Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM


SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM
ZON KUKUP TAHUN 2019
SK PARIT SULAIMAN
6 MAC 2019

ARRIVAL Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Mat Hairi bin Asuan, Ketua Kampung
Kg Parit Sulaiman.
LAGU BANGSA
JOHOR Hadirin di minta berdiri bagi menyanyikan lagu Bangsa Johor
Hadirin dipersilakan duduk.

Dari Pekan pergi ke Pontian


Singgah di Kukup membeli bilis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia
Encik Mat Hairi bin Asuan,
Ketua Kampung Kg Parit Sulaiman.

Yang Berusaha
Ustaz Shakimi bin Saidin
Penyelia Kanan Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Pontian

Yang Berusaha
ALUAN
Puan Kalsoum Binti Abd Rahman
Guru Besar SK Parit Sulaiman

Yang Dihormati
Tn Hj Khamisan bin Husin
Imam Masjid Kg Parit Sulaiman

Yang Dihormati
Barisan Guru Besar-Guru Besar Sekolah Rendah Zon Kukup

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Karnival Pendidikan Islam Zon Kukup Tahun 2019

barisan ustaz dan ustazah, guru-guru, murid-murid yang dikasihi

para ibu dan bapa dan penjaga, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Penutupan
Karnival Pendidikan Islam Zon Kukup Pontian Tahun 2019.
‘Al-Quran Pembawa Rahmat Untuk Ummat’

Ahlan wa sahlan wa marhaban.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat


DOA WAK Dipetik gadis di tepi titi
KHAMISAN Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Tn Haji Khamisan Bin Hussin, Imam Masjid Kg Parit Sulaiman. Majlis dengan segala
UCAPAN GB hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Tn Haji Khamisan Bin Hussin atas bacaan doa itu tadi.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Puan Kalsoum binti Abd Rahman, Guru Besar SK Parit Sulaiman selaku PENGERUSI
Pengelola Karnival pendidikan Islam tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan puan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Encik Mat Hairi bin Asuan, hadirin dan hadirat
sekalian,

Karnival Pendidikan Islam Zon Kukup Pontian Tahun 2019 bukan sekadar sebuah nama.
Ianya merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh Unit Pendidikan Islam,
Pejabat Pelajaran Daerah Pontian, sebagai suatu aktiviti nilai tambah bagi pelaksanaan
program j-QAF di sekolah-sekolah rendah di Daerah Pontian ini; bagi melahirkan
generasi yang cintakan al-Qur’an dan cintakan Bahasa Arab sebagai bahasa al-Qur’an.

UCAPAN PERASMI
K.KG
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Kini tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan daripada Yang
Berbahagia Encik Mat Hairi bin Asuan, Ketua Kampung Kg Parit Sulaiman seterusnya
merasmikan penutupan Karnival Pendidikan Islam Zon Kukup Tahun 2019
pada hari ini.
Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan.

Demikian tadi ucapan daripada Yang Berbahagia Encik Mat Hairi bin Asuan, Ketua
Kampung Kg Parit Sulaiman. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

ULASAN KETUA Indah mekar si bunga kiambang


HAKIM Mekar mewangi di taman larangan
Karnival Penidikan Islam harapannya gemilang
Melahirkan generasi cintakan al-Qur’an.

Untuk pengetahuan hadirin juga, aktiviti yang dipertandingkan di dalam Karnival


Pendidikan Islam Zon Kukup Pontian Tahun 2019 ini ialah Pertandingan Tilawah Al-
Quran, Hafazan, Bercerita dari Kisah Al-Quran, Penulisan Khat, Nasyid serta Kompang
selawat.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz Muhd Nabhan bin Md


Noor dari SK Permas Kelapa bagi memberikan ulasan selaku Ketua Jemaah Hakim
Karnival Pendidikan Islam Zon Kukup Pontian Tahun 2019 .

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ulasan ketua hakim sebentar
tadi.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan
pertandingan yang telah dilaksanakan.
HADIAH
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan kepada Pn Kalsoum
binti Abd Rahman, Guru Besar SK Parit Sulaiman untuk mengiringi Yang Berbahagia En
Mat Hairi Bin Asuan bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan
Tuan.

Sila ikut lampiran keputusan pertandingan

SIJIL SEK Hadirin, kita umumkan pemenang keseluruhan Karnival Pendidikan Islam Zon Kukup
tahun 2019 di sandang oleh Kontijen dari _________________.
Tahniah di ucapkan.

TUAN RUMAH 2020 Seterusnya,

Di jemput wakil-wakil dari setiap sekolah yang bertanding untuk menerima sijil.
Dimulai dengan… (IKUT LAMPIRAN)
HADIAH VIP HADIRIN,
Seterusnya, sebagai simbolik penyerahan tugas kepada tuan rumah Karnival
Pendidikan Islam Zon Kukup bagi tahun hadapan, 2020…

Di jemput wakil dari SK Rimba Terjun untuk menerima amanat ini.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sebagai penghargaan di atas kesudian En Mat Hairi Bin Asuan hadir ke dalam Majlis
kita pada hari ini, majlis ingin menyampaikan sedikit tanda ucapan terima kasih kepada
beliau dan juga kepada tetamu vip yang hadir.

Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Puan Kalsoum binti Abd Rahman, Guru
Besar SK Parit Sulaiman untuk menyampaikan tanda penghargaan tersebut.
Dipersilakan
En Mat Hairi Bin Asuan, Ketua Kampung Kg Parit Sulaiman

Tn Hj Khamisan bin Hussin, Imam Masjid Kg Parit Sulaimn

Ustaz Shakimi bin Saidin, Penyelia Kanan Pendidikan Islam di PPD Pontian
PERSEMBAHAN Hadirin,
NASYID
Terima kasih diucapkan kepada En Mat Hairi Bin Asuan atas kesudian menyampaikan
hadiah sebentar tadi. Majlis juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua
pemenang.

Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, pemenang terpilih bagi setiap
kategori akan mewakili Zon Kukup ke Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah
Pontian Tahun 2019, juga bertempat di SK Parit Sulaiman ini. Sama-samakan kita
doakan kejayaan mereka.

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan pemenang tempat pertama
bagi Pertandingan Nasyid Karnival Pendidikan Islam Zon Kukup dari SK _________.
CLOSING Dipersilakan.

Tanam langguna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir dan
memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Karnival Pendidikan Islam
Zon Kukup Tahun 2019, terutamanya penyuntik dana yang bermurah hati, Ahli
Jawatankuasa Pelaksana, barisan para hakim, ustaz dan ustazah, semua murid yang
telah mengambil bahagian dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun
tidak.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muarakd
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

Untuk itu, hadirin di minta berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.

Terima kasih.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai