Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2016

1. Aluan Bismillahirrahmanirrahim
pengerusi
majlis · Yang berusaha
Encik Samsuki bin Sudin, Pengetua SMK ideal Heights

· Yang dihormati,
Encik Kamaruddin bin Kodong, Penolong Kanan Pentadbiran,

· Pn Jamilah bt Othman, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

En. Fawojan bin Ab Kadir, Penolong Kanan Kokurikulum

· Pn. Azziah binti Bakrin, Penolog Kanan Petang

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, rakan-rakan guru, dan staf

sokongan sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Bersongkok bersampin segak berseri

Berbaju kurung anggun bergaya
Majlis sambutan aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita

Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya

jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara
Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana
kita sama-sama dapat berkumpul di Laman Intelek untuk meraikan
majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah serta majlis
Lambaian Kasih Sanjungan Budi atas persaraan seorang guru SMK
Ideal Height, Pn. Nor Rizan bt Abu Noh.
Bacaan doa
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa
memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz
Suhaimi bin Muhammad bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan
al-fadzil ustaz.

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan baccaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.
Ucapan
pengetua Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya

Nasi arab pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan yang berusaha, En.

Samsuki bin Sudin, Pengetua SMK Ideal Heights untuk menyampaikan
sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Terima kasih di atas ucapan sebentar tadi

Ucapan MGK Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pn. Fathiyah bt Mohd Sidek,
pengerusi MGK SMK Ideal Heights bagi menyampaikan sepatah dua
kata. Dipersilakan…

Terima kasih di atas ucapan sebentar tadi

Penyampaian Seterusnya, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian kenang-
Hadiah kenangan kepada Pn. Nor Rizan atas persaraan beliau.
Persaraan
Dipersilakan _______________________________________________
Mewakili __________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Nor Rizan di atas kesudian untuk
menghadiri majlis ini. Semoga hari hari yang mendatang lebih indah dan
bermakna.
Jamuan raya Ketupat lemang dan juga rendang,
Kek dan biskut tidak dilupa,
Juadah semua telah terhidang
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati

juadah yang telah sedia dihidangkan.

Penutup majlis Nampaknya, majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
memastikan majlis sambutan Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat
dilangsung dengan meriahnya.
Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf
Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai