Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS IHTIFAL PASTI LITTLE AMILIN TAHUN 2021

Tentatif Teks
PENGUMUMAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera.
8.00 – 9.00
Selamat datang ke …

Perhatian kepada semua hadirin, di sini ada beberapa


pengumuman penting untuk makluman hadirin.

Pengumuman 1

Mohon kepada semua hadirin untuk mengambil tempat


duduk masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar
saja lagi.

Pengumuman 2

Hadirin dipohon untuk berdiri ketika pengumuman ketibaan


dif-dif kehormat seterusnya menyanyikan 3 buah lagu iaitu
Asmaul Husna, Negaraku, dan Lagu Pasti.

Kerjasama anda semua diucapkan terima kasih.

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan,


PERASMI Yang Berbahagia, saudara Mohd Sadruddin Bin Awang Mohamed @ Busu,
Pengerusi Pilihanraya Pemuda PAS Titiwangsa

Yang Berusaha, saudara Syed Syamil bin Syed Mohd Ariffin,


Pengerusi PASTI Titiwangsa

Diiringi para graduan pelajar 6 tahun pasti little amilin

Masuk ke dewan…
NYANYIAN LAGU Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan semua
hadirin untuk berdiri dan menyanyikan lagu dengan penuh bersemangat.
-ASMAUL HUSNA
-NEGARAKU
-PASTI

9.00-9.15 (nyanyian lagu)

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.
SALUTASI Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama
memulakan majlis kita dengan bacaan ummul kitab al-fatihah.

Yang Berbahagia, saudara Mohd Sadruddin Bin Awang Mohamed @ Busu,


Pengerusi Pilihanraya Pemuda PAS Titiwangsa.

Yang Berusaha, Syed Syamil bin Syed Mohd Ariffin, Pengerusi PASTI
Titiwangsa

Dif-dif kehormat, guru-guru, ibu bapa, anak-anak pelajar, serta hadirin hadirat
yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera.

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin-
Nya, membolehkan kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan Sekolah Rendah Agama As-
suyuti. Majlis berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-
tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis penuh bersejarah pada
hari ini.
UCAPAN Hadirin yang dirahmati,
PENGURUS PASTI
LITTLE AMILIN Tinggi burung terbang di angkasa,
Bunga mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Raihan


binti Habil, Pengurus Pasti Little Amilin untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
bagi membuka tirai ucapan pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.

(ucapan Cikgu Raihan)

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang penuh
bermakna sebentar tadi.

UCAPAN Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha saudara
PENGERUSI PASTI Syed Syamil bin Syed Mohd Ariffin, Pengerusi PASTI Titiwangsa untuk
TITIWANGSA menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(ucapan saudara Syed Syamil)

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Syed Syamil
atas ucapan sebentar tadi.
UCAPAN Hadirin hadirat sekalian,
PERASMIAN

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur mandat diberi,
Majlis dirasmi hajatnya kami.

Tibalah kita ke acara seterusnya, iaitu ucapan perasmian.

Dengan segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan Yang


Berbahagia, saudara Mohd Sadruddin bin Awang Mohamed @ Busu,
Pengerusi Pilihanraya Pemuda PAS Titiwangsa untuk memberikan ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Ihtifal dan Hari Anugerah Prestasi bagi tahun
2021.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

(ucapan saudara Sadruddin)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian untuk merasmikan


majlis kita pada hari ini.

PERSEMBAHAN Seterusnya, bagi memberkati majlis kita pada hari ini majlis menjemput adik
PEMBUKAAN Wan Inas Maryam dan adik Muhammad Raif Salleh untuk mengalunkan
bacaan ayat suci Al-Quran. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, adik Inas dan
Adik Raif ialah merupakan peserta bagi Pertandingan Hafazan Alam Ria Pasti
pada tahun 2021.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan untuk naik ke pentas.

Terima kasih kepada adik Inas dan adik Raif atas alunan bacaan ayat suci Al-
Quran itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput adik Ameera Zehra untuk menyampaikan


sebuah sajak bagi menceriakan lagi majlis kita pada hari ini. Untuk
pengetahuan hadirin sekalian, adik Ameera adalah merupakan peserta bagi
Pertandingan Sajak Alam Ria Pasti pada tahun 2021.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih pada adik Ameera atas persembahan yang
menarik itu tadi.
SIDANG 1 Kini, tibalah kita ke acara penyampaian sijil graduasi serta hadiah kepada
anak-anak pelajar 6 tahun Pasti Little Amilin. Bagi menyempurnakan upacara
ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, saudara
Mohd Sadruddin bin Awang Mohamed @ Busu, diiringi Puan Raihan binti
Habil, selaku Pengurus Pasti Little Amilin untuk menyampaikan sijil dan hadiah.

Dipersilakan..

Majlis merakakamkan jutaan terima kasih.

Dengan pengisytiharan itu tadi, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian


hadiah kepada para peserta dan pemenang Pertandingan Alam Ria Pasti
peringkat wilayah bagi tahun 2021.

Dipersilakan, pemenang bercerita kategori lelaki, tempat ketiga, adik


Muhammad Aisy Ziyad.

Pemenang saguhati, bagi bercerita kategori perempuan adik Maliha Sukayna.

(rujuk template)
Majlis mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih
diucapkan kepada Saudara Mohd Sadruddin dan Puan Raihan atas kesudian
menyampaikan hadiah itu tadi.

Hadirin yang dikasihi,

Tinggi-tinggi si burung tempua,

Tinggilah lagi harapan di hati,

Selamat menonton buat semua,

Hiburan dipersembahkan kita hayati.

Sama-samalah kita memeriahkan majlis kita dengan menyaksikan


persembahan hafazan hadith oleh anak-anak pelajar 6 tahun.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik itu tadi.

Tanpa membuang masa lagi, majlis disambung lagi dengan acara


penyampaian sijil graduasi serta hadiah kepada anak-anak pelajar 6 tahun
Pasti Little Amilin. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, saudara Syed Syamil bin Syed
Mohd Ariffin, Pengerusi PASTI Titiwangsa diiringi Puan Raihan binti Habil,
selaku Pengurus Pasti Little Amilin untuk menyampaikan sijil dan hadiah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(rujuk template)

Dengan pengisytiharan itu tadi, majlis diteruskan dengan penyampaian


anugerah prestasi bagi pelajar 6 tahun.

Dipersilakan penerima anugerah Celik Al-Quran 6 tahun jatuh kepada adik


Inas Maryam.

Anugerah Celik Bahasa, jatuh kepada


(rujuk template)

Seterusnya, acara penyampaian anugerah prestasi nagi pelajar 5 tahun.

(rujuk)

Majlis merakamkan jutaan tahniah dan ribuan terima kasih kepada penyampai
hadiah.

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput Yang berusaha, Puan


Raihan binti Habil, untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi, Yang
berbahagia, saudara Mohd Sadruddin bin Awang Mohamed @ Busu,
Pengerusi Pilihanraya Pemuda PAS Titiwangsa dan saudara Syed Syamil bin
Syed Mohd Ariffin, Pengerusi PASTI Titiwangsa.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Tinggi-tinggi si burung tempua,

Tinggilah lagi harapan di hati,

Selamat menonton buat semua,

Hiburan dipersembahkan kita hayati.

Seterusnya, bagi menceriakan lagi penghujung majlis kita pada hari ini,
marilah kita bersama-sama menyaksikan tayangan video montaj serta
persembahan khas oleh anak-anak pelajar 6 tahun sebagai penutup tirai majlis
pada hari ini.

Dipersilakan..
Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi, maka tibalah masanya
untuk saya selaku pengendali majlis mengundur diri. Saya Adlynna Batrisiya
menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur
kata, terlampau cara dan ada tersalah kata sepanjang berbicara.

Terima kasih buat semua warga SK Permas Jaya 4 , rakan guru, orang
perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi
menjayakan Majlis Ihtifal dan Hari Anugerah Prestasi Pasti little Amilin bagi
tahun 2021. Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan
akan mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah.

Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun daripada saya.

Pohon kenanga elok merimbun


Tersenyum si dara menyunting bunganya
Saya menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya

Burung tekukur terbang rendah


Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Dengan ini, marilah kita berrsama-sama menutup majlis kita pada hari ini
dengan tasbih kaffarah dan suratul asr.

Anda mungkin juga menyukai