Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA HARI SUKANEKA PRASEKOLAH TUNAS MADANI 2014

UCAPAN CATATAN
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagian Encik Kamarudin Bin
Hashim, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk.


BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T dan salam
satu Malaysia.
Yang Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim. Pengarah IPG KSM
Yang Berusaha Puan Hajah Sakinah Binti Ismail,Timbalan Pengarah IPG
KSM
Yang Dihormati Tuan Haji Mazlan Bin Talib.Ketua Jabatan Pendidikan
Prasekolah
Ketua-ketua jabatan,pensyarah-pensyarah
Pn. Rosemini Binti Abdul Salam, Guru Prasekolah Tunas Madani,
Para Ibu bapa,Guru-guru pelatih,
murid-murid prasekolah yang diraikan,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.




Selamat datang ke :

Majlis penutup sukaneka prasekolah tunas madani

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri



Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita
dapat bersama-sama berhimpun pada pagi yang mulia ini untuk meraikan
Penutup sukaneka prasekolah tunas madani.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada
Yang Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim kerana sudi meluangkan
masa untuk menghadirkan diri ke majlis ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi
menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada anak-anak. Semoga
usaha kita diberkati Allah.


Hadirin yang dimuliakan,
Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara
Mohd Farhan Bin Mat Zulkri. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.



*********** (Doa)


Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bacaan doa itu
sebentar tadi.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati


.
Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Encik Kamarudin Bin
Hashim,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan untuk
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis penutup sukaneka
Prasekolah Tunas Madani.. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

************(Ucapan )



Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim , atas ucapan
dan perasmian majlis itu tadi.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Tanpa membuang masa lagi, marilah kita sama-sama menyaksikan acara
yang ditunggu-tunggu oleh kita semua iaitu pertunjukkan pakaian
beragam oleh kanak-kanak prasekolah tunas madani IPG Kampus Sultan
Mizan yang bertemakan alam sekitar. Majlis mempersilakan.

************( pertunjukkan pakaian beragam)



Ucapan sudah, perasmian sudah, pertunjukkan pakaian beragam pun
sudah. Sekarang tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah bagi
pertandingan sukaneka yang telah dijalankan. Majlis dengan segalanya
sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim
dan diiringi Yang Dihormati Pn.Nor Azizah binti Mohd Nor untuk
penyampaian hadiah ini.

*************** ( nama di lampiran )


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berbahagia Encik
Kamarudin Bin Hashim atas penyampaian hadiah sebentar tadi.



Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda
kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia, Encik Kamarudin Bin Hashim kerana telah sudi hadir
dan menyerikan Majlis Penutup Sukaneka Prasekolah Tunas Madani.
Dijemput Yang Berusaha Pn.Nor Azizah bt Mohd Nor ,untuk
menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan


Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami
selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata, terlampau cara sepanjang majlis ini berlangsung.



Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.


Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan
itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama
insan.
Sekian wabillahi taufik..................


Majlis mengumumkan perarakan keluar Encik Kamarudin Bin
Hashim,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,keluar
dewan.
Majlis bersurai...




*Ibu bapa dijemput ke atas pentas untuk sesi bergambar bersama anak-anak*
*Ibu bapa dijemput ke belakang dewan untuk menikmati sedikit jamuan*









Pantun Sukan
Kain cindai bawa berjalan,
Buat mengibas nyamuk dan agas;
Rajin dan tabah dalam bersukan,
Minda cerdas jasmani cergas.

Harum sungguh bunga kemboja,
Disusun dara dari Mandilin;
Sukan membentuk semangat waja,
Sentiasa ceria cergas berdisiplin.

Berkhasiat sungguh air halia,
Dimasak dengan air telaga;
Beriadah bersukan amalan mulia,
Badan sihat tentu bertenaga.

Burung undan burung tempua,
Hinggap berehat di pohon kayu;
Sukan amalan untuk semua,
Rakyat sihat negara maju.

Sayang Singapura sungainya jernih,
Tempat laluan sampan dan kolek;
Segar jasmani jiwa bersih,
Aktiviti sukan amalan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai