Anda di halaman 1dari 16

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2016

24 NOVEMBER 2016
BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Hussin Basir,


jemputan, ibu Presiden Kesatuan Guru-guru Kerajaan Sabah (KGKS) diiringi Guru
bapa dan Besar Sekolah Kebangsaan Saga ke tempat duduk utama. Semua
perasmi hadirin dipersilakan berdiri.

Bagi memulakan acara, marilah bersama-sama kita menyanyikan


Nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah dengan iringan muzik.
lagu
Negaraku  Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Bacaan doa. Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz
Fazrin bin Jimbo@ Hamidi. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Ucapan alu- Assalamualaikum pembuka bicara
3. aluan Selamat datang untuk semua
Pengerusi Assalamualaikum wbt , Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Majlis Yang berbahagia, En Hussin Bin Basir, Presiden Kesatuan Guru-guru
Kerajaan Sabah (KGKS),
Yang berusaha Yang Dipertua PIBG Sk Saga, En. Rozlan Bin
Ramlan,
Yang Berusaha En. Antuna Bin Sungkim selaku Guru Besar SK
Saga,
Guru-guru penolong kanan, guru-guru, Ajk PIBG SK Saga, ibu-bapa
dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah


Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam
Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Sk Saga bagi tahun 2016.
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa
dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Murid Sk Saga ini diadakan adalah untuk
menghargai pencapaian murid-murid yang mendapat keputusan yang
cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun
2016 ini. Diharap agar dengan penghargaan yang diberikan akan
mencetuskan lagi semangat murid-murid untuk lebih berjaya dalam
pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ucapan YDP Hadirin yang dihormati,


PIBG dan Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Guru Besar Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha Yang Dipertua PIBG Sk Saga. Untuk itu,majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Encik Rozlan Bin Ramlan untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


Encik Rozlan Bin Ramlan atas kesudian menyampaikan ucapan
sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,

Buah Langsat di tepi busut,


Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada guru besar Sk. Saga.


Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha En. Antuna Bin Sungkim untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


Encik Antuna Bin Sungkim atas kesudian menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

5. Hadirin sekalian,
Ucapan
Perasmian Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
oleh
Kepada tuan mandat diberi
Presiden Mohon disempurnakan majlis kami
KGKS &
Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.
penyampaian Oleh itu, tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama- sama
mendengar ucapan perasmian. Majlis dengan penuh hormat dan
cenderahati
takzim mempersilakan
kepada Yang berbahagia, Encik Hussin Bin Basir, Presiden Kesatuan Guru-
Guru Kerajaan Sabah untuk menyampaikan ucapan seterusnya
perasmi
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Tahun 2016.
Dipersilakan.

(ucapan tamat)

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi
ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian
Encik Hussin Bin Basir menyampaikan ucapan perasmian sebentar
tadi.

****
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit
tanda kenang kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Hussin Bin Basir.

Oleh itu, dipersilakan Guru Besar Sk Saga, Encik Antuna Bin


Sungkim dengan diiringi oleh YDP PIBG, Encik Rozlan Bin Ramlan
untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En.
Hussin Bin Basir

Penyampaian Hadirin sekalian,


6.
Anugerah 1 :
Penyampaian Berkebaya batik berwarna merah,
Sijil Murid Diserikan dengan permata berlian,
Prasekolah Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.
&
Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Yang Berbahagia
Penyampaian Encik Hussin Bin Basir, presiden kesatuan Guru-guru Kerajaan
Anugerah Sabah (KGKS) dengan diiringi oleh guru besar, Encik Antuna Bin
Murid Terbaik Sungkim untuk naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah.
Prasekolah. Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil Murid Prasekolah bagi
tahun 2016. Dipersilakan adik Abdul Muizz Adiputra B. Abdullah,
Ayulisha Maysara Bt Hamdan…..Rujuk teks

***********
Anugerah seterusnya ialah Anugerah Murid terbaik Prasekolah.
Anugerah Murid terbaik Prasekolah diberikan kepada adik
Muhammad Amiruddin B. Jamin, adik Dayang Raihani Qhaliesyah
Binti Rosdi dan adik Rina Elysa Elley.
7.
Persembahan Hadirin sekalian,
1: Majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian gabungan Poco-
Tarian Alaf poco dan Jamilah oleh murid Tahun 5 Sk. Saga.. Dipersilakan.
Baru ***
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar
tadi.
Cabutan Hadirin yang dihormati,
7.
Bertuah Majlis dihangatkan lagi dengan acara cabutan bertuah pusingan yang
Pusingan 1 pertama. Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Encik Khyzwan Bin Ahmad, ajk PIBG Sk Saga untuk
membuat 7 cabutan. Dipersilakan.

*********
Terima kasih diucapkan kepada Encik Khyzwan Bin Ahmad atas
kesudian menyempurnakan acara tadi.
8. Penyampaian Hadirin Sekalian,
Anugerah 2 : Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Kehadiran
Anugerah Terbaik sepanjang tahun 2016. Untuk itu majlis menjemput dan
Kehadiran mempersilakan Yang Berusaha Naib Yang DiPertua PIBG Sk Saga,
Terbaik Puan Aisah Binti Karim untuk menyampaikan hadiah.

Berikut merupakan senarai penerima anugerah. Yang pertama sekali,


majlis menjemput adik Asfamadiha Binti Aslam (murid tahun 4), adik
Chrisieniefira Kamisi ( murid tahun 4) …. Rujuk kertas
****
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada Yang
Berusaha Naib Yang DiPertua PIBG, Puan Aisah Binti Karim atas
kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.
9. Persembahan Hadirin sekalian,
2 : Tarian Majlis dirancakkan lagi dengan persembahan tarian Ciketum yang
Ciketum akan dipersembahkan oleh murid-murid tahun 2 Sk Saga.
Dipersilakan.
*******
Terima Kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar
tadi.
10. Cabutan Hadirin Sekalian,
Bertuah Seterusnya ialah acara cabutan bertuah pusingan yang kedua.
Pusingan 2 Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Cik Nailly
Binti S.Kimon, guru tabika KEMAS untuk membuat 7 cabutan.
Dipersilakan.

******************
Terima kasih diucapkan kepada Cik Nailly Binti S.Kimon atas
kesudian menyempurnakan acara tadi.

11.
Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian,
Anugerah 3: Majlis yang gilang- gemilang ini diteruskan lagi dengan penyampaian
Anugerah Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahap 1 dan Tahap 2. Untuk itu,
Mata majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Encik
Pelajaran Awang Norsyam Bin Awang Kadir, penolong Kanan Kokurikulum Sk.
Terbaik tahun Saga untuk menyampaikan hadiah bagi mata pelajaran terbaik
1 sehingga 6 Tahap 1.

Dimulakan dengan murid tahun 1, dipersilakan adik Muhammad


Firdaus Ashraff bin Saperi, terbaik mata pelajaran Bahasa Malaysia
Kefahaman & Matematik.
Adik Owen Hansen Anthonius, terbaik mata pelajaran Bahasa
Malaysia Penulisan dan Sains.
Adik Salvina Binti Nordin, terbaik mata pelajaran Bahasa Inggeris,
matematik dan sains
Rujuk kertas….dan terakhir adik Suzzy Crystal Sabat Binti Jhon,
terbaik mata pelajaran Sains.

Bagi murid Tahun 2, dipersilakan Adik.............. ( baca sampai habis


tahun 3)

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada Encik


Awang Norsyam Bin Awang Kadir atas kesudian beliau
menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, dijemput,
Encik Saperi bin Jabeli, penolong Kanan Pentadbiran Sk Saga untuk
ke pentas bagi menyampaikan anugerah Mata Pelajaran Terbaik
Tahap 2 . Dipersilakan.
Dimulakan dengan Murid Tahun 4, dipersilakan adik Eddleyven
Tangian, terbaik mata pelajaran Bahasa Malaysia Kefahaman,
Bahasa Inggeris Penulisan dan Sains.
Adik Asfamadiha Binti Aslam, terbaik mata pelajaran Bahasa
Malaysia Penulisan……rujuk kertas. ( baca sampai habis tahun 6)

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada Encik


Saperi bin Jabeli, penolong Kanan Pentadbiran atas kesudian beliau
menyampaikan hadiah sebentar tadi.

12.
Persembahan Hadirin sekalian,
3 : Tarian
Bang…bang Majlis kita akan dihiburkan lagi dengan persembahan Tarian Bang
bang yang akan dipersembahkan oleh KPOP Dance Fitness, Boys
Group. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan mantap daripada murid
lelaki tahun 6 itu tadi.
13. Cabutan Hadirin Yang dihormati Sekalian,
Bertuah Majlis kita dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah pusingan
Pusingan 3 yang ketiga. Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Encik Sidin Langa, Ketua Kampung Batu-batu untuk membuat 7
cabutan. Dipersilakan.

******************
Terima kasih diucapkan kepada Encik Sidin Langa atas kesudian
menyempurnakan acara tadi.

14.
Penyampaian Hadirin sekalian,
Anugerah 4:
Anugerah Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah keseluruhan
Keseluruhan akademik terbaik dari tahun 1 hingga tahun 6
Akademik Oleh itu, bagi menyempurnakan acara ini, dijemput Yang Berusaha
Terbaik Guru Besar Sk Saga, Encik Antuna Bin Sungkim dengan diiringi oleh
Tahun 1 Yang Dipertua PIBG, Encik Rozlan Bin Ramlan untuk menyampaikan
hingga 6 hadiah. Dipersilakan.

Bagi tahun 1,
Tempat pertama….

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Encik Antuna Bin Sungkim atas kesudian beliau menyampaikan
anugerah sebentar tadi

Persembahan Hadirin sekalian,


15
4: Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan
Tarian Ahh… persembahan tarian Ahh…by twice yang akan dipersembahkan oleh
by twice KPOP Dance Fitness, Girls Group. Dipersilakan.

***
Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu
menghiburkan hati daripada murid perempuan tahun 6 sebentar tadi.
Cabutan Hadirin Yang dihormati Sekalian,
Bertuah Majlis kita diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah pusingan
16
Pusingan 4 yang keempat. Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Puan Aisah Binti Karim, Naib Yang Dipertua PIBG untuk
membuat 7 cabutan. Dipersilakan.

******************
Terima kasih diucapkan kepada Puan Aisah Binti Karim atas
kesudian menyempurnakan acara tadi.

17.
Penyampaian Hadirin Sekalian,
Anugerah 5:
Anugerah Hadiah diatur tampak kemas,
Khas Presiden KGKS senyum sekilas,
Kurikulum & Tampillah Tuan ke atas pentas.
Kokurikulum Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas.
2016,
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan sekali lagi Yang
Anugerah Berbahagia, Encik Hussin Bin Basir, presiden Kesatuan Guru-guru
Khas Sahsiah Kerajaan Sabah untuk menyampaikan hadiah bagi anugerah yang
Terpuji seterusnya.

Anugerah Dimulakan dengan anugerah Khas Kurikulum 2016, penerima


UPSR Terbaik anugerah ini dipilih berdasarkan pencapaian yang cemerlang dalam
bidang Kurikulum. Penerima anugerah ini telah mendapat markah
keseluruhan sebanyak 517 markah dalam peperiksaan akhir tahun ini
dan mengatasi jumlah markah murid-murid yang lain. Penerima
anugerah ini juga memperoleh gred purata cemerlang 1 dan
mendapat 6A. Anugerah Khas Kurikulum 2016 diberikan kepada adik
Eddleyven Tangian dari kelas Tahun 4.
****
Anugerah seterusnya iaitu Anugerah Khas Kokurikulum 2016,
penerima anugerah ini dipilih berdasarkan pencapaian yang
cemerlang dalam bidang kokurikulum. Penerima anugerah ini pernah
menyertai acara 4x100m dalam kejohanan olahraga MSSM, pernah
memecahkan rekod bagi acara lompat jauh dan 100m kategori
perempuan dalam kejohanan olahraga MSS Zon 3, dinobatkan
sebagai olahragawati kejohanan olahraga MSS Zon 3 tahun 2016 &
2017 dan pernah dinobatkan sebagai olahragawati dalam kejohanan
olahraga MSS Daerah Tenom. Anugerah Khas Kokurikulum 2016
diberikan kepada adik Meselemya Bious.

*****
Seterusnya, Anugerah Khas Sahsiah Terpuji diberikan berdasarkan
kepada pemerhatian guru terhadap sahsiah murid sepanjang tahun.
Penerima anugerah ini menunjukkan sikap dan tingkah laku yang
baik dan terpuji serta boleh menjadi model ikutan kepada murid-murid
yang lain. Penerima anugerah ini juga sentiasa bersedia untuk
menghulurkan bantuan apabila diperlukan oleh guru dan warga
sekolah. Anugerah Khas Sahsiah Terpuji 2016 diberikan kepada adik
Jashley Niecel Jemis dari kelas tahun 6.

******
Anugerah yang seterusnya ialah Anugerah terbaik UPSR bagi tahun
2016. Penerima anugerah ini telah mendapat 2A dalam keputusan
UPSR baru- baru ini. Anugerah terbaik UPSR diberikan kepada adik
Halizah Binti Tangian.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada Encik


Hussin Bin Basir atas kesudian beliau menyampaikan anugerah
sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Persembahan Majlis dirancakkan lagi dengan persembahan tarian Janam janam
18. 5: yang akan dipersembahkan oleh murid-murid tahun 5 Sk Saga.
Tarian Janam Dipersilakan.
Janam *******
Terima Kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar
tadi.
Cabutan Hadirin Yang dihormati Sekalian,
19.
Bertuah Majlis kita diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah pusingan
Pusingan 5 yang kelima. Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput En. Mohd Syahzwan Pangirou, Ajk PIBG untuk membuat
7 cabutan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Syahzwan Pangirou atas


kesudian menyempurnakan acara tadi.

20. Penyampaian Hadirin Sekalian,


Anugerah 6 :
Anugerah Majlis kita dimeriahkan lagi dengan penyampaian anugerah Khas
Khas Guru Guru, Anugerah Khas PIBG & Anugerah Kelas Terbaik. Oleh itu, bagi
menyempurnakan acara ini, dijemput Yang Berusaha Yang Dipertua
Anugerah PIBG, Encik Rozlan Bin Ramlan dengan diiringi oleh guru besar,
Khas PIBG Encik Antuna Sungkim untuk menyampaikan hadiah.

Anugerah Penerima Anugerah Khas Guru diberikan kepada


Kelas Terbaik ________________________.

Seterusnya, penerima Anugerah Khas PIBG diberikan kepada Encik


Mohd Syahzwan Bin Pangirou. Untuk makluman hadirin sekalian,
anugerah ini diberikan kepada beliau atas penglibatan aktif beliau
dalam persatuan PIBG sepanjang tahun 2016.
Seterusnya anugerah Kelas terbaik telah dimenangi oleh dua buah
kelas iaitu kelas tahun 4 dengan kelas pemulihan. Dijemput guru
kelas tahun 4, Cik Asimah Angga untuk menerima hadiah dan
seterusnya guru pemulihan, Puan Noriza Mastikar.

21. Hadirin sekalian,


Persembahan
6: Majlis kita akan dihiburkan lagi dengan persembahan Tarian
Tarian Gentleman yang akan dipersembahkan oleh murid lelaki tahun 4 & 5.
Gentleman Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan mantap daripada murid
lelaki tahun 4 & 5 itu tadi.

22. Cabutan Seterusnya ialah acara cabutan bertuah pusingan yang keenam.
Bertuah Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Pusingan 6 Berusaha Guru Besar, Encik Antuna Bin Sungkim untuk membuat 7
cabutan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Antuna Bin Sungkim atas


kesudian menyempurnakan acara tadi.

23. Penyampaian Hadirin sekalian,


Anugerah 7 :
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil pengawas sekolah,
Sijil sijil pengawas pusat sumber dan sijil Murid Tahun 6 bagi tahun 2016.
Pengawas
Sekolah Oleh itu, bagi menyempurnakan acara ini, dijemput Puan Rosnih Binti
Yusof, guru tabika KEMAS Kg, Saga untuk naik ke pentas.
& Pengawas Penyampaian sijil penghargaan yang pertama ialah sijil penghargaan
Pusat kepada pegawas sekolah. Dijemput adik Halizah Binti Tangian
Sumber sebagai wakil pengawas sekolah.

Penyampaian sijil yang seterusnya ialah penyampaian sijil


Sijil Murid penghargaan kepada pengawas pusat sumber 2016. Dijemput adik
Tahun 6 Norhidayah Binti Idris, wakil pengawas pusat sumber.

Penyampaian sijil yang berikutnya ialah penyampaian sijil Murid


Tahun 6. Dijemput adik Ajini Binti Jaimol….. Rujuk teks.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan


Rosnih Binti Yusof atas kesudian beliau menyampaikan anugerah
sebentar tadi.
24 Hadirin sekalian,
Persembahan Majlis diteruskan lagi dengan persembahan terakhir yang akan
7: dipersembahkan oleh murid tahun 4. Untuk pengetahuan hadirin
Nyanyian “ sekalian, murid-murid tahun 4 akan mempersembahkan nyanyian
Standing in yang bertajuk “ Standing in the eyes of the world”. Dipersilakan.
the eyes of
the world” **********
Terima kasih diucapkan atas persembahan mantap daripada murid
tahun 4 itu tadi.
25 Cabutan Seterusnya ialah acara cabutan bertuah pusingan yang ketujuh.
Bertuah Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Pusingan 7 Berusaha Yang Dipertua PIBG, Encik Rozlan Bin Ramlan untuk
membuat 7 cabutan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Rozlan Bin Ramlan atas


kesudian menyempurnakan acara tadi.
26. Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian,
Anugerah 8 :
Sijil Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada
Penghargaan guru-guru & Staf Sk. Saga bagi tahun 2016 dan sijil penghargaan Ahli
Guru & Staf Jawatankuasa pelaksana Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid
SK Saga 2016.

& Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Yang Berusaha Guru Besar Sk. Saga, Encik Antuna
Sijil bin Sungkim untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada guru-
Penghargaan guru & staf Sk. Saga. Majlis dengan segala hormatnya
Ahli mempersilakan.
Jawatankuas Dijemput ……
a pelaksana
MAKMUR Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada
2016 Encik Antuna bin Sungkim atas kesudian beliau menyampaikan sijil
penghargaan sebentar tadi.

************
Seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan kepada ahli
jawatankuasa pelaksana Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid
2016. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG, Encik Rozlan
Bin Ramlan untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada AJK
Pelaksana MAKMUR 2016. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Dijemput Yang Berusaha Guru Besar Sk Saga Tenom, Encik Antuna


Bin Sungkim sebagai wakil untuk menerima sijil penghargaan AJK
Pelaksana MAKMUR 2016.
27. Cabutan Seterusnya ialah acara cabutan bertuah pusingan yang terakhir.
Bertuah Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Pusingan 8 Berbahagia Presiden Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah, Encik
Hussin Bin Basir untuk membuat 7 cabutan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Hussin Bin Basir atas kesudian
menyempurnakan acara tadi.
28. Hadirin sekalian,
Penutup Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini.
Semoga dengan penganugerahan ini akan sentiasa membakar
semangat untuk terus maju dalam pelajaran serta menjadi contoh
& teladan kepada murid lain.
Seterunya, para hadirin dijemput berdiri untuk bersama-sama
menyanyikan Lagu Sabah Tanah Airku dengan iringan muzik.
Jamuan Dipersilakan.
ringan.
Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga


diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja
Majlis Anugerah K, para ibu-bapa dan mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung bagi menjayakan malis ini.
Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan para jemputan
menjamu selera di khemah yang disediakan.
Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai