Anda di halaman 1dari 20

CT MIN & MUHAIMIN 2023

TEKS PENGACARA
MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5
28 JANUARI 2023

JURUACARA: PN SITI AMINAH BT MOHD BAKHORI


EN. AHMAD MUHAIMIN FIKRI B AHMAD ZAFIR

SEBELUM MAJLIS BERMULA

● Mohon para hadirin penuhkan ruang tempat duduk di hadapan


● Mohon para hadirin letakkan mode senyap bagi telefon bimbit semasa majlis berlangsung
● Mohon para hadirin tidak meninggalkan majlis sehingga majlis selesai kerana ini merupakan majlis rasmi sekolah
● Mohon ibu bapa kekal berada di tempat duduk semasa murid-murid menerima sijil penghargaan
● Dan mohon hadirin berdiri ketika pengumuman tetamu kehormat masuk ke dewan.

BIL QUE PERKARA CATATAN

1
CT MIN & MUHAIMIN 2023

Mengumumkan perarakan masuk murid-murid tingkatan 5 ke dalam dewan.

Hadirin mohon berdiri

1 Ketibaan tetamu Mengumumkan perarakan masuk tetamu kehormat, Yang Berbahagia Pn. Mellisa
ke dewan
Tay Siew Ling Naib Yang Dipertua PIBG SMK Orkid Desa dengan diiringi oleh

Yang berusaha En. Rossaidi bin Ngah Pengetua SMK Orkid Desa, barisan

pentadbir, guru-guru kelas masuk ke dewan dan seterusnya mengambil tempat.

2 Nyanyian Lagu Bagi membuka tirai majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama menyanyikan
Negaraku, Maju
Lagu Negaraku, Lagu Wilayah dan Lagu Sekolah .
Sejahtera dan
Semua hadirin diminta berdiri.
Lagu Sekolah

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>nyanyian lagu<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian lagu sebentar tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.

2
CT MIN & MUHAIMIN 2023

3 Kata Alu-aluan Sungguh manis si buah lokan,


Dibeli dari Pulau Mutiara,
Pengerusi Majlis
Selamat datang kami ucapkan,
Awal bismillah pembuka bicara.

Cantik jelita tuan puteri,


Duduk bersimpuh di singgah sana,
Majlis graduasi sambutan dirai,
Menjadi kenangan penuh bermakna.

BISMILLAHHIRUAHMANIRUAHIM

Yang berbahagia, Pn. Melissa Tay Siew Ling, Naib Yang Dipertua PIBG SMK

Orkid Desa

Yang berusaha, En. Rossaidi bin Ngah, Pengetua SMK Orkid Desa

Yang dihormati Pn. R.K Shanti Latha a/p R. Krishnasamy , Penolong Kanan

Pentadbiran Smk Orkid Desa

3
CT MIN & MUHAIMIN 2023

Yang dihormati, Pn. Salehah binti Ali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati En.Mohamad Sepian bin Osman, Penolong Kanan

Kokurikulum

Yang dihormati Pn. Noorhayati bt Mustaffa, Penolong Kanan Pendidikan

Khas

Barisan guru kanan mata pelajaran, Guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru,

Ajk PIBG, ibu bapa dan penjaga, tetamu jemputan dan murid-murid yang dikasihi

sekalian.

Assalamualaikum wbt, dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat kita

bersama-sama berhimpun dalam majlis graduasi pada hari ini. Pihak majlis ingin

mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan hadirin

sekalian melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis pada hari ini.

Majlis terlebih dahulu mengucapkan selamat datang kepada Yang berbahagia, Pn.
4
CT MIN & MUHAIMIN 2023

Melissa Tay Siew Ling, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Orkid Desa dan mengalu-

alukan kedatangan semua hadirin ke Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Orkid Desa

bagi calon SPM tahun 2022.

Majlis juga merakamkan sekalung ucapan terima kasih atas keprihatinan dan

kesudian para ibu bapa dan penjaga untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

4 Bacaan doa Hadirin yang dihormati sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat.


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Semoga majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,

memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat dariNYA. Untuk itu, majlis

mempersilakan Al-fadhil Ustaz Hj Zulkifli bin Ahmad bagi memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

5
CT MIN & MUHAIMIN 2023

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>bacaan doa<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Aamiin, aamiin yarabbal a’lamin

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Hj Zulkifli

bin Ahmad atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada

pagi ini mendapat rahmat hingga ke penghujungnya.

5 Ucapan wakil Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan saudara Elvis Firman
murid
bin Abdul Fatah selaku wakil murid untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

>>>>>>>>>>>>>ucapan wakil murid<<<<<<<<<<<<<<<

Terima kasih diucapkan kepada saudara Elvis Firman bin Abdul Fatah atas

6
CT MIN & MUHAIMIN 2023

kesudian menyampaikan ucapan wakil murid sebentar tadi.

6 Ucapan Pengetua Sudilah tuan jalan berlapan


Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha En. Rossaidi bin Ngah, Pengetua

SMK Orkid Desa untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

>>>>>>>>>>>>>ucapan Pengetua<<<<<<<<<<<<<<<

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha En. Rossaidi bin Ngah, atas

kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.

7
CT MIN & MUHAIMIN 2023

7 Ucapan perasmian Sidang hadirin yang budiman

Kalau puan pikat kenari


Jangan patahkan batang jerami
Kepada puan ruang diberi
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan penuh takzim menjemput Yang berbahagia, Pn. Melissa Tay Siew

Ling, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Orkid Desa untuk menyampaikan ucapan

dan seterusnya mengumumkan pengisytiharan graduasi SMK Orkid Desa bagi

calon SPM tahun 2022.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

>>>>>>>>>>>>>>>ucapan perasmian<<<<<<<<<<<<<<<<<

8
CT MIN & MUHAIMIN 2023

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Yang berbahagia, Pn. Melissa Tay Siew Ling, atas ucapan perasmian dan

pengisytiharan graduasi sebentar tadi.

8 Persembahan 1 Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya majlis menjemput saudara Ahmad Haikal bin Ahmad Nizam untuk

mendendangkan sebuah lagu yang bertajuk Kau Ilhamku

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

>>>>>>>>>>>>>>persembahan <<<<<<<<<<<<

Terima kasih diucapkan kepada saudara Ahmad Haikal bin Ahmad Nizam di atas

persembahan itu tadi.

9
CT MIN & MUHAIMIN 2023

9 Penyampaian Sijil Hadirin yang dihormati sekalian,


penghargaan
Belimbing besi di Tanah Semerah,
Tumbuh berjajar dengan delima,
Sidang 1 Hari graduasi hari bersejarah,
Buat pelajar tingkatan lima.
5 Giga

5 Mega Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada murid kelas

5Giga dan 5Mega.

Untuk menyempurnakan acara seterusnya, majlis dengan penuh takzim

mempersilakan Yang berbahagia Pn Mellisa Tay Siew Ling Naib Yang Dipertua

PIBG dengan diringi oleh Yang berusaha En Rossaidi bin Ngah Pengetua SMK

Orkid Desa untuk bersedia di atas pentas. Dipersilakan

Untuk itu, majlis menjemput guru tingkatan 5Giga, Pn. Ros Amida bt Mohamad

bagi menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada murid-murid.

10
CT MIN & MUHAIMIN 2023

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

<<<<<<<Guru tingkatan baca senarai nama 5Giga>>>>>>>

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Ros Amida bt Mohamad

Seterusnya majlis mempersilakan Pn. Norfiza bt Ariffin guru kelas 5Mega untuk

menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada murid-murid.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

<<<<<<<<<<Guru tingkatan baca senarai nama murid 5 Mega>>>>>>>>>

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru tingkatan 5Giga Pn. Ros

Amida bt Mohamad, guru tingkatan 5Mega Pn. Norfiza bt Ariffin serta Yang

berbahagia Pn Mellisa Tay Siew Ling dan Yang berusaha En Rossaidi bin Ngah

atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan sebentar tadi.

11
CT MIN & MUHAIMIN 2023

10 Persembahan 2 Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya majlis menjemput saudari Nursyazwani bt Md Zawawi untuk

mendendangkan sebuah lagu yang bertajuk Sahabat.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

>>>>>>>>>>>>>>persembahan <<<<<<<<<<<<

Terima kasih diucapkan kepada saudari Nursyazwani bt Md Zawawi di atas

persembahan itu tadi.

11 Penyampaian Sijil Hadirin sekalian ,


penghargaan
Sidang 2
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada murid kelas 5
5 Tera, 5 Fedora
Tera, 5 Fedora dan 5 Sierra

12
CT MIN & MUHAIMIN 2023

5 Sierra

Untuk menyempurnakannya acara seterusnya, majlis sekali lagi dengan penuh

takzim mempersilakan Yang berbahagia Pn Mellisa Tay Siew Ling Naib Yang

Dipertua PIBG dengan diringi oleh Yang berusaha En Rossaidi bin Ngah Pengetua

SMK Orkid Desa untuk bersedia di atas pentas. Dipersilakan

Untuk itu, majlis menjemput guru tingkatan 5Tera Dr Chandrakala a/p

Varatharajoo bagi menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada murid-

murid.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

<<<<<<<<<Guru tingkatan baca senarai nama 5Tera>>>>>>>>>

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Chandrakala a/p Varatharajoo.

