Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN 

PENUTUPAN KEJOHANAN BADMINTON


BAWAH 15 DAN 18 TAHUN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH MSSD KERIAN 2023

Pembukaan/ Salam sejahtera , Selamat pagi dan Salam Malaysia Madani


Aluan
Yang berusaha, Tuan Mohd Paku Ruzi bin Min; Pegawai Pendidikan
Daerah Kerian

Yang berusaha, Tuan Haji Khairol Azmi Bin Ibrahim, Pengetua SMK Abu
Bakar Al- Baqir

Yang Berusaha, Puan Sapura bt Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum,


SMK Abu Bakar Al- Baqir

Ahli-ahli  Jawatankuasa Kejohanan,

Pengetua-Pengetua Sekolah yang bertanding,

wakil-wakil pengetua

Pegawai-pegawai Kejohanan,

Para guru dan Guru-guru pengiring

pasukan-pasukan yang bertanding

Para pelajar.

serta hadirin dan hadirat sekalian

“Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami”

Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita
diberikan kekuatan untuk berhimpun Dalam PERASMIAN  PENUTUPAN
KEJOHANAN BADMINTON BAWAH 15 DAN 18 TAHUN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH MSSD KERIAN 2023. Semoga majlis ini
menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa seribu
makna kepada kita semua.
Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Encik Paku Ruzi bin
Min, Pegawai Pendidikan Daerah Kerian ke Majlis   PERASMIAN 
PENUTUPAN KEJOHANAN BADMINTON BAWAH 15 DAN 18 TAHUN
SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH MSSD KERIAN 2023 kelolaan SMK
Abu Bakar Al- Baqir  Sesungguhnya, kehadiran Yang berusaha Tuan
PPD ialah lambang keprihatinan terhadap sumbangan sekolah-sekolah di
Daerah Kerian dalam mencapai kecemerlangan.

Hadirin hadirat sekalian,

Kejohanan Badminton Bawah 15 Dan 18 Tahun Sekolah Sekolah


Menegah Mssd Kerian 2023 Telah Berlangsung Dari 17 – 19 Mei 2023.

Untuk makluman,  objektif kejohanan ini dijalankan adalah antara lain


untuk

-mempopularkan permainan badminton kepada para pelajar sekolah


menengah

-mengeratkan perasaan muhibah antara pemain yang berbilang kaum.

mencungkil bakat-bakat baru dan memilih pemain yang berpotensi dan


berdisiplin tinggi bagi mewakili daerah Kerian ke peringkat yang lebih
tinggi.

Nyanyian lagu - Hadirin diminta berdiri untuk nyanyian lagu “negaraku”

“ Negaraku”

Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh
itu, majlis dengan ini mempersilakan Al- Fadhil Ustaz Ikhwan Ardy untuk
memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*Bacaan doa
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi
berkat.

Ucapan alu- aluan Sidang hadirin sekalian,


Pengetua

“Adat berbahasa menyampaikan pesan,

Adat upacara menyampaikan ucapan”

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan


mempersilakan Tuan Haji Khairol Azmi Bin Ibrahim, Pengetua SMK Abu
Bakar Al- Baqir untuk memberikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua di atas


ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan dan Sidang hadirin sekalian,


perasmian
penutup Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan
Paku Ruzi bin Min, Pegawai Pendidikan Daerah Kerian bagi
menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup dengan rasminya.
Kejohanan Badminton MSSD Kerian bagi tahun 2023. 

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.


*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Paku Ruzi bin Min di
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Penyampaian Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para


Hadiah pemenang.

Secara keseluruhannya, Kejohanan pada tahun ini telah mempertemukan


……. buah sekolah bagi kategori Bawah 15 Tahun manakala……..   buah
sekolah beraksi untuk kategori bawah 18 tahun.

Penyampaian hadiah akan dimulakan dengan pemenang-pemenang bagi


kategori bawah 15 Tahun. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan yang Berusaha Tuan Haji Khairol Azmi Bin Ibrahim untuk
mengiiringi Yang Berusaha Tuan Paku Ruzi Bin Min untuk menyampaikan
hadiah

BACA SENARAI NAMA PEMENANG

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha


Tuan PPD yang sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan
Cenderamata Haji Khairol Azmi bin Ibrahim, Pengetua SMK Abu Bakar AL- Baqir 
menyampaikan cenderamata kepada Yang berusaha Tuan Mohd Paku
Razi bin Min, Pegawai Pendidikan daerah Kerian

Penutup

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Anda mungkin juga menyukai