Anda di halaman 1dari 4

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Abidin bin Marjan,

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri


Sabah diiringi oleh Encik Majus bin Munsing, Pegawai Pendidikan Daerah
Ranau serta rombongan dan semua tetamu jemputan.

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam


SABAH HEBAT,Katakan Tidak Kepada No 16 dan Salam Ranau Hebat, Tahun
ini Pasti Lebih Baik, Mari Kerja Bersama.

1. Yang Berbahagia Tuan Haji Abidin bin Marjan,


Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri
Sabah.

2. Yang Berbahagia Dr Hj Mohd Kassim bin Tusin


Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran merangkap Ketua Penolong Pengarah
Kanan Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

3. Yang Dihormati Ustaz Suffian Bin Jasimani @ Amran


Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

4. PENOLONG PENGARAH SPI (2 orang) SEKTOR ANGKAT (2 orang)


INTERN (3 orang) PEMANDU (2 orang )

5.Yang Berusaha Encik Majus bin Munsing, Pegawai Pendidikan Daerah Ranau

3. Puan Alice Philip Jumin, Guru Besar SK Kinapulidan

barisan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan


Daerah Ranau,wakil daripada MRA (Malaysian Relief Agency),wakil
PeWANIS Daerah Ranau, guru-guru,AKP serta hadirin sekalian.
Selamat Datang ke Program Jalinan Kasih Ramadhan peringkat Negeri Sabah.

Selamat Datang ke Program Jalinan Kasih Ramadhan Peringkat Negeri Sabah.


Baca maklumat program.

Terbang belatuk ke Kuala Perlis


Di tengah permatang mencari ikan
Kehadiran tuan penyeri majlis
Selamat datang kami ucapkan

ALHAMDULILLAH, IZINKAN kami MEMANJATKAN SETINGGI-


TINGGI KESYUKURAN ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa
kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul
pada hari ini dalam Program Jalinan Kasih Ramadhan.

Terlebih dahulu pihak majlis sukacita mengalu-alukan kehadiran Yang


Berbahagia Datuk Dr Mistrine binti Radin , Pengarah Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah diiringi oleh Encik Majus bin Munsing, Pegawai Pendidikan
Daerah Ranau dan rombongan,
para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian dalam Program Jalinan
Kasih Semoga dengan kesudian meluangkan masa pada petang ini akan
menyemarakkan lagi majlis ini.

BACAAN DOA

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dan dengan
limpah kurnianya, marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan
memohon taufik dan hidayah sempena Program Jalinan Kasih ini.Justeru,
Majlis mempersilakan ustaz Zamrul Aslie untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.....

....................... Bacaan Doa


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ustaz Zamrul Aslie di atas
bacaan doa itu tadi.

Pergi ke kota beli selasih,


mencari manisan buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha Tuan
Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************************Ucapan
Pengetua********************************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan Tuan Pengarah
Kolej Vokasional itu tadi.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Tanah terbiar tidak bertuan,


Berpagar teguh tidak berpapan,
Yang Berhormat datuk jadi tumpuan
Persilakan datuk memberi ucapan

Hadirin-hadirat warga dewan gemilang yang dikasihi,

Acara diteruskan lagi dengan gimik penyampaian sumbangan Ramadhan


yang.Buat pengetahuan hadirin, 20 orang pelajar yang bertuah telah
dipilih bagi menerima pengagihan wang tersebut yang bakal
disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datu Yang Berbahagia Datuk Dr
Mistrine binti Radin , Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang


Berhormat dato’ untuk tampil menyempurnakan gimik penyampaian
sumbangan Ramadhan

Warga dewan yang dirai,


kita telahpun sampai ke penghujung acara pd hari ini iaitu Sumbangan
Ramadhan di beberapa buah rumah terpilih sekitar Kampung Kinapulidan dan
Kg Kigiok,
Oleh itu maaf jua dipinta di atas sebarang kesilapan dan kekurangan di
sepanjang majlis ini berlangsung.

Kami selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala
kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum…… dan


terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai