seterusnya ialah kategori Matapelajaran matapelajaran terbaik. Majlis dimulakan dengan Tahun 1. Dipersilakan Terbaik dari kelas.. terbaik matapelajaran.(rujuk lampiran).

Anis

Hadiah Kedatangan Penuh

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan kategori kedatangan penuh..(rujuk lampiran). Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajjah Zainab di atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Mahfodz

Penyampaian Sijil Pengawas Sekolah

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada pengawas sekolah. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Tham Lai Wun kepentas. Dipersilakan.. Dipersilakan.(rujuk lampiran).

Anis

Penyampaian Sijil Pengawas SPBT

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan kategori Pengawas SPBT..(rujuk lampiran).

Mahfodz

Penyampaian Sijil PPDa

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan kategori Pengawas PPDa..(rujuk lampiran).

Anis

HARI KONVOKESYEN DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA (SELASA/12 NOVEMBER 2013) Penyampaian Sijil Pengawas Surau Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan kategori Pengawas Surau..(rujuk lampiran).

Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Zainab di atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Dengan itu maka berakhirlah Hari Konvokesyen dan Anugerah Kecemerlangan pada hari ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini. Insya Allah jika dipanjangkan usia, kita akan berjumpa lagi di tahun hadapan. Sekian, terima kasih.

Mahfodz

Anda mungkin juga menyukai