Seterusnya majlis mempersilakan Cik Nurfarahanah bt Ismail guru kelas 5Fedora

13
CT MIN & MUHAIMIN 2023

untuk menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada murid-murid.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

<<<<<<<<<<<Guru tingkatan baca senarai nama murid 5 Fedora>>>>>>>>>>>>

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Nurfarahanah bt Ismail

Seterusnya majlis mempersilakan En. Rozi b Ali guru kelas 5Sierra untuk

menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada murid-murid.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

<<<<<<<<<Guru tingkatan baca senarai nama murid 5 Sierra>>>>>>>>

12 Penyampaian Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru tingkatan 5Tera Dr
cenderamata
Chandrakala a/p Varatharajoo, 5Fedora Cik Nurfarahanah bt Ismail, 5Sierra En.
kepada VIP
Rozi bin Ali serta Yang berbahagia, Pn. Melissa Tay Siew Ling dan Yang berusaha

En. Rossaidi bin Ngah atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan sebentar
14
CT MIN & MUHAIMIN 2023

tadi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid Tingkatan 5.

Sebagai tanda ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Yang berusaha Tuan

Pengetua, En Rossaidi bin Ngah untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang

berbahagia Pn. Mellisa Tay Siew Ling.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis mengucapkan ribuan teraima kasih.

13 Sesi bergambar
Sesi bergambar VIP bersama barisan pentadbir
* Ajk fotografi
Sesi bergambar VIP bersama pentadbir dan guru kelas
ambil alih
Sesi bergambar VIP bersama semua guru SMKOD

15
CT MIN & MUHAIMIN 2023

Sesi bergambar VIP bersama semua guru dan semua murid tingkatan 5
Sesi bergambar ikut kelas bersama guru kelas dan guru pembantu

14. Jamuan makan Hadirin yang dihormati sekalian


tengah hari

Semua murid dan ibu bapa dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan.

Tayangan Dipersilakan
multimedia

Sambil para hadirin menjamu selera sudilah kiranya menonton tayangan

multimedia yang telah disediakan oleh saudari Puteri Iman Khadeeja bt

Muhammad Zulkey dari kelas 5 Mega

<<<<<<<<<<<<<<<<<<tayangan multimedia>>>>>>>>>>>>>>>>>

15 Penyampaian King Mohon perhatian hadirin sekalian.


dan Queen

Pengumuman King dan Queen Majlis graduasi.

Buat pengetahuan hadirin, hadiah King dan Queen Majlis Graduasi pada hari ini

16
CT MIN & MUHAIMIN 2023

adalah sumbangan Puan Nor Aidawati.

Bagi menyempurnakan majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang

Berbahagia Pn Mellisa Tay Siew Ling dengan diiringi Yang berusaha En. Rossaidi

b Ngah untuk menyampaikan hadiah King dan Queen Majlis Graduasi

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Diumumkan King Majlis Graduasi Tingkatan 5 menjadi milik saudara

_______________________________________________________

Diumumkan Queen Majlis Graduasi Tingkatan 5 menjadi milik saudari

________________________________________________________

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pn Mellisa Tay

Siew Ling dan Yang berusaha En. Rossaidi b Ngah atas kesudian menyampaikan

hadiah King dan Queen Majlis Graduasi sebentar tadi.

17
CT MIN & MUHAIMIN 2023

16 Penutup Dengan berakhirnya sesi penyampaian hadiah sebentar tadi maka berakhirlah

majlis graduasi kita pada hari ini.

Mudah-mudahan dengan majlis graduasi ini akan menjadi sumber inspirasi kepada

semua calon SPM agar berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih kecemerlangan

dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi. Jadikan majlis

graduasi yang gilang gemilang pada hari ini sebagai pembakar semangat untuk

anda benar-benar bergelar graduan satu hari nanti.

Kami, barisan guru serta ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan anda agar

memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti dan mudah-

mudahan kalian berjaya dalam kehidupan. insyaAllah

Majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan

keprihatinan para ibu bapa yang sanggup meluangkan masa sehingga majlis ini

18
CT MIN & MUHAIMIN 2023

berjalan dengan lancar.

Bagi pihak majlis, saya menyusun sepuluh jari seandainya terdapat sebarang

kekurangan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Akhir kata

Terima kasih sekalung budi

Dari kami seikhlas hati

19
CT MIN & MUHAIMIN 2023

20

Anda mungkin juga menyukai